(online)
Kebiasaannya hanya penjual atau gedung atas talian ( Online ) sahaja yang
selalu membuat tawaran potongan harga dan promosi hebat sebegini. malah
ada juga pengguna yang gemar mencari produk antarabangsa yang sukar di
dapatkan di Malaysia melalui cara atas talian
Apa yang paling munasabah, membeli secara atas talian adalah lebih efisyen
kerana semua maklumat lengkap berkenaan produk telah pun tersenarai dan
disediakan secara teratur. Ianya lebih mudah untuk memberi seleksi pilihan
kepada para pengguna untuk membuat keputusan.
Mari kita ketahui bagaimana untuk menjadi pembeli yang lebih bijak
Ini adalah masalah yang biasa kita ketahui, selalunya apabila sesuatu jenama
antarabangsa yang terkenal telah melancarkan produk terbaru mereka,
malangnya di kedai tempatan masih belum di keluarkan ataupun tidak di
jadualkan untuk pengeluaran barangan tersebut di negara ini. Anda sebagai
peminat jenama tersebut pastinya akan berasa kecewa, akan tetapi dengan
pembelian di atas talian keperluan anda pastinya akan dapat di tunaikan.
pastikan sebelum membeli, anda
menggunakan syarikat-syarikat yang menawarkan promosi untuk
perkhidmatan pembelian dari luar negara seperti contoh 11street yang
menjual pelbagai pilihan produk di luar negara dengan harga yang begitu
murah. jika boleh pilih perkhidmatan yang menyediakan kemudahan inventory
untuk kemudahan anda.
Sekiranya anda mahu membeli barangan online dengan kerap, pastikan anda
mengetahui asal-usul penjual tersebut, sebagai contoh anda sudah membuat
bayaran akan tetapi malang barang yang di beli tidak sampai dan contoh lain
anda dapat barangan lain daripada yang asal dengan tujuan untuk menipu
mangsa yang membeli di atas talian. selalunya terdapat “rating” atau statistik
dari pengguna
yang lain. bagi penjual pula biasanya di kawal oleh penyedia perkhidmatan
atas online e.g “Mudah” untuk memantau post dan sejarah penjual.
Sebagai pembeli yang bijak, anda harus tahu berkira-kira. Jika anda merasa
ragu-ragu untuk membeli sesuatu barangan, anda boleh melihat serta
memeriksa komen atau ulasan pelanggan yang terdahulu. Dari situ anda
boleh mula membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pembelian atau
pun mencari alternatif lain. sebagai maklumat terdapat beribu-ribu syarikat
yang menyediakan perkhidmatan
membeli belah di atas talian untuk anda teruskan.
Membeli barangan atas talian sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat
moden pada hari ini. Ia memudahkan pengguna membeli sesuatu perkara
tanpa perlu lagi menuju ke kedai secara fizikal. Bermakna, anda tidak perlu
lagi memandu, meletakkan kenderaan, dan membayar di kaunter yang mana
agak sedikit melecehkan. Kesemua barangan dibeli juga akan dihantar terus
ke lokasi pilihan anda melalui tempoh masa yang ditetapkan.
Barangan atas talian juga sering ditawarkan pada harga yang lebih rendah
berbanding di kedai fizikal. Ia dapat dilakukan kerana penjual tidak perlu
membayar sewa kedai yang selalunya mencecah harga ribuan ringgit.
Penjual juga tidak perlu membelanjakan kos operasi yang tinggi, seperti
elektrik dan tenaga kerja, apabila mereka membuka kedai melalui platform ini.
Namun, kesemua kemudahan yang hadir ini masih terdapat beberapa isu
terutama dari segi keselamatan. Kita pastinya pernah mendengar beberapa
kes penipuan telah berlaku yang menyebabkan barang dan wang tidak diberi
kepada pembeli. Namun sebenarnya ia boleh dicegah sekiranya anda mahir
dengan selok-belok pembelian barangan atas talian ini. Malah, anda boleh
mendapat manfaat yang lebih hebat berbanding membeli barangan secara
konvensional.
Pada hari ini, kita telah disajikan dengan pelbagai platform jualan atas talian
yang menempatkan sejumlah kedai maya yang menarik. Namun
perlaksanaan sistem pada sesebuah platform sebenarnya banyak
memainkan peranan dalam menjadikan urusan jual beli lebih selamat. Sistem
yang berkuasa dapat memberi pengurusan wang yang lebih baik, selain
mengelakkan isu penipuan berlaku.
Pada waktu sekarang, ada beberapa buah platform telah menyediakan sistem
dompet tersendiri untuk menguruskan transaksi antara pembeli dan penjual.
Perkara ini membuatkan sesebuah platform ini dikenali sebagai orang tengah
kerana mereka ‘memegang’ duit pengguna sebelum ia diberikan kepada
penjual. Apabila seseorang pengguna menerima barangan yang dibeli,
barulah duit tersebut dilepaskan kepada pihak yang menjual barangan
tersebut.
Sebagai contoh di Malaysia, Lazada dan Shopee sedia menyediakan
program jaminan mereka tersendiri untuk mengelakkan kes penipuan berlaku.
Program ini menjanjikan barangan yang dibeli pasti akan diterima oleh
pengguna atau sekiranya tidak, wang pastinya akan dikembalikan semula.
Untuk menjayakan sistem ini, kedua-dua platform ini akan ‘memegang’ duit
pengguna selepas bayaran dibuat, dan penjual hanya akan boleh menerima
duit tersebut selepas barang sampai di tangan pengguna.
Ketika membandingkan harga, anda boleh menilai dari segi kos penghantaran
dan tawaran yang diberikan melalui barangan tersebut. Harga barang yang
murah tidak semestinya memberi nilai yang baik, kerana ia mungkin
mengandungi kos penghantaran yang tinggi. Atau harga yang sedikit tinggi
sebenarnya mempunyai nilai yang lebih baik, kerana menawarkan sejumlah
hadiah percuma yang melebihi harga kos barangan tersebut.
Ketika anda menjumpai barangan yang ingin dibeli, pertama sekali anda perlu
buat ialah dengan meneliti penilaian kedai tersebut. Apa yang anda perlu
buat, perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5) dan kadar penjual tersebut
membuat balasan mesej pengguna. Anda juga boleh membaca komen yang
dikeluarkan oleh pengguna lain untuk menilai masa penghantaran dan kualiti
bungkusan barang.
Sekiranya anda gemar membeli barangan atas talian, anda juga boleh
mendapatkan ganjaran tunai dengan mendaftarkan diri anda pada
halaman Shopback. Ia menyokong sejumlah platform atas talian seperti
Lazada, Shopee, 11Street, dan pelbagai lagi kedai atas talian yang popular.
Ganjaran tunai ini diberikan berdasarkan peratusan daripada harga barangan
tersebut, jadi barangan yang lebih mahal akan berpeluang untuk menerima
ganjaran yang lebih banyak.
Sekiranya barangan yang dibeli tidak diterima oleh anda dalam sesuatu
tempoh, anda boleh membuat aduan terus ke pihak yang menguruskan
platform tersebut untuk menerima maklum balas yang seterusnya. Mereka
selalunya akan memulangkan semula wang ke akaun pengguna, sekiranya
pihak penjual tidak dapat menghantar sesuatu barang kepada pengguna.
Aduan ini dapat membolehkan pihak pengurusan mengenal pasti penjual
yang berbahaya daripada terus memperdaya pengguna. Mereka akan
memadam akaun penjual ini dengan serta merta sekiranya terdapat kes
penipuan berlaku.