Anda di halaman 1dari 2

Cerpen Gerhana Manusia : Sinopsis (Komsas Tingkatan 5)

Sinopsis :

Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan
darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku
beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.

Sebenarnya Tuan Besar bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan
perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka
telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.

Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang
mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih
memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya
pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah,
gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.

Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10
pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan
dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya
diberi gelafundin (seakan-akan darah).

Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa
tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan
sebanyak RM 100 ribu.

Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di

hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni
mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang
koma di Unit Rawatan Rapi.

Anda mungkin juga menyukai