Anda di halaman 1dari 2

KONSEP PENJAGAAN MUKA

Penjagaan muka adalah merujuk kepada air muka. Dalam erti kata lain air
muka ini merupakan maruah diri. Oleh itu, bagi menjaga air muka, seseorang
itu perlulah menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang
dapat mencemarkan imej diri. Sebagai contoh, perbuatan mencuri, berpakaian
mencolok mata, terlibat dengan dadah dan lain-lain lagi. Tambahan pula,
perbuatan yang tidak elok ini bukan sahaja akan mencemarkan maruah diri
malah air muka keluarga, bangsa, agama dan negara juga akan turut terjejas.
Seperti mana pribahasa Melayu “ kerana nila setitik habis rosak susu
sebelanga”.
Tuntasnya, kita haruslah menjaga air muka terutamanya riak wajah agar tiada
perasaan yang tersinggung. Jadi, sebagai manusia yang berhemah kita perlulah
sentiasi menghiasi wajah kita dengan senyuman yang disenangi ramai orang.
Tambahan pula sikap ringan tulang dalam menghulurkan bantuan terhadap
orang lain juga perlulah dipraktikkan dalam kehidupan untuk mewujudkan
suasana harmoni. Hal ini kerana budi pekerti ini bukan sahaja mampu menjaga
imej diri sendiri malah imej negara juga turut dipandang tinggi kerana
wujudnya kerjasama antara rakyat.

KEPENTINGAN PENJAGAAN MUKA DALAM


PERGAULAN DAN KOMUNIKASI DALAM
MAYARAKAT
 Seseorang itu akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat.
 Mudah mendapat ramai kenalan rapat kerana mudah disenangi orang
lain.
 Dapat menjaga maruah diri serta keluarga daripada tercemar dan
dipandang serong oleh masyarakat.
 Tiada musuh kerana tidak melakukan perbuatan yang menyakitkan hati
orang.
 Tidak akan menyebabkan orang lain tersinggung dan terasa hati.
 Dapat memupuk rasa cinta dan kasih sayang antara masyarakat.
 Dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni tanpa ada
persengketaan dan bermasam muka.
 Dapat memupuk semangat kejiranan dan perpaduan yang tinggi antara
masyarakat.
CONTOH-CONTOH AIR MUKA SESEORANG
DAPAT MENUNJUKKAN SIKAP DAN TINGKAH
LAKUNYA
POSITIF
 Seseorang yang sentiasa bercakap dengan sopan menunjukkan bahawa
dia seorang yang berbudi pekerti dan disenangi ramai orang.
 Seseorang yang suka membantu orang lain menunjukkan bahawa dia
seorang yang prihatin dan berhemah tinggi serta akan dihormati oleh
masyarakat.
 Seseorang yang selalu mengutip sampah apabila terjumpa sampah akan
dipandang mulia oleh masyarakat dan hal ini menunjukkan bahawa dia
seorang yang bertanggungjawab.
 Seseorang yang memberi bantuan tanpa mengharapkan balasan akan
dipandang mulia.

NEGATIF
 Seseorang yang suka memukul orang lain menunjukkan bahawa dia
seseorang yang berbahaya dan akan dipinggirkan masyarakat.
 Seseorang yang suka membuang sampah merata-rata akan dibenci
masyarakat kerana perbuatan ini menzahirkan bahawa dia seorang yang
tidak bertanggungjawab.
 Seseorang yang suka mengherdik dan menghina akan disisih masyarakat
kerana sering menyakiti hati orang lain.
 Seseorang yang sentiasa menunjukkan riak wajah yang masam akan
mempunyai kawan yang tidak ramai kerana dirinya dianggap sebagai
seseorang yang sombong.

Anda mungkin juga menyukai