Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN 1 FASA .

                 
 Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam
satu 

pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang
perlindungan 

tambahan .

Ciri-ciri pemilihan  

Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan

1) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal

2) Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu

3) Kos perbelanjaan murah

4) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit

5) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang

6) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian

7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-jenis kabel yang digunakan

            Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel
yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan
kerosakan mekanikal .

Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah kediaman adalah kabel bersalut
pvk atau getah.
Kaedah pemasangan kabel

             Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip
kepermukaan dinding atau siling .

Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada jenis
logam .

Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibanggunan batu atau simen kabel akan
diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau
siling
                
Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip
yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong
                

Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a )      
                                 Jarak  maksimum bagi klip
Garis Kabel getah tanpa perisai pvk Kabel beperisai Kabel penebat
pusa atau plumbum - bersalut mineral salut
t kuprum atau
Ke salut aluminium
selur umum Dalam kawalan
uh
an
Mend Memu Mend Memu Mend Memu Mend Memu
Kabe atar gak atar gak atar gak atar gak
l     2     3    4      5     7      8      9
1      6
   M Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
m 250 400 600 800
     9 300 400 350 450 900 1200
150 250 400 550
15 350 450 500 2000
15 20 400 550 450 600
20
40

Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik,
maksima 12 kabel boleh diklipkan bersama.

  Penerangan tentang ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian:

1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.

Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada
tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.   

2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.

Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.

3. Harga pendawaian.
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. 

Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti
yang mudah diperolehi.

4. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.

Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada
tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.

5. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.


Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya

  
6. Harga pendawaian .

Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. 

Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti
yang mudah diperolehi.

7. Tempoh ketahanan pemasangan.

Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek.
Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem
pendawaian.

8. Keadah khusus .

Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti
keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan
yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.

9. Masa menyiapkan.

Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat
daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu
diambil kira.

10. Tambahan litar atau perubahan litar.

Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem
pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.

11. Kekemasan dan kecantikan.

Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan,


pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.    

12. Voltan bekalan .

Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau
kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. 
Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan
pendawaian voltan rendah. 

Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan.