Anda di halaman 1dari 3

Gabungan Persatuan Penulis Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau ringkasnya 'Gapena' ditubuhkan pada 23 Oktober
1970.Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang
berteraskan bahasa Melayu. GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan
Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia.[1]

Isi kandungan
  [sorokkan] 

 1Tujuan Penubuhan
 2Kegiatan Gabungan
 3Persatuan Gabungan
 4Pimpinan Gapena
 5Isu PPSMI
 6Rujukan
 7Pautan luar

Tujuan Penubuhan[sunting | sunting sumber]


1. Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita
Gabungan;
4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu
Bahasa Melayu;
6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana
sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan
bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

Kegiatan Gabungan[sunting | sunting sumber]


1. Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
2. Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan
ilmu pengetahuan;
3. Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam a.
persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b.
jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan
dengan bahasa dan kesusasteraan.
4. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
5. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai
dengan cita-cita Gabungan.

Persatuan Gabungan[sunting | sunting sumber]


GAPENA merupakan sebuah federasi persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu diseluruh
Malaysia. 22 anggotanya seperti berikut :

1. Angkatan Sasterawan Nasional Kedah  (ASASI) - Shaidun Shaari


2. Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) - Datuk Haji Ismail Abbas
3. Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) - Haji Saiyed Ahmad Abdullah
4. Ikatan Persuratan Melayu (IPM) - Haji Abd. Razak Adam
5. Lembaga Bahasa Melayu Melayu(LBM) - Prof. Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
6. Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) - Dato' Haji Khairudin Arshad
7. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) - Abd Aziz Mohamed
8. Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI) - Dato' Haji Abd Samad Maharuddin
9. Persatuan Penulis Johor (PPJ) - Dr. Gunawan Mahmud
10. Persatuan Penulis Kelantan (PPK) - Haji M. Husdaini Mamat
11. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) - Jaafar Abdul Rahim
12. Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) - Datuk Othman Muhamad
13. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) - Dato' Ahmad Sebi Abu Bakar
14. Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang  (2PNP) - Drs Haji Anuar Ahmad
15. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) - Hajah Mahaya Mohd Yassin
16. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak  (PENTAS) - Haji Osman Abu Bakar
17. Persatuan Penulis Perlis (3P) - Haji Muhamad Haron
18. Persatuan Penulis Selangor (PPS) - Prof. Madya Dr. Haji Sahlan Mohd Saman
19. Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) - Zainal Abidin Suhaili
20. Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) - Haji Othman Bin Mahali
21. Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) - Dato' Haji Abd Rashid Ngah
22. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan  (PUSPA) - Che Leh Che Ya
23. Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA)
[2]

Pimpinan Gapena[sunting | sunting sumber]


Antara pemimpin Gapena (2011) ialah :

1. Ketua Satu: Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein
2. Ketua Dua: Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
3. Setiausaha Satu: Profesor Madya Datuk Haji Zainal Abidin Borhan
4. Setiausaha Dua: Profesor Madya Dr. Hashim Ismail
5. Bendahari: Haji Hamzah Hamdani
6. YM Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid
7. Haji A. Rahim Abdullah
8. Dato' Haji Khairuddin Haji Arshad
9. Haji Borhan Md. Zain
10. Profesor Datuk Dr Zainal Kling
11. Dato' Haji Aziz Deraman
12. Datuk Abdul Samad Maharuddin
13. Setiausaha Kerja: Abdul Aziz Mohd Ali

Isu PPSMI[sunting | sunting sumber]


Pada 26 Ogos 2007 "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" dianjurkan oleh Gapena
dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) di Rumah Gapena. Kajian
Gapena mendapati keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian
swasta di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itu bahasa utama negara.
Hanya 10 % pelajar Cina belajar di sekolah kebangsaan dan bakinya 90 % memilih sekolah jenis
kebangsaan Cina. Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menyatakan bahawa tidak
wajar IPTA dan IPTSmenggunakan Inggeris kerana bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar
utama dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi. [3]
Pada 20 Disember 2008, Gapena telah menganjurkan wacana "Dilema Melayu" dengan
menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir bertegas dengan
dasar PPSMI kerana pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna
bahasa Melayu dipinggirkan. Identiti Melayu beliau tidak hilang dan beliau masih lagi boleh
bercakap dalam bahasa Melayu. Takkan hilang Melayu kalau belajar dalam bahasa Inggeris. [4]
Pada 23 Disember 2008, Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menyatakan
Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember 2008 untuk Kementerian Pelajaran
Malaysia membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan
sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. PPSMI telah dilaksanakan
sejak 2003 dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menempelak Gapena kerana selama ini
tidak dibantah keras .[5] AJK Gapena, Prof Datuk Dr Zainal Kling menyatakan bahawa analisis
UPSR 2007 menunjukkan 30 % ( 140,000 pelajar) Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar
menerusi sistem PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan
Kementerian memutuskan untuk mengekalkan atau tidak dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selepas keputusan UPSR 2008 [6]
Pada 18 Jun 2009, Gapena menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat PPSMI dimansuhkan.Gapena memberikan syarat iaitu
kerajaan mestilah memansuhkan PPSMI, mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta memastikan tenaga pengajar Bahasa
Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia berkhidmat di luar bandar. Prasarana dan alat bantuan
mengajar terutama di luar bandar mencukupi. Syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat
Pengajian Tinggi dibatalkan.Subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah dimasukkan dalam
kurikulum sekolah

Anda mungkin juga menyukai