Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH TEROMPAH

Di Malaysia Terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik, kerana selipar atau alas
kaki yang di perbuat dari kayu ini sangat sinonem dengan semua masyarakat majmok dan
kebanyakkan di Negara ini sejak ratusan dulu.Masarakat Melayu, Cina, Baba Nyonya, India
dan lain2 sangat mengenali terompah ini sebagai pilihan alas kaki yang murah dan
praktikal.Budaya memakai Terompah di Malaysia ini bermula pada abad ke 17, iaitu sejak
Bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis pada tahun 1641.

Pada abad ke 16 (1511),Sewaktu Bangsa Belanda mengadakan hubungan dagang dengan


Johor dibeberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerentahan seperti,di Kota Johor Lama,
Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar, dan Kota Panchor, barang dagangan Belanda
bukan sahaja terdiri dari bahan tembikar, tektil, senjata malah Terompah Belanda turut
dibawa sebagai barang dagangan.

Pada masa ini terompah telah menjadi nostalgia pemakaian, yang Cuma tinggal dalam
kenangan disebabkan banyak rekaan dan pilihan bahan yang bolih diguna sebagai alas kaki.

Di Johor Malaysia seorang Adiguru Terompah (MASTOR) telah membangun semula


terompah kayu ini melalui sentuhan seni kreatif nya dengan rekabentuk dan corak
pelbagai.Diperbuat dari bahan kayu getah, kayu durian,kayu jati,kayu pulai dan juga kayu
pine yang di import. Rekaan corak pada permukaan tapak terompah dipenuhi dengan corak
pelbagai seperti batik, bunga. Dedaun tumbuhan dan juga hidupan.Bahan kulit,pvc,fabrik
diguna sebagai penyendal kaki, diatasnya dihiasi aksesori seperti bunga dan manik dengan
warna-warna padanan.

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah penghasilan baru ini juga sesuai digunakan
sebagai hadiah cenderahati,kelengkapan dekorasi rumah, ruang santai dan objek-objek
nostalgia yang unik dan menarik.SeniKraf terompah penghasilan baru ini dikenali sebagai
Terompah MASTOR.

Terompah MASTOR dengan variasi ceria dan elegen,Kelasik dipakai, menawan pandangan
menghias ruang, mengamit kenangan.

Anda mungkin juga menyukai