Anda di halaman 1dari 4

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air.

Kerbau itu
berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek,
jenih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja.
Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai
lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai.
Kerbau merenung ke arah suara itu.

Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. "Tolong! Tolong!


Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan
buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu
berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara
meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara
itu.

Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di


tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau!
Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh
batang kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba
mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya
cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu
itu ke bawah, buaya segera menangkapnya. "Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau
apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau
menjadi rezeki aku," jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah
binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang
berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau. "Sepatutnya buat baik dibalas baik.
Buat jahat dibalas jahat," sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli," jawab buaya.
Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau
tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke
bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya.
"Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain,"
kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau
tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita
cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita
tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak
tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi. Kerbau bersetuju dengan
syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa
sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka
ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji. "Saji,
betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik
dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku
digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku
lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan
aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji. "Tetapi
aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup
makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata
berbuat baik dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus
hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya buaya.
Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati
supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata
kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula
hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya tembus.
Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah
kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba
tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya
buaya. Kerbau berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju
dengan kenyataan itu bererti ia akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul,
habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat," jawab
kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi
jawapan itu. Kasut lalu bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi oleh
tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu
disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila
pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur,
kasut itu tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi
lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas
digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut itu
dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat
persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk
dan koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku hanyut ke
sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. "Sudah dua
jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau
datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas
buaya kepada kerbau.Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang
ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke
tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit
kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula
kelihatan bengis. "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya
kancil. "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga
untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar,
berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu gigit kaki
kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang
kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan
baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi
sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata
kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh
menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu
berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan,
kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau
pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut
sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang
pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas
belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang
disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?"
kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu
tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata
kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat
lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri.
Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal.
Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya
sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang
terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang
pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera
mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak engangkat
batang kayu itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu
itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan
mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata
kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya
yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik,"
kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila
mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal
ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera
melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu
aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau
tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil.
Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya
sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu. "Engkau
ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati.
Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima
balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke
atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya
tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya.
Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas
tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan
kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi.
Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing
sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang
setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai