Anda di halaman 1dari 33

Sinopsis  Novel Ting.

3 6:20 karya
Siti Jasmina Ibrahim

Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20
Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.
Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah
tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak
mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak
mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar.
Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini
menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat
menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun
Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di
hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang
oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah
berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa
dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka
pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanya
tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka
berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan
kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk
menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan
Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu
seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington
sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri
Rafiq sebenarnya dan punca dia tiba-tiba memperkenalkan diri
seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun
dia disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma
kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan
kaunselor. Di pintu pagar, muncul dua ekor kucing jenis Burman
iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih. Namun
kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah
Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan
Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh
Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya.
Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa
sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat
menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma pula masih
tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 – Rabu Malam


Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang
kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia
tiga tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit.
Pada majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan
Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana
Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang
lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka
meniru gaya barat. Ketika dalam majlis itu juga, Sukma
ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar
rumahnya pada pukul 6:20 subuh Isnin lalu tetapi tidak
berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 – Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki
berusia lima tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir.
Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas
ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut
ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana
membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan
Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di
Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab
tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya.
Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan
yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya
sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi
mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya
berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan
penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang
Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab
tersebut.

Bab 6 – Khamis Malam


Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri
pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma
meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui
sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa
Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya
membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe
Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan
tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan
Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak
yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-
tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma
menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian
zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di
kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku
rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-
kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut
lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk
memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu
memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk
ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu terus melarikan diri
keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak
dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di
kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim,
mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya
sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu
mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu
beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu
daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah
Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya
berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula menegur Jerry
yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu
bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti
yang dilakukannya semalam.

Bab 8 – Jumaat Petang


Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang
ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak
jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak
muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma
ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar
rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk
mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu
pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja.
Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang
dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry
menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi
berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma
keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen
perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman
yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan
mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma
menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang
sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi
Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya
Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya
memerhatikannya.

Bab 9 – Jumaat Malam 


Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang
menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang
menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang
berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di
Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa
perkara lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma
lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora.
Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk
Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma
berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia
mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma
pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja
di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau
bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk
meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu.
Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang
Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq juga
memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya
dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak
berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul,
berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki
Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq
menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar
kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq
mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka
berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam
bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya
tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan
bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan
oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia
bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas
bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di
pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya
tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa
rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma
juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam
rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma
berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan
mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia
mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di
Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah
melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab
tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock
metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 – Sabtu Lagi


Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa
agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah
dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok
mencerita tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan
sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga
persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan.
Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di
situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan
Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan
misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut
terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan
apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul
dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa
ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan
Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut
hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 – Sabtu Siang


Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong.
Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab
kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim
merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim
melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin
mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan.
Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah
menunggu di rumah Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2
kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab
tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry.
Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin
mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab
itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan
yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang
sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang
mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama
pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja
membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma
berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa
pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada
bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam
biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya
yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak
memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari
jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

Bab 13 – Sabtu Petang


Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk
meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya.
Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku
yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan cara-cara
menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang
menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba
menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan
meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma
berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi.
Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang
masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir
meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak
Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program
kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak
diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang
mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 – Sabtu Malam


Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk
bertemu dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal
di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah
menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika
Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan
wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.
Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana
dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma
supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang
menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk
menjelaskan ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan
kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar
sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya
dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma
beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif
dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma
meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-
kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek
kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan
dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan
keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia
sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga
memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma
meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati
gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada tergantung di
rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam
6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.
Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus.
Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana
itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry
supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam
kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma
memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua perkara yang
telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma
menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan
rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq
pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan
tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala
penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak
menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul
6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang
telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka
sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan
perancangan mereka terhasil. Mereka sangat cekap sehingga
boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini
juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara 15
hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang
cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana
menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan
diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa
dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat
ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya
supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan
Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta
Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta
berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh
secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk
melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia
juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang
kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 – Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah
didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya
semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti
merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke
rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim
yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang
terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti
membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim.
Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar
dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros
ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak
berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan
siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 – Ahad Pagi


Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di
hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya
telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui
sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk
berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama
keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta
Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai
saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu
amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang
bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah
ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal
diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang
berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan
aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan.
Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan
untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan
ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada
mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan
mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry
lagi, Kelab WX2 itu ialah ruang sepi dan bukan sekadar kelab
hiburan semata-mata.

Bab 18 – Ahad Petang


Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa
Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan
Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah
itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di
bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan
membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros
tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan
memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan
kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu
Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati
Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka
meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh
Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang
diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya
membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 – Hari Ini


Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam
kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang
menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih
mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir
yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan
koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu
semasa operasi.

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam
menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.
Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha
gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah
menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh
pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti
menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh
Jerry.
PERSOALAN
i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin
berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya
pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.


Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu
dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan
perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk
mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.


Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu
segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa
nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran


Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak
bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup
pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan
sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.


Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat
walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi
membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit
Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.


Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2
yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi
pemikiran barat.

NILAI
i.Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana
risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan
perasaan.

ii. Nilai prihatin


Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi
membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

iii. Nilai setiakawan


Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar
daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Nilai tanggungjawab


Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan
mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui
dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.
v. Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada
kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.

vi. Nilai kejujuran


Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia
mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan
yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

vii. Nilai pengorbanan


Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis
walaupun nyawanya terancam.

viii. Nilai patriotik


Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras
ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan/ketaaatan


Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat
sebagai umat Islam.

x. Nilai kecintaan 
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri
dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan
remaja.

xi. Nilai kerjasama


Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling
bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada
kita
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui
tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia
ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar 


Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran
barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan
kumpulan WX2.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan


Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar
daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah


air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu
meskipun dia dibesarkan di luar negara.

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah


Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan
tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam


Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.
vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran 
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan
menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua,
selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu
Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan


negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk
menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam
pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

LATAR
Latar Masa
i. 6:20 pagi 
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan
seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

ii. Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari
sudah petang.

iii. Senja 
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab,
senja hampir berlabuh.

iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood
LATAR TEMPAT

i. Banglo Taman Megah 


Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama
keluarganya. 

ii. Di Dewan Kuliah


Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajarnya. 

iii. Balkoni kamar 


Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma. 

iv. Rumah Ehsan 


Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru
menjalani pembedahan jantung. 

v. Kafe Flora 
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian
tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman. 

vi. Di pintu pagar rumah 


Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia
lapar. Dewan peperiksaan 
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya
menduduki ujian.

vii. Tempat rehat 


Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk
menyelesaikan kerja kumpulan mereka. 
viii. Kelab WX2 
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan
sebenar kelab tersebut. 

ix. Warung Pak Alias 


Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang
terletak di seberang jalan. 

x. Rumah Aim 
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma. 
xi. Rumah Tuk Siak 
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim. 

xii. Kawasan tanah perkuburan 


Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya
iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas. 

xiii. Bangunan biru di hujung daerah 


Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah
berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

xiv. Hospital 
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat
terkena tembakan ahli.

LATAR MASYARAKAT
i. Masyarakat pelajar universiti. 
Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut
dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi
awam. 
ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah
seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam
kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan
tersebut. 

iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.


Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang
dari kerja. 

iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam


perjuangan
Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh
membuatkan para pengikut bertindak ganas.

v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. 


Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan
menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua,
selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu
Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. 

vi. Masyarakat yang berdikari. 


Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah
setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. 

vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran


Barat.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan
WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat
dipengaruhi pemikiran Barat.
WATAK & PERWATAKAN
Watak Utama 
NUR SUKMA BT HJ SYAQIR

i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan


Puan Delia yang berusia 19 tahun.

ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi


pengajian tinggi awam.

iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma


mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas
tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).

iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa


simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).

v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut


perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan
tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).

vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada


ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).

vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk


dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap
waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang
diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).

ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup


menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu
Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh
pemikiran barat).

x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan


ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi
dijalankan).

xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim
yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).

xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa


untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).

xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap


tingkah laku ibunya).

WATAK SAMPINGAN
1.       Puan Delia
- Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
- Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.

                      Seorang yang berhati-hati


Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan
wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar
rumahnya. 
           Menghormati tetamu
Cth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air
kepada Rafiq.
                      Penyayang
Cth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau
akan diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. 
            Penghidap penyakit darah tinggi
Cth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.
           Seorang perisik
Cth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan
WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk
mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

2.              Tuan Haji Syakir

         Seorang yang bertanggungjawab


Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi
jawatankuasa kampung dengan penuh amanah.
         Bersikap prihatin
Cth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

          Taat akan perintah Tuhan


Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan
solat pada setiap waktu.

         Berjasa kepada rakyat


Cth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya
terhadap mereka.
           Seorang yang tidak emosional
Cth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan
faham yang berlaku antara Sukma dan Puan Delia.

          Bertolak ansur
Cth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa
Sukma pergi ke kelab WX2 seorang diri.

          Pandai memujuk
Cth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya
dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.

3.                     ISKANDAR
. Sahabat Sukma di sekolah menengah
. Gemar memberontak ddan pesimistik
. Seorang lelaki yang ego
. Tertarik akan Sukma
. Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan
. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2

4.                     Kak Ros
. Jiran keluarga Sukma
. Seorang Inspektor polis
. Berusia dalam lingkungan 30-an
. Seorang yang cekal dan tabah
. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya
. Berani menjalankan tugas

5.                     Rafiq
. Berasal dari Washington
. Pelajar cemerlang dari Amerika
. Pelajar baharu di universiti Sukma
. Berperwatakan sederhana
. Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria
. Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia
. Bersemangat setia kawan
. Tertarik akan Sukma
. Baik hati
. Mudah dibawa berbincang
. Bersikap rendah diri

6.                     Teja
. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam
. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun
. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa
. Sahabat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh
sahabatnya
. Taat akan kedua-dua ibu bapanya

7.                     Remy
. Berketurunan Iban
. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta
. Mahir segala jenis tarian tradisional
. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi
. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan
. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat dengan kumpulan
WX2

8.                     Jerry
. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma
. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya
. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya
. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan
terlibat dengan kumpulan WX2

9.                     Wanita Tua
. Wanita tua yang berdikari
. Sayang akan cucunya
. Bidan kepada Sukma
. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma
. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal dunia
. Menjual buah di pasar untuk menyara kehidupannya
. Tabah membesarkan anak seorang diri
. Berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma
terhadap ibunya

10.                 Abang Aim
. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan lemah
. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2
. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang
. Tinggal di belakang rumah Tok Siak
Menceritakan pergerakan WX2 yang menggunakan pati 1 dan
dadah untuk mempengaruhi
pengikut mereka

11.                 Aim Kecil
. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun
. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur 2 tahun
. Matang walaupun masih kecil
. Mendengar kata dan sayang akan neneknya

12.                 Su Ani
. Ibu saudara Teja
. Pemilik kafe flora
. Berkahwin dengan Su Rawi
. Pemurah dan baik hati
. Mesra dengan kanak-kanak

13.                 Pak Rashid
. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun
. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan berseluar hitam
. Pandai menyimpan rahsia
. Prihatin akan diri Sukma
. Baik hati

14.                 Erman
. Ketua kumpulan Waris Cinta
. Kumpulan penari tradisional Sarawak
- Seorang yang peramah
PLOT
Permulaan
Kehadiran para tamu di awal pagi ke rumah Sukma menimbulkan
keresahan dalam diri Sukma. Sukma indin berkenalan dengan
mereka tetapi dihalang oleh ibunya, Pn. Delia. Beliau beranggapan
bahawa tetamu tersebut hanya ingin mengambil kesempatan
terhadap Sukma memandangkan ayahnya seorang pemimpin di
kawasan itu. Perubahan sikap rakan-rakan sekuliah Sukma turut
menimbulkan keresahan Sukma. Hal ini bermula apabila Jerry
yang tiba-tiba berubah setelah menyertai kumpulan ruang sepi di
Kelab WX2, begitu juga Teja dan Iskandar.

Perkembangan
Sukma menyiasat aktiviti di Kelab WX2 dan dia bertemu dengan
Iskandar semasa dia masuk ke tempat kumpulan tersebut.
Sukma juga bertemu dengan Aim dan Aim membawa Sukma ke
rumah neneknya, dan Rafiq juga membawa Sukma beretemu
abang Aim iaitu tetamu Sukma yang datang ke rumahnya pada
hari Selasa, iaitu seorang lelaki kurus. Sukma pelik dengan
perwatakan Jerry yang cukup berbeza daripada sebelumnya, dan
Sukma dan rakan-rakannya cuba menasihati Jerry. Sukma
terkejut dengan pernglibatan ibunya dalam aktiviti Kelab WX2.
Akhirnya Sukma tahu aktiviti Kelab WX2.

Konflik
Sukma berselisih pendapat dengan ayahnya apabila mendapati
ahaynya tidak tahu tentang aktiviti kumpulan itu. Iskandar yang
merupakan seteru Sukma, memujuk Sukma supaya tidak masuk
campur dalam urusan kumpulan tersebut. Sukma terkejut apabila
dia ternampak ibunya berbual dengan Iskandar di hadapan
rumahnya pada jam 6.20 pagi. Sukma mengetahui ayah Aim
meninggal dunia akibat AIDS, tetapi nenek Aim berpendapat
arwah telah menjadi mangsa kumpulan yang tidak
bertanggungjawab. Semasa pulang dari Kelab WX2 dengan Kak
Ros, Sukma ternampak ibunya keluar dari rumah dan Sukma
yakin bahawa ibunya terlibat dengan kumpulan tersebut kerana
pernah belajar di luar negara. Sukma memaklumkan kepada
ayahnya bahawa ibunya terlibat dengan kumpulan WX2. Sukma
memujuk Jerry agar memberi kerjasama dalam usaha
membanteras kumpulan tersebut dan Jerry bersetuju.

Klimaks
Operasi oleh pihak berkuasa untuk menggempur lokasi aktiviti
kumpulan tersebut tetapi mereka telah berpindah ke lokasi lain.
Operasi yang kedua membuahkan hasil apabila Iskandar yang
kelihatan sudah insaf turut serta dalam operasi tersebut.
Keadaan kucar-kacir kerana ahli kumpulan tersebut tidak
menjangkakan pihak berkuasa akan melakukan operasi tersebut
untuk menggempur lokasi simpanan dadah Pati 1 dan dadah-
dadah lain. Ahli kumpulan berkenaan dapat diberkas dalam
tempoh 1 jam dan Sukma membayangkan ibunya akan menerima
hukuman yang berat nanti.

Penutup
Sukma bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya selama 2
minggu lepas. Sukma sedar kini bahawa sangkaan buruk terhadap
ibunya selama ini salah kerana, sebenarnya ibu Sukma merupakan
orang penting dalam usaha membanteras pergerakkan kumpulan
ruang sepi Kelab WX2. Ibunya menyamar untuk membantu pihak
berkuasa. Ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan berkenaan
dan kini sedang koma. Ibunya ditembak supaya rahsia kumpulan
itu tidak terbongkar. Sukma tidak sabar menunggu ibunya sedar
daripada koma untuk memohon maaf.

TEKNIK PLOT
TEKNIK PEMERIAN

Dalam sesebuah novel , teknik pemerian memang sering


digunakan oleh pengarang. Teknik ini amat mudah untuk
menjelaskan kepada pembaca tentang latar , gambran , ataupun
pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu. Contoh: Tiba
di luar kedai , saya hulurkan kesemuanya kepada Aim. Anak kecil
itu tersenyum lebar dan meloncat-loncat gembira. Senang hati
saya melihatkan reaksinya . (halaman 144 – 145)

TEKNIK DIALOG

Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang


sesuatu isu. Kebiasaannya hanya hal yang penting dinyatakan
dalam bentuk dialog. Contoh:
“Apa agendanya Pak Rashid?”
“Bukan Pak Rashidlah yang patut beritahu kamu. Apa yang Pak
Rashid boleh katakana , cuba Sukma ikut gerak hati Sukma
sekarang ini. Rasa-rasanya , sudah sampai masanya untuk Sukma
mencari jawapan kepada keraguan Sukma itu…”  (halaman 155 –
156)

TEKNIK MONOLOG

Teknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak sedang


berkata-kata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira
atau duka. Contoh: Ibu tiba-tiba muram. Saya tergamam.
Adakah kata-kata saya tadi amat menyentuh hatinya ? (halaman
55)

GAYA BAHASA
PENGGUNAAN PERIBAHASA

Antara peribahasa (simpulan bahasa) yang terdapat di dalam


novel ini ialah , “Isy , terasa macam lepas laku pula tadi!...”
(halaman 21) , Apakah yang ada di dalam kelab itu sehingga
membuatkan Iskandar yang saya anggap berhati kering pun
boleh jadi tidak tenteram?  (halaman 90) , dan Seperti pesan
Jerry , barangkali sayalah yang dapat membawa ibu kembali ke
pangkal jalan.(halaman 223)

BAHASA INGGERIS

Antara penggunaan bahasa inggeris ialah metal  (halaman


89) , underground(halaman 198) , fall from grace (halaman 223).

Anda mungkin juga menyukai