Anda di halaman 1dari 56

DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/1

PERKAITAN TEKANAN
DENGAN DAYA
HIDROSTATIK DAN
Unit 1 TINDAKAN DAYA
HIDROSTATIK TERHADAP
PERMUKAAN MELENGKUNG

Objektif Am:

a. Mempelajari dan memahami takrifan dan perkaitan antara tekanan


dengan daya hidrostatik, seterusnya menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan kedua-duanya.
b. Mempelajari dan memahami kesan daya hidrostatik terhadap jasad-jasad
berpermukaan melengkung, seterusnya menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengannya.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

i. Mentakrifkan apa yang dikatakan dengan tekanan dan daya hidrostatik.


ii. Mengira tekanan pada suatu kedalaman bendalir.
iii. Menentukan nilai daya hidrostatik dan juga kedudukan pusat tekanan
bagi jasad-jasad yang tenggelam secara menegak, mendatar atau condong
di dalam sesuatu bendalir.
iv. Melakarkan profil tekanan bagi permukaan yang tenggelam di dalam
bendalir.
v. Mengira magnitud komponen pugak dan komponen ufuk daya hidrostatik
terhadap permukaan melengkung.
vi. Mengira magnitud dan arah daya hidrostatik menggunakan
komponen-komponen pugak dan ufuk.
vii. Mengira dan menentukan titik tindakan daya hidrostatik terhadap
permukaan melengkung.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/2

Input 1

1.0 Pengenalan

Hidrostatik merupakan satu daripada cabang mekanik bendalir yang


berkaitan dengan bendalir dalam keadaan pegun, di mana tegasan tangen
ataupun ricih tidak wujud di antara zarah-zarah bendalir yang berada
dalam keadaan pegun. Dengan itu dalam hidrostatik, semua daya bertindak
secara normal kepada sempadan permukaan dan tidak bersandar kepada
kelikatan. Oleh yang demikian, hukum-hukum yang mengawalnya menjadi
agak mudah dan analisis adalah berdasarkan kepada penggunaan
prinsip-prinsip mekanik yang mudah bagi daya dan momen. Penyelesaiannya
tepat dan ujikaji tidak perlu dijalankan.

Sesuatu bendalir yang diisi ke dalam suatu bekas akan menghasilkan


suatu daya yang bertindak terhadap permukaan bekas berkenaan.
Daya bendalir ini dikenali sebagai tekanan atau daya hidrostatik
yang bertindak ke atas setiap elemen kecil permukaan secara berserenjang
(bersudut tepat).

Profil tindakan daya hidrostatik ditunjukkan seperti dalam Rajah 1.1(a) dan
Rajah 1.1(b) di bawah.

Rajah 1.1(a) : Profil Tekanan Hidrostatik

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/3

@ Daya @ Tekanan Hidrostatik

Rajah 1.1(b) : Profil Tekanan Hidrostatik Dalam Tangki

Secara rumusannya, daya hidrostatik boleh ditakrifkan sebagai hasil darab


antara tekanan hidrostatik dengan luas permukaan jasad yang bersentuhan
dengan bendalir.

@ F = P *A …………………………………………………Persamaan 1.1

di mana; F = daya hidrostatik


P = tekanan hidrostatik Unit : Newton (N)
A = luas permukaan jasad yang
bersentuhan dengan bendalir

1.1 Keamatan Tekanan, P

Secara rumusannya, keamatan tekanan atau lebih dikenali sebagai


tekanan boleh ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan ke atas satu unit
luas kawasan secara serenjang (bersudut tepat) atau dengan kata lainnya,
tekanan adalah nisbah antara daya terhadap luas kawasan.

@ P = F/A ……………………………………………………………Persamaan 1.2

di mana; P = keamatan tekanan


F = daya
A = luas permukaan

Unit : N/m2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/4

Note!
1 bar adalah bersamaan 1 x 105 N/m2

1 N/m2 adalah bersamaan 1 Pascal @ Pa

Contoh Permasalahan 1.1

Sejenis bendalir berketumpatan bandingan 0.85 memenuhi sebuah selinder


berdiameter 35cm dan setinggi 90cm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Tentukan nilai keamatan tekanan pada dasar selinder tersebut.

Penyelesaian;

φ 35cm

Bendalir 90cm Rajah 1.2


k.b. 0.85

⇒ Ketumpatan bandingan = Ketumpatan bahan


Ketumpatan air
0.85 = ρ bahan
1000
ρ bahan = 850 kg/m3

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/5

⇒ Isipadu selinder, v = πd2 (t)


4
= π(0.352) (0.9)
4
= π(0.1225) (0.9)
4

= 0.087 m3

? Ketumpatan, ρ = Jisim
Isipadu

Jisim, m = Ketumpatan * Isipadu

= 850 * 0.087

= 73.95 kg

? Daya, F = Jisim * Graviti

= 73.95 * 9.81

= 725.45 N

? Luas permukaan dasar selinder, A = πd 2


4
= π(0.352)
4

= 0.096 m2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/6

? Keamatan tekanan, P = Daya


Luas

@ P = F/A

= 725.45
0.096

= 7556.77 N/m2

1.2 Turus Tekanan, h

Suatu bekas contohnya selinder, yang diisikan air di dalamnya akan


mengalami tekanan pada sisi dan dasarnya. Jika h adalah tinggi cecair
di dalam selinder, keamatan tekanan di dasarnya adalah:-

P = Berat cecair di dalam selinder


Luas dasar selinder

= Berat tentu * Isipadu


Luas dasar selinder

= γV
= γAh
A

= γh
Oleh itu, P = ρgh ……………………………………………… Persamaan 1.3

di mana γ = ρg (suatu pemalar)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/7

Dari Persamaan 1.3 di atas,

Pαh
Dengan itu, tekanan bendalir boleh dinyatakan sebagai tinggi turus ,h,
bendalir berkenaan.

Contoh Permasalahan 1.2

Tentukan turus air yang bersamaan dengan tekanan 180 kN/m2.


Diberi berat tentu air adalah 9.81 kN/m3.

Penyelesaian;

? P = ρgh
Diketahui, berat tentu air = γ = ρg = 9810 N/m 3

P = 180 000 N/m 2

? P = γh
= ρgh
180 000 = 9810 h

h = 180 000
9810

= 18.349 m (turus air)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/8

1.3 Jenis-Jenis Tekanan

1.3.1 Tekanan Atmosfera

Tekanan atmosfera pada permukaan bumi diukur dengan

menggunakan barometer. Pada aras laut, tekanan atmosfera purata

ialah 101.325 kN/m² serta dipiawaikan pada nilai ini.

Tekanan atmosfera berkurangan dengan altitud; misalnya, pada

1500m tekanan berkurangan kepada 88 kN/m². Ketinggian turus

air yang setara ialah 10.35m dan biasanya dikenali sebagai

barometer air. Ketinggiannya hanyalah secara hipotesis kerana

tekanan wap untuk air tidak akan menghasilkan satu vakum yang

sempurna. Raksa merupakan cecair barometer yang lebih baik

kerana ia mempunyai tekanan wap yang boleh diabaikan.

Juga, ketumpatannya yang tinggi akan menghasilkan ketinggian

turus yang lebih sesuai iaitu lebih kurang 0.76m @ 760mm

Oleh sebab kebanyakkan tekanan yang dialami dalam hidraulik

melebihi tekanan atmosfera dan diukur dengan menggunakan alatan

yang mencatat secara relatif, maka lebih baik jika tekanan

atmosfera diambil sebagai datum. Tekanan-tekanan ini dikenali

sebagai tekanan tolok apabila melebihi tekanan atmosfera, dan

tekanan vakum apabila kurang daripada tekanan atmosfera.

Jika tekanan sifar sebenar diambil sebagai datum,

tekanan dikatakan mutlak.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/9

1.3.2 Tekanan Tolok

Tekanan Tolok adalah tekanan yang diukur dengan tolok yang

mana tekanan atmosfera diambil sebagai datum.

1.3.3 Tekanan Mutlak

Tekanan mutlak ialah tekanan yang merujuk kepada tekanan

sifar dalam vakum sebagai datum. Vakum adalah ruang kosong

dengan tekanan sifar.

Perhubungan di antara ketiga-tiga tekanan di atas bolehlah ditulis sebagai


berikut:-

Tekanan Mutlak = Tekanan Tolok + Tekanan Atmosfera

@ Pm = Pt + Pa ……………………… Persamaan 1.4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/10

Contoh Permasalahan 1.3

Tekanan tolok bendalir di dalam sebuah silinder ialah 342 kN/m2, tentukan
nilai tekanan dalam ungkapan turus:-

i. air (ρband. = 1.0)


ii. raksa (ρband. = 13.6)
iii. minyak (ρband. = 0.89)

Note!
Seharusnya anda mesti mengetahui apakah ketumpatan bandingan (ρband.)
ataupun nilai ketumpatan bahan (ρbahan) bagi bendalir-bendalir asas di atas
(sekiranya tidak dinyatakan dalam permasalahan).

Penyelesaian;

1. Nilai tekanan dalam ungkapan turus air.

? P = ρgh di mana ρ air = 1000 kg/m3

342 000 = 1000(9.81)(h)

342 000 = 9810 h

h = 342 000
9810

h = 34.862 m (turus air)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/11

2. Nilai tekanan dalam ungkapan turus raksa.

? P = ρgh di mana ρ raksa = 13 600 kg/m3

342 000 = 13 600(9.81)(h)

342 000 = 133 416 h

h = 342 000
133 416

h = 2.563 m (turus raksa)

3. Nilai tekanan dalam ungkapan turus minyak.

? P = ρgh di mana ρ minyak = 850 kg/m3

342 000 = 850(9.81)(h)

342 000 = 8338.5 h

h = 342 000
8338.5

h = 41.015 m (turus minyak)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/12

Tentukan juga nilai tekanan mutlak di dalam selinder jika nilai tekanan
atmosfera adalah 101.325 kN/m2.

Penyelesaian;

Tekanan Mutlak = Tekanan Tolok + Tekanan Atmosfera

? Pm = Pt + Pa
Pm = 342 000 + 101 325

Pm = 443 325 N/m2

@ Pm = 443.33 kN/m 2.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/13

1.4 Pengukuran Tekanan

1.4.1 Jenis-jenis Peranti (Tolok Tekanan)

Dalam kes cecair dengan permukaan bebas, tekanan pada sebarang


titik diwakili ukur dalam di bawah permukaannya. Apabila cecair tertutup
seluruhnya seperti di dalam paip dan pembuluh, tekanan tidak boleh
ditentukan dengan mudah dan peranti pengukuran yang sesuai diperlukan.

Terdapat tiga jenis peranti utama; (a) Piezometer, (b) Manometer


dan (c) Tolok Bourdon. Ketiga-tiganya telah dipasangkan kepada talian paip
seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, diikuti satu penerangan
ringkas.

Piezometer h Tolok Bourdon

z Paip air

hraksa

Manometer

Rajah 1.3 : Gabungan Tolok Tekanan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/14

(a) Piezometer

Sekiranya satu penebukan dibuat pada sempadan permukaan paip dan


sebatang tiub dengan panjang yang mencukupi disambungkan di situ, cecair
tersebut akan naik ke dalam tiub sehingga diseimbangkan tekanan
atmosfera. Tekanan dalam jasad utama cecair tersebut diwakili oleh
ketinggian menegak turus cecair tersebut.

Jelaslah bahawa peranti ini hanya sesuai untuk tekanan sederhana


sahaja, jika tidak, cecair akan naik terlalu tinggi dalam tiub piezometer
sehingga menyukarkan untuk pengukuran. Apabila cecair sedang mengalir,
garispusat piezometer mestilah tidak melebihi 1/8 inci dan mestilah
sedatar dengan sempadan permukaan. Untuk kejituan yang lebih baik, satu
gelang mestilah dipasangkan kepada piezometer. Ia terdiri daripada satu
kebuk anulus yang disambung mengelilingi paip dan mengandungi penebukan
pada sela jarak yang sama.

Contoh Permasalahan 1.4

Satu tiub tekanan (Piezometer) digunakan untuk mengukur tekanan minyak


yang berketumpatan 640 kg/m3 di dalam talian paip. Jika minyak di dalam tiub
Piezometer naik setinggi 1.2m dari pusat paip berkenaan, berapakah tekanan
toloknya dalam unit kN/cm2 di titik itu.

Penyelesaian;

⇒ Ptolok = ρgh ⇒ 5232 N/m2 x 1 kN x 1m2 .


= 640 (9.81)(1.2) 1000N 1002 cm2
= 5232 N/m2 ⇒ 5232 x 1kN
10000000 cm2

⇒ 7.534 x 104 kN/cm2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/15

(b) Manometer

Prinsipnya sama seperti yang dinyatakan diatas, tetapi masalah


berkaitan dengan penggunaan tiub yang terlalu panjang diatasi dengan
menyambungkan satu tiub-U yang mengandungi cecair tak boleh campur.
Raksa (ketumpatan bandingan 13.6) merupakan cecair manometer yang
lazim digunakan untuk mengukur tekanan air.

Tekanan tolok (P) dalam talian paip diberi oleh;

⇒ P = γmhm - γz …………………………………… Persamaan 1.5

Dengan hm ialah beza aras cecair manometer di dalam kedua-dua


lengan; z ialah ketinggian garis setengah paip di atas meniskus di dalam
lengan di sebelah paip dan γm dan γ masing-masing merupakan berat tentu
cecair di dalam manometer dan paip.

Disebabkan oleh kedudukan meniskus yang turun naik, penentukuran

secara terus tidaklah mungkin dilakukan. Walaubagaimanapun,

penentukuran boleh dilakukan sekiranya lengan sebelah paip diperbesarkan

supaya aras meniskus kekal malar. Tekanan kemudiannya boleh dibaca pada

skala bersenggat yang dipasang pada lengan yang satu lagi.

Satu penilaian berkuantitian terhadap aliran paip biasanya

berdasarkan kepada pengukuran perbezaan tekanan di antara penebukan

yang berdekatan. Satu manometer kerbeza (Rajah 3.5) digunakan dan

sekali lagi cecair manometer yang biasa digunakan ialah raksa.

Apabila perbezaan tekanannya kecil, cecair tak boleh campur yang lebih

ringan akan menghasilkan keputusan yang lebih tepat.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/16

P2

P1
z2

z1

hraksa

Rajah 1.5 : Manometer Kerbeza

Perbezaan tekanan (P1 – P2) diberikan oleh;

⇒ P1 – P2 = γmhm + γ (z2 – z1) ................................ Persamaan 1.6

Sekiranya paip itu mendatar;

? z1 = z2 + hm ……………………………........................... Persamaan 1.7

dan

⇒ P1 – P2 = hm(γm - γ) …………………….................... Persamaan 1.8

Manometer kerbeza yang lebih rumit telah pun direkabentuk untuk


memenuhi kehendak tertentu, sama ada untuk kerja-kerja makmal mahupun
komersil.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/17

Contoh Permasalahan 1.5

Tentukan tekanan tolok pada titik A di dalam Manometer Kerbeza di bawah


yang disebabkan oleh perbezaan aras raksa (ρband. = 13.6).

D 3.9m

A 3.6m

Rajah 1.6

Air
B C 3.0m

Raksa

Penyelesaian;

? PB = PC
? PC = PD + ρgh(raksa)
= 0 + 13600(9.81)(0.9)
= 120074.4 N/m2

? PB = PA + ρ gh(air)
= PA + 1000(9.81)(0.6)
= PA + 5886

Diketahui; PB = PC = PA + 5886
∴ PA = PC - 5886
= 120074.4 - 5886
= 114188.4N @ 114.2 kN

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/18

(c) Tolok Bourdon

Tolok ini merupakan satu alatan komersil yang dipasang terus kepada
paip itu sendiri ataupun kepada hujung piezometer. Alatan ini terdiri
daripada satu tiub bengkok yang tergantuing bebas pada bahagian
melengkung tetapi dipegang tegar pada lingginya. Penambahan tekanan
dalaman akan meluruskan tiup tersebut dan oleh sebab pesongan berkadar
terus dengan tekanan yang dikenakan, satu mekanisme mudah membolehkan
tekanan dirakam terus. Oleh sebab tekanan di luar tiub ialah tekanan
atmosfera, satu tekanan tolok dicatatkan dan ini biasanya digunakan pada
titik tengah alatan tersebut.

Tolok Bourdon sangat berguna sebagai satu penunjuk umum mengenai


tekanan tetapi tidak sesuai apabila kejituan yang lebih tepat diperlukan,
terutamanya apabila perbezaan tekanan perlu diukur.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/19

Aktiviti 1a

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1a.1 Rajah di bawah menunjukkan sebuah tangki minyak yang terdedah ke udara
di sebelah kiri dan tertutup di sebelah kanan. Tentukan tekanan tolok
di titik-titik A, B, C, D, E dan F. Tentukan juga apa nilai tekanan udara
di dalam tangki di sebelah kanan. (ρband. = 0.9).

udara
0.5m F
A

• •E

3m Rajah 1.7

•B •D
1.5m
C

1a.2 Tekanan tolok bendalir di dalam sebuah selinder ialah 350 kN/m2.
Cari tekanan dalam ungkapan turus:-
i. Air
ii. Raksa (ρband. = 13.6)
iii. Tekanan mutlak di dalam selinder jika tekanan atmosfera ialah
101.3 kN/m2.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/20

1a.3 Hitungkan turus,h, yang menyebabkan keamatan tekanan 170 kN/m2.


Berat tentu bendalir ialah 6 kN/m3.

1a.4 Sekiranya seketul konkrit berjisim 95kg diletakkan di atas sekeping papan
berukuran 90cm x 170cm. Tentukan nilai keamatan tekanan purata pada
papan itu dalam sebutan kN/m2.

1a.5 Satu omboh bulat berada dalam selinder. Gas tertentu terdapat di
belakang omboh tersebut. Daya mampatan yang bernilai 310N dikenakan
pada omboh berdiameter 64mm. Hitungkan keamatan tekanan atau tekanan
yang bertindak ke atas gas tersebut dalam sebutan kN/m2.

1a.6 Jisim 50kg bertindak ke atas satu omboh dengan keluasan 100cm2.
Hitungkan keamatan tekanan pada air yang terdapat di bawah omboh
tersebut pada keadaan seimbang.

1a.7 Kira turus air bila tekanan pada titiknya ialah 300 N/m2.

1a.8 Dapatkan tekanan pada kedalaman 4m di bawah permukaan bebas bagi


minyak yang mempunyai ketumpatan 0.75 kg/m3. Berikan jawapan anda
dalam sebutan N/m2.

1a.9 Hitung tekanan dalam unit kN/m2 yang bertindak ke atas badan yang
berada 500m di bawah permukaan air.

1a.10 Tentukan berat tentu bendalir dalam unit kN/m3 sekiranya turus tekanan
bernilai 32m dan keamatan tekanan bernilai 212 kN/m2.

1a.11 Dalam sebuah ujikaji yang dijalankan, tekanan dalam sebatang paip saluran
air dilaras sehingga mencapai kadar 2000 Pa.
i. Berapakah ketinggian air yang diperolehi jika sebuah piezometer
dipasang pada saluran tersebut.
ii. Tentukan takat ketinggian cecair naik dalam piezometer itu jika
cecair yang diuji adalah raksa.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/21

1a.12 Sebuah piezometer digunakan untuk menyukat tekanan minyak


(k.b. = 0.85) di dalam sebuah bekas. Jika minyak tersebut menaik setinggi
120cm di atas titik tengah paip tersebut, berapakah tekanan tolok yang
diperolehi.

1a.13 Tolok tekanan yang dipasang pada sisi sebuah tangki yang berisi suatu
cecair merekodkan bacaan 57.4 kN/m2 pada paras 8m. Tolok yang lain
berada pada paras 5m mencatatkan bacaan 80 kN/m2.
Tentukan ketumpatan cecair berkenaan.

1a.14 Rajah di bawah menunjukkan satu Manometer tiub-U yang mengandungi


raksa (ρband. = 13.6) digunakan untuk mengukur tekanan minyak (ρband. = 0.9)
di dalam sebatang paip. Kirakan tekanan di dalam paip jika perbezaan paras
raksa itu ialah 50cm.
Patmos

50cm

Rajah 1.8

25cm

Ppaip

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/22

1a.15 Rajah di bawah menunjukkan satu Manometer tiub-U yang mengandungi


raksa bagi mengukur tekanan di dalam paip. Jika tekanan atmosfera ialah
101.3 kN/m2, tentukan nilai tekanan mutlak pada titik A apabila h1 = 15cm
dan h2 = 30cm. Diberi berat tentu air ialah 9810 kN/m3.

Patmos

A

h1 Rajah 1.9

Air
h2

Raksa

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/23

Maklumbalas
Aktiviti 1a

1a.1 PA = 0
PB = 26.5 kN/m2
PC = 53.0 kN/m2
PD = 26.5 kN/m2
PE = 0
PF = -13.2 kN/m2

1a.2 h(air) = 35.68m


h(raksa) = 2.62m
P(mutlak) = 451.3 kN/m2

1a.3 Turus, h = 28.33m

1a.4 Keamatan tekanan, P = 0.609 kN/m2

1a.5 Keamatan tekanan, P = 96.4 kN/m2

1a.6 Keamatan tekanan, P = 49.05 kN/m2

1a.7 h(air) = 0.03m

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/24

1a.8 Tekanan, P = 29.43 N/m2

1a.9

1a.10

1a.11 i. 0.204m
ii. 0.147m

1a.12 1.02 kN/m2

1a.13 ρ1 = 731.4 kg/m3


ρ2 = 1630.99 kg/m3

1a.14 Tekanan dalam paip, Ppaip = 68.67 kN/m2

1a.15 Tekanan dalam paip, PA = 59.8 kN/m2

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/25

Input 2

1.5 Taburan Tekanan (Profil Tekanan)

Selain daripada bekas-bekas yang mengalami tekanan hidrostatik


disebabkan bendalir yang diisi ke dalamnya, jasad-jasad yang tenggelam
di dalam sesuatu bendalir pegun juga tidak terlepas daripada mengalami
daya ataupun tekanan yang disebabkan oleh bendalir tersebut.

Jadi, status tekanan yang dialami oleh setiap elemen kecil permukaan
bagi jasad-jasad tersebut boleh digambarkan melalui taburan atau profil
tekanan.

Profil tekanan boleh dikelaskan kepada tiga bentuk yang utama iaitu:-

a) Jasad tenggelam secara menegak.

Rumusan:
Tekanan adalah berkadaran
terus dengan kedalaman.

Rajah 1.10

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/26

b) Jasad tenggelam secara mendatar.

Rumusan:
Nilai tekanan adalah
sama atau seragam pada
sebarang titik.

Rajah 1.11

c) Jasad tenggelam secara condong.

θ θ

Rajah 1.12 Rumusan:


Tekanan adalah berkadaran
terus dengan kedalaman.

Note!

Semakin dalam elemen permukaan sesuatu jasad dari permukaan bebas


bendalir maka semakin tinggilah nilai tekanan yang dialaminya.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/27

1.2.1 Terbitan Formula Daya Hidrostatik (F) dan Lokasi Pusat Tekanan (hp)
Bagi Jasad Berpermukaan Rata

•C
•P

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/28

1.5.1 Terbitan Formula Daya Hidrostatik dan Kedudukan


Pusat Tekanan Bagi Jasad Berpermukaan Rata.

θ X
h
hP hS y
dF B
ys
F
yp

X
A

dA

P dy

Rajah 1.13

di mana; F = daya hidrostatik


θ = sudut kecondongan jasad di dalam bendalir
S = sentroid ataupun pusat bentuk bagi jasad
P = pusat tekanan di mana daya hidrostatik bertindak
hS = kedalaman sentroid jasad dari permukaan bendalir
hP = kedalaman pusat tekanan dari permukaan bendalir

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/29

Rajah 1.13 di sebelah menunjukkan suatu jasad yang berpermukaan rata


ditenggelamkan sepenuhnya dan berkeadaan condong di dalam suatu bendalir.
Tujuan rajah di sebelah adalah bagi menerbitkan rumus asas daya hidrostatik
yang dikenakan ke atas permukaan jasad tersebut serta kedudukan pusat tekanan
di atas permukaan jasad itu.

Pertimbangkan satu perpermukaan AB yang ditenggelami air.


Permukaan AB ini terdiri dari jalur-jalur (strip) setebal dy dengan keluasan dA.
Setiap jalur akan mengalami tindakan daya hidrostatik dF. Untuk jalur yang
berada pada kedalaman,h.

Ø Tekanan pada permukaan jalur adalah:-

dp = γ h
= γ y sinθ

di mana; dp = tekanan terhadap jalur


γ = berat tentu cecair
h = kedalaman jalur
θ = sudut kecondongan permukaan
A = luas permukaan

Ø Daya terhadap jalur adalah:-

dF = dp . dA
= γ y sinθ dA

Ø Jumlah daya hidrostatik terhadap keseluruhan permukaan AB


adalah:-

F = ∫ dF
= ∫ γ y sinθ dA
= γ sinθ ∫ ydA

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/30

Kamilan ∫ y dA adalah hasil darab luas setiap jalur dengan jarak jalur
dari paksi X. Kamilan ini dikenali sebagai momen luas pertama melalui paksi X.
Ia adalah bersamaan dengan hasil darab luas keseluruhan permukaan dengan jarak
sentroid dari paksi X.

∫ y dA = ys A
∴ F = γ sinθ (ys A)

Dari Rajah 1.13,

hs = yssinθ

Oleh itu:-

F = γhsA

γhs adalah tekanan bendalir di sentroid permukaan AB. Oleh itu daya
hidrostatik,F, terhadap permukaan AB adalah bersamaan hasil darab tekanan
di sentroid dengan luas permukaan, seperti yang diungkap oleh persamaan di atas.
F boleh juga diungkap dalam bentuk:-

F = PsA

di mana; Ps = tekanan di sentroid

Daya F, bertindak serenjang dengan permukaan dan magnitudnya tidak


dipengaruhi oleh kecondongan permukaan selagi sentroid berada pada kedalaman
yang sama. Hanya arah tindakan daya, F, relatif kepada paksi XY, berubah
mengikut orientasi permukaan. Daya, F, bertindak melalui titik P yang dipanggil
pusat tekanan. Pusat tekanan, P, sebenarnya adalah pusat tindakan daya
hidrostatik.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/31

Ambil momen di titik O.

F yp = ∫ dF y

dF = γ y sinθ dA

∴ F yp = ∫ (γ y sinθ dA)y

= γ sinθ ∫ y2dA

Kamilan ∫y2dA dikenali sebagai momen luas kedua melalui paksi X.


Ia diberi simbol sebagai Ix.

Oleh itu:-

F yp = γ sinθ Ix

F = γhsA

@ F = ρghsA ……………………… Persamaan 1.9

di mana; F = daya hidrostatik.


γ @ρg = berat tentu bendalir.
hS = kedalaman sentroid jasad dari permukaan bendalir.
A = luas permukaan.

∴ γhsAyp = γ sinθ Ix

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/32

Dari Rajah 1.13,

hp = ypsinθ

Oleh itu:-

hsA(hp/sinθ) = sinθ Ix

hp = Ix sin2θ
hsA

Dari teorem paksi selari (parallel axis theorem), Ix = Is + Ays2, di mana Is


adalah momen luas kedua permukaan dari paksi yang melalui sentroid di titik S
dan selari dengan paksi X. I s dikenali juga sebagai momen luas inersia.

Dari Rajah 1.13,

ys = hs/sinθ

Oleh itu:-

Ix = Is + A(hs/sinθ)2

hp = [ Is + A(hs/sinθ)2 ] (sin2θ)
hsA

@ hp = Is sin2θ + hs
hsA ……………………… Persamaan 1.10

di mana; hp = kedalaman pusat tekanan dari permukaan bendalir.


Is = momen luas kedua bagi jasad (inersia).
hs = kedalaman sentroid @ pusat bentuk dari permukaan bendalir
A = luas permukaan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/33

Ungkapan (Issin2θ/hsA) sentiasa mempunyai nilai positif. Oleh itu,


pusat tekanan sentiasa berada di bawah sentroid kecuali apabila θ = 0, di mana
pusat tekanan dan sentroid berada pada titik yang sama.

Rumusan daripada terbitan formula-formula di atas:-

i. Daya F sentiasa bertindak bersudut tepat (serenjang) dengan


permukaan dan tidak dipengaruhi oleh keadaan permukaan sesuatu jasad.

ii. Pusat tekanan sentiasa berada di bawah sentroid, kecuali bagi permukaan
yang mendatar apabila hs = hp.

iii. Ketika mengira Is, berhati-hati supaya ia adalah melalui paksi yang
melalui sentroid dan selari dengan paksi X.

iv. Persamaan untuk F dan hp diterbitkan dengan anggapan bahawa tekanan


di permukaan bendalir adalah tekanan atmosfera. Jika tekanan bukan
atmosferik, kedua persamaan ini tidak sah dan perlu dirombak.

v. Kedua persamaan berkenaan juga diterbitkan dengan anggapan bahawa


ketumpatan bendalir tidak berubah (malar). Oleh itu persamaan ini hanya
sah untuk cecair yang homogen.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/34

Penentuan Luas Rajah (A), Kedudukan Sentroid (C) dan


Momen Luas Kedua @ Inersia (Is)

Jarak sentroid dari paksi Momen luas kedua


Bentuk Luas, A Y-Y dan X-X terhadap paksi X-X
x y Is

b
• d
bd b d bd3
2 2 12

r

πr2 r r πr2
4

•r
r

πr2 4r 4r r4(9π2-64)
4 3π 3π 144π

r

πr2 r 4r r4(9π2-64)
2 3π 72π

h
b

bh 2b h bh3
2 3 3 36

a
•b
πab a b πab3
4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/35

Contoh Permasalahan 1.4

Suatu jasad direndamkan sepenuhnya di dalam air yang mempunyai


berat tentu, γ = 9.81 kN/m3. Tentukan nilai bagi daya hidrostatik (F) dan
kedalaman pusat tekanan (hs) bagi kes-kes di bawah:-

i. Jasad tenggelam secara mengufuk (horizontal).


ii. Jasad tenggelam secara pugak (vertical).
iii. Jasad tenggelam secara condong dengan sudutθ.

Kes 1:

130cm

h1 h2 hp = hs
120cm

θ = 00
di mana; ρ = 1000 kg/m 3
Penyelesaian; g = 9.81 m/s2

Ø F = ρghsA A = 1.3*1.2
= 1000(9.81)(1.70)(1.56) = 1.56 m2
= 26016.12 N
hs = h1 + h2
2
Ø hp = Is sin2θ + hs
= 1.7 + 1.7
hsA 2
= 1.70m
= 0.1872(0) + 1.70
1.70(1.56) Is = bd3 = 1.3(1.23)
12 12
= 1.70 m = 0.1872 m4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/36

Kes 2:

h1 = 120cm
hs = 180cm
hs
h2 = 240cm d = 120cm

θ = 900

Penyelesaian;
di mana; ρ = 1000 kg/m 3
Ø F = ρghsA g = 9.81 m/s2
= 1000(9.81)(1.80)(1.131)
= 19971.198 N A = p d2
4
= p(1.22)
2
Ø hp = Is sin ? + hs 4
hsA = 1.131 m2

= 0.1018(1) + 1.80 hs = h1 + h2
2
1.80(1.131)
= 1.2 + 2.4
2
= 1.850 m
= 1.80 m

Is = p r4
4
= p(0.64)
4
= 0.1018 m4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/37

Kes 3:

h1 = 50cm 130cm
hs
h2 = 150cm

150cm

Pandangan Sisi Pandangan Hadapan

Ø How to define θ ……… Teorem Trigonometri

Ø Sin θ = 100
130 130
100 = 0.769230769
θ ∴ θ = Sin-1 0.769230769
= 50.280

Ø How to define sentroid for triangle ………

sentroid 1/3 x h

h
2/3 x h

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/38

Ø How to define hs ………

1/3 x 150cm
= 50cm
y = 38.459 cm
h1 = 50 cm
hs = 88.459 cm θ

y
Y/50 = Sin θ
∴ y = 0.769176536(50)
= 38.459 cm
θ = 50.280
∴ hs = 38.459 + 50
= 88.459 cm

Penyelesaian;

di mana; ρ = 1000 kg/m 3


Ø F = ρghsA g = 9.81 m/s2
= 1000(9.81)(0.885)(0.975)
= 8464.80 N A = (1.3*1.5)
2
= 0.975 m2

Ø hp = Is sin2θ + hs hs = h1 + 0.5 sin 50.280


hsA = 0.5 + 0.5(0.76918)
= 0.885 m
= 0.1219(0.5916) + 0.885
0.885(0.975) Is = b(h3)
36
= 0.969 m = 1.3(1.53)
36
= 0.1219 m4

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/39

Contoh Permasalahan 1.5

Sebuah pintu air berbentuk bulatan diensel seperti dalam Rajah 1.14, 1.15
dan 1.16 untuk mengawal aliran air dari sebuah takungan melalui alurkeluarnya.
Kira daya, R, yang diperlukan untuk membuka pintu ini bila kedalaman takungan
adalah 2m dari ensel (titik A). Diameter,d, pintu adalah 0.4m.
Ambil berat tentu air sebagai 9810 N/m3.

Rajah 1.14 engsel


2m
A F
0.4m
R

Penyelesaian:

1. Magnitud daya hidrostatik,F.

? F = ρghsA

2
di mana; A = πd2 = π(0.4) = π(0.16) = 0.126 m2
4 4 4

hs = 2 + 0.4 = 2 + 0.2 = 2.2m


2

∴ F = 9810(2.2)(0.126)

= 2719 N

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/40

Rajah 1.15 engsel


hp
A
F
0.4m
R

Penyelesaian:

2. Pusat tekanan,hp.

? hp = Is sin2θ + hs
hsA

di mana; Is = πd2 = π 0.4) 2 = π(0.16) = 1.26 x 10-3 m4


64 64 64

2
A = πd2 = π(0.4) = π(0.16) = 0.126 m2
4 4 4

hs = 2 + 0.4 = 2 + 0.2 = 2.2m


2

∴ hp = 1.26 x 10-3(sin 2 90)


(2.2)(0.126)

= 2.205 m

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/41

engsel
Rajah 1.16 2m hp
A
F
0.4m = d
d R

Penyelesaian:

3. Magnitud daya paduan,R, yang diperlukan.

? Bagi menentukan nilai R, sila gunakan kaedah dari Prinsip Momen


ΣM  = ΣM 

? Ambil momen pada titik A (di engsel):-

F1(h1) = F2(h2) @ F(hp – d/2) = R(d)

∴ R = F(hp – d/2)
d

= (2719)(2.205 – 2)
0.4

= 1390 N

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/42

Aktiviti 1b

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1b.1 Merujuk kepada Rajah 1.17, kira daya hidrostatik terhadap sebuah pintu air
tegak berbentuk segiempat dan tentukan lokasi pusat tekanannya.

3m 2m

1.2m

Rajah 1.17

1b.2 Sebuah pintu air condong dipasang di alurkeluar sebuah takungan air.
Pintu ini berbentuk bulat seperti dalam gambarajah di bawah. Kira jumlah
daya hidrostatik,F, terhadap pintu dan tentukan lokasi pusat tekanan.

600 1.5m

∅ 1m

Rajah 1.18
Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/43

1b.3 Satu jasad berkeluasan segitiga sama telah ditenggelamkan di dalam suatu
bendalir berketumpatan bandingan 0.89 dengan kecondongan θ dari ufuk.
Kedalaman minimum jasad adalah 1.1m dari permukaan bebas bendalir.
Tentukan:-

i. Jumlah daya hidrostatik, F.


ii. Kedalaman pusat tekanan, hp.
Rajah 1.19

h1 = 1.1m

h2 = 225cm

1500mm
θ

Pandangan Sisi Pandangan Hadapan

1b.4 Satu jasad berbentuk segitiga sempadan dua sama telah ditenggelamkan
di dalam suatu bendalir berketumpatan bandingan 13.6 dengan kecondongan
600 dari ufuk. Kedalaman sempadan tapak segitiga adalah 115 cm dari
permukaan bebas bendalir.
Tentukan:-
i. Jumlah daya hidrostatik, F.
ii. Kedalaman pusat tekanan, hp.
iii. Kedalaman minimum jasad, hmin.
iv. Apakah nama bendalir tersebut.

Rajah 1.20

Kedalaman minimum

h = 115cm

θ θ
θ
1500mm

Pandangan Sisi Pandangan Hadapan

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/44

Maklumbalas
Aktiviti 1b

1b.1 F = 84.76 kN
hp = 3.633 m

1b.2 F = 14.9 kN
hp = 1.957 m

1b.3 F = 14.244 kN
hp = 1.708 m

1b.4 F = 70.02 kN
hp = 0.958 m
hmin = 0.501 m
Bendalir raksa.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/45

Input 3

1.3 Pengenalan

Daya hidrostatik terhadap permukaan melengkung yang tenggelam


boleh ditentukan dengan pengkamilan seperti yang dibuat untuk permukaan
rata. Bagi permukaan melengkung analisis seperti ini amatlah rumit dan
perkaitan yang mudah sukar diterbitkan. Alternatif yang lebih senang ialah
dengan mempertimbangkan satu isipadu cecair yang ditahan oleh
permukaan melengkung atau dengan mentafsir daya tekanan yang bertindak
pada satah-satah unjuran menegak dan mendatar. Komponen-komponen ini
kemudiannya boleh digabungkan menjadi daya tekanan paduan, walaupun
dalam kebanyakan masalah ini tidak diperlukan.

Pertimbangkan seksyen melengkung BC, yang menjadi sebahagian


dari sebuah takungan cecair yang terbuka. Isipadu cecair yang
bertentangan dengan seksyen BC ialah ABC. Tebal isipadu ABC ialah 1 unit.
Daya hidrostatik cecair terhadap lengkung BC boleh dihuraikan kepada dua
komponen, iaitu komponen vertical,FV dan komponen horizontal,FH.
Keluarkan isipadu ABC, dan analisis daya-daya terhadap ABC.

W/F1

A B
FV
A B

F2

sentroid
FH
FH
• sentroid
C
R
R
C
FV
Rajah 1.21 Rajah 1.22

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/46

Daya-daya yang bertindak terhadap isipadu ABC adalah:-

W = berat cecair ABC yang bertindak melalui sentroid permukaan ABC.


F1 = berat cecair di atas AB.
F2 = daya hidrostatik cecair di sebelah AC.

FV = komponen tegak tindak balas, permukaan BC terhadap isipadu ABC


(sama magnitud dengan komponen vertical, daya hidrostatik
terhadap BC)

FH = komponen horizontal tindak balas, permukaan BC terhadap isipadu


ABC (sama magnitud dengan komponen horizontal, daya hidrostatik
terhadap BC)

Cecair adalah statik, oleh itu semua daya berada dalam keseimbangan.

Σ Fx = 0
Σ Fy = 0
ΣM = 0
FH = F2 (sama magnitud & ko-linear)
F2 = daya hidrostatik terhadap permukaan AC
= γ hsA

∴ FH = γhsA ……………………………………………………… Persamaan 1.11

Permukaan AC adalah unjuran vertical (vertical projection) lengkung BC.


Daya F2 adalah horizontal dan bertindak melalui pusat tekanan AC, begitulah juga
FH.

FV = F1 + W
F1 = berat cecair di atas AB.
(Permukaan AB adalah unjuran horizontal [horizontal
projection] lenkung BC)
= (berat tentu cecair) * (isipadu cecair atas AB)

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/47

= γ V1
W = berat cecair ABC
= (berat tentu cecair) * (isipadu ABC)
= γ VABC

FV = γ V1 + γ VABC
= γ (V1 + V ABC)

∴ FV = γV ……………………………………………………… Persamaan 1.12

Merujuk kepada Rajah 1.8(c) di bawah, V adalah jumlah isipadu di atas


lengkung DE iaitu isipadu cecair ABCD ditambah dengan isipadu cecair CDE,
atau dengan kata lainnya;
V = V1 + V2

A B
V1
C D

V2

E
Rajah 1.23

Daya-daya FV dan FH bertindak melalui sentroid @ pusat graviti isipadu V.


Oleh itu, daya paduan,R, bagi kedua-dua komponen daya ini adalah:-

R = √(FV2 + FH2) …………………… Persamaan 1.13

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/48

Contoh Permasalahan 1.6

Tentukan daya paduan yang bertindak ke atas permukaan melengkung


seperti dalam Rajah 1.24 di bawah.

2m
j = 3m
FV

FH •

Rajah 1.24

Penyelesaian:

FH = γhA s di mana; γ = ρg

= 1000(9.81)(3/2)(3*2)

= 88.29 kN

FV = γ V

= 1000(9.81) [(πd2/4)/4*2]

= 138.69 kN

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/49

1. Daya paduan,R, yang bertindak ke atas permukaan melengkung.

? R = √ (FV2 + FH2)

= √(138.692 + 88.292)

= 164.41 kN

2. Arah tindakan daya paduan,R.

? θ = tan-1 FV
FH

= tan-1 138.69
88.29

= 570 31’

= 57.520

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/50

Aktiviti 1c

1c.1 Tentukan daya paduan,R, ke atas permukaan melengkung seperti dalam


Rajah 1.25 di bawah sekiranya diberi jejari lengkungan,j, adalah 2m.

3m
j = 2m 4m

FV

FH •

Rajah 1.25

1c.2 Rajah 1.26 di bawah menunjukkan sebuah pintu salur terbuka berbentuk
satu sukuan bulatan berjejari 4m. Kira magnitud dan arah tekanan paduan
ke atas setiap 1m panjang pintu itu jika aras air sama dengan paras tanah.

• FH
j

Rajah 1.26
FV

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/51

Maklumbalas
Aktiviti 1c

1c.1 FH = 470.88 kN
FV = 358.71 kN
R = 591.95 kN
θ = 37.30 0

1c.2 FH = 78.48 kN
FV = 123.27 kN
R = 146.13 kN
θ = 57.52 0

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/52

Penilaian
Kendiri

1.1 Sebuah tangki yang terbuka mengandungi 3m air yang ditutupi oleh minyak
setebal 0.6m (k.b. = 0.85). Tentukan tekanan pada permukaan bersentuhan
antara kedua-dua cecair dan pada dasar tangki.

1.2 Udara yang berat tentunya 12 N/m3 dan dianggap incompressible, apakah
ketinggian dari paras laut yang menghasilkan tekanan 100 kN/m2.

1.3 Tekanan atmosfera pada permukaan laut ialah 762mm raksa dan pada
puncak gunung ialah 737mm. Jika ketumpatan udara dianggap malar pada
11.8 N/m3, kira ketinggian gunung tersebut.

1.4 Pintu air segiempat bersaiz 1.5m lebar diensel di B dan tersandar ke
dinding di titik A.

Tentukan:-
v. Daya terhadap pintu dari tekanan air laut.
vi. Daya horizontal,FH , yang diperlukan untuk membuka pintu air
di A.
vii. Reaksi/momen di ensel B.

γ = 10052 N/m3
A
4.6m
Rajah 1.27
1.8m
B

2.4m

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/53

1.5 Satu jasad berbentuk segitiga sempadan dua sama telah ditenggelamkan
di dalam suatu bendalir berketumpatan bandingan 13.6 dengan kecondongan
600 dari ufuk. Kedalaman sempadan tapak segitiga adalah 115cm dari
permukaan bebas bendalir.
Tentukan:-
i. Jumlah daya hidrostatik, F.
ii. Kedalaman pusat tekanan, hp.
iii. Kedalaman minimum jasad.
iv. Apakah nama bendalir tersebut.
Rajah 1.28
Kedalaman minimum

h = 115cm

θ θ
θ
1500mm

Pandangan Sisi Pandangan Hadapan

1.6 Satu jasad berbentuk semi-bulatan berdiameter 80cm telah ditenggelamkan


dengan kecondongan sin–1 50/70 dari permukaan bebas mercury.
Kedalaman sempadan diameter adalah 205cm dari permukaan bebas
bendalir tersebut.
Tentukan:-
i. Jumlah daya hidrostatik, F.
ii. Kedalaman pusat tekanan, hp.
iii. Kedalaman minimum jasad, hmin.

Rajah 1.29
Kedalaman minimum

h = 205cm

θ
80cm
80cm
Pandangan Hadapan
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi
Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar
Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/54

1.7 Tentukan magnitud dan arah daya paduan, R, yang diberikan oleh bendalir
berketumpatan bandingan 1.0 terhadap bilah lengkung seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

Rajah 1.30
4.51m

Bendalir B
k.b. 1.0
10.5m

Bilah lengkung (7.5 m lebar)

1.8 Dapatkan dan tentukan komponen-komponen daya yang disebabkan oleh


tindakan air ke atas satu kawasan lengkung AB per meter panjang lengkung.

A C

y 2m

FH
B

Rajah 1.31 x

FV

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/55

1.9 Kirakan daya ufuk dan daya pugak yang bertindak pada plat melengkung
per meter panjang seperti dalam rajah di bawah.

5m
B

Bendalir
k.b. 1.0

12m

Rajah 1.32

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
DAYA HIDROSTATIK C4009/UNIT 1/56

Maklumbalas
Penilaian Kendiri

1.1 P = 35 kN/m2

1.2 h = 937 m

1.3 h = 1735 m

1.4 F1 = 60 kN
F2 = 85 kN
MB = 135 kNm

1.5 F = 70.02 kN
hp = 0.958 m
hmin = 0.501 m
Bendalir raksa.

1.6 F = kN
hp = m
hmin = m

1.7 Fx = 19.62 kN
Fy = 30.82 kN

1.8 Fx = 1294.92 kN
Fy = 891.76 kN

1.9 Fx = kN
Fy = kN

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi