Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat menitikberatkan struktur
ayat kerana setiap ayat yang dibina hendaklah melalui proses yang menjadikan
sesuatu ayat itu lengkap. Semasa proses pembentukan ayat, klausa merupakan
elemen yang penting untuk memastikan ayat yang dibina merupakan ayat yang
gramatis dan baik. Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat adalah klausa. Klausa terdiri daripada
frasa dan merupakan unsur ayat. Berdasarkan struktur klausa dan ayat, kedua-dua
struktur adalah sama kerana mempunyai subjek dan predikat. Terdapat dua jenis
klausa iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

2.0 Proses Pembentukan Klausa dan Tugas Klausa


Klausa bebas atau lebih dikenali sebagai klausa utama merupakan klausa
yang tidak memerlukan penambahan klausa yang lain untuk menjadi ayat yang
lengkap. Apabila terdapat intonasi yang dikenakan pada klausa bebas, maka klausa
tersebut menjadi ayat yang sempurna. Bagi memudahkan pemahaman, perbezaan
antara klausa bebas dan ayat yang lengkap hanyalah kewujudan intonasi. Klausa tak
bebas pula merupakan tutur atau penyampaian yang tergantung kerana tidak
mempunyai apa-apa makna apabila tidak disokong dengan klausa yang lain.
Perbezaan ayat yang lengkap, klausa bebas dan klausa tak bebas terdapat dalam
Jadual 1.0 di bawah:

Perbezaan Contoh Penerangan


Ayat yang Kamu pandai. Mempunyai tanda baca dan intonasi yang betul
lengkap yang menjadikannya ayat lengkap.
Klausa bebas kamu pandai Tidak mempunyai sebarang tanda dan intonasi.
Klausa tak Kamu pandai ‘kerana kamu rajin belajar’ merupakan klausa
bebas kerana kamu tak bebas kerana tidak dapat menjadi ayat
rajin belajar. yang sempurna sekiranya tidak disokong oleh
klausa yang lain seperti ‘Kamu pandai’ di
hadapan ayat.
Jadual 1.0 Perbezaan antara ayat yang lengkap, klausa bebas dan klausa tak bebas

Klausa mempunyai pelbagai tugas seperti bertugas sebagai predikat, subjek,


penerang, pelengkap, objek dan keterangan. Yang pertama, klausa yang bertugas
sebagai predikat boleh terbina dalam bentuk songsang iaitu predikat di hadapan

1
manakala subjek di belakang misalnya dalam penggunaan ayat penyata dan ayat
tanya seperti yang tertera pada jadual 1.1 di bawah:

Bil Subjek (Frasa Nama) Predikat (Klausa)


.
Predikat Subjek
1. Barang ini murah harganya.
2. Ikan Sardin banyak sekali tulangnya.
3. Penyakit itu ada penawarnya.
4. Orang itu siapa namanya.
5. Ramlah Ram di mana rumahnya?
Jadual 1.1 Klausa yang bertugas sebagai predikat

Klausa yang bertugas sebagai subjek juga boleh menjadi ayat pasif yang
subjeknya adalah klausa dan predikat pula terdiri daripada frasa kerja pasif seperti
yang terdapat dalam jadual 1.2 di bawah:

Bil Subjek (Klausa) Predikat (Frasa kerja pasif)


.
1. Bagaimana cantiknya istana itu tidak dapat saya gambarkan.
2. Apakah akibatnya masih belum disedari oleh masyarakat.
3. Dari mana dia menjelma tidak pernah saya persoalkan.
Jadual 1.2 Klausa yang bertugas sebagai subjek

Tugas klausa yang seterusnya adalah bertugas sebagai penerang dan klausa
tersebut adalah bersifat terikat kerana bergantung terhadap klausa bebas yang
berada di hadapan ayat untuk melengkapkan sesuatu ayat yang dibina seperti ayat
dibawah:

“Zikry menerima berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
yang diadakan pada tahun lepas.”

Klausa ‘bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang
diadakan pada tahun lepas’ merupakan klausa terikat yang bertugas sebagai
penerang kerana terletak selepas frasa nama berita. Sekiranya tiada subjek ‘Zikry
menerima berita’di hadapan klausa terikat, maka klausa tersebut tidak dapat menjadi
ayat yang sempurna.
Di samping itu, tugas klausa adalah untuk menjadi pelengkap ayat. Dalam
ayat, klausa yang bertugas sebagai pelengkap diletakkan selepas kata kerja tak

2
transitif dan kata adjektif. Contoh penggunaan klausa sebagai pelengkap dapat
dilihat dalam jadual 1.3 di bawah:

Bil Contoh ayat Klausa yang bertugas Penerangan


. sebagai pelengkap
1. Awang berkata bahawa bahawa tangannya sakit ‘berkata’ merupakan
tangannya sakit. kata kerja tak transitif
2. Aku yakin bahawa aku bahawa aku akan menang ‘yakin’ merupakan
akan menang dalam dalam pertandingan kata adjektif
pertandingan olahraga olahraga tahun ini
tahun ini.
Jadual 1.3 Contoh klausa yang bertugas sebagai pelengkap

Selain itu, klausa juga bertugas sebagai objek. Klausa yang bertugas sebagai
objek diletakkan selepas kata kerja transitif agar ayat tersebut membentuk ayat yang
yang gramatis dan lengkap nilainya. Contoh penggunaan klausa sebagai objek
terdapat dalam jadual 1.4 di bawah:

Bil Contoh ayat Klausa yang Penerangan


. bertugas sebagai
objek
1. Saya tidak dapat betapa cantiknya ‘menjelaskan’ merupakan
menjelaskan betapa baju yang saya lihat kata kerja transitif yang
cantiknya baju yang saya di kedai tadi memerlukan klausa untuk
lihat di kedai tadi. melengkap ayat tersebut.
2. Azim dapat menerangkan apa yang dia faham ‘menerangkan’ merupakan
apa yang dia faham dengan lancar di kata kerja transitif
dengan lancar di hadapan hadapan pensyarah
pensyarah.
Jadual 1.4 Penggunaan klausa sebagai objek

Akhir sekali, tugas klausa adalah sebagai keterangan dalam ayat sekiranya
terdapat ayat pancangan. Contoh klausa bertugas sebagai keterangan tertera dalam
jadual 1.5 di bawah:

Bil Contoh ayat Klausa yang bertugas Penerangan


. sebagai keterangan

3
1. Semasa saya berada di Semasa saya berada di ‘Semasa’ dalam klausa
sana, saya berasa sangat sana menerangkan waktu
seronok kerana dapat
menimba pengalaman
yang menyeronokkan.
Jadual 1.5 Contoh penggunaan klausa sebagai keterangan

3.0 Analisis 10 ayat majmuk dalam artikel yang dikaji dari segi penggunaan klausa

1) Bahasa rojak merujuk bahasa bercampur aduk yang digunakan dalam bentuk tulisan
mahupun lisan.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Bahasa rojak merujuk bahasa bercampur
aduk yang digunakan

Klausa kecil: ‘dalam bentuk tulisan mahupun lisan’ merupakan klausa yang
bertugas sebagai objek kerana klausa utama merupakan kata kerja transitif iaitu
‘digunakan’.

2) Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah, bahkan bagai
api di dalam sekam yang membakar secara senyap sehingga merosakkan kekuatan
bahasa Melayu itu sendiri.

Klausa utama atau klausa bebas: Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati
dan menjadi barah

Klausa kecil: ‘bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar secara senyap
sehingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu itu sendiri’ merupakan klausa yang
bertugas sebagai keterangan kerana menjelaskan dengan lebih lanjut melalui
penambahan peribahasa.

3) Cabaran dan perkara negatif yang berkait rapat dengan bahasa rojak ialah
pencemaran bahasa rasmi negara dan juga kelemahan jati warganegara itu sendiri.
Klausa utama atau klausa tak bebas: Cabaran dan perkara negatif yang berkait
rapat dengan bahasa rojak

4
Klausa kecil: ‘ialah pencemaran bahasa rasmi negara dan juga kelemahan jati
warganegara itu sendiri’ merupakan klausa yang bertugas sebagai penerang untuk
melengkapkan ayat kerana klausa utama merupakan klausa yang terikat dan tidak
mempunyai maksud.

4) Umum mengetahui bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan harus


digunakan dengan betul dan tepat.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Umum mengetahui bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan

Klausa kecil: ‘dan harus digunakan dengan betul dan tepat’ adalah klausa yang
bertugas sebagai predikat bagi melengkapkan ayat tersebut.

5) Sudah menjadi tradisi apabila kelompok manusia yang sedikit akan mengikuti
kelompok yang lebih ramai.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Sudah menjadi tradisi apabila kelompok
manusia yang sedikit

Klausa kecil: ‘akan mengikuti kelompok yang lebih ramai’ merupakan klausa yang
bertugas sebagai penerang kerana klausa utama adalah tergantung dan tidak akan
lengkap tanpa klausa kecil.

6) Bentuk ini memperlihatkan penggunaan bahasa lain dalam sesuatu bahasa.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Bentuk ini memperlihatkan penggunaan
bahasa lain

Klausa kecil: ‘dalam sesuatu bahasa’ digunakan sebagai klausa yang memberi
keterangan kerana menerangkan dengan lebih lanjut isi ayat yang pertama iaitu
klausa utama yang tidak lengkap.

7) Walaupun kedengaran agak pelik, namun pengasimilasian antara dua struktur


bahasa sebegini sering berlaku dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Walaupun kedengaran agak pelik

5
Klausa kecil: ‘namun pengasimilasian antara dua struktur bahasa sebegini sering
berlaku dalam konteks penggunaan bahasa Melayu’ adalah klausa yang bertugas
sebagai penerang kerana klausa utama tidak dapat membentuk ayat yang gramatis
tanapa kewujudan klausa yang seterusnya.

8) Gejala percampuran bahasa bukanlah satu amalan yang perlu dibanggakan, bahkan
amalan ini menunjukkan kelemahan sesuatu bangsa itu sendiri. (pelengkap)

Klausa utama atau klausa tak bebas: Gejala percampuran bahasa bukanlah satu
amalan yang perlu dibanggakan

Klausa kecil: ‘bahkan amalan ini menunjukkan kelemahan sesuatu bangsa itu
sendiri’ merupakan klausa yang bertugas sebagai pelengkap kerana hadir selepas
kata kerja tak transitif iaitu ‘dibanggakan’.

9) Mereka yang menukar-nukar dan mencampurkan bahasanya boleh disimpulkan


sebagai kurang mahir menggunakan kedua-dua bahasa yang dimiliki.

Klausa utama atau klausa tak bebas: Mereka yang menukar-nukar dan
mencampurkan bahasanya boleh disimpulkan

Klausa kecil: ‘sebagai kurang mahir menggunakan kedua-dua bahasa yang dimiliki’
adalah klausa yang bertugas sebagai objek kerana hadir selepas kata kerja transitif
iaitu ‘disimpulkan’.

10) Penggunaan bahasa rojak bagi etnik Melayu merupakan perbuatan yang tidak wajar
sama sekali kerana tidak seperti etnik lain, orang Melayu tidak mempunyai keperluan
untuk menegaskan jati diri etniknya. (penerang)

Klausa utama atau klausa tak bebas: Penggunaan bahasa rojak bagi etnik Melayu
merupakan perbuatan yang tidak wajar sama sekali kerana tidak seperti etnik lain

Klausa kecil: ‘orang Melayu tidak mempunyai keperluan untuk menegaskan jati diri
etniknya’ merupakan klausa yang bertugas sebagai penerang kerana klausa utama
merupakan ayat yang tergantung.

6
4.0 Artikel Individu

Jangan Jadi Hamba Kepada Gajet

Dalam menongkah arus pemodenan pada masa kini, kita sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi baharu yang menjadikan kita sangat mementingkan
penggunaan teknologi yang datang dalam pelbagai bentuk dan fungsi. Terdapat
banyak implikasi kewujudan teknologi maklumat iaitu ada baik dan buruknya.
Malaysia merupakan negara yang sangat tinggi dari segi nilai murni dan budi bahasa
namun kenyataan ini semakin goyah apabila golongan muda yang sepatutnya
menjadi contoh tauladan yang akan memimpin negara kita pada suatu masa nanti
lebih mementingkan penggunaan teknologi sehingga menghiraukan nilai-nilai murni
dalam diri seperti memaparkan perbuatan yang tidak senonoh di laman sosial tanpa
rasa segan silu, memuat naik gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum dan
menggunakan perkataan yang sangat kasar dan tidak bermoral kerana terpengaruh
dengan sikap orang Barat yang negatif sedangkan negara kita merupakan negara
yang terkenal dengan budi pekerti masyarakatnya.
Pelbagai kontroversi dan masalah yang tular di media sosial banyak
mengundang fitnah dan hanya menjatuhkan seseorang kerana masyarakat mampu
untuk mengakses laman sesawang dengan mudah melalui teknologi yang canggih.
Masyarakat pada masa kini terlalu taksub dan leka untuk menjaga imej masing-
masing di laman sesawang namun pada hakikatnya dalam kehidupan sebenar
mereka merupakan individu yang sangat mementingkan diri sendiri. Walaupun
terdapat kesan buruk apabila menggunakan teknologi maklumat, kesan yang baik
juga dapat diperolehi misalnya dapat berkomunikasi dengan orang ramai lebih-lebih
lagi ahli keluarga dan rakan-rakan walaupun berjauhan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, seseorang dapat berkomunikasi dengan individu yang lain
walaupun berada di negara yang berbeza pada masa yang berlainan.
Selain itu, dengan adanya gajet teknologi, pencarian maklumat amat mudah
untuk dilakukan pada bila-bila masa. Maka, orang ramai dapat menuntut ilmu dengan
lebih mudah pada masa kini serta dapat menjimatkan masa memandangkan pada
zaman moden kini, terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam masa
sehari yang hanya mempunyai 24 jam. Sebagai masyarakat yang mengikuti
perkembangan teknologi, janganlah kita merasakan bahawa teknologi merupakan
perkara yang paling penting dalam kehidupan sehingga menjadi hamba kepada gajet
dan lupa bahawa keindahan kehidupan yang sebenar adalah apabila kita mampu

7
berasa gembira dalam apa jua yang kita lakukan dan bukannya mementingkan
persepsi orang yang kita tidak kenali terhadap diri kita.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, penggunaan klausa yang sempurna mampu membina ayat
yang gramatis dan mantap kerana ayat dan klausa mempunyai struktur yang sama
dan penting iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sekiranya penggunaan klausa
tidak lengkap, maka ayat yang terhasil bukanlah ayat kerana tergantung dan tidak
sesuai kerana penyampaian maklumat yang tepat kepada pembaca tidak sampai.
Oleh itu, penggunaan klausa yang tepat hendaklah difahami sepenuhnya agar
terlihat keindahan bahasa Melayu yang mempunyai lenggok bahasa yang sangat
cantik dan unik. Golongan muda yang tidak menghiraukan bahasa Melayu mungkin
akan mula menghargai bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara mereka
apabila mereka sedar betapa indahnya bahasa Melayu dan akhirnya bahasa Melayu
dapat dikekalkan dan masih diamalkan pada masa akan datang dan tidak lenyap
ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai