Anda di halaman 1dari 17

Topik X Kos Modal

8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengaplikasikan prinsip dalam menentukan kos modal;
2. Mengira kos hutang, kos saham biasa dan kos saham keutamaan;
dan
3. Menentukan kos modal purata wajaran (WACC) syarikat.

X PENGENALAN
Dalam Topik 4 dan 5, kita telah membincangkan hubungan antara kadar pulangan
dengan risiko sekuriti dan proses penilaian bon dan saham. Seterusnya, kita akan
bincangkan tentang kos modal. Kos modal adalah berkait dengan membuat
keputusan pembiayaan dan membuat keputusan pelaburan. Ia adalah kadar yang
perlu dicapai dalam pelaburan sebelum kekayaan pemegang saham ditingkatkan.
Kos modal sering digunakan bersilih ganti dengan kadar pulangan yang
diperlukan oleh syarikat, kadar diskaun untuk menilai pelaburan baru dan
peluang kos dana. Walaupun nama adalah berbeza, konsepnya tetap sama.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan prinsip dalam menentukan kos
modal syarikat dan rasionalnya dari aspek penggunaan dan pengiraan. Bagi
memperoleh keseluruhan kos syarikat atau kos modal purata wajaran, kita
hendaklah mendapatkan kos untuk setiap sumber modal iaitu kos hutang, kos
saham keutamaan dan kos saham biasa.
258 X TOPIK 8 KOS MODAL

8.1 DEFINISI KOS MODAL


Kos modal adalah kadar pulangan minimum yang perlu diperoleh dari
pelaburan syarikat. Ia bertujuan sebagai jaminan bagi kadar pulangan
diperlukan untuk pemegang bon dan pemegang saham syarikat. Dengan kata
lain, kos modal memainkan peranan sebagai penghubung antara membuat
keputusan pelaburan jangka panjang syarikat dengan memaksimumkan
kekayaan pemegang saham. Ia penting untuk memastikan sama ada cadangan
pelaburan akan meningkat atau menurunkan harga saham atau nilai syarikat
tersebut. Jika risiko adalah tetap, projek dengan kadar pulangan yang lebih
tinggi berbanding dengan kos modal akan meningkatkan nilai syarikat manakala
projek dengan kadar pulangan yang lebih rendah berbanding dengan kos modal
akan menurunkan nilai syarikat.

Kadar pulangan diperlukan oleh pelabur ditakrifkan sebagai kadar pulangan


yang minimum bagi menarik minat pelabur untuk membeli atau memegang
sekuriti. Kadar pulangan adalah pulangan daripada pelaburan yang membayar
kos modal dan juga insentif bagi menarik pelabur.

Ada dua faktor yang membezakan antara kadar pulangan dengan kos modal
iaitu cukai dan jenis urus niaga yang terlibat. Apabila syarikat membuat
pinjaman untuk tujuan pembelian aset, perbelanjaan faedah ditolak daripada
perolehan sebelum cukai. Ini bermakna, kos hutang syarikat akan berkurangan.
Faktor kedua yang membezakan kos modal dengan kadar pulangan yang
diperlukan ialah kos urus niaga yang terlibat apabila syarikat meningkat dana
bagi terbitan sekuriti. Kos urus niaga ini dikenali sebagai kos pengapungan dan
kos ini meningkatkan kos keseluruhan syarikat.

SEMAK KENDIRI 8.1

Apakah peranan untuk kos modal dalam operasi syarikat?


TOPIK 8 KOS MODAL W 259

8.1.1 Dasar Pembiayaan dan Kos Modal


Dasar pembiayaan syarikat merujuk kepada polisi yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan dalam pembiayaan pelaburan. Dalam topik ini, kita akan
menganggap bahawa syarikat mempunyai dasar pembiayaan yang ditetapkan.
Gabungan pembiayaan yang sering digunakan adalah hutang dan ekuiti.

Kos modal iaitu gabungan kos bagi semua sumber pembiayaan syarikat (hutang
dan ekuiti) yang dikenali sebagai kos modal purata wajaran. Ia adalah kos purata
selepas cukai untuk setiap sumber modal yang digunakan bagi membiayai
projek syarikat. Wajaran merujuk kepada peratusan bagi penggunaan setiap
sumber daripada keseluruhan pembiayaan. Kebanyakan syarikat akan berusaha
untuk mengekalkan gabungan pembiayaan optimum bagi hutang dan ekuiti
atau lebih dikenali sebagai struktur modal sasaran.

SEMAK KENDIRI 8.2

„Bagi mengekalkan nilai pasaran syarikat, kadar pulangan hendaklah


sama dengan kos modal‰.

Sejauh manakah anda setuju dengan kenyataan di atas?

8.2 MENENTUKAN KOS MODAL BAGI SETIAP


KOMPONEN SUMBER MODAL

SEMAK KENDIRI 8.3

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengira jumlah kos


modal syarikat?

Sebuah syarikat mempunyai pelbagai instrumen kewangan atau sekuriti untuk


menarik pelaburan baru. Syarikat boleh meningkatkan modal dengan meminjam
(terbitan bon kepada pelabur) atau terbitan saham biasa atau saham keutamaan.
Semua jumlah modal syarikat adalah bergantung kepada pulangan yang
diperlukan oleh pelabur. Bagi menentukan jumlah kos modal, syarikat mesti
menentukan tiga sumber modal iaitu hutang, saham keutamaan dan saham
biasa. Kos modal untuk setiap sumber pembiayaan diperoleh dengan
mendapatkan kadar pulangan yang diperlukan bagi pelabur dengan mengambil
kira kos pengapungan dan impak cukai.
260 X TOPIK 8 KOS MODAL

8.2.1 Kos Hutang


Kos modal hutang diperoleh dengan mendapatkan kadar pulangan hutang
dengan mengambil kira kos pengapungan dan impak cukai. Dalam Topik 4,
anda telah mempelajari kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur adalah
pulangan minimum yang dijangkakan oleh pelabur dalam pelaburan.

Ada tiga langkah penting dalam pengiraan kos hutang iaitu:

Langkah 1:
Kira nilai hutang bersih (NPb) dengan mengambil kira kos pengapungan.

NPb = Nilai pasaran (P0) – Kos pengapungan

Langkah 2:
Kira kadar pulangan hutang yang diperlukan oleh pelabur. Kadar pulangan
hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan
atau kaedah anggaran seperti yang diterangkan dalam bahagian 4.4, Topik 4.

Dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan, perbezaan kadar


diskaun kb, akan digunakan dalam formula berikut (Formula 4.2b dalam
Topik 4):

NPb = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n)

Formula untuk mengira kadar pulangan menggunakan kaedah anggaran seperti


berikut:

§ M  NPb ·
i¨ ¸
kb © n ¹
M  NP b
2

Langkah 3:
Kira kos modal dengan mengambil kira kesan cukai.

Kos selepas cukai = Kos pulangan (kb) – Cukai simpanan (kb T)


= kb – kb T
= kb (1 – T)
TOPIK 8 KOS MODAL W 261

Contoh 8.1
Syarikat Indah telah menjual bon yang mempunyai tempoh matang selama
20 tahun dengan kadar kupon 9%. Nilai tara adalah sebanyak RM1,000. Bon
dijual pada harga sebanyak RM980 dengan kos pengapungan 2% berdasarkan
nilai par (2% u RM1,000). Apakah kos hutang untuk Syarikat Indah?

Pengiraan:

(a) Langkah Pertama, Kira Nilai Bon Bersih

NPb = RM980 – RM20


= RM960

(b) Langkah Kedua, Kira Kadar Pulangan Bon


Anda boleh menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan atau kaedah
anggaran untuk memperoleh kadar pulangan.

(i) Kaedah Percubaan dan Kesilapan


Bon dijual pada harga diskaun di mana harga jualan lebih rendah
berbanding dengan nilai par (RM980 < RM1,000). Oleh itu, kadar
pulangan adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar kupon (k > I).
Bagi memulakan proses pengiraan, anda boleh cuba menggunakan
kadar 10%.

NPb = I (PVIFAk,n) + M (PVIFk,n)


= 90 (PVIFA10%,20) + 1,000 (PVIF10%,20)
= 90 (8.514) + 1,000 (0.149)
= RM915.26

Merujuk pengiraan di atas, kita dapati bahawa nilai saham pada


kadar 10% sebanyak RM915.26. Ini bermakna, kos modal antara 9%
dan 10%.
262 X TOPIK 8 KOS MODAL

Seterusnya, kita menggunakan kaedah interpolasi untuk mendapatkan


kadar pulangan.

Kadar (%) Nilai (RM) Nilai (RM)


9 1,000 1,000
NPb 960 –
10 – 915.26
Perbezaan RM40 RM84.74

§ 40.00 ·
kb 9%  ¨ ¸ u (10%  9%)
© 84.74 ¹
9.47%

(ii) Kaedah Anggaran


Anda juga boleh menggunakan kaedah anggaran untuk memperoleh
kadar pulangan dengan menggunakan persamaan (Formula 4.4
dalam Topik 4) seperti berikut:

M  NPb
i
kb n
M  NPb
2
§ RM1, 000  RM960 ·
90  ¨ ¸
© 20 ¹
RM1, 000  RM960
2
9.4%

(c) Kira kos modal hutang dengan mengambil kira kesan cukai. Andaikan
cukai korporat adalah 34% setahun.

(i) Kaedah Percubaan dan Kesilapan


Kadar pulangan diperlukan adalah 9.47% iaitu kos hutang sebelum
mengambil kira cukai. Oleh itu, kos modal hutang (kos hutang)
seperti berikut:

Kos hutang selepas cukai = 9.47% (1 – 0.34)


= 6.25%
TOPIK 8 KOS MODAL W 263

(ii) Kaedah Anggaran


Disebabkan faedah ke atas hutang adalah ditolak cukai, ia boleh
mengurangkan kos modal syarikat. Kos hutang menggunakan kaedah
anggaran iaitu:

Kos hutang selepas cukai = 9.4% (1 – 0.34)


= 6.2%
Kaedah anggaran memberikan jawapan 6.2% manakala kaedah
percubaan dan kesilapan berikan jawapan lebih tepat iaitu 6.25%.

LATIHAN 8.1
Syarikat Maju Indah bercadang untuk menerbitkan bon yang
mempunyai tempoh matang selama 10 tahun dengan nilai tara
sebanyak RM1,000 dibayar faedah sebanyak RM55 setiap enam bulan.
Bon ini dijual dengan jumlah bersih sebanyak RM840.68 selepas
mengambil kira kos tambahan yang terlibat. Jika kadar cukai korporat
25%, apakah kos hutang selepas cukai?

8.2.2 Kos Saham Keutamaan


Saham keutamaan mempunyai hak untuk menerima dividen tetap sebelum
perolehan dibahagikan kepada pemegang saham biasa. Oleh kerana saham
keutamaan dibentuk oleh pemilikan, maka keuntungan bersih daripada jualan
dijangka akan diadakan dalam tempoh tanpa had masa. Dividen bagi saham
keutamaan kebiasaannya membentuk jumlah (RM) setahun seperti RM4 setahun.
Ada juga dividen yang dibentuk bagi kadar peratusan tahunan di mana ia
diwakili oleh peratusan berdasarkan nilai tara saham. Contohnya, dividen bagi
saham keutamaan adalah 8% nilai par RM5 iaitu RM0.40.

Kos saham keutamaan (kps) adalah kadar pulangan saham keutamaan iaitu
nisbah dividen untuk saham keutamaan (Dps) berbanding dengan perolehan
bersih daripada jualan saham keutamaan (Nps). Perolehan bersih adalah harga
jualan saham keutamaan ditolak dengan kos pengapungan.

Bagi mendapatkan kos saham keutamaan (kps), kita boleh menggunakan formula
(Formula 4.18 dalam Topik 4) seperti berikut:

D ps
k ps
NPps
264 X TOPIK 8 KOS MODAL

Memandangkan dividen saham keutamaan dibayar daripada aliran tunai selepas


cukai, maka pelarasan ke atas cukai tidak diperlukan.

Contoh 8.2
Kira kos saham keutamaan untuk Syarikat Indah berdasarkan maklumat seperti
berikut:

Harga jualan = RM8.70 nilai sesaham


Kos pengeluaran dan penjualan saham = RM0.50 sesaham
Dividen tahunan = RM0.87

Pengiraan

(a) Harga bersih (NPps) = RM8.70 – RM0.50


= RM8.20

RM0.87
(b) Kps =
RM8.20
= 10.6%

LATIHAN 8.2

Syarikat Kewangan Jaya mempunyai saham keutamaan dalam struktur


modal yang membayar dividen sebanyak RM0.35 dan dijual pada harga
RM2.50. Kos pengeluaran dan jualan saham keutamaan adalah
sebanyak RM0.60 sesaham. Jika kadar cukai korporat adalah 34%,
apakah kos saham keutamaan selepas cukai?

8.2.3 Kos Saham Biasa


Kos saham biasa adalah kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur saham
biasa. Penentuan kos saham biasa adalah unik kerana dua faktor iaitu:

(a) Pertama, ia sukar untuk dianggarkan disebabkan pulangan kepada


pemegang saham biasa ialah lebihan selepas bayaran faedah bagi bon dan
dividen saham keutamaan; dan
TOPIK 8 KOS MODAL W 265

(b) Kedua, ada dua sumber pembiayaan bagi saham biasa iaitu penerapan
perolehan dan terbitan saham biasa baru. Kedua-dua sumber ini adalah
berbeza dari aspek kos pengapungan. Kegunaan penerapan perolehan
tidak melibatkan kos pengapungan manakala jualan saham biasa baru
melibatkan kos pengapungan.

Dua kaedah yang digunakan untuk menentukan kos penerapan perolehan atau
kadar pulangan yang diperlukan oleh pemegang saham biasa adalah:

(a) Model Penilaian Pertumbuhan Malar atau „Model Gordon‰


Kos saham biasa adalah pulangan yang diperlukan oleh para pemegang
saham yang sedia ada bagi pelaburan mereka. Model penilaian untuk
pertumbuhan malar atau lebih dikenali sebagai Model Gordon
menganggap nilai saham (P0) adalah sama dengan nilai kini untuk semua
dividen masa depan (D1). (Rujuk Topik 4: Penilaian Saham) Oleh itu, nilai
saham biasa didapati menggunakan formula (Formula 4.12 dalam Topik 4)
seperti berikut:

D1
P0
k cs  g

Di mana:
P0 = Nilai saham biasa
D1 = Dividen semasa
kcs = Kadar pulangan diperlukan
g = Kadar pertumbuhan dividen

Untuk mengetahui kos saham biasa atau kadar pulangan bagi saham biasa,
formula di atas boleh diubah suai seperti berikut:

D1
K cs g
P0

Disebabkan dividen saham biasa dibayar daripada perolehan selepas cukai,


maka tiada pelarasan ke atas cukai.
266 X TOPIK 8 KOS MODAL

Contoh 8.3
Berikut adalah maklumat pembiayaan bagi Syarikat Tuah.

Harga saham biasa (H0) = RM5.00


Dividen jangkaan (D1) = RM0.40
Kadar pertumbuhan (g) = 5%
0.40
kcs =  0.05
5.00
= 0.13 or 13%

(b) Kegunaan Model Penentuan Harga Aset Modal (CAPM)


Model CAPM menunjukkan hubungan antara pulangan yang diperlukan
atau kos saham biasa (kcs) dengan risiko yang sistematik diukur dengan
beta ().

Persamaan CAPM seperti berikut:

kcs = krf + (km – krf) j

Di mana:
kcs = Kos sekuriti saham biasa j
krf = Kadar risiko percuma
km = Kadar pulangan pasaran
j = Sekuriti beta j

Berdasarkan kepada persamaan di atas, kita boleh anggarkan bahawa


kegunaan kos penerapan perolehan sebagai salah satu modal komponen
seperti yang ditunjukkan dalam contoh 8.4.

Contoh 8.4
Andaikan kadar bebas risiko Syarikat Indah adalah 7%, kadar pulangan
pasaran ialah 11% dan saham biasa syarikat mempunyai beta 1.5. Apakah
kos penerapan perolehan?

Kcs = 7% + (11% – 7%) 1.5


= 7% + 6%
= 13%
TOPIK 8 KOS MODAL W 267

(c) Kos Pengeluaran Saham Biasa Baru


Kos pengeluaran saham biasa baru (kcs) diperoleh dengan mengambil kira
kesan kos pengapungan atau kos jualan. Biasanya, saham biasa baru dijual
pada harga yang paling rendah berbanding dengan harga pasaran semasa.
Oleh itu, nilai bersih bagi saham baru selepas jualan akan semakin rendah.
Kos saham biasa (kcs) dikira dengan menggunakan model penilaian
pertumbuhan malar tetapi pada harga bersih (NPcs). Harga bersih
diperoleh dengan menolak kos pengapungan daripada harga jualan. Oleh
itu, formula untuk mendapatkan kos pengeluaran saham biasa baru adalah
seperti berikut:
D1
k cs g
NPcs

Kos pengeluaran saham biasa baru biasanya lebih tinggi berbanding


dengan kos saham sedia ada dan lebih tinggi berbanding dengan lain-lain
jenis kos pembiayaan jangka panjang. Dividen yang dibayar adalah
daripada aliran tunai selepas cukai di mana tidak terdapat pelarasan ke
atas cukai.

Contoh 8.5
Berdasarkan maklumat pembiayaan Syarikat Indah di bawah, kira kos
pengeluaran saham biasa baru.

Dividen dijangka (D1) = RM0.40


Harga pasaran semaa (P0) = RM5.00
Kos pengapungan = RM0.25 sesaham
Kadar pertumbuhan dividen = 5%
Jualan saham biasa baru = RM4.70

Penyelesaian:

RM0.40
K cs  0.05
RM4.45
0.14 atau 14%

AKTIVITI 8.1

Kenapakah kita perlu mengira semua kos untuk sumber modal


sebelum mengira keseluruhan kos modal?
268 X TOPIK 8 KOS MODAL

LATIHAN 8.3

1. Saham biasa Syarikat Tunas Damai baru-baru ini dijual pada


harga sebanyak RM5 sesaham. Dividen untuk tahun depan
sebanyak RM0.18 sesaham. Pelabur menjangkakan dividen
meningkat pada kadar 9% setahun pada masa akan datang.

(a) Apakah kos ekuiti dalaman syarikat?

(b) Penjualan saham biasa baru dijangka melibatkan kos


pengeluaran sebanyak RM0.50 sesaham. Apakah kos saham
biasa baru?

2. Bezakan antara ekuiti dalaman syarikat dengan saham biasa baru.

3. Apakah kos yang boleh dikaitkan dengan ekuiti dalaman


syarikat?

4. Jelaskan dua pendekatan yang boleh digunakan dalam pengiraan


bagi kos saham biasa.

8.3 KOS MODAL PURATA WAJARAN


Selepas kos untuk sumber setiap modal ditentukan, langkah seterusnya adalah
mengira keseluruhan kos modal syarikat. Kos modal keseluruhan mengambil
kira kos individu yang menggunakan kos kewangan. Ia juga dikenali sebagai kos
modal purata wajaran (WACC).

Tiga langkah utama dalam menentukan WACC diterangkan seperti berikut:

(a) Kira kos untuk sumber setiap modal (kos hutang, kos saham keutamaan
dan kos saham biasa);

(b) Kira gabungan pembiayaan atau struktur modal wajaran bagi setiap
sumber yang digunakan daripada jumlah pembiayaan keseluruhan
syarikat (struktur modal ini biasanya telah ditetapkan oleh syarikat); dan

(c) Kira WACC.


TOPIK 8 KOS MODAL W 269

Oleh itu, pengiraan kos modal purata wajaran adalah seperti berikut:

WACC = (wb u kb) + (wps u kps) + (wcs u kcs)

(Nota: wb + wps + wcs = 1)

Di mana:
Wb = Pemberat hutang
Kb = Kos hutang selepas cukai
Wps = Pemberat saham keutamaan
Kps = Kos saham keutamaan
Wcs = Pemberat saham biasa
Kcs = Kos saham biasa

Contoh 8.6
Berdasarkan maklumat kewangan Syarikat Indah, kira WACC.

Kos hutang (kb) = 6.25%


Kos saham keutamaan (kps) = 10.6%
Kos penerapan perolehan (kcs) = 13%
Kos saham biasa baru (kcs) = 14%

Sumber modal Nisbah/Pemberat


Pinjaman jangka panjang 40%
Saham keutamaan 10%
Saham biasa 50%
100%

Oleh itu, kos modal purata wajaran, jika syarikat menggunakan penerapan
perolehan adalah:

WACC = (0.40 u 6.25%) + (0.1 u 10.6%) + (0.5 u 13%)


= 2.5% + 1.06% + 6.5%
= 10.6%
270 X TOPIK 8 KOS MODAL

Jika syarikat mengeluarkan saham biasa baru, maka kos modal purata wajaran
adalah:

WACC = (0.40 u 6.25%) + (0.1 u 10.6%) + (0.5 u14%)


= 2.5% + 1.06% + 7%
= 10.56%

LATIHAN 8.4

1. Padankan maklumat berikut dengan kenyataan yang disediakan.

(a) Kos modal 1. Perbelanjaan tambahan yang


melibatkan sekuriti pengeluaran.
(b) Model penilaian
dividen 2. Hasil daripada penggandaan kos bagi
setiap item dalam struktur modal
(c) Pembiayaan dengan nisbah kewangan bagi struktur
modal modal keseluruhan dan hasil ditambah
(d) Kos pengapungan bersama.

(e) Struktur modal 3. Hasil tambahan yang terbaik


optimum antara hutang, saham keutamaan,
penerapan perolehan dan saham biasa
(f) Kos modal purata baru.
wajaran
4. Menentukan nilai saham dengan
mengambil kira nilai kini dividen yang
dijangka diterima pada masa depan.

5. Alternatif struktur syarikat dalam kos


pembiayaan.

6. Ia dijumpai dalam kunci kira-kira bagi


liabiliti dan ekuiti jangka panjang.
TOPIK 8 KOS MODAL W 271

2. Syarikat Maju sedang menentukan struktur modal optimum


berdasarkan maklumat di bawah:

Sumber Modal Peratusan Pembiayaan (%)


Hutang jangka panjang 35
Saham keutamaan 10
Saham biasa 55

Syarikat boleh menerbitkan bon yang mempunyai tempoh matang


selama 20 tahun dengan nilai muka sebanyak RM1,000. Kadar
kupon untuk bon adalah 9% dan dijual pada harga sebanyak
RM980. Kos mengeluarkan bon adalah 2% daripada nilai muka
bon.

Saham Keutamaan:
Syarikat mendapati bahawa terbitan saham keutamaan pada harga
sebanyak RM6.50 sesaham dengan bayaran dividen tahunan
sebanyak RM0.80. Kos yang terlibat dalam terbitan dan jualan
saham sebanyak RM0.30 sesaham.

Saham Biasa:
Saham biasa syarikat dijual pada harga semasa sebanyak RM4
sesaham. Dividen yang dijangka akan dibayar pada akhir tahun
depan adalah sebanyak RM0.50. Kadar pertumbuhan dividen
adalah malar iaitu 8% setiap tahun. Syarikat harus bayar kos
pengapungan sebanyak RM0.10 sesaham.

Cukai korporat adalah 40%.


(a) Kira kos bagi setiap sumber-sumber modal; dan
(b) Kira kos modal purata wajaran (WACC).
272 X TOPIK 8 KOS MODAL

3. Maklumat di bawah adalah jumlah pembiayaan bagi setiap sumber


modal Syarikat Jati.

Sumber Modal Jumlah Pembiayaan (RM)


Hutang jangka panjang 40,000
Saham keutamaan 20,000
Saham biasa 40,000

Kos hutang sebelum cukai adalah 9.37%, kos saham keutamaan


adalah 10%, kos saham biasa ialah 13% dan kos cukai marginal
adalah 34%. Apakah kos modal purata wajaran (WACC) syarikat?

4. Bagaimanakah kadar cukai syarikat memberi kesan kepada kos


modal?

5. Apakah kesan daripada kos pengapungan atas penerbitan sekuriti?

x Kos modal juga dikenali sebagai kadar pulangan yang diperlukan oleh
syarikat.

x Kadar diskaun dan dana kos peluang adalah pulangan minimum yang
diperlukan oleh syarikat untuk pelaburan. Biasanya ia terdiri daripada tiga
komponen sumber modal iaitu hutang, saham keutamaan dan ekuiti biasa
syarikat yang terdiri daripada penerapan perolehan dan saham biasa baru.

x Kos modal dipengaruhi oleh gabungan pembiayaan dan biasanya syarikat


akan cuba mengekalkan gabungan pembiayaan optimum atau lebih dikenali
sebagai struktur sasaran modal.
TOPIK 8 KOS MODAL W 273

x Bagi mendapatkan kos modal untuk membiayai keseluruhan pembiayaan


syarikat, pertama, anda mesti menentukan kos modal setiap komponen bagi
sumber modal iaitu kos hutang, kos saham keutamaan dan kos ekuiti biasa.
Seterusnya, tentukan keseluruhan kos modal atau kos modal purata wajaran
iaitu gabungan semua sumber pembiayaan dengan mengambil kira gabungan
pembiayaan.

Ekuiti Kos pengapungan


Hutang Kos saham biasa
Kos hutang Kos saham keutamaan
Kos modal Struktur modal
Kos modal purata wajaran (WACC) Struktur modal optimum

Anda mungkin juga menyukai