Pada pendapat saya, masalah gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja
kerana pihak sekolah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuhnya . Hal ini
dikatakan demikian kerana pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar
berbanding pembentukan sahsiah diri pelajar. Berdasarkan makalah yang dipetik daripada
Dewan Masyarakat keluaran bulan Mei 2004, sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) Pendang, bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah
tulang rusuk kanannya. Apabila disiasat, puncanya begitu remeh namun kemelut yang
dicetuskan menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang
akademiknya turut terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Senario ini membawa
kesan kepada kita bahawa remaja kini yang degelar sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik yang cemerlang tetapi tidak
diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri remaja. Keadaan inilah yang
mengakibatkan penularan gejala sosial dalam kalangan remaja.
Lembaran isi yang seterusnya, remaja terlibat dalam masalah sosial disebabkan oleh
sikap guru yang selalu lebih memberi perhatian kepada pelajar yang lebih cemerlang dalam
akademik. Guru beranggapan bahawa pelajar yang terlibat dalam gejala sosial hanya akan
menimbulkan kesukaran kepada mereka dalam sesi pegajaran atau penyebaran ilmu
pengetahuan . Sebagai pendidik, guru menganggapkan pelajar-pelajar yang bermasalah ini
tidak mempunyai kemahiran dan tahap penerimaan sesuatu pengajaran adalah rendah.
Realitinya, remaja sentiasa diberi kerja sekolah yang banyak dan hal ini telah
memberikan tekanan yang besar kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Dengan ini, mereka akan mencari kaedah untuk melepaskan tekanan mereka dengan
melibatkan diri mereka dalam gejala sosial seperti menghisap dadah,ponteng
sekolah,vandalisme dan sebagainya. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai seorang pelajar dan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah demi mengutamakan
kehiburan mereka. Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi dan
minda dalam institusi persekolahan.
Tambahan pula, gejala sosial dalam kalangan remaja juga berkait rapat dengan
kemerosotan disiplin di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pihak sekolah
tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar- pelajar yang melanggar
disiplin,maka sudah tentulah mereka tidak akan mendapat pengajaran dan terus melakukan
gejala sosial seperti membuli orang. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila
meninggalkan bangku persekolahan kelak. Sekiranya pihak sekolah tidak menegaskan
disiplin sekolah dan menegur mereka dalam persekolahan, maka pelajar mesti tidak sedar
akan impak buruk gejala sosial ini kerana peribahasa menyatakan bahawa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif oleh
masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan tinggi
serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.
Cara menyelesai
Pada pendapat saya, sekolah adalah sebuah institusi yang disediakan oleh kerajaan
sebagai tempat untuk mendidik, membina tingkah laku positif remaja dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Remaja ke sekolah bukan sahaja untuk mengejar ilmu
demi kejayaan masa depan tetapi juga untuk membentuk sahsiah positif dari segi kepimpinan,
ketrampilan dan keberadaban mereka terutama dalam mendepani dunia luar yang lebih
mencabar. Oleh itu, cara untuk menyelesaikan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja
adalah tanggungjawab pihak sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah haruslah menyediakan
sesi kaunseling untuk pelajar bermasalah. Setiap sekolah mestilah dibekalkan dengan
pegawai kaunselor yang berpengalaman dalam mendengar dan menangani permasalahan
pelajar dari segi sahsiah di dalam sekolah. Tindakan awal perlu dilakukan jika didapati
mempunyai pelajar yang telah menunjukkan sikap-sikap negatif dalam sekolah agar tidak
terlibat dalam gejala sosial kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Sejurusnya, sekolah wajarlah mengadakan tindakan koperatif bersama PIBG untuk
menangani masalah sosial remaja mahupun di dalam atau di luar sekolah. Sekolah telah
menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mempunyai tugasan menyokong apa
sahaja aktiviti yang mampu membentuk sahsiah pelajar selain melahirkan remaja yang
menerima ilmu secara maksima. PIBG harus bersama-sama dengan pihak sekolah mengambil
langkah menangani masalah sosial remaja setiap masa. Sekiranya masalah gejala sosial
melibatkan anak-anak mereka seperti ponteng sekolah,menghisap rokok dan dadah, ibu bapa
perlulah bersangka baik dan usah bersikap bagai murai dicabut ekor untuk membincang
masalah tersebut dengan pihak sekolah. AJK PIBG juga memainkan peranan kerap
mengunjungi rumah pelajar ponteng yang disenaraikan oleh pihak sekolah.
Tambahan pula,pihak sekolah juga perlu mengadakan kempen kesedaran tentang
kesan-kesan masalah gejala sosial kepada pelajar-pelajar. Hal ini dapat memberi kesedaran
untuk pelajar agar mereka tidak berani untuk melakukan gejala sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka akan mengetahui kesan-kesan buruk dan berasa takut terhadap
hukuman yang tegas yang dikenakan oleh pihak sekolah sekiranya mereka terlibat dalam
gejala sosial. Dengan cara tersebut, saya yakin bahawa masalah ponteng sifar dapat dicapai
sehingga ke akar umbinya.
Rumusan
Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak
haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani masalah gejala sosial
yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-
masing, maka sudah tentulah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan
bakal menjadi modal insan negara. Marilah kita bersama-sama membanteras gejala sosial
dalam kalangan remaja untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Maka, negara kita akan mencapai aspirasi Wawasan negara sebagai negara yang
disanjungi di persada antarabangsa.