Anda di halaman 1dari 1

1.

Peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam bilik


darjah.

1. Guru menjadi seorang yang kreatif dan inovatif semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengurus, menyelenggarakan dan memastikan prasarana yang diperlukan di dalam
bilik darjah mencukupi.
3. Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya
4. Memperkembangkan potensi dan bakat dalam diri pelajar.

2. Perbezaan yang terdapat di antara Falsafah Pendidikan Negara dengan Falsafah


Pendidikan Negara-Negara Luar.
Setiap negara mempunyai falsafah pendidikan negaranya sendiri yang berbeza daripada
falsafah pendidikan negara lain. Contohnya di Indonesia, falsafah pendidikannya adalah
merupakan hala tuju sistem pendidikan negara itu yang dibina berdasarkan Pancasila yang
mengandungi lima prinsip dan menjadi pedoman hidup rakyat Indonesia. Hal ini tentunya
berbeza dengan falsafah pendidikan di Malaysia yang merupakan halatuju sistem
Pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan
sebagainya

3. Implikasi Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap sistem pendidikan dinegara ini.


1. Implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti
perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu
seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).
2. Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan
pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam
semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.
3. Terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang,
dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para
pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
4. Akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah
melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif
seperti budaya membaca di kalangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai