Anda di halaman 1dari 7

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Tanah terbentuk hasil daripada luluhawa batuan sama ada secara fizikal atau
kimia. Luluhawa fizikal menyebabkan pemecahan batuan kepada saiz zarah yang
lebih kecil. Agen-agen luluhawa fizikal termasuklah tindakan fros, perubahan suhu,
hakisan dan aktiviti tumbuhan, haiwan dan manusia. Luluhawa kimia menyebabkan
penguraian bahan-bahan mineral di dalam batuan secara pengoksidaan, penurunan,
pengkarbonan dan proses-proses kimia lain.( Anon, 28 mac 2010)

Berdasarkan proses-proses luluhawa batuan ini tanah boleh dibahagikan


kepada tiga jenis iaitu tanah organik, tanah baki, dan tanah terangkut. Sebagai suatu
bahan kejuruteran awam, tanah juga adalah sama pentingnya seperti keluli dan
konkrit. Tanah juga boleh digali ditimbun atau diratakan bagi kerja-kerja
pembinaan kejeruteraan awam.
2

Tanah merupakan struktur yang penting di dalam pembinaan sesuatu projek.


Tanpa tanah sesuatu projek tidak dapat dijalankan. Kegagalan tanah untuk
menanggung beban yang terdapat di atasnya disebut ketidakmampuan strata tanah
untuk menanggung beban. Jika kegagalan tanah berlaku ia akan menyebabkan
struktur diatasnya rosak dan tidak digunakan, ia merupakan masalah yang serius di
dalam kejuruteraan awam. Antara masalah yang sering timbul ialah wujudnya ruang
udara, aliran air dan kehadiran bendasing lain. Keadaan –keadaan ini hendaklah
dititik berat sebelum pembinaan sesuatu projek dijalankan. Oleh yang demikian
beberapa kajian perlu dijalankan bagi pemilihan jenis tanah yang sesuai untuk
pembinaan.

1.1.2 Penambakan

Penambakan merupakan antara kerja yang terawal dilakukan di


dalam sesuatu pembinaan projek dan merupakan kerja yang penting. Secara
kebiasaannya kerja penambakan dibuat untuk menyamakan aras tanah dan
menutupi tempat yang berlubang bagi memudahkan kerja pemadatan kelak.
Di dalam pembinaan, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan kerja
penambakan contohnya penambakan untuk pembinaan di pesisir pantai,
penambakan untuk pembinaan bangunan dan penambakan untuk pembinaan
jalan raya.

Penambakan tanah di persisiran pantai merupakan satu proses kerja


penambakan yang paling sukar berbanding penambakan untuk pembinaan
bangunan dan jalanraya kerana kerja penambakan akan diganggu oleh air
sama ada air laut mahu pun air sungai. Projek penambakan persisiran pantai
adalah sukar didapati dan yang ada pun hanya tertumpu kepada pembinaan
persimpangan dan kemudahan pelabuhan. Setelah mempunyai pembaharuan
barulah projek penambakan persisiran pantai untuk perumahan dan
persisiran dijalankan akibat daripada pertumbuhan atau urbanisasi yang
pesat.
3

Penambakan tanah untuk pembinaan bangunan merupakan kerja yang


banyak dibuat pada masa masa kini berikutan pembangunan yang pesat dan
permintaan yang tinggi sama ada bangunan tersebut untuk tujuan perniagaan
mahu pun untuk pendidikan. Penambakan tanah untuk pembinaan jalanraya
merupakan kerja penambakan yang paling senang berbanding penambakan
di pesisir pantai dan penambakan untuk bangunan.

1.2 Penyataan Masalah

Kerja-kerja penambakan merupakan salah satu kerja dalam bidang


kejuruteraan awam. Penambakan harus dilakukan sekiranya sesuatu kawasan atau
tapak projek mengalami diantara masalah-masalah seperti aras kawasan pembinaan
lebih rendah daripada aras yang dikehendaki, kawasan tanah berair, struktur tanah
yang lemah, tanah asal yang tidak sesuai dan rupa bentuk muka bumi.

Semua struktur yang hendak dibina diatas tanah hendaklah mempunyai


struktur tanah yang kukuh. Tanah asal yang tidak kukuh boleh menyebabkan
kerosakan struktur. Contohnya tanah asal yang bermasalah ialah berpaya dan
mempunyai kebolehtelapan yang tinggi. Manakala pemilihan tanah tambak yang
tidak sesuai juga boleh menyebabkan kegagalan struktur contohnya ketidak
seragaman tanah asal dengan tanah tambak atau kebolehan tanah tambak untuk
bertindakbalas dengan keadaaan tapak.

Oleh itu pengetahuan tentang ciri-ciri tanah yang sesuai amat penting bagi
mengelakan kegagalan tapak pembinaan atau struktur diatasnya. Dengan itu kajian
ini akan menumpukan kesesuaian tanah asal dan tanah tambak serta mengetahui ciri-
ciri tanah.
4

1.3 Objektif Kajian

Dalam melakukan sebarang kajian, matlamat kajian perlu ditentukan terlebih


dahulu bagi memudahkan kajian, agar skop kajian tidak terlalu luas untuk dikaji dan
kajian yang lebih terperinci dapat difokuskan. Objektif-objektif untuk kajian ini
ialah:

i. Menentukan jenis tanah asal ditapak

ii. Menguji kesesuaian tanah tambak yang akan digunakan

iii. Membuat perbandingan ciri-ciri tanah tambak yang digunakan bagi tanah
tambak persisir pantai dan jalan raya

1.4 Skop Kajian

Kajian dilakukan bertujuan untuk mengetahui jenis tanah yang sesuai dengan
mengambil beberapa sampel tanah dari kawasan kajian yang telah dipilih. Kajian ini
meliputi pengambilan sampel tanah terganggu ( sampel tanah yang diambil tanpa
mengira keadaan sebenar ditapak) dan sampel tanah tak terganggu ( sampel tanah
yang diambil dengan gangguan paling minimum bagi mengelakkan keadaan sebenar
ditapak). Ujian yang dijalankan hanyalah menggunakan contoh tanah yang sering
digunakan untuk kerja penambakan. Sampel tanah yang telah diambil kemudiannya
dianalisis dan ditentukan melalui ujikaji Had-Had Atterberg. Ujian akan lebih
tertumpu kepada ujian Had Atterberg kerana ujian ini adalah ujian yang mesti
dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kajian ini akan tertumpu di makmal
Jabatan Kerja Raya di Kepayan.
5

1.5 Lokasi Kajian

Kawasan projek penambakan untuk pembinaan untuk jalanraya adalah di


kawasan KKIP. Kawasan yang dipilih ini adalah salah satu kawasan perindustrian
yang terkenal di Sabah. Projek yang dijalankan ialah Jalan KKIP Kota Kinabalu (
Package 1 Jalan 2A dan 2C). Projek ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Kerja
Raya Sabah dan kliennya adalah Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Projek yang dijalankan ini adalah pembinaan jalan raya yang akan memotong jalan
di sebelah bulatan KKIP dan terus menyambungkan jalan itu ke kawasan Institut
Kemahiran Mara (IKM). Dari tinjauan yang di lakukan, didapati bahawa kawasan
pembinaan jalan raya ini adalah tanah yang berbukit. Kerja-kerja yang berkenaan
seperti pemotongan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pembinaan jalanraya
diteruskan. Proses penambakan ini adalah untuk mengaras jalan raya yang hendak
dibuat.

Bagi projek pembinaan untuk kawasan untuk pembinaan pesisir pantai pula,
Pemilihan lokasi pembinaan Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) Likas, Kota
Kinabalu, Sabah. Kawasan Likas ini merupakan kawasan pantai yang mula
dibangunkan pada tahun 1993 dan mempunyai ciri bentuk muka bumi yang hampir
rata serta beralun. Kawasan Likas ini juga mempunyai keluasan seluas 30 km
persegi dan terletak kurang 10 km daripada Pusat Bandar Kota Kinabalu. Projek ini
dimiliki oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
6

Kawasan Penambakan Pesisir Pantai Likas, Kota Kinabalu.

Kawasan Pembinaan Jalan Raya, KKIP.

Rajah 1.1 : Kawasan Kajian


7

Rajah 1.2 : Kawasan kajian di lokasi pembinaan Sekolah Ugama Islam Sabah
(SUIS) Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Rajah 1.3 : Kawasan kajian di jalan KKIP Kota Kinabalu

( Package 1 Jalan 2A dan 2C).

Anda mungkin juga menyukai