Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH: SEK.

KEB MINDA TALONG

MINIT MESYUARAT: PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 3 /TAHUN: 2017

Tarikh :. 17 SEPTEMBER 2017

Masa : 1.00 PM

Tempat : PEJABAT

Pengerusi : EN MOHD SUHAIMI ABD RAHMAN

Kehadiran(Bilangan) : 3

Nama Yang Hadir : 1. EN MOHD SUHAIMI BIN ABD RAHMAN


2. EN FAWWAZ RAMADONA BIN CHE WIL
3. PN AZIMA BINTI ABDULLAH

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1. En. Suhaimi mengalu – alukan guru Bahasa Inggeris dan mengucap terima
kasih di atas kehadiran Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali ke tiga

Tindakan: semua guru

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
2.1 Peperiksaan Awal Tahun dan Pertengahan Tahun 2017
Pada keputusan peperiksaan Awal dan Pertengahan tahun 2017, telah
dibincangkan.

Keputusan subjek Bahasa Inggeris oleh murid tahun 4 dan 5 2017.


a. 4 Perkasa – 75 %
b. 5 Cemerlang – 68 %
(TOV: 84.96%)

Target UPSR (Bahasa Inggeris) 2017 adalah 100% (6 orang murid)

Tindakan: guru tahun 5 dan 6

2.2.Pelaksaan CEFR

2.2.1 Guru tahap 1 perlu mengetahui dan menggunakan bahan-bahan CEFR


yang telah diberikan. Ketua Panitia hadir kursus CEFR di Kuala Terengganu selama
4 hari.

Tahun 1 dan 2 – En Fawwaz Ramadona Che Wil

2.2.2 Panitia Bahasa Inggeris juga perlu membuat pendedahan kepada semua
guru BI dan guru PRA berkenaan dengan CEFR. Bermula tahun hadapan,
pengajaran BI haruslah berkenaan dengan CEFR.

Tindakan: Guru BI Tahap 1 dan Guru Pra

3.2.English Fun Activities (EFA)

 EFA akan dijalankan pada setiap pagi hari Rabu di tapak


perhimpunan. Aktiviti yang dibincangkan adalah ‘spell it right, sign
along’.Dicadangkan mencari speaker supaya senang menjalankan
EFA setiap minggu hari Rabu.
 Seterusnya ialah mengenai English Tag. Setiap pelajar diperlukan
untuk memakai English Tag sepanjang masa dan menghafal item
yang diinginkan.
 Guru Pra Sekolah juga boleh membuat aktiviti untuk murid Pra
Sekolah yang bersesuaian.

tindakan: semua guru BI dan Pra sekolah

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1. Linus 3.0


 Linus 3.0 akan dijalankan bagi murid tahun 1,2 dan 3. Modul murid
dan guruuntuk tahun 1 telah sampai dan akan digunakan selepas
saringan baseline tahun 1.
 Tahun 2 akan menggunakan draft yang telah diberi semasa
En.Fawwaz menghadiri kursus Linus Tahun 2. Maklumat terkini akan
dimaklumkan dari PPD.
 Tahun 3 akan menggunakan saringan 1 tahun 3 yang lepas.
Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Tindakan: guru tahun 1,2 dan 3

4.2 Perancangan strategik

 Jalankan program seperti dahulu. Pelan Perancangan sudah ada.


 Perancangan yang lama telah terbatal. Disusuli dengan
perancangan baru tahun 2018 -2023.

4.3 Perancangan akhir Tahun


 Menyiapkan laporan tahunan masing-masing
 Membuat perancangan aktiviti tahun hadapan
 Merancakkan lagi aktiviti pertandingan pada tahun hadapan.

4.4 Penambahbaikkan aktiviti Tahun 6

 En Suhaimi akan menghadiri taklimat dan program yang diatur mengenai


format baru UPSR tahun ini.
 Kerjasama daripada guru Bahasa Inggeris yang lain amat digalakkan.
 Kelas tambahan akan bermula seawal mungkin dan melibatkan guru bahasa
Inggeris yang lain juga.
 Maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.

5 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 ptg dan En Suhaimi berterima
kasih
kepada guru yang telah hadir ke mesyuarat kali pertama 2017.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………..........................................……… ……………………...............................……….
( ) ( )
Setiausaha Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai