Anda di halaman 1dari 59

MODUL 1.

1 : GAYA KEPIMPINAN

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami gaya kepimpinan berkesan
untuk menggembleng tenaga warga pendidik ke arah pencapaian matlamat sekolah. Oleh itu,
bagi mendapat pemahaman yang lebih baik tentang isi kandungan modul ini, pembaca perlu
mengetahui sedikit sebanyak tentang aspek-aspek pengurusan yang ada di sekolah. Modul ini
akan menjawab persoalan “Apa” secara ringkas bagi memberi pemahaman tentang konsep dan
memberi fokus terhadap persoalan “Bagaimana” bagi membincangkan tentang aspek aplikasi.
Modul ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan modul-modul lain yang terdapat dalam
Toolkit 1 (Kepimpinan dan Hala tuju).

Objektif
Pada akhir modul ini, pembaca akan :
a. Mengetahui tentang gaya kepimpinan dan ciri-cirinya
b. Memahami gaya kepimpinan berdasarkan situasi, perubahan yang
dilaksanalkan dan tahap perkembangan subordinat
c. Memahami tanggungjawab kepimpinan berdasarkan kewibawaan, nilai integriti
dan profesional.
d. Membantu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan

Kerangka Modul
Gambarajah yang berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam modul ini.
Gaya kepimpinan berkesan perlu memenuhi 6 ciri yang dinyatakan.

1. Kepimpinan
Situasi
6. Memanafaatkan 2. Mendepani
Maklum Balas Perubahan
GAYA
KEPIMPINAN
BERKESAN
5. Penglibatan 3. Integriti &
dan Sokongan Profesional
Semua Warga
4. Berwibawa

Gambarajah Kerangka Modul Gaya Kepimpinan Berkesan

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Apa itu Gaya Kepimpinan?
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang
digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai
matlamat organisasi (Newstan & Davis, 1993). Pendekatan ini sering dikaitkan dengan
cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang pemimpin dalam menetapkan
hala tuju organisasi, merancang dan melaksanakan strategi dan memotivasikan warga
sekolah yang dipimpinnya (Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah, 2008)

AKTIVITI 1 :
Apakah kesannya kepada subordinat dan organisasi sekiranya:
- Pemimpin sekolah yang berpengetahuan tinggi kerap mengupayakan tugasan di
sekolah kepada keseluruhan subordinatnya yang masih kurang kompeten?
- Pemimpin sekolah menggunakan gaya kepimpinan “mengarah” kepada subordinatnya
yang merupakan guru-guru berpengalaman?

Mengapa Gaya Kepimpinan Penting?


Seseorang pemimpin sekolah akan dapat memainkan peranannya dengan lebih
berkesan sekiranya dia mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi dan
persekitaran yang terdapat dalam organisasinya (Stoner & Wankel, 1989). Hal ini kerana gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin itu akan mempengaruhi cara dia
bertindak dan membina hubungan dengan pengikutnya. Oleh itu, gaya kepimpinan yang sesuai
berupaya menggerakkan warga sekolah untuk berkongsi wawasan organisasi, seterusnya
berusaha untuk merealisasikannya.

Bagaimana menyesuaikan gaya kepimpinan dengan situasi ?


Model Kepimpinan Mengikut Situsai bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang
berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza. Oleh itu, pemimpin mestilah mudah
berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud.
Dapatan kajian Hersey dan Blanchard (1977) menunjukkan bahawa pemimpin yang
berkesan telah mengamalkan gaya kepimpinan situasi mengikut tahap perkembangan pengikut.
Semakin matang tahap perkembangan pengikut, semakin tinggi darjah kecekapan dan
kompetensinya. Menurut Blanchard (2001) terdapat empat gaya kepemimpinan yang boleh
dipadankan dengan empat tahap perkembangan subordinat. Aplikasinya di sekolah dapat
dirumuskan seperti dalam jadual di bawah ini,:

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Jadual Gaya Kepimpinan Berkesan Berdasarkan Tahap Perkembangan Sabordinat
TAHAP PERKEMBANGAN GAYA KEPIMPINAN ULASAN
SABORDINAT BERKESAN
GURU BAHARU Gaya Mengarah Beri arahan dengan jelas
Kompetensi masih rendah (DIRECTING) kerana guru belum
Komitmen masih tinggi berpengalaman
GURU PERMULAAN ADA Cetuskan idea agar guru
PENGALAMAN DAN MASUK ZON Gaya Membimbing guna pengalaman untuk
SELESA (COACHING) pilih pendekatan lebih
Kompetensi mula meningkat baik
Komitmen mula menurun
GURU BERPENGALAMAN Beri sokongan kepada
DALAM ZON SELESA Gaya Menyokong guru agar penglibatan dan
Kompetensi semakin tinggi (SUPPORTING) sumbangan mereka lebih
Komitmen semakin menurun/ rendah bermakna
GURU BERPENGALAMAN Buat delegasi tugas
YANG KOMITED Gaya Mengupaya kerana guru mampu
Kompitensi tinggi (DELEGATING) melaksanakan tugasan
Komitmen tinggi tanpa diarahkan

Ringkasnya, semakin tinggi tahap perkembangan subordinat, pemimpin seharusnya


mengurangkan gaya kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat
(directing) kepada gaya yang lebih berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu
membimbing/ menjual idea (coaching) atau memberi sokongan (supporting). Akhirnya apabila
tahap perkembangan pengikutnya samakin tinggi bukan sahaja dalam disiplin tugasnya bahkan
dalam aspek psikologinya, pemimpin sekolah haruslah mengupayakan tugasnya (delegating).
Model di atas sesuai digunakan di sekolah yang mempunyai ciri-ciri pengikut yang berbeza dari
segi latar belakang akademik, keupayaan kebolehan, pengalaman dan komitmen dalam
melaksanakan sesuatu tugas.

AKTIVITI 2 :
Apakah kesan terhadap psikologi guru sekiranya PGB menggunakan gaya kepimpinan yang
kurang sesuai dengan tahap perkembangan dan kematangan guru tersebut?
Apakah pula kesannya terhadap organisasi sekiranya psikologi guru terganggu?

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Bagaimana Mengaplikasi Gaya Kepimpinan yang Berdaya Saing dan Berkeupayaan
Mendepani Perubahan?
Kelangsungan hayat sesebuah organisasi sangat bergantung kepada keupayaannya
mendepani persekitaran yang sentiasa berubah. Implikasinya, pemimpin organisasi perlu
bertindak secara proaktif untuk melaksanakan perubahan ke arah tindakan pembetulan dan
penambahbaikan secara berterusan. Oleh itu segala tindakan dan pengalaman yang dilalui
merupakan proses pembelajaran untuk memperbaiki diri dan meningkatkan potensi organisasi.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu mendorong warganya untuk terus belajar dari
persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui agar usaha-usaha pembetulan dan
penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan. Melalui proses pembelajaran sebegini,
pemimpin sekolah boleh membimbing warganya untuk melaksanakan tindakan secara lebih
terancang dan strategik serta bersifat lebih inovatif dan kreatif. Oleh itu, perubahan yang
dilakukan adalah dalam tatacara kerja yang sistematik, terancang dan terurus.

Aktiviti 3:
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegagalan pemimpin dalam mendepani perubahan?

Kaedah dan sistem baharu yang lebih efektif dan aktif berfungsi perlu diwujudkan. Model
for Managing Compleks Change merumuskan bahawa perubahan yang dilaksanakan oleh
sesebuah organisasi itu berjaya sekiranya ia menepati lima faktor utama iaitu: matlamat yang
jelas, kemahiran yang perlu, insentif yang menarik, sumber yang mencukupi dan pelan tindakan
yang strategik (Knoster, 1991). Jadual berikut menunjukkan implikasi sekiranya terdapat
kepincangan dalam salah satu faktor tersebut :

Jadual Faktor Penentu Keberkesanan Dan Implikasi Terhadap Perubahan

FAKTOR PENENTU KEBERKESANAN PERUBAHAN IMPLIKASI

Matlamat Kemahiran Insentif Sumber Pelan Tindakan = BERJAYA


Matlamat Kemahiran Insentif Sumber TIADA = TERENCAT
Matlamat Kemahiran Insentif TIADA Pelan Tindakan = KECEWA
Matlamat Kemahiran TIADA Sumber Pelan Tindakan = PERLAHAN
Matlamat TIADA Insentif Sumber Pelan Tindakan = BIMBANG
TIADA Kemahiran Insentif Sumber Pelan Tindakan = KELIRU

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Ringkasnya, sekolah perlu ada matlamat dan mempunyai satu pelan perancangan yang
strategik dan sistematik bagi membolehkan perubahan yang dihasratkan berada dalam
lingkungan kawalannya. Di samping itu, faktor kemahiran, insentif dan sumber untuk
melaksanakan perancangan tersebut perlu disediakan agar tenaga warga sekolah dapat
digembleng ke arah pencapaian matlamat perubahan yang dihasratkan.

Bagaimana mengaplikasi gaya kepimpinan berpaksikan nilai integriti dan profesional ?


Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat
awam. Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.
Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang
telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber-sumber awam.
Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan
saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai dan
mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih
mengutamakan kepentingan orang ramai.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu sentiasa berintegriti dan bersiikap profesional
dalam melaksanakan tugas dan mengambil tindakan dalam urusan sehariannya. Dalam
membuat agihan tugas sebagai contoh, pemimpin sekolah melaksanakannya secara adil dan
saksama berdasarkan kepakaran dan keperluan perkhidmatan tanpa melibatkan sikap pilih
kasih. Natijahnya, hubungan profrsional warga sekolah akan lebih harmoni dan tenaga warga
sekolah dapat digembling ke arah pencapaian matlamat sekolah.

Bagaimana menjadi pemimpin yang berwibawa ?


Kepimpinan yang berwibawa dianggap paling berkesan kerana mampu membuat
perubahan dan pembaharuan kepada organisasi dan warganya. Hal ini kerana, sebahagian
besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan
pembaharuan positif kepada organisasi serta mampu mendengar, melihat dan merasai denyut
hati warganya.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu berpengetahuan luas untuk menjana idea yang
bernas dan berkemahiran dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada warga sekolahnya.
Oleh itu, prasyarat untuk seorang itu menjadi pemimpin sekolah yang berwibawa adalah
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk mempengaruhi warga sekolahnya
mengambil tindakan yang tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh sekolah.

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Pemimpin sekolah perlu menjadi role model kepada warga sekolahnya dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan pegamalan nilai-nilai yang positif. Mereka juga perlu turun padang
untuk melihat sendiri dan memantau pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang. Bimbingan
langsung terhadap warganya perlu diadakan sekiranya semasa pemantauan dilaksanakan,
terdapat perkara=perkara yang memerlukan perhatian, bimbingan, teguran dan nasihat secara
on site agar usaha pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke
semasa.

Bagaimana mengaplikasikan gaya kepimpinan yang mendorong penglibatan dan


sokongan semua warga ?
Penglibatan dan sokongan semua warga sekolah untuk memainkan peranan dan
melaksanakan tugas marupakan syarat utama untuk sesebuah sekolah itu mencapai
matlamatnya. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan
sokongan dan melibatkan warga sekolah dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti.
Warga sekolah perlu diberi ruang dan peluang untuk melibatkan diri bukan sahaja di peringkat
operasional seperti PdP, aktiviti kokurikulum, disiplin dan lain-lain aktiviti rutin, malah mereka
perlu dilibatkan dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan di peringkat
pengurusan di sekolah. Penglibatan sebegini dapat mendorong rasa kebertanggungjawaban
bersama. Rasa kebersamaan ini merupakan asas bagi pembinaan satu pasukan guru yang
lebih komited dan mantap. Akhirnya, gaya kepimpinan yang dapat mendorong ke arah
penglibatan dan sokongan semua warga ini mampu menggembleng tenaga warga sekolah ke
arah pencapaian matlamat sekolah.

Bagaimana memanafaatkan maklum balas untuk penambahbaikan gaya kepimpinan?


Akhirnya, pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang dinamik dan
flksibel yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Oleh itu, maklum balas dari warga
sekolah dan pihak lain di luar sekolah tentang gaya kepimpinan pemimpin sekolah perlu
dimanfaatkan agar pendekatan yang diamalkan dapat diperbetulkan dan ditambah baik.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang
kepimpinan di sekolah ialah melalui penggunaan peti cadangan, media sosial (seperti facebook,
WhatsApp, Telegram dll) atau cara lain seperti menggunakan email atau kaedah bersemuka.
Dapatan dari maklum balas tersebut perlu dianalisis bagi membolehkan tindakan susulan
berupa usaha pembetulan atau penambahbaikan terhadap gaya kepimpinan sedia ada dapat
dilaksanakan.. Namun, pihak pemimpin sekolah perlu bersikap terbuka untuk menerima
teguran, pandangan dan kritikan untuk tujuan memperbaiki amalan gaya kepimpinan sedia ada.

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Rumusan
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang digunakan oleh
seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai matlamat organisasi
(Newstrom, Davis, 1993). Ringkasnya, PGB boleh mengaplikasikan gaya kepimpinan ini
dengan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian. Beberapa cadangan tindakan dalam
kerja buat PGB melibatkan aspek gaya kepimpinan berkesan adalah seperti carta alir
berikutnya :

Aktiviti 4 :
Berdasarkan Carta AlirI dibawah :
- Apakah kerja buat yang kurang diberi perhatian oleh pemimpin sekolah?
- Bagaimanakah pendekatan proses PDCA (Plan-DO-Check-Action) digunakan dalam
setiap peringkat kerja buat pemimpin sekolah?

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


CARTA ALIR
KERJA BUAT PGB MELIBATKAN GAYA KEPIMPINAN BERKESAN

MULA

Kenal Pasti Status Pengetahuan, kemahiran, komitmen,


Guru-guru kekuatan, kelemahan guru

Guna Gaya Kepimpinan Ubah gaya kepimpinan jika tidak


Yang Sesuai sesuai

Agihan adil tanpa pilih kasih ikut


Agihan Tugas Guru
status guru berbeza-beza

Bimbingan/ Nasihat/ Sokongan Bersikap profesional. Keputusan dibuat


Yang Berbeza Ikut Guru dengan ambil kira faktor penting

Rancang & Laksana Berdasarkan isu strategik dan


Strategi Pembangunan tuntutan masa depan

Nilai & Selia Usaha pembetulan dan penambaikan


Pelaksanaan Strategi berterusan dibuat

Dapatkan Maklumbalas Melalui temu bual, soal selidik, peti


Gaya Kepimpinan cadangan. Penambahbaikan gaya
kepimpinan

TAMAT

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


Tugasan/ Latihan

1. Anda ditempatkan di sebuah sekolah yang mempunyai ciri-ciri pengikut yang berbeza
dari segi latar belakang akademik, keupayaan, kebolehan, pengalaman dan
komitmen dalam melaksanakan sesuatu tugas. Bagaimanakah anda menggunakan
gaya kepimpinan yang berkesan untuk membuat agihan tugas guru bagi dimuatkan
dalam Buku Panduan Tugas Guru yang diterbitkan pada setiap awal tahun.

2. Anda telah melaksanakan pemantauan PdP terhadap seorang guru Sejarah yang
berpengalaman. Beliau mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam aspek isi
kandungan dan pentaksiran. Namun anda dapati beliau menggunakan pendekatan
yang agak tradisional iaitu secara chalk and talk. Bagaimanakah anda menangani isu
ini agar guru ini menggunakan pendekatan yang lebih terkini seperti pedagogi abad
ke-21 tanpa menjejaskan komitmen dan keupayaannya menghasilkan pelajar yang
cemerlang.

3. Anda mempunyai aspirasi untuk menjadikan sekolah anda sebagai showcase dalam
membudayakan KBAT dalam jangkamasa dua tahun yang akan datang.
Bagaimanakah anda mengaplikasikan gaya kepimpinan berkesan untuk
menggembleng tenaga warga pendidik ke arah pencapaian matlamat sekolah

Rujukan
Blanchard, K. (2001). Situational leadership II - The article. Escodido CA: The Ken Blanchard
Companies.

Hersey,P. & Blanchard,K.H. (1977) Management of ). Organizational Behavior. 3 rd .


Edition. Englewood Cliffs, N.J. : Prantice Hall Inc.

Knoster, T. (1991). Model for Managing Complex Change. Washington D.C.:


Enterprice Group. Ltd

Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah. (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri -Ciri
yang Efektif. Jurnal Pendidikan UTM, Jilid 13: Oktober 2008. Hal. 73-84.

Newstan, J.W & Davis, K. (1993). Organizational Behavior: Human Behavior at Work.
New Jersey: McGraw Hill.

Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1989). Management. New York: Prantice Hall.

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang mod ul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.1 Gaya Kepimpinan


MODUL 1.2 : PENETAPAN DAN PELAKSANAAN HALA TUJU

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pemimpin sekolah dalam membina dan
melaksanakan hala tuju sekolah. Visi dan misi atau wawasan sekolah menjadi hala tuju seluruh
warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara
bersama. Visi dan misi merupakan asas, panduan dan rujukan untuk merancang dan
melaksanakan program pemajuan sekolah.

Objektif
Pada akhir modul ini, pembaca akan dapat:
a. Menetapkan hala tuju sekolah secara kolaboratif
b. Mengkomunikasikan Visi dan Misi Sekolah.
c. Merancang program sekolah berdasarkan Visi dan Misi.

Kerangka Modul
Kerangka modul ini dibina berdasarkan aspek-aspek penetapan dan pelaksanaan hala
tuju. Gambarajah berikut menunjukkan kerangka tersebut:
.

1
Kepimpinan
Berwawasan
5
Perancanga 2
n dan Perkongsian
Pelaksanaan Penetapan Visi & Misi
program dan
Pelaksanaan
Hala Tuju

3
4
Mengkomuni-
Penetapan
kasikan Visi
Sasaran/ KPI
dan Misi

Gambarajah Aspek-Aspek Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


Apa itu Hala Tuju Organisasi?
Hala Tuju adalah satu penentuan matlamat bagi memastikan kejayaan organisasi dan
perancangan strategi diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, setiap pemimpin
berperanan memastikan keberkesanan organisasi melalui pengaruhnya ke atas subordinat
untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan bersama (Kaiser et al. 2008; Trevino et al. 2000; Yulk
Pemimpin perlu bersama dengan warga sekolah membina, menetapkan dan melaksanakan
hala tuju yang perlu dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Kebersamaan ini akan
memudahkan pencapaian Visi dan Misi. Menurut Hussein Mahmud (1997) dalam tempoh masa
setahun, pemimpin yang strategik perlu mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran
yang ada untuk menjana kecemerlangan sekolah.

AKTIVITI 1:
 Bagaimana pemimpin sekolah menggunkan Visi dan Misi yang ditampal
indah di dinding sekolah?
 Bagaimana boleh secara bersama Visi dan Misi ini difahami oleh guru-guru,
murid-murid serta staf di sekolah?
 Untuk apa kita lakukan ini semua?

Apakah Kepimpinan Berwawasan?

Kepimpinan Berwawasan (Visionary Leadership) adalah pemimpin yang


berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan membuat penetapan
dalam setiap matlamat. Menurut Fleishman (1973), antara ciri yang ada pada mereka
ialah berfikiran futuristik dan berupaya mempengaruhi pekerja untuk terus berusaha
mencapai matlamat organisasi. Mereka akan membentuk strategi yang berkesan dan
mengenal pasti sasaran kerja utama. (Sila rujuk Modul Umum 1: Kepimpinan
Pendidikan bagi mengetahui lebih lanjut tentang konsep kepimpinan)

AKTIVITI 2:
Bagaimana pemimpin boleh membina wawasan di sekolah?

Dalam menjayakan wawasan, pemimpin akan bekerjasama dengan pelbagai


pihak berkepentingan atau komuniti seperti yang disarankan dalam PPPM 2013 -2015
tentang Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). Pemimpin perlu menggunakan

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


kesemua sumber dengan sebaik mungkin dan menggunakan saluran komunikasi
dalam penyebaran maklumat.

Pemimpin sekolah yang berwawasan perlu memiliki sikap kemanusiaan,


menerima pandangan orang lain dan berfikiran terbuka. Pemimpin ini akan
meningkatkan kecekapan organisasi dengan melaksanakan kerja secara kolaboratif
dan membuat keputusan secara kolektif. Oleh itu, mereka berupaya membangunkan
segenap potensi warga sekolah bagi mencapai wawasan yang ditetapkan. Menurut Kerr
(2005), jadual berikut adalah 5 langkah yang boleh diambil untuk membangunkan keupayaan
wawasan:

Bil Langkah Huraian

1. Membuat Refleksi Meluangkan masa untuk memikirkan alternatif dalam mengambil


tindakan dan meneroka kemungkinan untuk perubahan masa
depan.

2. Maklum Balas Luar Melihat perkhidmatan kita dari ‘point-of-view’ orang luar akan
menyedarkan kita hakikat sebenar. Amalan ini boleh
memaklumkan kepada cara-cara baru untuk berfikir, penemuan
pendekatan yang lebih baik dan menggembirakan kepada
pelanggan serta mengenal pasti idea-idea, pandangan juga
inovasi.

3. Meneroka Peluang Tidak berputus asa untuk mencari peluang dan alternatif lain bagi
menyelesaikan sesuatu masalah

4. Bersenergi Menyepadukan semua kekuatan dan keupayaan organisasi


bagi mencapai wawasan

5. Mengintegrasikan ide Kreativiti dan inovasi dimanfaatkan untuk meningkatkan


kreatif dan inovatif kemajuan organisasi

AKTIVITI 3:

Kumpulan pemimpin sekolah telah bersama mencetuskan Visi dan Misi sekolah.
Bagaimana ianya boleh disebar luas kepada semua warga sekolah?

Penetapan dan Perkongsian Visi dan Misi Sekolah


Visi dan Misi akan menjadi lebih mantap apabila kesemua aktiviti sekolah yang
dirancang mengambil kira hala tuju yang telah dirangka secara bersama. Pemimpin sekolah

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


perlu mengenal pasti visi dan misi dijadikan asas dan rujukan bersama untuk merancang dan
melaksanakan program-program pemajuan sekolah. Dengan ini, visi dan misi berupaya
menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi
mencapai matlamat sekolah.

Mengkomunikasi Visi dan Misi Sekolah


Barisan kepimpinan sekolah perlu menyebarkan Visi dan Misi kepada golongan sasar
agar pengaruh untuk mencapai matlamat menjadi satu sinergi. Ia berlaku sama ada top-down
(atas ke bawah), bottom-up (bawah ke atas) mahupun secara letral (setara). Wawasan ini
perlu juga disebar luas kepada ibu bapa dan komuniti setempat dan lain-lain badan yang
berurusan secara langsung maupun tidak langsung (Abd Ghani, Azia, Tan 2008).
Penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan komuniti secara berkesan dan
berterusan boleh dilakukan melalui laman web sekolah/blog sekolah/ brosur/ buletin/ e-mel
berkelompok/ media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta atau
inisiatif lain yang sesuai.

AKTIVITI 4:
Gunakan senarai semak di bawah untuk melihat status anda sebagai Pemimpin
Berwawasan.

Pernyataan Item Status (Tandakan √)


Bil.
Kurang Tidak
Setuju
Setuju setuju
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan potensi
1
murid
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan keperluan
2
sekolah
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan dasar
3
pendidikan
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan aspirasi
4
negara
Saya memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas
5
oleh hampir keseluruhan warga sekolah.
Saya memastikan visi dan misi difahami oleh hampir
6
keseluruhan warga sekolah.
Saya memastikan visi dan misi dijadikan asas untuk
7 merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan
program pemajuan sekolah.
Saya memastikan visi dan misi dijadikan rujukan untuk
8 merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan
program pemajuan sekolah.

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam
9 menggerakkan warga sekolah untuk berusaha
bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan.
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam
10 menggerakkan warga sekolah untuk berusaha
bersungguh-sungguh mencapai matlamat sekolah.
Saya memastikan kejayaan sekolah dapat dilihat
11
mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Saya memastikan pencapaian matlamat dapat dilihat
12
mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi menilai status Kepimpinan Wawasan anda, berikan skor 2 untuk setiap pernyataan yang
anda setuju, skor 1 untuk kurang setuju dan skor 0 untuk tidak setuju. Berdasarkan penilaian
anda, berikut adalah tahap Kepimpinan Wawasan yang anda amalkan:

Julat Skor Tahap Kepimpinan Wawasan


17 – 21 Baik
9 – 16 Sederhana
0–8 Lemah

Penetapan Sasaran dan KPI (Key Performance Indicator)


KPI ialah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi
menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatann yang disampaikan
kepada pelanggan selaras dengan misi sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip KPI adalah
meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dengan keadaan normal dan seleras
dengan visi dan misi organisasi. Maklumat ini akan digunakan sebagai tanda aras yang akan
menjadi konsep amalan terbaik. Charles Parker (2000) telah merumuskan penggunaan KPI
adalah untuk:
1. Mengenal pasti kejayaan.
2. Memenuhi keperluan pelanggan.
3. Membantu memahami proses.
4. Mengenal pasti masalah.
5. Memastikan keputusan dibuat berdasarkan fakta dan bukan semata-mata emosi.
6. Menunjukkan penambahbaikan yang dirancang benar-benar tercapai.

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


AKTIVITI 5:
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Sistem KPI tidak berjaya
dilaksanakan di sekolah?

Walaupun terdapat pelbagai cabaran untuk menetapkan dan melaksakan KPI, pemimpin
sekolah perlu menanganinya dengan bijak. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan telah
menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk
prestasi utama (KPI) diterapkan di sekolah bagi tujuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian
dalam perkhidmatan.

Perancangan dan Pelaksanaan Program


Perancangan merupakan satu proses bagi menetapkan pelbagai objektif, strategi dan
program berdasar tempoh masa tertentu melibatkan seluruh warganya bagi mencapai hala tuju
organisasi. Dalam usaha memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai program
pembangunan pendidikan di sekolah selaras dengan halatuju yang dibentuk, perancangan
strategik yang komprehensif perlu diwujudkan. Perancangan strategik 3 tahun perlu dibentuk
bersandarkan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) yang dikeluarklan oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti oleh semua guru mengikut jawatankuasa-jawatankuasa bidang akademik,
pentadbiran, kokurikulum, pembangunan, asrama dan hal ehwal murid. Perancangan ini turut
melibatkan pelan taktikal tahunan dan pelan operasi bagi setiap program yang dilaksanakan.
Oleh itu, Jawatankuasa Perancangan Strategik Sekolah perlu dibentuk dan digerakkan
untuk menyediakan dokumen perancangan. Proses penyediaannya perlu menggambil kira isu
dan masalah strategik yang dihadapi, aspek kekuatan dan kelemahan organisasi (faktor
dalaman) dan aspek peluang dan cabaran dalam persekitaran organisasi (faktor luaran). Bidang
akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid perlu mempunyai perancangan strategik masing-
masing tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai hala tuju sekolah.
Seterusnya, siri perbincangan dan bengkel melibatkan semua guru perlu diadakan bagi
memastikan perancangan yang dibuat dapat difahami dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
(Sila rujuk Modul 1.4: Kemahiran Merancang untuk maklumat lanjut)
Tindakan seterusnya adalah pelaksanaan program berdasarkan perancangan yang
telah dibuat. Sehubungan itu, semua program sekolah dalam pelbagai bidang dijalankan
bersandarkan perancangan jangka panjang, pelan taktikal dan pelan operasi berkenaan.
Dokumen Perancangan Strategik dijadikan panduan kepada tindakan bagi mencapai visi dan
misi yang ditetapkan. Sehubungan itu, semua aktiviti dan tindakan yang diambil oleh sekolah
J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju
sama ada melalui program pembangunan sahsiah yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Hal
Ehwal Murid, program akademik yang dianjurkan oleh panitia matapelajaran, aktiviti luar bilik
darjah yang anjuran Jawatankuasa Kokurikulum maupun aktiviti pengajaran guru dan
pembelajaran murid di dalam bilik darjah lebih berfokus dan menjurus ke arah pencapaian visi
dan misi sekolah. Warga pendidik di sekolah bukan sahaja perlu melihat ruanglingkup tugas
mereka yang kecil (small pictures), malah harus juga menghubungkaitkan tindakan yang
mereka ambil dengan ruanglingkup sekolah yang lebih besar (big pictures) untuk mencapai
wawasan sekolah yang lebih menyeluruh.
Walau bagaimanapun, kesilapan yang sering dibuat oleh pihak sekolah setelah
melaksanakan perancangan strategik ini ialah tidak membuat penilaian semula (check)
terhadap matlamat strategik, objektif khusus, strategi dan pelan tindakan sama ada untuk
setengah penggal atau selepas berakhirnya sesuatu penggal atau tahun. Pendekatan strategik
melalui proses analisis persekitaran dalaman dan luaran, analisis sumber dan analisis jurang
tidak digunakan dalam membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan (action) terhadap
perancangan yang dibuat. Aspek perancangan (plan) dan pelaksanakan (do) hanya merupakan
sebahagian daripada proses pengurusan melibatkan PDCA (Plann, Do, Check and Action) yang
menjadi tunggak kepada pengurusan kualiti. (Sila rujuk Modul Umum 2: Pendekatan Proses
dalam Pengurusan untuk maklumat lanjut).

AKTIVITI 6 :

Berdasarkan Carta Alir di bawah:


 Apakah kerja buat yang kurang diberi perhatian oleh pemimpin sekolah dalam
menetapkan dan melaksanakan Hala tuju?
 Bagaimanakah proses PDCA boleh digunakan?

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


Mula

Membina pasukan

Membina Visi dan Misi

Perkongsian Visi
dan Misi

Mengkomunikasikan
Visi dan Misi

Penetapan Sasaran &


KPI

Perancangan dan
Pelaksananaan Program

Tamat

AKTIVITI 7 :

 Anda menjadi pengetua di sekolah pedalaman dengan kapasiti warga yang kecil dan sekolah
yang jarang terlibat dengan pemantauan pihak JPN atau KPM. Melalui PDCA (Plan Do Check
Action) bincangkan bagaimana proses hala tuju sekolah melalui Visi dan Misi dapat dicapai.
 Komuniti persekitaran sekolah adalah dari kalangan penghuni rumah pangsa yang sibuk hanya
dengan pekerjaan semata, kurang menghiraukan prestasi anak-anak apatah lagi mengambil
tahu perihal sekolah. Bagaimana pengetua boleh memastikan mereka boleh melibatkan diri
dalam penyebaran Visi dan Misi sekolah?

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


Rujukan.
Abd Ghani M.A. (2008). Strong Association In Pattern Delivery. Article first published
online: 7 OCT 2008.© 2008 The Authors. Journal compilation © 2008 UK.Volume
25, Issue 11, pages 1289–1294, November 2008
Charles Parker (2000) .http://www.emeraldinsight.com/doi/pdf/: "Performance measurement",
Work Study , Vol.
Fleishman, E. A. (1973). Twenty years of consideration and structure. In E. A. Fleishman & J. G.
Hunt (Eds.), Current developments in the study of leadership (pp. 1–40). Carbondale, IL:
Southern Illinois University Press
Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

James Kerr. (2005). Steps for Becoming a Visionary Leader. BlumShapiro Consulting

Muhammad Ahmad Isa. (2014). Mukjizat sahih Nabi Muhammad s.a.w. PTS Trading.
http://www.mphonline.com/books.

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju


MODUL 1.3 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai
kemahiran komunikasi dalam organisasi. Oleh itu, dengan adanya kemahiran komunikasi
yang berkesan, visi dan misi sesebuah organisasi akan dapat mencapai matlamat yang
ditetapkan.

Objektif
Pada akhir modul ini, pembaca akan :-
a. Mengetahui dan memahami kemahiran komunikasi berkesan.
b. Menggunakan kemahiran komunikasi berkesan dalam mengurus sekolah.

Kerangka Modul
Gambar rajah yang berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam modul
ini. Kemahiran komunikasi berkesan perlu memenuhi ciri di bawah :

Kemahiran
Kemahiran Memberi Kemahiran
Tingkah Laku
Maklum Balas Menarik Minat

KEMAHIRAN Kemahiran
Kemahiran
Menyoal
KOMUNIKASI Mendengar

Kemahiran Kemahiran
Pemerhatian Memberi Perhatian

Gambarajah Kerangka Modul

Apa itu Komunikasi?


Komunikasi adalah satu proses penyampaian atau pemindahan
maksud/mesej oleh individu kepada individu lain. Ia juga adalah proses
mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua -
duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi merupakan
asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang
dengan seseorang yang lain. Terdapat 8 elemen utama dalam proses komunikasi:

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


PENGHANTAR
Orang yang
mempunyai
GANGGUAN mesej untuk
disampaikan
Perkara yang MESEJ
mengganggu
komunikasi Maklumat, idea
atau pandangan

MAKLUM BALAS ENKOD


Tindak balas Maklumat yang
terhadap ELEMEN diterjemahkan
penerimaan KOMUNIKASI dalam bentuk
mesej yang boleh
difahami

SALURAN
PENERIMA
Mesej yang
Orang yang disampaikan
menenrima sama ada dalam
mesej bentuk lisan
DEKOD
atau bukan lisan
Mesej diterima
dan
diterjemahkan
oleh penerima

Gambarajah Elemen-Elemen dalam Komunikasi

Elemen-elemen di atas digunakan semasa menerangkan proses yang


berlaku semasa komunikasi berlangsung. Gambarajah berikut menunjukkan
tentang proses yang berlaku semasa komunikasi:

Gambarajah Proses Semasa Komunikasi

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


Mengapa komunikasi penting dalam organisasi?
Organisasi yang berjaya mempunyai sistem komunikasi yang berkesan.
Dalam sesebuah organisasi, komunikasi digunakan untuk mencapai pelbagai
tujuan, antaranya:

Memberi maklumat

Menyelesaikan masalah
TUJUAN KOMUNIKASI

Memberi motivasi

Memberi arahan

Mengajar dan mendidik

Mengemukakan buah fikiran

Mengingatkan

Memberi Pengiktirafan

Gambarajah Fungsi Komunikasi dalam Organisasi

AKTIVITI 1 :

1. Sebagai pemimpin sekolah, adakah anda berjaya berkomunikasi dengan


kaedah yang betul bagi mencapai tujuan di atas?
2. Apakah kesilapan anda dalam berkomunikasi apabila subordinat tidak
bermotivasi dalam bekerja dan bersikap negatif?

Bentuk Komunikasi
Komunikasi berkesan mesti melibatkan penggunaan deria manusia dan
antara yang penting ialah mata, telinga, mulut, hati dan sentuhan. Ini kerana ia
melibatkan manusia yang mempunyai akal dan juga perasaan. Interaksi dan
komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan
akan menjadi tidak berkesan kerana tidak bersifat menyeluruh.Seseorang yang

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


mempunyai tahap kemahiran perhubungan interpersonal yang tinggi dan
berkomunikasi dengan berkesan menggunakan deria manusia dengan bijaksana.
Mereka bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar dengan
aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau disampaikan. Terdapat
beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu :

1. Kemahiran tingkah laku


Tingkah laku seseorang boleh mempengaruhi cara dia berkomunikasi. Terdapat 3
bentuk komunikasi iaitu: Agresif, Asertif dan Pasif. Jadual berikut menunjukkan ciri
komunikasi tersebut :

Jadual Ciri-Ciri Komunikator

AGRESIF ASERTIF PASIF

Bersikap ofensif Yakin diri Rendah diri

Terlalu yakin Pemikiran positif Tidak yakin

Menindas orang lain Menghormati diri dan Berfokus kawalan luar


orang lain

Memperkecilkan orang Memberi kepuasan Utamakan orang lain


lain kepada kedua pihak

Menggunakan kuasa Jujur, ikhlas Memujuk

Suka menyindir Berterus terang Rasa takut

Menonjol diri Menerima pendapat Tiada wawasan


dengan terbuka

Corak komunikasi Corak komunikasi Corak komunikasi


Menang-Kalah Menang-Menang Kalah-Menang

Berdasarkan jadual di atas, bentuk komunikasi yang manakah telah dan


sedang kita laksanakan dalam pengurusan kita? Sudah pastinya corak komunikasi
menang-menang (Asertif) paling sesuai untuk digunakan. Oleh itu, sebagai
pemimpin sekolah, kita hendaklah berusaha untuk memastikan diri kita be rada
pada tahap komunikasi Asertif. Jadual di bawah ini pula menunjukkan ciri-ciri
tingkah laku lisan dan tanpa lisan berdasarkan bentuk-bentuk komunikasi di atas.

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


Jadual Ciri-Ciri Tingkah Laku Lisan dan Tanpa Lisan Berdasarkan Bentuk
Komunikasi yang digunakan

TINGKAH LAKU LISAN &TANPA LISAN

AGRESIF ASERTIF PASIF


 Menekankan  Teragak-agak
BENTUK  Lancar
kata  Tersekat-
PERTUTURAN  Teragak-agak
 Teratur sekat
 Mendadak
 Lancar  Serak
 Menyalahkan
orang lain
 Bisa
 Bersahaja  Merengek
NADA SUARA  Sangat tinggi
 Tegas  Nada tersekat
 Nada lembut
 Nada  Terlalu lembut
 Menyindir
sederhana  Mendatar
 Keras dan
 Jujur dan jelas  Perlahan
tajam
 Tidak terlalu  Membosankan
 Lantang
kuat
 Menengking
 Terkawal
 Senyum manis  Senyum
AIR MUKA  Senyum sinis
 Relaks sumbing
 Berkerut dahi
 Tenang  Angkat
 Muka masam
kening
 Mencemek
 Cepat
bibir
berubah
 Mengetap bibir
 Mulut muncung

 Tegas  Mengelak
RENUNGAN  Renungan
 Menerima pandangan
MATA tajam
 Tunduk
 Cuba
menguasai
 Terbeliak
 Tangan terbuka  Memulas jari
BAHASA BADAN  Menuding jari
 Duduk tegak  Mengundur
 Genggam
 Relaks  Menutup
tangan
 Berdiri tegak mulut
 Bersiri tegak
 Berpeluk
 Kepala dongak
tubuh
 Berpeluh
 Gementar
badan
 Tunduk
 Tidak sabar

AKTIVITI 2:

Sebagai seorang pemimpin, sekiranya anda mengamalkan bentuk


komunikasi agresif, apakah kesanyan terhadap subordinat anda ?

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


2. Kemahiran menarik minat
Kemahiran menarik minat pendengar merupakan elemen penting dalam
berkomunikasi. Antara perkara yang perlu diberi penekanan ialah :

a. Libatkan pendengar.
Jangan biarkan diri kita bercakap terus-terusan dan tidak pernah
mendengar pandangan orang lain. Kita mestilah kelihatan berminat
dengan orang lain dan berminat juga mendengar pandangan orang
apabila perlu.

b. Menghiburkan.
Perbualan yang menghiburkan lebih diminati orang. Walau
bagaimanapun adalah tidak mudah untuk menghiburkan orang sekiranya
kita tidak mahir atau tidak mempunyai humor.

c. Mengenalpasti keistimewaan orang lain.


Setiap insan mempunyai keistimewaan tersendiri. Keistimewaan sekecil
mana sekali pun perlu diambil perhatian dan hendaklah dikaitkan secara
wajar dalam perbualan.

d. Membawa topik perbualan yang kita mahir


Melalui cara ini kita dapat menyerlahkan kredibiliti kita dan seterusnya
memupuk keyakinan dan kepercayaan orang. Namun kita perlu berhati-
hati supaya tidak kelihatan membangga diri. Kita perlu juga memberikan
ruang dan menghormati pandangan orang lain.

3. Kemahiran mendengar
Mendengar adalah satu kemahiran penting dalam komunikasi lisan.
Kemahiran mendengar membantu dalam proses pengumpulan maklumat, di
samping memahami tata kelakuan orang lain. Elemen penting dalam kemahiran
mendengar secara berkesan termasuklah memahami pandangan dan perasaan
orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. Adalah lebih baik sekiranya kita
ada perasaan empathy terhadapnya. Hanya orang yang benar-benar
berkecenderungan dengan perhubungan interpersonal dan memegang kuat prinsip
komunikasi berkesan akan memberi peluang kepada orang lain untuk bercakap dan
mengamalkan prinsip mendengar secara aktif.

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


4. Kemahiran memberi perhatian
Kemahiran memberi perhatian penting bagi mendorong penghantar untuk
terus berkomunikasi. Kemahiran ini juga membantu pendengan semua maklumat
yang diberikan. Tindakan yang seharusnya dilakukan ialah:
 Mendengar dengan aktif
 Menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata
 Mata tertumpu kepada penghantar
 Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan secara positif

AKTIVITI 3 :
Terdapat segelintir pentadbir sekolah gagal untuk menyampaikan komunikasi
berkesan kepada warga sekolah dan kurang berjaya membawa warganya bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan, mengapa?

5. Kemahiran pemerhatian.
Pemerhatian boleh membantu kita mengesan maklumat bukan lisan yang
dilahirkan atau tersembunyi. Bagi penghantar yang berkesan, mesej lisan akan
diperkukuhkan dengan mesej bukan lisan dan bahasa badan. Kedua-dua mesej
melalui saluran berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama

6. Kemahiran mengemukakan soalan.


Soalan boleh digunakan bagi mendapatkan maklum balas dan memberi
maklum balas. Ia berkisar kepada usaha kedua-dua belah pihak yang berinteraksi
untuk menjelaskan atau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai mesej atau
perasaan di sebalik mesej. Oleh itu, soalan yang dikemukakan hendaklah mudah
difahami, jelas maksudnya dan tepat kepada sasaran. Terdapat 3 jenis soalan yang
boleh dikemukakan iaitu :

a. Soalan tertutup – soalan yang perlukan jawapan yang pendek.


b. Soalan terpimpin – soalan yang diajukan untuk mempengaruhi pendapat
atau perasaan penerima supaya sependapat dengan penghantar.
c. Soalan terbuka – soalan yang memerlukan penerima memberikan
pandangan atau perasaannya sendiri tanpa dipengaruhi.

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


AKTIVITI 4 :
Sebagai seorang pemimpin, adakah kita peka dengan segala kemahiran komunikasi
yang dinyatakan di atas? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, mengapakah
subordinat kita kurang menghormati pandangan kita?

7. Kemahiran memberi maklum balas.


Maklum balas hendaklah diberi dengan jelas dan tepat. Antara perkara-
perkara yang boleh diambil perhatian ialah :-

a. Maklum balas tidak menyentuh peribadi individu bagi mengelakkan impak


negatif
b. Maklum balas bersifat membina.
c. Maklum balas tidak membangkitkan tentang motif
d. Maklum balas tidak bersifat menghukum
e. Penghantar seharusnya berkongsi maklumat.
f. Penghantar dan penerima mengalu-alukan maklum balas dan menghargai
maklum balas tersebut.
g. Penghantar dan penerima bersikap positif dan terbuka
h. Penghantar dan penerima membuat persetujuan bersama.

AKTIVITI 5:
1. Bagaimanakah anda menguruskan/mengendalikan kemarahan seseorang?
2. Bagaiamanakah anda mengendalikan orang yang bersikap autokratik?
3. Bagaimanakah anda mengendalikan orang yang sentias mencari salah orang?
4. Bagaimanakah anda mengendalikan orang yang menikam dari belakang?

Rujukan
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2011). Gaya Kepimpinan di tempat kerja. Kuala
Lumpur : PTS Profesional Sdn. Bhd.
Jack Canfield dan Janet Switzer (2012). The Success Principles. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Sdn. Bhd.
Maimunah Osman (2000). Komunikasi Berkesan – Perhubungan Interpersonal :
Kuala Lumpur: INTAN
Stephen R C. (1994) Principle Centered Leadership. New Jersey : Synergy Media.

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.3 Kemahiran Komunikasi


MODUL 1.4 : KEMAHIRAN MERANCANG

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami konsep bahawa pemimpin
perlu mempunyai kemahiran merancang yang meliputi kebolehan untuk membuat hipotesis,
menganalisis atau mentafsir maklumat, membuat dan menilai program. Oleh itu, bagi
mendapat pemahaman yang lebih baik tentang isi kandungan modul ini, pembaca perlu
mengetahui perkembangan pengurusan di sekolah terlebih dahulu. Modul ini juga mempunyai
kaitan dengan Modul Umum 2.

Objektif Modul
Pada akhir modul ini, pembaca dapat;
a. Memahami konsep kemahiran merancang; dan
b. Memahami proses perancangan (merancang, melaksana dan menilai)
c. Mengaplikasi konsep kemahiran merancang dalam proses perancangan

Kerangka Modul
Modul ini merujuk kepada Kerangka Rancangan Pemajuan Sekolah. Proses merancang
program pemajuan sekolah merujuk kepada carta aliran Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

MENGENAL PASTI ISU


Melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah

MENGANALISIS SEBAB DAN AKIBAT


Menjalankan Analisis Persekitaran

MENETAPKAN MATLAMAT
Menetapkan ETR

MEMBINA PERANCANGAN
Menyediakan RPS

Gambar Rajah Kerangka Kemahiran Merancang

J-ProKiPS:- Modul 1.4 Kemahiran Merancang


Apakah Kemahiran Merancang?
Merancang adalah merupakan satu tatacara atau aturan bekerja yang bersistem bagi
mencapai matlamat yang dihasratkan. Proses ini adalah hasil pemikiran yang mengambil kira
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalaman dan luaran dari persekitaran. Oleh itu,
kemahiran merancang melibatkan keterampilan pemimpin sekolah membuat aturan bekerja
yang bersistem bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Kejayaan peracangan bergantung
sejauh mana komitmen pemimpin dan subordinat menjalankan tindakan-tindakan ke arah
merealisasikan perancangan bagi mencapai matlamat.

Mengapa Perancangan Penting?


Perancangan penting bagi membolehkan :
a. Matlamat mudah dicapai;
b. Aktiviti dapat dijalankan dengan tersusun;
c. Mudah membuat penyelarasan dan agihan tugas;
d. Masa dapat diurus dengan teratur;
e. Perbelanjaan dapat diurus dengan baik; dan
f. Penilaian aktiviti mudah diurus.

Aspek-Aspek dalam Kemahiran Merancang


Kemahiran merancang perlu dikuasai oleh seseorang pemimpin bagi menghasilkan
perancangan yang berkualiti. Antara aspek dalam kemahiran merancang termasuklah:

a. Mengenal Pasti Isu


Kenal pasti isu dan masalah sebenar yang dihadapi. Pengenalpastian ini sangat bergantung
kepada maklumat dan data yang diperoleh semasa membuat penarafan kendiri sekolah (PKS).

i. Menyemak semula pernyataan isu dan segala maklumat berkaitan prestasi semasa
dalam semua bidang.
ii. Menghubungkaitkan isu dengan punca kuasa yang diguna pakai mengikut bidang
misalnya peraturan, pekeliling, akta pendidikan, dasar dan sebagainya.
iii. Memilih isu yang dikenal pasti mengikut keutamaan yang membawa impak yang besar
kepada sekolah. Sebaik-baik isu yang dipilih adalah isu yang telah disaring dari segi
Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan Time bound (SMART)

J-ProKiPS:- Modul 1.4 Kemahiran Merancang


b. Menganalisis Sebab dan Akibat
Berdasarkan isu-isu yang dipilih, pemimpin perlu membuat penganalisisan untuk mendapatkan
punca yang sebenar. Tujuannya supaya pihak sekolah dapat mengatasinya dengan lebih tepat
dan berfokus terhadap punca yang dikesan. Bagi mendapatkan punca isu yang sebenar, alat –
alat kualiti seperti Tulang Ikan Ishikawa, 5W2H, Cause dan Effect dan lain-lain alat
seharusnya digunakan (Sila Rujuk Modul Umum 3 : Kaedah dan Alat kualiti) .

c. Menetapkan Matlamat
Penetapan matlamat hendaklah dibuat mengikut persekitaran setelah dibuat penganalisisan
secara mendalam. Hasil penganalisisan ini, pemimpin boleh membuat penetapan sasaran hasil
jangkaan (ETR). Bagi menetapkan ETR, proses bermula dari mengenal pasti pencapaian awal
sebenar (TOV) dan diikuti dengan Operational Targeted Increment (OTI).

d. Membina Perancangan
Kemahiran membina perancangan termasuklah membina pelan tindakan (pelan taktikal) dan
pelan operasi. Perancangan merupakan satu kaedah menyatakan apakah tindakan atau aktiviti
yang harus dijalankan untuk mencapai visi organisasi secara sistematik. Di bawah digariskan
beberapa panduan untuk membina perancangan tersebut:

i. Tindakan diatur mengikut keutamaan dengan mengambilkira tentang masa (jangkamasa


mula dan jangkamasa siap) tersusun dengan rapi sehingga dijangkakan tiada aktiviti
akan tergendala kerana ada tindakan yang belum selesai.
ii. Setiap program yang diatur perlu menyatakan kos dan sumber tenaga yang terlibat
(aspek kecekapan kematangan kebolehupayaan)
iii. Setiap pelan tindakan harus mempunyai Pelan Kontigensinya supaya jika ada perkara
yang tidak disangka-sangka berlaku, langkah-langkah alternatif dapat dilaksanakan dan
mengurangkan halangan dan mengelakkan objektif tidak tercapai.
iv. Pelan operasi dilaksanakan berdasarkan pelan taktikal yang telah dirancang mengikut
objektif, matlamat dan sasaran/KPI yang hendak dicapai

J-ProKiPS:- Modul 1.4 Kemahiran Merancang


AKTIVITI

Sebagai perancang organisasi, anda perlu menjawab beberapa persoalan berikut :

1. Apakah Visi, Misi, Objektif dan Sasaran yang ingin dicapai oleh sekolah anda?
2. Di mana status organisasi anda berada sekarang?
3. Kemanakah matlamat organisasi anda?
4. Bagaimana caranya dan cadangan anda yang membolehkan anda capai matlamat
tersebut?
5. Apakah halangan yang anda hadapi?
6. Jika berjalan lancar, bagaimana anda akan pastikan ianya memberi impak yang
besar kepada sekolah?
7. Jika tidak berjalan lancar, apakah inisiatif penambahbaikan yang akan anda
lakukan?

Kesimpulan dan Rumusan


Kemahiran merancang adalah merupakan aspek yang penting dalam organisasi
pendidikan seperti sekolah. Organisasi yang berfokuskan kepada melahirkan insan-insan
terdidik ini perlu untuk memformulasi, melaksanakan dan menilai strategi yang mereka pilih
agar dapat merealisasikan visi dan misi pendidikan. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen
yang tinggi dan sepenuh hati terhadap kemahiran perancangan merupakan suatu perkara yang
dituntut. Hal ini adalah selaras dengan usaha melonjakkan organisasi pendidikan agar menjadi
organisasi yang bermanfaat kepada warga dan pelanggannya. Oleh itu, kemahiran merancang
seringkali dikaitkan dengan empat komponen iaitu mengenalpasti isu, menganalisis sebab dan
akibat, menetapkan matlamat dan membina perancangan.

Rujukan
Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1989). Management. New York: Prantice Hall.

Adair, J. (2009) Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan Masalah (Terjemahan) Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.4 Kemahiran Merancang


MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN
MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu Pengetua/ Guru Besar (PGB) bagaimana untuk
memotivasi dan menggerakkan warga sekolah supaya dapat bekerjasama dalam usaha
mencapai objektif organisasi. Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah
merupakan satu kemahiran yang perlu ada dan harus dikuasai oleh PGB supaya segala
perancangan untuk memajukan sekolah dapat dikongsi bersama dan dilaksanakan dengan
mendapat kerjasama yang menyeluruh dari warga sekolah.

Objektif Modul
Pada akhir modul ini, pembaca akan :
a. memahami konsep motivasi dan ciri-cirinya
b. mengenalpasti langkah memberi motivasi kepada warga sekolah
c. berupaya merancang kaedah motivasi dalam usaha menggerakkan warga sekolah.

Kerangka Modul
Modul ini menggunakan krangka kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah
seperti dipaparkan dalam gambarajah yang berikut:

Galakan Dan
Pengiktirafan

Hasil Kerja Peluang


Berkualiti Memajukan Diri

Kemahiran
Memotivasikan
dan
Menggerakkan
Warga Sekolah
Tahap
Profesionalisme Menjaga Kebajikan
Tinggi dan Keselamatan

Sokongan

Gambar Rajah Kemahiran Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


Apakah Kemahiran Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah?
Kemahiran memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah merujuk kepada
kebolehan dan keupayaan PGB untuk mempengaruhi, menggerak dan mendorong guru-guru,
anggota kumpulan pelaksana dan murid-murid untuk saling bekerjasama dalam satu tingkah
laku yang bertenaga dan bertujuan demi mencapai visi sekolah yang diaspirasi dan dikongsi
bersama. Dalam hal ini, PGB mestilah menjadi pemimpin yang cekap dan banyak
menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP), mengekalkan
penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding,
penasihat dan koordinator bagi program-program PdP di sekolah, dan perlu juga menghabiskan
masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti sekolah bersama guru dan anak didiknya.
Di samping itu, kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah juga
memerlukan PGB yang berkeupayaan memberi sokongan moral dan menyediakan kemudahan
serta keperluan yang diperlukan kepada warganya demi menghasilkan satu komuniti warga
sekolah yang memiliki motivasi tinggi dan cenderung menunjukkan minat yang mendalam
serta keterlibatan menyeluruh dalam penambahbaikan proses PdP, serta perancangan dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. PGB yang mengamalkan kemahiran ini akan
dapat membentuk warga sekolah yang memiliki semangat juang yang tinggi serta berupaya
untuk menyahut cabaran. Mereka akan bertindak secara jelas dan mempunyai keyakinan yang
tinggi terhadap misi dan matlamat yang hendak dicapai serta memperlihatkan komitmen yang
teguh terhadap matlamat organisasi yang dikongsi bersama.

Apakah Yang Boleh Meningkatkan Motivasi Warga Sekolah?


Beberapa perkara berikut perlu dilakukan bagi meningkatkan motivasi warga sekolah, iaitu:
a. Pastikan sistem dan prosedur sekolah berkesan dan senang difahami. .
b. Sistem ganjaran perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pencapaian.
c. Pastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan). Setiap PGB dan pentadbir
perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan subordinat agar dapat
membantu mewujudkan suasana harmoni dalam pekerjaan.
d. Buat perancangan program latihan dan pembangunan staf yang tepat, mencukupi dan
secara menyeluruh. Kenalpasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu
dicapai.
e. Pastikan gaya dan cara kepimpinan dalam organisasi dan budaya korporat dapat
membantu meningkatkan motivasi warga sekolah.

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


f. Tangani masalah peribadi warga sekolah mengikut cara yang telah diterima sebagai efektif.
Walau bagaimanapun, latar belakang pekerja, keperibadian, falsafah hidupnya dan
sebagainya boleh menghalang pekerja berkenaan untuk memperbaiki prestasinya.

Langkah-Langkah Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


Berikut pula adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi memotivasi dan menggerakkan
warga sekolah:
a. Maklumkan kepada warga sekolah secara jelas dan bertulis sekiranya prestasi mereka
tidak memuaskan mengikut piawaian yang ditetapkan. Contoh; PdP guru yang tidak
memenuhi Standard 4 SKPM 2010, pencapaian murid semasa peperiksaan dll
b. Beri peluang yang munasabah kepada warga sekolah untuk memperbaiki dan
meningkatkan prestasi mereka.
c. Beri latihan dan laksanakan program pembangunan yang bersesuai dan berkaitan serta
mencukupi untuk membolehkan warga sekolah memperbaiki cara melaksanakan tugas-
tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.
d. Beri tempoh masa setelah latihan dan program dilaksanakan sebelum membuat penilaian
prestasi pencapaian mereka selepas tempoh itu.
e. Jika masih tidak terdapat peningkatan prestasi, latihan dan bimbingan berterusan perlu
diberikan supaya mereka jelas dan faham mengenai matlamat organisasi.

Kaedah Memotivasikan dan Menggerakkan Warga Sekolah


Bagi memotivasi dan menggerakkan warga sekolah, PGB perlu:
a. membuat penetapan matlamat (goal setting)
b. menetapkan tahap prestasi untuk dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan (KPI)
c. menetapkan ciri-ciri objektif yang spesifik dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar,
akan meningkatkan motivasi kerja
d. memastikan warga sekolah tahu mengenai apa yang ingin dicapai oleh organisasi
e. memastikan objektif organisasi disampaikan sama ada dalam bentuk ayat atau mekanisme
yang jelas (contohnya: GPS yang ingin dicapai ialah 2.0)
f. memastikan objektif difahami oleh warga sekolah dengan menggunakan bahasa yang
jelas dan cara penyampaian menggunakan bahasa dan kaedah yang difahami.

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


Kemahiran PGB untuk Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah
PGB perlu mempunyai kemahiran-kemahiran berikut bagi memotivasi dan menggerakkan
warga sekolah, iaitu:

a. Mempengaruhi
Kemahiran mempengaruhi merupakan keterampilan yang perlu dimiliki oleh PGB dalam
merubah atau membuat semua warga sekolah boleh menerima atau menyetujui idea atau
gagasan untuk mencapai visi, misi, dan matlamat sekolah.

PGB harus mampu menunjukkan dengan mendalam bahawa mereka faham dengan tugas
dan kewajiban mereka sebagai seorang pemimpin, mampu memberikan pengertian dan
meyakinkan warga sekolah dengan idea-idea kreatif, inovatif, dan realistik.

PGB harus membangkitkan jiwa kebersamaan dalam kesefahaman untuk mencapai tujuan
bersama melalui tindakan-tindakan nyata dengan melibatkan warga sekolah dalam
perancangan, penyelenggaraan, pengawasan dan penilaian sesuatu program

b. Menggerakkan.
Kemahiran menggerakkan merupakan keterampilan yang perlu dimiliki PGB yang berupaya
menyebabkan semua warga sekolah melakukan perlakuan dan tindakan yang diinginkan. Oleh
itu, PGB harus mempunyai kemampuan mengurus yang baik, mampu berfikir strategis, mampu
menganalisis masalah dengan cepat untuk mengambil keputusan pada situasi tertentu.Ini
mampu memberikan motivasi yang tinggi sehingga dapat membangkitkan semangat, keinginan
dan pengertian yang dalam pada warga sekolah untuk menjalankan tugasnya sesuai dengan
matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, PGB perlu bersikap objektif dalam menghadapi pelbagai masalah, dalam
menilai sikap dan karakter warga sekolah. memberikan bimbingan melalui tindakan nyata yang
dapat difahami warga sekolah tanpa harus memberi tahu.

c. Membina Upaya
Kemahiran membina upaya merupakan keterampilan PGB dalam meningkatkan potensi dan
kemampuan sumber daya secara optimal. PGB perlu mewujudkan iklim kerja yang kondusif dan
penuh kebersamaan dengan memberikan kesempatan yang seluas-luasnya kepada warga
sekolah untuk menyampaikan idea, gagasan, kritikan dan saranan.

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


PGB perlu memberikan kesempatan kepada warga sekolah untuk memmbangunkan
kompetensinya dengan cara melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus peningkatan
profesionalissme atau pembangunan kerjaya.

PGB juga perlu melaksanakan pemantauan, bimbingan, pembangunan dan penilaian berkala
secara objektif, menjalin kerjasama dengan pihak yang berkaitan, menyusun kursus mengikut
keperluan pekembangan profesion warganya dan harus berani melakukan inovasi dalam
segala bidang yang bertujuan untuk melakukan perubahan-perubahan positif.

d. Mengupayakan (empowerment)
Kemahiran mengupayakan merupakan keterampilan PGB dalam memanfaatkan potensi dan
mengupayakan sumber manusia mengikut keperluan untuk memainkan peranan yang lebih
berkesan sehingga berupaya meningkatkan produktiviti dan mampu berdaya saing.

Oleh itu, PGB memberikan kesempatan kepada warga sekolah untuk mengemukakan
pendapat, terlibat dalam menyelesaikan masalah serta memberi kepercayaan yang tinggi untuk
menyelesaikan tugasan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Namun, PGB perlu
senantiasa melakukan analisis terhadap sumber yang ada (sumber manusia mahupun sarana
prasarana sekolah).
.
Bagaimana Mengaplikasikan Kemahiran Motivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah?
Bagi mengaplikasikan kemahiran motivasi dan menggerakkan warga sekolah, PGB perlu
mengambil tindakan-tindakan yang berikut:

a. Memberi galakan dan pengiktirafan


PGB sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada warga sekolah untuk melakukan
tindakan yang boleh memajukan warga sekolah. Tindakan yang dilakukan boleh merupakan
tugasan rutin warga sekolah ataupun tugasan tambahan yang perlu dilakukan diluar waktu
persekolahan. Pengiktirafan diberikan melalui kata semangat sekiranya warga sekolah gagal
mencapai kejayaan ataupun kata pujian sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran. Dalam
aspek ini jurang antara PGB dan warga sekolah perlu dikurangkan agar komunikasi lebih
berkesan.

b. Peluang memajukan diri


Warga sekolah diberi peluang untuk memajukan diri dalam bidang tertentu yang menjadi minat
mereka. Bidang tersebut boleh merupakan bidang yang berkaitan dengan tugas hakiki mereka

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


ataupun bidang lain yang boleh menyumbang kepada kemajuan diri dan sekolah seperti aspek
kejurulatihan, kepemimpinan dan sebagainya. Lanjutan daripada peluang yang telah diberi,
PGB perlu menggalakkan mereka untuk mengetengahkan idea baharu serta memberi peluang
kepada untuk melibatkan diri dalam proses pengurusan secara bersama.

c. Menjaga kebajikan dan keselamatan


PGB perlu sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan warga sekolah terbela dan tidak
terabai semasa mereka melaksanakan tugas rutin ataupun tugas tambahan. Situasi ini akan
menjadikan warga sekolah lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan.

d. Memberi sokongan
PGB perlu memberi sokongan dari segenap aspek kepada warga sekolah yang komited
melaksanakan tugasan dan tangungjawab. Sokongan yang diberi boleh berbentuk kewangan,
barangan, tenaga, kata-kata semangat dan sebagainya. Mereka juga perlu diberikan autonomi
agar merasa bertanggungjawab terhadap kerja mereka.

e. Tahap profesionalisme tinggi


Warga sekolah yang dimotivasi dan digerakkan dengan berkesan akan sentiasa
mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi kerana mereka jelas dengan tugas dan
tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan.

f. Hasil kerja berkualiti


Warga sekolah yang dimotivasi dan digerakkan akan sentiasa menghasilkan satu hasil
kerja yang berkualiti dan menepati sasaran yang ingin dicapai. Ini terhasil kerana warga sekolah
maklum bahawa apa yang mereka laksanakan bukan hanya untuk perkembangan potensi diri,
sebaliknya untuk memajukan sekolah.

Penutup
Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah dapat membantu pemimpin sekolah
untuk mencapai matlamat organisasi. Ringkasnya, PGB boleh mengaplikasikan kaedah-kaedah
memotivasikan warga sekolah dengan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan
sekolah masing-masing. Beberapa cadangan tindakan dalam kerja buat PGB melibatkan aspek
memotivasikan dan menggerakkan warga sekoah dengan cara yang berkesan adalah seperti
carta alir berikutnya :

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


Carta Alir
Kerja Buat PGB Melibatkan Kemahiran Memotivasi dan
Menggerakkan Warga Sekolah

MULA

Kenal Pasti Status Pengetahuan, kemahiran, komitmen,


Guru-Guru kekuatan, kelemahan dan isu guru

Mengiktiraf perbezaan yang wujud di


Meraikan Perbezaan dalam kalangan guru/AKP
kalangan guru dan AKP
Memilih kaedah motivasi yang
Pemilihan Kaedah Memotivasi yang Sesuai releven dengan perbezaan yang yang
dikenalpasti

Motivasi / Bimbingan/ Nasihat/ Bersikap profesional. Tindakan dibuat


Sokongan Yang Berbeza Ikut Guru dengan ambil kira faktor penting

Pemantauan terhadap Menjalankan pemantauan terhadap


pembangunan diri guru/AKP pembangunan yang diharapkan drp
guru/AKP

Nilai & Selia Usaha pembetulan dan penambaikan


Pelaksanaan Strategi berterusan dibuat

Dapatkan Maklumbalas Melalui temu bual, soal selidik, peti cadangan.


Kaedah Motivasi Penambahbaikan Kaedah Memotivasi dan
Menggerakkan Warga Sekolah

TAMAT

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


AKTIVITI
Berdasarkan Carta Alir dibawah :
- Apakah kerja buat yang kurang diberi perhatian oleh pemimpin sekolah?
- Bagaimanakah pendekatan proses PDCA (Plan-DO-Check-Action) digunakan dalam setiap
peringkat kerja buat pemimpin sekolah?

Rujukan

Knoster, T. (1991). Model for Managing Complex Change. Washington D.C.:


Enterprice Group. Ltd

Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah. (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri -Ciri
yang Efektif. Jurnal Pendidikan UTM, Jilid 13: Oktober 2008. Hal. 73-84.

Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1989). Management. New York: Prantice Hall.

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah


MODUL 1.6 : KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami apakah yang dikatakan
penyelesaian masalah dan membuat keputusan dalam aspek konsep dan proses. Dalam
kehidupan kita seharian tidak kira apa aktiviti yang kita lakukan dan pekerjaan kita, masalah
tetap kita hadapi yang memerlukan kita menyelesaikannya dan membuat keputusan. Tidak
kira sama ada masalah yang dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu diselesaikan
dan keputusan perlu diambil dengan cara yang konstruktif.
Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang
ingin memastikan setiap masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan cara yang
berkesan dan keputusan yang dibuat dapat meningkatkan kualiti pengurusna sekolah.
Setelah memahami modul ini, pembaca akan dapat mengenal pasti proses penyelesaian
masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan model dan teknik-teknik khusus
bagi mengelak berlakunya kebiasaan salah yang sering dilakukan sebelum ini.
Oleh kerana modul ini menjadi pelengkap kepada sebahagian modul lain,
pemahaman pembaca dengan modul ini pastinya akan dapat membantu pembaca
memahami modul lain dengan mudah. Latihan dan persoalan-persoalan yang terdapat
dalam modul ini adalah untuk menguji pemahaman tentang konsep yang disampaikan.
Modul ini mempunyai kaitan secara langsung dengan topik-topik lain dalam bidang
kepimpinan khusunya berkaitan kemahiran komunikasi, kemahiran merancang, kemahiran
memotvasikan dan menggerakan warga sekolah. Kemahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran membuat keputusan perlu dikuasai oleh pembaca sebelum memahami dan
mengamalkan modul seterusnya.

Objektif
Pada akhir ini, anda seharusnya dapat:
a. Memahmi model dan teknik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
b. Berupaya mengenal pasti punca masalah dan mengambil kira semua faktor semasa
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di sekolah
c. Mengaplikasikan teknik yang betul dan berkesan dalam proses membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah di sekolah

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Kerangka Modul
Gambar rajah berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam modul ini.

Apakah Masalah dan Model dan Alat Membuat


Penyelesaian Masalah? Menyelesai- Keputusan?
kan Masalah

Kepentingan Faktor Yang


Penyelesaian Masalah Mempengarui
Keputusan?

Kemahiran
Menyelesaikan
Tahap-tahap Penyelesaian Kepentingan Membuat
Masalah dan
Masalah Keputusan?
Membuat
Keputusan

Pendekatan dalam
penyelesaian Masalah Jenis-jenis keputusan?

Membuat
Model dan Alat Keputusan Apa itu membuat
Penyelesaian Masalah keputusan?

Gambar Rajah Kerangka Modul Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

Kemahiran Menyelesaiakan Masalah


a. Apakah Itu Masalah?
Beberapa kamus mendifinisikan masalah sebagai berikut:
(i) Satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The American
Heritage Dictionary, 2009).
(ii) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil tindakan,
diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary, 2003).
(iii) Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian,
ketidaktentuan, atau kesukaran (Dictionary.com Unabridged).

Secara umum, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan berikut:
(i) Masalah adalah peluang bagi pembaikan.
(ii) Masalah adalah perbezaan antara keadaan semasa dengan apa yang hendak dicapai
(iii) Masalah terhasil dari pengecaman satu ketidaksempurnaan semasa dan
kepercayaan yang mungkin masa depan lebih baik
J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
b. Apakah Penyelesaian Masalah?
Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk
mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Menyelesaikan masalah merupakan
keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk
mengatasi kekurangan atau halangan yang ada dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.

Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas - iaitu
domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali
merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu
siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh
diaplikasi pada pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian.

Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa, penyelesaian masalah adalah


proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu
masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak pernah
mengalaminya. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap
yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya membawa kepada
pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu proses
berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan arah bagi
penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang
diingini atau perubahan yang diperlukan.

c. Kepentingan Dalam Penyelesaian Masalah


Tidak kira sama ada masalah yang dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu
diselesaikan dengan cara yang konstruktif. Oleh itu, penyelesaian masalah adalah satu
kemahiran penting dalam banyak aspek kehidupan kita sama ada berbentuk profesional
atau peribadi. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi masalah; ini akan
menghasilkan penyelesaian yang berkesan atau tidak berkesan.

Kemahiran menyelesaikan masalah dengan bijak adalah penting dan perlu ada pada
pemimpin sekolah dan organisasinya kerana dapat memajukan lagi sesebuah sekolah.
Mereka akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya terdesak untuk
menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan
negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.
Penyelesaian masalah berpusat pada matlamat dan keadaan unggul yang seseorang ingin
capai. Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah sepatutnya telah diselesaikan.
Walau bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika matlamat asal yang ditentukan adalah
sesuai. Terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan, namun jangan terlalu asyik dan
cuba menyelesaikan setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan orang
lain menetapkan matlamat yang anda tidak terdaya mencapainya.

d. Tahap-Tahap Penyelesaian Masalah


Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami
penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan masalah
dengan lebih baik, adalah penting untuk memberi penumpuan terhadap proses yang
membawa kepada hasil yang positif. Terdapat empat tahap dalam penyelesaian masalah:
(i) Mengenal pasti dan mendefinisi satu masalah - Satu masalah hanya boleh
diselesaikan apabila kewujudannya dikenal pasti. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah situasi, satu masalah hanya dikenal pasti apabila ia telah menjadi satu
perkara serius. Tidakan seterusnya adalah mendefinisi masalah yang dikenal pasti
secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau
terbuka. Perbezaan utama antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam
Jadual di bawah:

Jadual Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka


Masalah Tertutup Masalah Terbuka

Satu masalah tertutup melibatkan masalah terbuka melibatkan


kesemua keadaan di sekeliling pengenal pastian dan pendefinisian
penyimpangan daripada norma yang objektif dan apa jua kekangan yang
perlu didefinisi. boleh menghalang anda daripada
mendapatkannya
Peroleh satu atau sejumlah terhad Boleh diselesaikan dengan
kemungkinan penyelesaian. menggunakan banyak kaedah berbeza
Menganalisisnya membantu dalam Menganalisisnya melibatkan pencarian
mengenal pasti semua sebab yang maklumat yang akan membantu
berkemungkinan dan memastikan sebab mencadangkan satu senarai cara-cara
atau halangan adalah benar, sebelum yang berkemungkinan untuk
mencari penyelesaian menyelesaikan masalah

(ii) Mencari kemungkinan penyelesaian - Secara umum, mengilhamkan


pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu masalah melibatkan pencarian

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


tindakan yang sesuai, mengenal pasti kekangan dan akhir sekali bekerja ke arah
mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar dan menggabung idea
menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi menghasilkan satu
penyelesaian. Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin tinggi kebarangkalian bagi
memperoleh satu penyelesaian berkesan.

(iii) Memilih penyelesaian terbaik - Satu proses pembuatan keputusan yang


berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian alternatif. Tahap
ini melibatkan langkah-langkah berikut:
 Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga
halangan yang mungkin dihadapi,
 Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan,
 Menilai penyelesaian yang masih ada dan
 Memilih satu keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.

Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu


penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah
keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau diperakui oleh individu lain
supaya ia boleh diimplimentasi dan ini mungkin melibatkan beberapa strategi
menggalak.

(iv) Melaksanakan penyelesaian - 3 langkah terlibat seperti dalam jadual di bawah:


Jadual Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian
Langkah-langkah Huraian
Merancang dan Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan
menyediakan pelaksanaan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan
penyelesaian. tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh
masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap.

Mengambil tindakan sesuai Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani


dan memantau kesannya. secepat mungkin bagi memastikan semuanya
berjalan lancar.
Menyemak semula Penting untuk mengagak efikasinya dalam
kejayaan mutlak bagi menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan
tindakan. dan memastikan masalah itu telah diselesaikan.

e. Pendekatan Dalam Penyelesaian Masalah


Apabila berhadapan dengan masalah, tugas utama adalah membuatkannya kurang
mengganggu proses mencapai matlamat. Bagi tujuan ini, Harris (1998) menjelaskan
bahawa “ kadangkala matlamat adalah untuk menghapus masalah sama sekali;
kadangkala matlamat hanya untuk mengendali kesan masalah. Justeru, adalah
J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
penting untuk menyedari bahawa matlamat anda sebagai penyelesai masalah akan
dibentuk oleh pelbagai faktor yang merangkumi kesungguhan, sumber, nilai dan
jangkaan anda serta sifat masalah itu sendiri. Masalah-masalah boleh diselesai dengan
mengaplikasi dua pendekatan asas:
(i) Mengambil kira sebab atau sumber masalah (STOP IT), dan
(ii) Mengambil kira kesan-kesan atau simptom-simptom masalah (MOP IT).

Pendekatan “STOP IT”


Apabila pendekatan stop it digunakan, masalah diuruskan sehingga ia tidak lagi wujud.
Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh diurus:
(i) Mengelak masalah
Mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula) pada mulanya adalah mungkin
penyelesaian yang ideal. Ini kerap kali dilakukan dengan mengendali apa jua tugas dengan
tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil kira kos atau masa.
Pendekatan mengelak kerap kali sukar untuk diaplikasi sebab ia memerlukan celik akal
yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat masalah sebelum ia berlaku). Walau
bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh dijangka. Dengan mengelak
perselisihan faham, tiada emosi yang akan terluka.

(ii) Menghapus masalah


Cara terbaik bagi mengendali satu masalah adalah dengan menghapusnya. Masalah yang
sama tidak timbul jika penghapusan dilakukan dengan betul. Oleh itu, penyelesaian dengan
cara penghapusan merupaka satu kemungkinan penyelesaian yang berkesan. Namun,
penyelesaian dengan cara penghapusan mungkin tidak selalu boleh dicapai.

(iii) Mengurang masalah


Terdapat masalah-masalah yang tidak boleh dihapuskan sama sekali. Apabila berhadapan
dengan situasi tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti sangat berkesan. Kita
boleh mengurangkan impak sesuatu masalah dengan mengurangkan bilangan atau
peratusannya.

Pendekatan “MOP IT”


Pendekatan Mop It lebih memfokus pada kesan masalah daripada masalah itu sendiri.
Terdapat tiga bentuk pendekatan Mop It:
(i) Merawat masalah

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Dalam bentuk ini, kerosakan disebabkan oleh masalah diperbaiki atau dirawat. Walau
bagaimanapun, kaedah merawatnya tidak begitu berkesan seperti beberapa bentuk
penyelesaian stop it.

(ii) Mengalih masalah


Dalam pendekatan ini, masalah itu ditukar arah, sama ada secara fizikal dengan
mengalihnya kepada kawasan lain atau menangguh penyelesaiannya dengan mendefinisi
semula sebagai bukan satu masalah. Hal ini kerana, sesuatu masalah dianggap masalah
hanya bila seseorang mendefinisinya sebegitu.

(iii) Bertolak ansur dengan masalah


Dalam pendekatan ini, kesan-kesan masalah dihadapi dengan sifat toleransi. Dalam
senario sebegini, kesan-kesan masalah diambil mudah dan dihadapi begitu sahaja tanpa
mengambil sebarang tindakan.

AKTIVITI 1

Pada pandangan anda apakah pendekatan terbaik yang menjadi pilihan anda dalam
menyelesaikan sesuatu masalah? Berikan justifikasi jawapan anda.

f. Model dan Alat Penyelesaian Masalah


Dalam proses menyelesaikan masalah, kepimpinan sekolah perlu berupaya menggunakan
model dan alat penyelesaian masalah. Gambarajah berikut menunjukkan Model
Penyelesaian Masalah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam mengurus sekolah:

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


• Memilih masalah dan menentukan pernyataan masalah (mengecilkan masalah; siapa
1 perlu terlibat)

• Menentukan hasil yang diingini – matlamat dan objektif (ukuran kejayaan)


2

• Menyenaraikan punca masalah yang berpotensi.


3

• Mengenalpasti halangan dan rintangan yang berpotensi


4

• Mengenalpasti tindakan untuk menangani punca masalah dan menyelesaikan


5 masalah.

• Membangunkan garis masa pelaksanaan dan menugaskan tanggungjawab untuk


6 tindakan

• Melaksanakan, memantau kemajuan, dan menyemak semula rancangan.


7

Gambar Rajah Model Menyelesaikan Masalah

Bagi Jhonson (1990), pencarian penyelesaian masalah adalah pelbagai. Tetapi jika kita
melaksanakannya secara tidak teratur, kita boleh berhadapan dengan masalah yang lebih
besar daripada masalah yang pernah kita alami sebelumnya. Oleh itu kita memerlukan
model atau kaedah yang betul dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Jadual berikut menunjukkan senarai alat dan kaedah yang boleh digunakan dalam model
penyelesaian masalah di atas:

Jadual Alat Dan Kaedah Dalam Model Penyelesaian Masalah

LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH ALAT DAN TEKNIK


1. Memilih masalah dan menentukan  Percambahan Fikiran
pernyataan masalah.  Pemetaan Minda
 Matriks „Adalah / Bukanlah‟
 Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan
 Teknik Kumpulan Nominal
 Perbandingan Berpasang

2. Menentukan hasil yang diingini –  Percambahan Fikiran


matlamat dan objektif (ukuran  Pemetaan Minda
kejayaan)  Teknik Kumpulan Nominal

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH ALAT DAN TEKNIK
3. Menyenaraikan punca masalah yang  Percambahan Fikiran
berpotensi.  Diagram Sebab_Akibat
 Pemetaan Minda
 Perbandingan Berpasang
 Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan
 Teknik Kumpulan Nominal
4. Mengenalpasti halangan dan rintangan  Percambahan Fikiran
yang berpotensi.  Analisis Force Field
5. Mengenalpasti tindakan untuk menangani  Percambahan Fikiran
punca masalah dan menyelesaikan  Pemetaan Minda
masalah.  Diagram Pokok
 Teknik Kumpulan Nominal
 Matriks Keputusan
6. Membangunkan garis masa pelaksanaan  Percambahan Fikiran
dan menugaskan tanggungjawab untuk  Diagram Pokok
tindakan.
7. Melaksanakan, memantau kemajuan,  Diagram Sebab_Akibat
dan menyemak semula rancangan.  Percambahan Fikiran
(menyemak semula rancangan)

AKTIVITI 2

Sesuatu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan dan satu kayu ukur
menunjukkan perbezaan antara keadaan semasa dan keadaan ideal anda. Bolehkah anda
huraikan kedua-dua keadaan ini?

Kemahiran Membuat Keputusan


a. Apa Itu Membuat Keputusan ?
Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan dengan
mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai pilihan-pilihan yang
berbeza. (von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991). Apabila kita
membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada satu set alternatif. Untuk
membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin mengenal pasti sebanyak mungkin
alternatif ini dan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih
satu yang terbaik yang memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.

Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya ketidaktentuan


dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membolehkan pilihan munasabah dibuat
daripada kesemua alternatif tersebut. (Harris, R., 2009). Dalam definisi ini, fokusnya adalah
terhadap membuat pilihan berasaskan pengurangan-risiko yang berkait dengan

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di
sekeliling pilihan- pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa
banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan

John Adair (2009) menyatakan bahawa membuat keputusan adalah tindakan untuk
memutuskan bentuk tindakan yang hendak diambil. Lazimnya, ia melibatkan pemilihan
daripada banyak pilihan. Membuat keputusan juga merupakan satu proses mental yang
melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan
yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

b. Jenis-Jenis Keputusan
Pada umumnya terdapat tiga jenis keputusan, iaitu:
(i) Keputusan-keputusan “sama ada” adalah asas - keputusan ya/tidak, sama ada/
atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita berhadapan dengan
pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah keputusan-keputusan asas yang kita
buat setiap hari seperti, “Patutkah saya pergi menonton wayang? atau “Patutkan
saya beli kereta?”
(ii) Keputusan-keputusan “yang mana satu” - keputusan yang melibatkan pilihan satu
atau lebih daripada beberapa pilihan kemungkinan.
(iii) Keputusan-keputusan “kontingen” - keputusan yang mana hasilnya bergantung
kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu kriteria dipenuhi. Apa-apa
keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa adalah merupakan keputusan
kontingen. Satu contoh yang baik adalah keputusan anda untuk membeli kereta jika
anda mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik.
Faktor-faktor penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga,
boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.

c. Kepentingan Membuat Keputusan


Betapa banyak dalam kehidupan seorang pemimpin, keputusan yang harus dibuat dan
betapa banyak pula masalah yang harus dihadapi dalam mengurus sesebuah sekolah.
Hanya ada kalanya, kita tak berani menanggung resiko untuk mengambil suatu keputusan
sehingga akhirnya banyak keputusan tergantung. Oleh itu, kemampuan intelektual
seseorang dapat tercermin dari kemampuan dan kebijakannya dalam menyelesaikan
masalah. Dalam banyak situasi, seorang pimpinan muncul karena kemampuan serta
kepiawaiannya dalam memecahkan persoalan.

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Pemimpin sekolah perlu mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan.
Pemimpin sekolah tidak boleh berfikir secara terburu-buru. Sumber maklumat yang berasas
perlu digunakan di samping mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang
terbaik. Dalam hal ini, seseorang itu perlu rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam
supaya keputusan yang dibuat itu tepat, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan
dan kerugian.

d. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembuatan Keputusan


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan sangat
dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga menunjukkan bukti gaya
pembuatan keputusan dipengaruhi oleh budaya seseorang. Bias juga mempengaruhi
kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini sentiasa menyumbang terhadap
proses pembuatan keputusan dan sering mempengaruhi pertimbangan kita. Bias boleh
membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan keberkesanan
pembuatan keputusan yang baik.

e. Model dan Alat Membuat Keputusan


Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa kebanyakan
keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas memerah minda. Namun,
dalam masa tertentu kita membuat keputusan yang kurang tepat. Oleh itu, kita seharusnya
menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul menggunakan model dan alat
membuat keputusan bagi memastikan pemimpin sekolah membuat keputusan dengan tepat
dan betul. Gambarajah berikut menunjukkan Model Membuat Keputusan yang boleh
digunakan.

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


• Menentukan keputusan yang ingin dibuat
1
• Menentukan hasil yang anda inginkan tujuan dan objektif anda (kemestian /
2 kemahuan)

• Mengenalpasti alternatif keputusan dan pilihan.


3

• Memilih alternatif terbaik


4

• Mengenalpasti halangan dan rintangan yang berpotensi.


5

• Membangunkan pelan tindakan atau pelaksanaan.


6

• Melaksanakan, memantau kemajuan, dan menyemak semula rancangan.


7

Gambarajah Model Membuat Keputusan

Jadual berikut pula menunjukkan pelbagai alat dan kaedah yang boleh digunakan dalam
setiap langkah dalam modul di atas:

Jadual Alat dan Kaedah Mengikut Langkah dalam Modul Membuat Keputusan

LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN ALAT DAN KAEDAH


1. Menentukan keputusan yang anda  Percambahan Fikiran
ingin buat.  Pemetaan Minda
 Matriks „Adalah / Bukanlah‟
 Diagram Pertalian Dan Hubungkait
 Teknik Kumpulan Nominal
 Perbandingan Berpasang
2. Menentukan hasil yang anda  Percambahan Fikiran
inginkan,tujuan dan objektif anda  Pemetaan Minda
(kemestian /kemahuan).  Teknik Kumpulan Nominal
 Perbandingan Berpasang

3. Mengenalpasti alternatif keputusan dan  Percambahan Fikiran


pilihan.  Teknik Kumpulan Nominal
 Pemetaan Minda
 Perbandingan Berpasang
 Diagram Kesamaan dan Saling
Berhubungan

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN ALAT DAN KAEDAH
4. Memilih alternatif terbaik.  Matriks Keputusan
 Teknik Kumpulan Nominal

5. Mengenalpasti halangan dan rintangan  Percambahan Fikiran


yang berpotensi.  Analisis Force Field
 Teknik Kumpulan Nominal

6. Membangunkan pelan tindakan atau  Percambahan Fikiran


pelaksanaan.  Pemetaan Minda
 Diagram Pokok

7. Melaksanakan, memantau kemajuan,  Diagram Sebab_Akibat


dan menyemak semula rancangan.  Percambahan Fikiran (menyemak
semula rancangan)

UJIAN KEFAHAMAN 3

Sebagai seorang pemimpin sejauh manakah anda memberi sokongan terhadap keputusan
yang diambil oleh pemimpin pertengahan?

Selaku pemimpin, adakah anda membuat keputusan dan mengambil tindakan bertentangan
dengan cadangan pemimpin pertengahan anda?

f. Kualiti Keputusan
Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat adalah baik
atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa keputusan yang baik boleh
menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi
berkait dengan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin,
secara kebetulan, membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak
dijangka, tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-
langkah pembuatan keputusan yang betul. Kualiti keputusan boleh dinilai dengan
mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

(i) Adakah keputusan itu menepati objektif-objektif yang hendak dicapai?


(ii) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan atau
pertimbangan etika?
(iii) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima kesannya?

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan
yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk diimplementasi, adalah
penting bahawa orang yang mengimplementasinya adalah mereka yang menerima kesan.
Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas mungkin tidak praktikal atas beberapa
alasan sosial.

g. Risiko Dalam Pengambilan Keputusan


Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil keputusan
melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko apabila membuat
keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda mungkin mengenepikan pilihan-
pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya, cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak
mungkin sambil terus membuat keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik.
Umumnya, sebelum anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk
diambil kira mengenai pengambilan risiko:
(i) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini
(ii) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat berfikir.
(iii) Mempunyai matlamat.
(iv) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.
(v) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.
(vi) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai
kemungkinan.
(vii) Gunakan perancangan.
(viii) Bertindak dengan tegas.
(ix) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk


dipertimbangkan:
(i) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.
(ii) Sejauh mungkin, elakkan bencana/ kegagalan.
(iii) Kenal pasti kompromi.
(iv) Maksimumkan nilai jangkaan.

AKTIVITI 4

Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan seharian? Adakah


keputusan harian anda umumnya berkesan atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk
peningkatan?

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


Rumusan Dan Kesimpulan
Para pemimpin sekolah yang berhasrat untuk menjadi pemimpin yang cemerlang perlu
memastikan masalah yang benar-benar membelenggu dapat dikenalpasti, sebelum memilih
untuk membuat keputusan terbaik, dan dapat menyelesaikan masalah secara optimum
dengan cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Setiap ahli dalam organisasi harus dilibatkan
dalam usaha untuk memenuhi keperluan yang amat penting ini supaya mereka dapat
mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik. Sekiranya
pemimpin sekolah dan ahlinya dapat mencapai satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik maka akan dapat mengurangkan
penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan di samping dapat
mengurangkan tekanan.

Rujukan
Adair, John. (2009). Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesai Masalah (Terjemahan).
Kuala Lumpur, ITBM.
Johnson, Perry. L., Kantner, Rob, . Kikora, Marcia A. (1990). TQM Team-Building and
Problem-Solving. Southfield, MI: Perry Johnson, Inc., 1990
Samsudin Wahab (2005). Panduan Pengurus dan Setiausaha: Kuala Lumpur, PTS

Wrekelgram (1974). Personnel Management. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.

Modul ini disediakan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan


MODUL 1.7 : KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Pendahuluan
Modul ini bertujuan untuk membantu Pengetua/ Guru Besar (PGB) memahami dan
seterusnya mengaplikasikan konsep Kepimpinan Instruksional di sekolah. Mengikut
Hallinger dan Murphy (1985), amalan Kepimpinan Instruksional dapat membantu
meningkatkan keberhasilan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam sesebuah kelas.

Objektif Modul
Pada akhir modul ini, pembaca akan dapat :
a) memahami konsep Kepimpinan Instruksional
b) memahami cabaran dalam melaksanakan Kepimpinan Instruksional
c) mengaplikasi amalan Kepimpinan Instruksional di sekolah

Kerangka Modul
Kerangka modul ini menggunakan Model Kepimpinan Instruksional yang dipelopori
oleh Hallinger dan Murphy (1985). Gambarajah berikut merupakan model kepimpinan
tersebut:

Gambarajah Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985)

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional


Apa itu Kepimpinan Instruksional ?

Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah


pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan
mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.

Manakala, Blasé (1998) pula menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan


penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Hussein (1989) pula, mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang


diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk
memperkembangkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan tujuan
menjayakan matlamat sekolah

Ringkasnya, kepimpinan Instruksional merupakan amalan seorang pemimpin sekolah yang


mengambil peduli terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta
perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di
sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Ini bermakna amalan Kepimpinan
Instruksional merupakan stail kepemimpinan paling asas yang mesti dikuasai oleh pemimpin
di sekolah.

Mengapa Perlu Kepemimpinan Instruksional ?


Di dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa PGB berperanan sebagai pemimpin
instruksional di mana mereka menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam
kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, PGB perlu
melaksanakan tugas-tugas seperti:
a) Menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus mengenai
pelaksanaan kurikulum sekolah;
b) Mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan;
c) Menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin
pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan
terbaik PdP kepada gurunya di peringkat sekolah;
d) Mencerap PdP semua guru di mana PGB menggunakan maklum balas
pencerapan untuk meningkatkan kualiti PdP;
e) Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan;
f) Menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan PdP
secara tekal;

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional


g) Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan
pencapaian akademik dan sahsiah murid;
8) Mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan
warga sekolah.

Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku


perancangan PGB yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, memberi
bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan
meningkatkan program-program berkaitan proses PdP bagi mencapai matlamat akademik
sekolah yang telah ditetapkan. Ini termasuklah memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan
pendidikan berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.

Teori Kepemimpinan Instruksional


Pelbagai teori berkaitan Kepemimpinan Instruksional telah diutarakan oleh para sarjana.
Bagi tujuan perbincangan modul ini, Model Kepimpinan Instruksional yang dibina oleh
Hallinger dan Murphy (1985), telah digunakan. Terdapat 3 domain yang dikenalpasti dengan
setiap satu menggariskan elemen secara terperinci dalam kepemimpinan instruksional iaitu
:
Domain 1: mendefinisikan matlamat sekolah
a) Merangka matlamat sekolah
b) Menyampaikan matlamat sekolah
Domain 2: mengurus program instruksional
a) Penyeliaan dan penilaian instruksi
b) Menyelaras kurikulum
c) Memantau kemantauan pelajar
Domain 3: mewujudkan iklim pembelajaran yang positif.
a) Melindungi Masa Instruksional (MMI)
b) Membudayakan Perkembangan professional
c) Mengekalkan ketampakan
d) Menyediakan ganjaran kepada guru
e) Penguatkuasan standard akademik
f) Menyediakan insentif kepada pelajar

AKTIVITI 1 :
Berdasarkan model di atas, apakah domain yang paling penting untuk anda lakukan
terlebih dahulu sebelum melaksanakan elemen-elemen lain dalam mengurus instruksional
di sekolah? Bagaimanakah anda melaksanakannya?

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional


Bagaimana hendak melaksanakan Kepimpinan Instruksional di sekolah?

Setiap sekolah mempunyai sumber, persekitaran dan kaedah yang berbeza dalam
menyelesaikan isu sekolah masing-masing. Kepimpinan Instruksional boleh diamalkan
melalui program yang sesuai di sekolah-sekolah mengikut dimensi dan elemen yang
disarankan oleh Hallinger dan Murphy (1985). Berikut adalah saranan aktiviti yang boleh
dilaksanakan di peringkat sekolah :

Elemen
•Sarana Ibu bapa dan outreach
1&3
•Mendoktrinisasikan Visi dan Misi

•Penyeliaan berjadual secara tekal


Elemen 3 •Penambahbaikan Tindak ikut penyeliaan

•Menggerakkan seluruh warga sekolah berfokus kepada kurikulum


Elemen •Rekayasa panitia
4

•Mekanisme pemantauan kemajuan murid yang lebih berfokus


Elemen •Data Driven
5
•Pelan Tindakan MMI yang praktikal
Elemen •Program Guru Ganti Terancang
6
•Melaksanakan Professional Learning Community (PLC)
•Membudayakan Perkongsian Amalan Terbaik (P&P)
Elemen •Kajian Tindakan
7

•Melindungi Masa Professional


•Walk the Talk
Elemen •Komunikasi berkesan
8 •Assessable and ‘Open-door’ policy

•Program penghargaan dan ganjaran guru yang terancang


Elemen •Menyuburkan budaya ‘Touching the Heart” dalam kalangan guru
9
•Menetapkan standard penarafan yang lebih tinggi (SKPM)
Elemen •Membina Piaggam Pelanggan untuk sekolah
10

•Menyuburkan budaya ‘Touching the Heart” dalam kalangan guru-murid-guru


Elemen •Program Insentif murid yang terancang
11

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional


AKTIVITI 2 :
Berdasarkan cadangan aktiviti di atas,pilih dua cadangan aktiviti yang paling sukar untuk
anda laksanakan. Terangkan tindakan anda untuk melaksanakan dua aktiviti tersebut.

Apakah Cabaran Mengamalkan Kepemimpinan Instruksional?


Walaupun stail kepimpinan ini merupakan stail yang paling asas dalam mengurus
dan memimpin sekolah namun masih lagi terdapat halangan dan cabaran iaitu antaranya :

Bil Cabaran Kaedah Peyelesaian

• Meneruskan pengajaran berkualiti


1. Mencabar Kredibiliti Guru • Lesson Study, team teaching
• Coaching & mentoring
• Peer Support
• Learning Walk

2. Penilaian dan penambahbaikan • Penglibatan guru secara meluas


kurang dilaksanakan • Komunikasi berkesan
(tidak konsisten) • Semua warga harus berfikiran terbuka

3. Masa yang terhad • Membina ‘Middle leaders’


• Empowerment
• Empowering team
(Teamwork Support System)

4. Kekurangan ilmu dan • Latihan Berterusan (CPD)


kemampuan menjadi pemimpin • Coaching and Mentoring
Instruksional • Penyeliaan Berterusan
• Penanda Arasan

Kesimpulan
Kepimpinan instruksional dilihat sebagai kepimpinan yang memberi kesan yang
positif dalam menyediakan guru-guru ke arah melaksanakan perubahan (Hallinger, 2003;
Jainabee & Jamelaa, 2011; Jamelaa & Jainabee, 2011; Kursunoglu & Tanrıogen, 2009).
Pengetua yang berkesan adalah proaktif, terutamanya berkaitan dengan pengajaran dan
kepentingan murid-murid serta bertindak sebagai pemimpin instruksional (Leithwood &
Montgomery, 1982). Dengan sistem pendidikan yang berkembang dan berubah, peranan
yang dijangka daripada pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional telah menjadi
semakin kompleks. PGB perlu sedar bahawa mereka harus berubah terlebih dahulu untuk
melaksanakan transformasi di sekolah. Proses perubahan ini, melibatkan amalan seperti
mengetepikan amalan amalan lama dan dalam masa yang sama menguasai kemahiran-

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional


kemahiran baru dan mengamalkannya. Namun dalam apa jua perubahan yang berlaku itu,
pengetua harus memastikan diri mereka dapat menguasai kemahiran dalam kepemimpinan
Instruksional dalam usaha memimpin sekolah dan ini seiring dengan matlamat strategik JPN
Johor iaitu mempunyai barisan kepemimpinan pendidikan yang berprestasi tinggi.

AKTIVITI 3 :
Pada pandangan anda, apakah cabaran yang paling sukar untuk anda laksanakan
perubahan dalam meningkatkan prestasi akademik di sekolah? Bagaimanakah anda
mengatasi masalah ini?

Rujukan
Hallinger, P & Murphy, J. 1985. Assessing the instructional management behavior of
principals. The Elementary School Journal, 86 (2).
Hallinger, P & Murphy, J. 1987. Assessing and developing principal instructional
leadership. Journal of Educational Leadership. 45 (1)
James, A.J.E & Balasandran. R. 2009. Kepimpinan instruksional: Satu panduan
praktikal. PTS Professional. Kuala Lumpur.
Jabatan Perdana Menteri. 2010. Program transformasi kerajaan : Pelan hala tuju.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. Putrajaya
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di
sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lambert, L. 2002 . A framework for shared leadership. Educational Leadership
Journal. May

Modul ini disediakan oleh pegawai -pegawai SIPartner+ Negeri Johor. Sehubungan itu, untuk sebarang
pertanyaan, maklumat lanjut dan maklum balas tentang modul ini, sila hubungi SIPartner+ Negeri Johor di
talian 07-7722946 atau melalui email di alamat sipjohor@gmail.com

J-ProKiPS:- Modul 1.7 Kepimpinan Instruksional

Anda mungkin juga menyukai