Anda di halaman 1dari 3

Model Beyond Discipline Alfie Kohn

Konsep :

1. Menekankan pembentukan bilik darjah sebagai satu komuniti di mana murid berasa disayangi dan
saling menyayangi antara satu sama lain.

2. Murid-murid bertindak dan berfikir sebagai satu kumpulan, mempunyai rasa kesepunyaan dan
rasa saling berkait antara satu sama lain.

3. Murid-murid akan berasa selamat di dalam bilik darjah bukan sahaja dari segi fizikal malahan
emosi juga.

Peranan guru :

1. Bina hubungan antara murid dengan guru

• Hormat menghormati

• Memenuhi keperluan emosi lalu mengurangkan sikap pentingkan diri sendiri

2. Tingkatkan hubungan antara murid

• Pembelajaran kooperatif

• Perkongsian perspektif

3. Perjumpaan kelas

• Mencungkil perasaan dan pendapat murid

• Menyediakan aktiviti yang dapat merangsang minat murid untuk belajar dan hadir ke
sekolah

4. Adakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah

• Kerjasamaa berkumpulan dapat mewujudkan semangat berpasukan

• Contoh; melukis mural sekolah, buletin kelas, kerja sukarela untuk komuniti luar

5. Perbincangan akademik

• Kongsi pendapat tentang topik yang ingin dibincangkan pada pelajaran akan datang

• Melakukan refleksi tentang pembelajaran lepas dan meminta rakan yang telah meguasai
untuk membantu rakan yang belum menguasai sesuatu topik (buddy system)
Contoh tindakan/aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut model di dalam kelas :

1. Guru boleh mengadakan mesyuarat kelas untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab dan cara menghormati antara satu sama laindi dalam bilik darjah

2. Selepas itu, guru boleh mengadakan sesi perbincangan bersama-sama murid untuk untuk
membuat refleksi tentang kepentingan nilai yang diterapkan dalm aktivitiyang telah dijalankan.

3. Contohnya, aktiviti membersihkan kelas bersamsa-sama.

4. Dalam proses tersebut, guru boleh menerapkan nilai kepada murid-murid.

5. Guru boleh menggunakan situasi tertentu yang mempunyai konflik dan membuat simulasi main
peranan untuk menunjukkan cara yang sepatutnya diambil oleh murid-murid jika berhadapan
dengan situasi tersebut serta kaedah mengatasi Masalah dalam Pengurusan Bilik Darjah

Model Pengurusan Bilik darjah Thomas Gordon

Konsep :

Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh
kawalan dalaman atau kawalan kendiri dan guru seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik
intervensi tradisional yang berpusatkan kawalan guru, ganjaran dan hukuman. Gordon menggesa
guru untuk menggantikan ganjaran dan hukuman tersebut dengan menyediakan persekitaran
belajar yang memberangsangkan, pendekatan I-message, aplikasi teknik menyelesaikan konflik,
menghargai persepsi dan perasaan murid, mendengar murid dengan aktif dan elakkan halangan
komunikasi guru seperti mengarah, memberi amaran, membebel, mengkritik, melabel dan
menyindir. Terdapat enam langkah yang terdapat dalam Pelan Disiplin Gordon,iaitu :

1. Mempengaruhi Daripada Mengawal

2. Mencegah Masalah Sebelum Berlaku

3. Masalah Siapa?

4. Berdepan Dengan Masalah Tingkah Laku

5. Kemahiran Mendengar

6. Penyelesaian Konflik Yang Berkesan


Peranan guru :

1. Guru tidak perlu menggunakan bahasa yang kasar yang boleh menghalang komunikasi antara guru
dan murid, malah perlu menggunakan peneguhan yang positif.

2. Mencegah masalah sebelum berlaku.

3. Mendengar dengan tekun dan membuka ruang untuk mereka menceritakan masalah.

4. Elakkan daripada pandangan menunding jari pada kesalahan dengan orang lain berhemah.

Contoh tindakan/aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut model di dalam kelas :

1. Guru adakan perbincangan secara berpasangan / berkumpulan.

2. Semua murid boleh memberi pendapat.

3. Murid perlu mendengar dengan senyap dan teliti apabila guru sedang bercakap.

4. Tidak perlu takut / malu apabila buat silap atau salah beri pandangan.

5. Guru akan melibatkan semua murid di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai