Anda di halaman 1dari 3

Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam

semesta (universe) yang merangkumi planet, matahari, bulan, komet,


bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah, pergerakan, lokasi
dan komposisi kimia.

Ahli-ahli astronomi yang terawal kebanyakannya adalah orang-


orang Mesir purba. Dengan memerhatikan Sirius, bintang paling
cerah di langit, mereka menetapkan bahawa dalam setahun
mempunyai 365 hari dan mereka juga boleh meramal dengan tepat
kejadian air pasang surut di Sungai Nil.

Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah


menyediakan satu katalog bintang yang dipercayai sebagai katalog
tertua.

Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal.

Aristotle (384–322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia


bersama-sama dengan rakannya, Eudoxus, mempercayai bahawa
Bumi adalah pusat bagi alam semesta.

Phythagoras (580–500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah


berbentuk bulat (spherical-shaped) dan bukannya rata. Bagi beliau,
bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau juga turut
menyatakan bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi
matahari adalah bulat.

Claudius Ptolemy (100–170 SM) atau Claudius Ptolemaeus,


membentangkan satu teori yang terkenal berdasarkan pandangan
Aristotle bahawa bumi adalah pusat bagi alam semesta dan objek-
objek lain berputar mengelilinginya.

Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima


pakai sebagai benar tanpa sebarang bantahan selama lebih kurang
1300 tahun.

Walau bagaimanapun, pada abad/kurun ke-16, Nicholas


Copernicus (1473–1543) yang dikenali sebagai ‘bapa astronomi
moden’ (the father of modern astronomy) menyatakan bahawa bumi
berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari.
Copernicus juga turut menyatakan bahawa planet-planet berputar
dalam orbit mereka sendiri, sambil mengelilingi matahari yang
merupakan pusat alam semesta. 

Copernicus juga boleh meramalkan kedudukan planet dengan tepat


dengan menggunakan pengiraan matematik (mathematical
calculation).

Johannes Kepler (1571–1630) telah berjaya membuktikan bahawa


orbit bagi planet-planet sebenarnya adalah berbentuk elips
(elliptical) dan bukannya bulat (not circular).  Beliau juga
mengemukakan tiga hukum yang berkaitan dengan pergerakan
planet-planet yang mengelilingi matahari.

Galileo Galilei (1546–1642) dari Itali adalah ahli astronomi yang


pertama yang membuat pemerhatian tentang alam semesta, dengan
menggunakan teleskop (telescope) ciptaannya sendiri untuk
menjalankan kajian astronomi. Galileo membuat kesimpulan bahawa
galaksi bima sakti (galaxy milky way) adalah terdiri daripada
berjuta-juta bintang.
Galileo juga turut memerhatikan gunung-gunung dan kawah-kawah
(craters) yang terdapat di permukaan bulan, dan tompok matahari
(sunspots) yang terdapat pada permukaan matahari.

Melalui pemerhatiannya, Galileo membuat kesimpulan bahawa


planet Zuhrah / Kejora (Venus) adalah juga mengelilingi matahari
sama seperti planet-planet lain. Beliau juga mendapati terdapat
empat satelit semulajadi (natural satellites) yang bergerak
mengelilingi planet Musytari (Jupiter).

Sir Isaac Newton (1642–1727) adalah ahli astronomi dan ahli sains


yang terkenal. Beliau mencadangkan bahawa 'daya yang bertindak
ke atas planet' itulah yang membolehkan planet-planet untuk kekal
dalam orbitnya.

Dengan menggunakan prinsip matematik, Newton membuktikan


bahawa daya yang bertindak ke atas planet adalah sentiasa bergerak
ke arah matahari.

Dengan menggunakan Hukum Gerakan (Laws of Motion)


dan Hukum Graviti(Law of Gravitation) yang dikemukakan
olehnya, Newton berjaya membuktikan kebenaran Hukum Kepler
(Kepler’s Laws).

Hukum Graviti masih digunakan pada hari ini dalam mengira orbit
kapal angkasa (spacecraft).

Hukum Gerakan Newton (Newton’s Laws of Motion) adalah juga


merupakan asas dalam pelancaran roket ke angkasa lepas.

Anda mungkin juga menyukai