Anda di halaman 1dari 2

Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah.

Penggunaan Visual untuk pengajaran dan pembelajaran


memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Terangkan maksud visual untuk pengajaran dan pembelajaran

2. Nyatakan pengelasan visual untuk pengajaran dan pembelajaran

Soalan 1

Visual ialah sesuatu yang boleh diperhatikan samada imej statik (contoh, gambar, ilustrasi, simbol) atau
bergerak seperti animasi atau video. Visual juga dapat berperanan sebagai alat komunikasi yang lebih
baik berbanding komunikasi verbal. Fungsi utama visual dalam PdP ialah untuk meningkatkan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat murid sewaktu
pemebelajaran berlansung.

Antara peranan visual dalam PdP adalah membantu memperolehi pengalaman berbeza yang dimiliki
apabila belajar melalui lisan atau bertulis. Selain itu juga, ianya dapat membangkitkan keinginan dan
minat baru murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajari menerusi tayangan video dan audio yang
digunakan. Justeru, ianya dapat membantu perubahan efektif ,kognitif dan psikomotor murid-murid
serta meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap isi kandungan pelajaran yang
dibincangkan.

Soalan 2

Visual umumnya terbahagi kepada 3:

1. Fotografik

Fotografik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan
yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

2. Elektronik

Elektronik menyediakan ilustrasi atau gambar dan imej bergerak dalam bentuk digital seperti video dan
animasi

3. Grafik

Menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik. Terdapat dua jenis visual grafik iaitu analogik dan
organisasi.
i) Visual Analogik ialah menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang
dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Contohnya: Sistem solar biasanya digunakan sebagai analogi
visual untuk menjelaskan komposisi sesuatu atom (Neutron, Elektron, Proton)

ii) Visual organisasi pula merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya Menyediakan ilustrasi melalui
gambar , visual realiti, menyerupai sesuatu subjek, situasi sebenar.