Anda di halaman 1dari 8

TRANSKRIP TEMU BUAL

PENEMUBUAL : NORAIN BINTI ALI (P85766)

RESPONDEN : SUHAILA

TAJUK : SEBAB MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT PHD

TARIKH: 28/3/2016

TEMPAT: KOLEJ KERISMAS

WAKTU: 5.00-5.30 PETANG

penemubual Assalamualaikum wrt. . maaf menggangu, saya norain binti ali daripada fakulti
pendidikan UKM.  Saya sekarang sedang membuat sedikit kajian berkenaan dengan mengapa
pelajar PhD ambil keputusan untuk menyambung PhD.  Jadi seperti yang saya tahu sebelum ini
cik merupakan salah seorang calon PhD fakulti ni kan?

Responden Ya saya

penemubual Ahha ok boleh tak kalua saya nak temubual cik?

Responden Aa boleh

penemubual Ok..sebelum tu boleh tak kalau cik kenalkan diri cik serba sedikit, ambil bidang
apa, umur dan sebagainya?

Responden Saya aa..saya aa.. studi bidang bimbingan dan kaunseling

penemubual ehhmm

Responden Cik boleh panggil saya su lah

penemubual ok

Responden Ini first semester saya

penemubual ehhmm

Responden Ok sebelum saya studi ni saya pernah bekerjalah

penemubual Ehmm ok
Responden Bekerja sambil studi masa master

penemubual ehhmm

Responden Haa tulah

penemubual Ok sekarang ni aa su fokus dalam bidang apa? Apa kajian yang su nak lakukan?
Kiranya apa pengkhususan su

Responden Ermm..ok..untuk PhD ni still dalam bidang kaunseling jugak tapi apa ni saya nak
kaji bidang spiritual.

penemubual Ahha..ok menarik tajuk su tu sebab apa yang saya tahu spiritual ni macam tak
berapa dikaji lagi macam tak berapa diketengahkan lagi dekat Malaysia kan

Responden Ahha

penemubual Ok macam su cakap tadi masa master su pernah bekerja dan belajar

Responden ahha

penemubual Jadi apa yang membuatkan su ambil keputusan untuk sambung PhD  ni ? kenapa
su macam tak terus kerja je kan

Responden Owh.. aa sebenarnya masa master tu saya bekerja as part time

penemubual ehhmm

Responden Haa lepas tu aa saya rasa time tu macam taka da keje yang stable lagi

penemubual ehmm

Responden So saya decide untuk sambung PhD ni tapi aaa tapi ..erm saya pun actually tak
tahu macam mana nak cakap

penemubual ahha

Responden Tapi saya decide untuk sambung Phd ni sebab memang apa..minat kot

penemubual Minat..

Responden Minat untuk mendalami ilmu. Saya suka mencari benda benda baru kan

penemubual ehhmm

Responden Saya suka belajar so time ramai orang suggest belajar sambil keje lah.
penemubual ehm

Responden Buat part time untuk phd ni kan tapi saya rasa macam tak berbaloi kot. Bukan tak
berbaloi apa sebab saya duduk bangi

penemubual ehmm

Responden Saya bekerja dekat Seremban so macam hari hari ulang alik dengan gaji tak
berapa tu

penemubual ehmm

Responden So macam susah jugakla untuk saya teruskan kan

penemubual ehmm

Responden So saya bincang dengan family. Mintak sedikit advice dari kawan kawan so
diorang suggest untuk sambung phd lah

penemubual emmm

penemubual Ok kiranya macam su emmm  rasa lebih baik lah sambung dari keje but then ada
tak su terfikir macam walaupun kerja sekarang ni gaji tak ok ada tak rasa macam nak cari kerja
lain lah yang lebih better berbanding sambung belajar

Responden Aaa maksudnya tak yah studi tadi cari kerja lain

penemubual Haa cari kerja lain sebab kerja sekarang ni kan macam gaji tak tinggi

Responden Aaa..tak setaraf dengan kita punya kelayakan

penemubual kelayakan

Responden Kan..aaa masa tu saya ada jugak terfikir sebenarnya masa tu hati saya kata orang
berbelah bagi

penemubual emm

Responden Saya tak tahu nak decide macam mana sebab 50 50 kan. Saya nak saya nak
bekerja saya nak belajar juga. Tapi bila banyak feedbacks dari kawan kawan sama ada nak suruh
kita study atau bekerjaso saya pertimbangkan semua tu dan saya apa then saya decide untuk
study

penemubual Owh..ok

Responden Macam perasaan tu kuat untuk


penemubual Sambung belajar

Responden Menyuruh saya untuk saya sambung belajarlah.

penemubual Yelah macam su cakap tadi pun sebelum su buat decision pun su tanya kawan

Responden Ahha

Responden Tanya parents semua macam mana kan

penemubual Ok..tadi pun su ada cakap salah satu sebabnya sebab minat kan su sambung
belajar ni. Su rasa apa lagi ciri ciri seseorang untuk sambung phd selain daripada minat, kiranya
untuk ambil keputusan untuk sambung phd

Responden Ok pada saya lah..pada saya sebab saya pun as student phd kan saya reflek pada
diri saya lah..saya sambung phd ni satu saya rasa dia kena bersedia dari segi fizikal dan mental tu
lah .sebab kita tahu phd ni quite tough . sangat tough kan

penemubual ehhm

Responden Agak tough berbanding kita studi degree master

penemubual emmm

Responden Pendekatan kita belajar pun memang jauh berbeza lah. So kita memang kena
bersedia dari segi tu

penemubual ehmm

Responden Selain tu kena…aaa..kena..aaa tu dari segi kita punya kemampuan sama ada dari
segi kewangan kea pa

penemubual haaa

Responden Kena adalah

penemubual Ok..macam su kata tadi dari segi kewangan ni kan..sekarang ni macam mana dari
segi kewangan su untuk belajar ni macam guna duit sendiri kea pa ke?

Responden Ahha..

penemubual Apa plan su selepas ni untuk pastikan dalam tempoh phd tu su taka de masalah
kewangan

Responden Ok..aaa buat masa ni saya masih ditanggung sepenuhnya oleh keluarga lah
penemubual ehmm

Responden Tapi dalam masa yang sama nanti saya akan cuba memohon my phd

penemubual ehmmm

Responden Ok then mungkin saya akan buat permohonan zakat jugak

penemubual ahha

Responden Saya cubalah cari and the same time tu untuk first semester ni saya sebenarnya
duduk kolej so mungkin untuk kurangkan bajet tu mungkin saya boleh duduk rumah kot.

penemubual emm

Responden So saya ulang alik jela

penemubual Kiranya su dah ada beberapa plan jugaklah, backup plan kalau ada something
happen kan

Responden haaa

penemubual Macam mana kalau contoh la kan ada masalah kewangan, adakah su akan
berhenti belajar atau macam mana? Tetiba macam mungkin sem 4 atau apa akan, atau mungkin
dah habis biasiswa dah 3 tahun  tapi masih tak grad macam mana apa yang su akan buat?

Responden Aaa memang kalau ikutkan tak nak lah benda tu berlaku kan sebab kita pun dah
plan dah target yang kita akan grad on time kan

penemubual hmm

Responden Tapi kalau sekiranya perkara itu berlaku

penemubual ahha

Responden Saya tak akan quit tapi saya akan usaha juga untuk dapat duit untuk tampung
saya punya pembiayan studi lah

penemubual ehmm

Responden Rasanya iAllah family saya mungkin boleh membantu kot . haa

penemubual Nampaknya macam kes su ni family memberi sokongan jugaklah bukannya atas
keputusan su sendiri la kan
Responden Haa tak sebab saya sambung studi ni bukan sebab saya sendiri tapi atas dorongan
dari family terutamanya ibubapa saya yang banyak memberi sokongan galakan untuk sambung
aaa so itu antara apa kata orang faktor yang menguatkan lagi diri saya untuk sambung phd lah

penemubual Kadang kadang kan maca zaman sekarang kan family kan macam tak berapa
sokonga anak sambung belajar. Sekarang kan keadaan ekonomi pun tak berapa ok, orang lebih
kepada nak kerja kan. Ada tak macam family mempersoalkan kenapa nak sambung belajar lagi
kan dah sampai master cubalah kerja dulu ke sebelum sambung belajar. Ada tak persoalan
macam tu timbul?

Responden Actually memang ada, waktu in the first place tu pun aaa family macam kurang
bersetuju sebenarnya diorang nak kan saya bekerja memangkan saya anak sulung so
tanggungjawab tu besar jugakla kan so memang adik no 3 tu tak berapa berkenan sebenarnya
saya sambung phd tapi ntah sebab keinginan tu kan memang dah kuat untuk sambung study
lepas tu ibu bapa pun taka de lah menghalang sepenuhnya so itu yang membuatkan saya teruskan
jugak saya punya keputusan tu untuk studi sebab pada saya resu orang tua tu lebih pentingkan

penemubual hmmm

Responden Kalau orang tua tu tak restu saya pun macam berat hati jugakla nak teruskan

penemubual Ok..macam tadi su ada cakap seorang pelajar phd ni perlu bersedia dari segi
mental dan fizikal kan .

Responden ahha

penemubual Contohla kan lepas tiga tahun ni kita kan macam banyak dengar student phd ni
macam low motivation semua . hidup kita ni pun up and down kan. Macam mana su nak
pastikan diri sentiasa bermotivasi lepas tu setakat ni apa yang su rancang andaikata nanti su
lowmotivasi ?

Responden Itu antara perkara yang paling saya takut. Dengar phd ni pun sebenarnya tapi
saya percaya yang iAllah jika kita bergantung sepenuhnya kepada Tuhan tu iAllah semua kerja
kita itu akan dipermudahkanlah.so saya percaya pada tu je. So incase satu hari saya rasa putus
asa, low motivation apa semua tu, saya hanya serahkan benda tu kepada Tuhan.

penemubual ehmm

Responden Saya usaha dulu then tawakallah. Pergantungan dengan Tuhan tu sangat penting
kena banyak minta tolong dengan Dia kan

penemubual hmm

penemubual Yelah..dalam kehidupan kita pun as muslim kita berusaha tapi Tuhan yang
mempermudahkan .
Responden haa

penemubual Ok macam mana pula su nak mendisiplinkan diri yelah macam kita tahu phd ni
kan kita kan nak kejar GOT kan dan nak kejar GOT tu memerlukan disiplin yang tinggi macam
mana su mendisiplinkan diri, pengurusan masa dan dan perancangan harian

Responden Haa tulah, saya sebenarnya bermasalah. Bermasalah sebab saya sekarang saya
punya semangat tu up and down kejap saya ada semangat kejap saya bermotivasi kejap tak kan

penemubual ehmm

Responden Tapi macam saya apa yang boleh buat sekarang ni saya kena push diri saya, saya
kena banyak bergaul dengan orang yang positif supaya cara hidup diorang tu cara belajar diorang
tu sedikit sebanyak mempengaruhi saya kan. So saya percaya dengan cara begitu saya dapat
membantu saya terus kekal positif la.

penemubual Selalu juga kita dengar yang phd ni selalu hidup sorang sorang macam kita ni
lonely semua tu kan. Adakah su rasa benda tu sangat mempengaruhi dan adakah su ada ambil
macam perancangan untuk banyakan pergaulan sosial ke untuk memastikan su tidak sorang
sorang? Atau pun su tak kisah pun sorang sorang. Aku boleh survive je

Responden Owwhh..memang saya pun dengar macam tu kan bila kita studi  phd master ni
kita mamcam kawan tu dah kurang. Dah kurang bersama tapi pada saya itu depend pada individu
tulah kalau dia rasa bila berseorangan tu taka da isu pun rasanya kalau dia boleh catch up studi
die macam mana kan boleh follow. Itu depend pada seseorang la, kalau macam saya, saya tak
kisah,berseorang pun boleh ada kawan pun lagi bagus kan. Sebab apa yang penting kita berbalik
pada kita punya matlamat asal kita. tujuan utama kita nak sambung belajar studi ni sebab apa

penemubual ehmm

Responden Bila kita fikir macam tu sama ada kita berseorang ke dengan kawan ke benda tu
tak menjadi isu.

penemubual Erm..ok..macam orang kata bila kita berkelayakan tinggi ni orang kata senang
dapat keje, dapat jawatan yang lebih baik. So adakah su rasa lepas su habis belajar ni memang
confirm akan dapat kerja yang baik

Responden Aaa.. saya rasa tak jugak kot. Sebab memag lah kita student memang akan
mengharapkan sesuatuyang setimpal dengan kita punya kelayakankan tapi memandangkan
dengan environment ekonomi yang tak berapa nak stable dengan keadaan politik yang tak kukuh
so benda tu sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita punya bidang kerja kita macam mana. So
bagi saya soal kerja tu nombor dua kot.

penemubual ermmm
Responden Sekarang ni yang paling penting saya nak cari ilmu tu dengan lebih banyak lagi
kan

penemubual Ok..contohla macam su kan perempuan kan dan akan berkahwin. Andaikata su
dah habis belajar atau masa belajar ni kahwin kan. Lepas tu lepas dapat doktor semua suami tak
bagi bekerja sedangkan su dah habis masa 3 tahun belajar . macam dah habis belajar dapat pulak
tawaran lecturer kan tapi suami tak bagi . apa pandangan su berkenaan dengan hal ni? Su rasa
rugi tak susah payah aku belajar 3 tahun dengan dah banyak habis duitnya

Responden Erm…saya pun tak boleh nak kata kan macam mana.sebab kita tak tahu tapi pada
saya as educated person mungkin dia boleh fikir kot apa yang terbaik untuk kita kan

penemubual Macam mana kalau dia rasa yang terbaik tu tak payah kerja, duduk rumah je

Responden Kalau husband saya kerja dia dah stable, dah memang boleh sara keluarga
mungkin saya akan pertimbangkan dia punya cadangan untuk tidak bekerja. Tapi kalau saya rasa
dia pun sama je kan macam orang lain, keje pun biasa biasa saya akan cubalah slow tak
berbincang dengan dia untk dapatkan kebenaran untuk bekerja.

penemubual Ok su soalan terakhir, apa harapan su untuk phd ni

Responden Ok harapan saya untuk saya punya phd ni saya harap sangat saya dapat buat yang
terbaik untuk diri sendiri kan sebab actually dalam family saya taka da orang pun yang studi
sampai level phd so saya antara orang yang pertamalah

penemubual Ahha..

Responden So saya harap sangat saya dapat buat yang terbaik agar benda ni dapat menjadi
contoh untuk generasi keluarga saya yang akan datanglah

penemubual Ehhmm,,terima kasih su atas kerjasama yang diberikan. Saya doakan su semoga
dipermudahkan urusan phdnya. Terima kasih.

Responden Sama –sama.

Anda mungkin juga menyukai