Anda di halaman 1dari 16

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER 4 / SEPTEMBER 2019

HDPS 3303

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN KOGNITIF


Isi Kandungan

BAHAGIAN A...........................................................................................................................4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN...........................................................................4
BAHAGIAN B...........................................................................................................................8
1.0 PENGENALAN...............................................................................................................8
2.0 TEORI KOGNITIF PIAGET...........................................................................................9
2.1 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget ( 1896-1980 ).....................................................9
3.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980).......................11
3.1 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget.................................................11
4.0 HUBUNGKAIT ANTARA PERKEMBANGAN KOGNITIF DENGAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.........................................................................13
5.0 KESIMPULAN..............................................................................................................14
LAMPIRAN.........................................................................................................................15
Bibliography.............................................................................................................................16

2
1.0 BAHAGIAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


SLOT PENGAJARAN 30 MINIT

NAMA GURU : Nurul Azlina Binti Yahya

KELAS: Tabika KEMAS Felda Papan Timur, 81900 Kota Tinggi Johor

BILANGAN MURID :20 Orang ( 6 Tahun )

MODUL :Matematik Teras

TAJUK/TEMA : Tema Buah-buahan

Tajuk : “ Mari beli buah ”. Tujuan aktiviti ini dirancang adalah khusus untuk melatih dan
memupuk keupayaan kanak-kanak untuk memahami pengiraan mudah yang melibatkan
operasi tambah diselitkan juga dengan kemahiran interpersonal dan berbahasa kanak-kanak
apabila melakonkan situasi sewaktu membeli buah-buahan.

OBJEKTIF :

(i) Melatih keupayaan kognitif kanak-kanak dalam memahami konsep penambahan.


(ii) Meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mengira dan mencari penyelesaian.
(iii) Meningkatkan kemahiran sosial dan berbahasa kanak-kanak sewaktu menjalankan
aktiviti.
(iv) Memupuk sikap sabar dan bertoleransi.

TUNJANG : Awal Matematik

STANDARD KANDUNGAN : MA 3.1  Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam


lingkungan 18.

STANDARD PEMBELAJARAN : MA 3.1.1 Menyatakan hasil tambah dua himpunan objek


MA 3.1.1 Menyatakan hasil tambah berdasarkan situasi
yang diberi dengan menggunakan objek.
KESEPADUAN TUNJANG : BM 1.4.1 Mendengar dan menyebut ayat mudah secara
bertatasusila

3
SA 2.6.1 Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja atau
lisan.

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :-

1. Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek


konkrit.
2. Menulis simbol tambah dan sama dengan secara individu.
3. Menyatakan operasi tambah secara lisan dan berkumpulan.
4. Mendengar dan menyebut ayat mudah secara bertatasusila.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid sudah mengenal nombor 1-10.

NILAI : Rasional, kerjasama, Adil.

Alat Bantu Mengajar : Replika buah-buahan, kad simbol dan lembaran kerja.

Pengenalan

Rancangan pengajaran yang dipilih bagi tugasan kursus HDPS 3303 Perancangan dan
pengajaran kognitif ini adalah relevan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Pemilihan tunjang awal matematik sebagai terasnya adalah bertujuan untuk melihat
perkembangan kognitif kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 tahun dalam memahami
operasi nombor. Kefahaman dan keupayaan kanak-kanak ini dalam menjalankan aktiviti serta
menyelesaikan operasi tambah yang diberikan oleh guru menunjukkan keupayaan mereka
untuk mengira dan tahap perkembangan kognitif mereka berada pada tahap yang baik.
Keupayaan kanak-kanak mengira pada usia yang muda menunjukkan bahawa kemahiran
mengira adalah sifat semula jadi bagi mereka [ CITATION Wyn92 \l 17417 ]. Wynn (1992) juga
menyatakan dalam kajiannya bahawa kemahiran mengira yang melibatkan pengiraan tambah
dan tolak telah difahami sejak dari bayi dan kemahiran ini akan semakin meningkat seiring
dengan usia. Kanak-kanak sejak awal lagi telah memupuk keupayaan untuk memahami
pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan dan pendaraban. Walau bagaimanapun,
keupayaan ini berbeza bagi setiap kanak-kanak kerana perkembangan kognitif mereka adalah
berkembang pada kadar yang berbeza.

4
Berikut adalah aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan mengikut ketetapan waktu dan
standard pembelajaran dan kandungan yang telah di gariskan.

Aktiviti Jual Beli Buah-Buahan

Bahan Bantu
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti
Mengajar/Catatan
1.     Guru membawa bakul 1.      Murid meneka Alatan
yang bertutup dan bahan yang terdapat        Replika buah-buahan
memanggil beberapa di dalam bakul yang Kesepaduan
orang murid kehadapan. dibawa guru.        Sains
Murid diminta menyentuh Nilai
bahan di dalam bakul dan        Disiplin
Set induksi
meneka.
(3 minit)

2.      Guru bertanya warna 1.      Murid menjawab Alatan


kepada mereka. soalan guru tentang        Buah-buahan
3.      Guru menyatakan kepada warna buah.        Kad simbol
mereka bahawa mereka 2.      Murid mengetahui Kesepaduan
akan belajar tambah bahawa mereka akan        Sains
Langkah 1
objek. belajar tentang        Bahasa Melayu
(5 minit)
4.      Guru menunjukkan operasi tambah. Nilai
simbol tambah dan sama 3.      Murid melihat        Disiplin
dengan. simbol tambah dan
sama dengan.

1.      Guru menunjukkan 1.      kanak-kanak Alatan


langkah bermain jual beli bermain jual beli        Buah-buahan
buah-buahan. Ada penjual buah-buahan        
dan pembeli dan jumlah bersama rakan dan Kesepaduan
buah yang dibeli akan cuba mengira jumlah        Fizikal
Langkah 2
dimasukkan ke dalam buah yang dibeli        Kreativiti
(6 minit)
plastik mengikut jenis. mengikut jenisnya. Nilai
       Disiplin
       Toleransi

5
1.      Guru memanggil mereka1.      Murid ke hadapan  Alatan
ke hadapan kelas seorang kelas apabila        Buah-buahan
demi seorang. dipanggil guru. Kesepaduan
2.      Guru menyatakan kepada2.      Murid mengetahui        Sains
mereka bahawa mereka bahawa mereka perlu        Fizikal
perlu mengira buah- mengira buah-        Kreativiti
Langkah 3 buahan yang terdapat di di buahan yang terdapat Nilai
(5 minit) dalam plastik yang dibeli di dalam plastik        Disiplin
sewaktu aktiviti jual beli. tersebut.        Toleransi
3.      Guru membimbing 3.      Murid dibimbingn
mereka mengira hasil oleh guru.
tambah buah-buahan
tersebut.

1.      Guru memberi lembaran 1.      Murid mendapat Alatan


kerja. lembaran kerja.        Lembaran kerja
2.      Guru membimbing 2.      Murid dibimbing Kesepaduan
mereka melakukan oleh guru.        Fizikal
lembaran kerja.        Bahasa Melayu
Langkah 4
Nilai
(10 minit)
       Disiplin

1.      Guru bersoaljawab 1.      Murid menjawab Nilai


dengan murid mengenai soalan guru        Disiplin

Penutup operasi tambah buah- mengenai operasi


(2 minit) buahan tersebut. tambah.

Pentaksiran kanak-kanak :

Hampir 15 daripada 20 orang kanak-kanak dapat menguasai aktiviti yang dijalankan oleh
guru. Murid dilihat teruja dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan dan melibatkan diri
dengan aktivi apabila diminta oleh guru. Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat
memahami dan sudah boleh menyelesaikan latihan operasi tambah yang mudah. Terdapat
segelintir kanak-kanak juga yang belum sepenuhnya memahami konsep tambah yang
diterangkan oleh guru kenara kurang aktif dan pasif sewaktu guru mengadakan soal jawab
berkenaan operasi tambah. Mereka memerlukan bantuan dan bimbingan guru untuk
menjawab serta menyelesaikan latihan operasi tambah yang mudah.

6
BAHAGIAN B

1.0 PENGENALAN

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan
ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan
keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan
bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak
menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Melalui kursus
ini, tugasan yang diberikan bertujuan untuk melihat dan menilai sejauhmana pengetahuan
pelajar tentang perkembangan kanak-kanak dan bagaimana untuk mengaitkannya dengan
aktiviti harian kanak-kanak. Justeru, rancangan pengajaran harian telah dirangka khusus
untuk menilai aspek kognitif kanak-kanak dengan penyediaan aktiviti yang bersesuaian untuk
melihat adakah perancangan aktiviti tersebut berkesan dalam meningkatkan tahap dan
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Menurut Joy N. Samuel (2008) dalam[CITATION Hal19 \l 17417 ], kemahiran kognitif


merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental
seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi
seseorang individu. Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif
memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan
kepada yang seterusnya.

Kurikulum Prasekolah Malaysia amat menekankan aspek pembangunan kognitif


dalam menilai perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pembangunan kognitif
mempengaruhi semua aktiviti pada peringkat awal kanak-kanak. Pengaruh kognitif boleh
dilihat dalam pemahaman kanak-kanak dalam konsep bidang sains, matematik, dan Bahasa.
Kreativiti kanak-kanak juga bergantung kepada kemahiran kognitifnya. Bahagian kognitif
kanak-kanak boleh digambarkan berdasarkan keupayaan kanak-kanak dalam

7
mengklasifikasikan benda, memahami konsep ruang, memahami konsep nombor, memahami
konsep sains dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh
dirangsang untuk tumbuh dengan pesat melalui aktiviti bermain menggunakan bahan yang
biasa dilihat dan biasa didapati melalui penerokaan di persekitaran mereka. Dengan aktiviti
tersebut, kanak-kanak akan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi pengalaman
sebenar pada masa akan datang.

2.0 TEORI KOGNITIF PIAGET

Teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus ialah teori ahli psikologi
Switzerland iaitu Jean Piaget. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu
memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya
untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum [ CITATION Nur18 \l
17417 ]. Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah Jean
Piaget dan Lev Vygotsky.

2.1 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget ( 1896-1980 )

Di dalam teori kognitif kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan


pengubahsuaian diri dalam alam sekitar yang mana merupakan faktor yang penting dalam
perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat bahawa di dalam proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila
individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara
atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep
asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat
dengan pembelajaran kognitif individu.

2.1.1 Skema

Skema merupakan model tingkah laku yang ditonjolkan semasa proses


pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan individu yang
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan seperti
bahasa, pemikiran atau pandangan yang boleh mewakili tingkah laku adalah disebut skema

8
individu. Maka skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut
pembelajarannya. Di dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku
mereka berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda
adalah skema pegangannya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur
maju apabila perubahan skema kanak-kanak ini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi
daripada pembelajarannya.

2.1.2 Adaptasi dan Keseimbangan

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling
berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya
menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Sekiranya skema (bentuk
tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa
proses pengubahsuaian diri, maka individu tidak perlu memperolehi pengalaman baru dan
pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Oleh itu, perhubungan dalaman dan luaran
individu dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang
individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasi keperluan
alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu dengan alam sekitarnya akan hilang.

2.1.3 Asimilasi dan Akomodasi

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi kepuasan kerana motivasi,


individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses ini, skema
individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin
kompleks. Mengikut Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satu adalah asimilasi dan satu
yang lain adalah akomodasi yang mana kedua-duanya saling berkait dalam pembentukan
proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif
kerana proses adaptasi dikenali sebagai proses akomodasi. Oleh itu, dapat dihuraikan bahawa
akomodasi merupakan sesuatu proses pikologikal yang berlaku semasa seseorang individu
berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mendapati
keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Secara keseluruhannya, Piaget mengatakan
bahawa murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi maklumat baru dan dengan
proses asimilasi serta menukarnya kepada struktur kognitif (skema) dengan maklumat yang
sedia ada dapat diperkukuhkan. Bagi maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya,

9
mereka menggunakan proses akomodasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif. Oleh
itu, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980)

3.1 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget


TAHAP TEMPOH
Sensori Motor Sejak lahir sehingga 2 tahun
Pra – Operasi 2 – 7 tahun
Operasi Konkrit 7 – 12 tahun
Operasi Normal 12 tahun ke atas
Jadual 1: Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget

3.1.1 Peringkat Sensori Motor ( 0 – 2 tahun )

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk


memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas lahir selama dua bulan, seorang
bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Antara 4 hingga 8
bulan, bayi itu telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila
berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di persekitarannya. Di antara 1
hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema ( struktur menyelesaikan
masalah yang dihadapi ). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar
bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba
belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-
perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi
berumur sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah
diperhatikan objek tersebut sebelumnya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara
badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke
semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian.

10
3.1.2 Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 7 tahun )

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa oleh itu mereka tidak boleh membezakan
angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu
daripada contoh khusus kepada contoh-contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak
boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus ) dan secara induktif
(daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya
memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut
ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

3.1.3 Peringkat Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun )

Tahap ini bermula pada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Kanak-kanak dapat
memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori tentang objek konkrit seperti komputer, perabot dan benda-
benda yang wujud.. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti rupa
bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-perlahan mereka membentuk peraturan dan
skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya,
menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk
luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi
dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenalpasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di
dalamnya [ CITATION Sup17 \l 17417 ]. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan
kanak-kanak tentang objek yang disentuh.

3.1.4 Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun )

Tahap operasi formal bermula umur 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi
mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan
konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin
mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat
membentuk dan mencari untuk mewujudkan reprentasi mental pada situasi yang dihadapinya
dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi

11
Piaget, kanak-kanak sudah mulai berfikir abstak dan pada masa yang sama, kanak-kanak
sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi. Di samping itu, pada
tahap ini juga, remaja sudah mampu berfikir secara sistematik untuk menyelesaikan masalah.

4.0 HUBUNGKAIT ANTARA PERKEMBANGAN KOGNITIF DENGAN RANCANGAN


PENGAJARAN HARIAN.

Berdasarkan huraian dan penjelasan berkenaan dengan teori kognitif Piaget, Rancangan
pengajaran harian yang dipilih dilihat selari dengan konsep serta tahap perkembangan yang
diperkenalkan oleh Piaget. Menurut Piaget, pada peringkat pra-operasi, kanak-kanak boleh
menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Hal ini bertepatan
dengan aktiviti yang dipilih kerana kanak-kanak pada lingkungan usia 6 tahun sudah boleh
diperkenalkan dengan simbol tambah ( + ) dan sama dengan ( = ) bagi mendedahkan kepada
mereka bahawa simbol tersebut mewakili proses penambahan nombor atau bilangan dan
simbol yang menunjukkan operasi tersebut.

Melalui aktiviti jual beli buah-buahan pula, guru cuba mengetengahkan konsep
kendiri dimana kanak-kanak diberi peluang untuk melakonkan kegiatan jual beli tersebut. Hal
ini mendedahkan kanak-kanak dengan situasi seperti yang terjadi di persekitaran dan kejadian
yang pernah dilalui oleh kanak-kanak tersebut disamping menekankan penguasaan konsep
tambah. Hal ini, dilihat menyokong teori perkembangan kognitif Piaget yang menekankan
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar di mana ia merupakan faktor yang penting dalam
perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat bahawa di dalam proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila
individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara
atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Terdapat sebahagian kanak-kanak yang memerlukan lebih banyak masa untuk


memahami dan menguasai pengiraan sebelum mereka memahami konsep nombor. Untuk
memudahkan proses pemahaman mereka, guru perlu lebih kreatif dan mengajar kanak-kanak
bermain dengan bahan pengajaran matematik serta meneroka pengalaman mereka berkenaan
nombor dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Menyedari fakta ini, aktiviti jual beli
buah-buahan yang dirancang oleh guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka pengalaman mereka dan perkaitannya dengan kehidupan sebenar. Hal ini, juga
menyokong teori kognitif piaget yang mengetengahkan konsep asas teori iaitu asimilasi dan

12
akomodasi. Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi kepuasan kerana motivasi,
individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi.

Mengikut Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satu adalah asimilasi dan satu
yang lain adalah akomodasi yang mana kedua-duanya saling berkait dalam pembentukan
proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Guru berusaha untuk kanak-kanak
menyesuaikan diri dan beradatasi dengan pembelajaran dengan memasukkan aktiviti jual beli
bagi melancarkan lagi proses kognitif kanak-kanak dibina untuk memahami pembelajaran
dengan mudah. Mengikut teori pembelajaran kognitif Piaget, kandungan pelajaran hendaklah
disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit
kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh dan daripada pengalaman sedia ada kepada
pengalaman baru mengikut perkembangan fizikal individu. Piaget berpendapat bahawa
pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya
agar dapat menyesuaikan dengan situasi pembelajaran yang dihadapinya.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tugasan ini cuba menekankan aspek utama dalam kursus ini iaitu
perancangan dan pengajaran kognitif. Melalui tugasan ini, pelajar dapat mengetahui tentang
perkembangan kanak-kanak dan memahami perkaitannya dengan aktiviti harian kanak-
kanak. Pembelajaran yang komprehensif dan berkesan adalah pembelajaran yang dapat
dihubungkaitkan dengan kehidupan sebenar dan tugas guru adalah untuk memberikan
contoh-contoh praktikal bagi menjelaskan idea abstrak. Teknik pengajaran seperti ini dapat
membantu bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga mudah untuk memahami
sesuatu dengan baik. Pada awalnya, saya berhadapan kesukaran untuk memahami kehendak
soalan dan perkaitannya dengan teori perkembangan kognitif. Walau bagaimanapun, hasil
dari pembacaan saya dari modul,jurnal dan artikel yang berkaitan sedikit demi sedikit saya
dapat menjawab persoalan yang dinyatakan dalam tugasan ini dan saya berpuashati dengan
aktiviti pengajaran harian yang telah saya rancang dan dapat melihat aktiviti ini dijalankan
dengan jayanya oleh guru yang mengajar di Tabika yang dipilih.

Patah Perkataan : 2830

13
LAMPIRAN

Bahan Bantu Mengajar Set Induksi

Aktiviti Jual Beli Guru merumuskan aktiviti

14
Bibliography

Hamzah, H. (2008). Cadangan Meningkatkan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.


Pendidikan Awal Kanak-kanak, pp.
https://saadnain318008346.wordpress.com/2017/11/30/cadangan-meningkatkan-
perkembangan-kognitif-kanak/.

Nurdiyana Tasripin, Kamariah Abu Bakar. (2018). Permainan Interaktif dalam pembelajaran
pranombor dan pendidikan Matematik Prasekolah. Seminar Antarabangsa Isu-isu
Pendidikan (p. 54). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suppiah Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munarah, Norazilawati Abdullah, Sandra


Suffian. (2017). Perkembangan Kognisi dalam Kanak-kanak Prasekolah melalui
Teknik Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, 34-44.

Wynn.K. (1992). Children's understanding of counting. Cognition 36, 155-193.

15
16

Anda mungkin juga menyukai