Anda di halaman 1dari 14

1.0.

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua,kesatuan didefinisikan sebagai keadaan
atau hal yang atau sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka.Hal
ini menerangkan bahawa kesatuan merupakan satu kumpulan yang bekerja untuk menjaga
kepentingan mereka sama ada dari segi kepentingan politik ataupun ekonomi.Antara
kesatuan yang pernah wujud di dunia adalah kesatuan soviet ataupun nama penuhnya
adalah Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS).Kesatuan ini juga turut terkenal dengan
julukan nama Union of Soviet Socialist Republic (USSR). Kesatuan ini mula ditubuhkan
pada Disember 1922 selepas kejatuhan empayar Russia dan dipelopori oleh golongan
rakyat Petrogard yang kini dikenali sebagai Leningard.Hal ini bermula kerana kekejaman
dan kezaliman rejim Tsar dan akhirnay Tsar Nicholas 11 turun takhta. Pemerintah pertama
Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah Vladimir Lenin yang merupakan golongan
Bolshevik.Kesatuan Republik Sosialis Soviet pernah diperintah oleh tujuh orang pemimpin
dan pemimpin yang paling lama memerintah adalah Joseph Stalin.Soviet merupakan salah
satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat maka pada masa tersebut kuasa dunia
seimbang.Selain itu,jajahan Soviet terdiri daripada 12 buah negara,enam dari benua Eropah
dan enam lagi berasal dari benua Asia.

2.0 Isu-isu politik yang berlaku di Eropah Timur sehingga runtuhnya Kesatuan Soviet

2.1.Boris Yeltsin
Pada akhir 1980-an melalui glasnost yang diperkenalkan oleh Gorbachev telah
muncul pergerakan refomasi kearah demokrasi.Pada pilihan raya Mac 1989,banyak
kumpulan pemimpin pro demokrasi telah terpilih dalam Congress of Peoples’
Deputies.Kumpulan radikal ini bermatlamat untuk merampas kuasa daripada Parti Komunis
yang merupakan tampuk pemerintahan KRSS dan seterusnya mewujudkanekonomi
pasaran ,hak milik persendirian dan kerajaan berpelembagaan.Boris Yeltsin telah dipilih
sebagai Presiden Republik Rusia pada Jun 1991.Beliau merupakan presiden pertama yang
dipilih berdasarkan undian awam(Magdalena, 2007).Hal ini telah meningkatkan pengaruh
parti prodemokrasi yang secara tidak langsung melemahkan Parti Komunis.Pada 7 Februari
1990,Jawatankuasa Sentral Parti Komunis telah mengundi untuk menamatkan kuasa Parti
Komunis dalam Soviet.

Rajah 1.Bendera KRSS Rajah 2.Boris Yeltsin


2.2.Penindasan pemerintah ke atas rakyat
Kejatuhan Soviet sangat berkait rapat dengan penindasan mereka terhadap
rakyat( Ashraff Ibrahim,Aris Othman,Fatihah Abdullah,Chin Kuang Tiu dan Norazlan
Ismail,2015).Hal ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Joseph Stalin yang
digelar sebagai The Great Terror kerana pembunuhan secara seistematik ke atas pesaing
politik sangat berleluasa pada zamannya.Pembunuhn ini turut mengambil kira keseluruhan
golongan yang dianggap bahaya ataupun ancaman kepada parti dan negara komunis
sehinggakan bilangannya mencecah berjuta dalam tahun 1971 sehingga 1987.Hal ini
kerana Soviet mengamalkan One Party Rule dan mana-mana pembangkang yang
dianggap tidak bersefahaman akan dibunuh.Kesan daripada kekejaman Soviet terhadap
rakyatnya,dendam dan perbalahan etnik mucul secara terbuka pada tahun 1980-
an.Anggaran jumlah rakyat yang terkorban antara tahun 1929 hingga 1939 ialah sekitar 20
juta orang.Semenjak permulaan Revolusi Rusia pada tahun 1917 sehingga tahun
1959,sebanyak 66 juta oaring yang menjadi korban nyawa.”Biarpun anggran ini tidak pasti
adalah jelas bahawa kita kini berhadapan dengan malapetaka besar zaman kita.Kezaliman
ini telah banyak menimbulkan konflik dan perseturuan antara kaum dan kebencian terhadap
rejim komunis,”kata Leo Kuper.

Rajah 3.Joseph Stalin

2.3 Dasar yang diperkenalkan oleh Gorbachev


Gorbachev memegang tugas sebagai pemimpin Soviet setelah kematian Andropov
dan Chernenko yang cukup singkat pemerintahannya.Gorbachev dilihat sebagai pemimpin
yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya perpecahan empayar Soviet.Hal ini
berlaku dengan bermulanya dasar glasnost(keterbukaan) dan prestoika(penstrukturan
semula).Dasar ini telah melonggarkan kawalan ke atas rakyat Soviet.Hal ini bagi
memulihkan ekonomi dan social soviet yang teruk Gorbachev percaya penyertaan rakyat
dan moral yang tinggi dalam kalangan tenaga kerja,lebih kebebasan dan keterbukaan
mampu memajukan ekonomi Soviet.

Gorbachev telah membebaskan banduan politik termasuk ahli fizik Soviet yang
terkenal iaitu Andrei Sakharov,malah akhbar dan televisyen turut dilibatkan.Menurut Kramer
semenjak 1985,dengan kemunculan Gorbachev hubungan dengan dunia Barat bukan
sahaja melibatkan pegawai kerajaan malah rakyat1.Dasar ini juga turut mempercepatkan
pertumbuhan nasionalisme etnik dalam kalangan unit empayar .Intensiti asionalisme etnik
semasa Gorbachev samapai pada satu tahap yang tidak pernah dijangkakan.Perkara ini
melibatkan republik-republik Baltik,Armenia dan Moldova.

Rajah 4.Mikhail Gorbachev

2.4 Nasionalisme di Republik

Selama lebih tujuh pulih tahun,pemimpin Soviet telah Berjaya mengelakkan


pertentangan yang berlaku di antara kumpulan nasionaliti ini namun hal ini tidak bertahan
lama kerana pemerintahan Komunis gagal menafikan perbezaan nasional serta etnik
sertabahawa kebudayaan dan agama tradisional akan muncul.Hal ini telah menyebabkan
terbentuknya elit kebangsaan dan meningkatnya identiti nasional.Selain itu,penindasan
berterusan dan proses Rusifikasi mengukuhkan lagi perasaan benci terhadap dominasi
Moscow dan telah membentuk pertumbuhan kesedaran kebangsaan.Sebagai contoh negara
Baltik telah dipaksa menyertai Soviet setelah menikmati kemerdekaan selama dua dekad
dan buat pertama kalinya sewaktu era Gorbachev,rakyat Baltik telah menyatakan
pandangan mereka dan hal ini megakibatakan golongan intelektual memberanikan diri bagi
menyuarakan reformasi.Keadaan ini membawa kepada kekalahan Parti Komunis Lithuania
kepada Sajudis dalam satu pilihanraya memilih perwakilan ke Moscow pada 1989.Sajudi
merupakan sebuah pergerakan kemerdekaan yang anti komunis dan Soviet.Parti ini
kemudiannya mendesak agar Protokol Rahsia Pakatan Nazi-Soviet 1939 dikaji
semula.Dengan ini mereka berfirasat bahawa mereka perlu dimerdekakan dan penyertaan
Lithuania ked ala Soviet adalah tidak sah.
1
Mark Kramer.( 2003).The Collapse of the East European Communism and the Repercussions Within the Soviet
Union.Journal of Cold War Studies,6(4),3-64. Retrieved 21 July 2019 https://muse.jhu.edu/journal/43
3.0 Kesan keruntuhan Kesatuan Soviet sehingga menyebabakan terjadinya konflik
etnik di Bosnia

3.1Punca-punca

Konflik ini bermula dek kerana perpecahan pemerintahan Soviet pada 1945 telah
menyebabkan Soviet terbahagi kepada 16 buah negara termasuklah Yugoslavia.Namun
Yugoslavia telah mengalami krisis politik pada 1990 dan menyebabkan negara tersebut
terbahagi kepada 7 kawasan termasuklah Serbia dan Bosnia pada 1992.Konflik berdarah ini
juga berlaku disebabkan oleh penduduk Serbia Bosnia tidak mahu islam meguasai
Srebrenica Bosnia.Cita-cita yang sungguh kejam ini mucul kerana dendam mereka terhadap
Turki Uthmaniyah yang pernah menjajah mereka pada suatu ketika dahulu. Rakyat Bosnia
memeluk Islam dalam jumlah yang besar semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah
dikawasan Balkan (1500's-1900) untuk mengelakkan penganiayaan, diskriminasi, cukai dan
penalti lain yang dikenakan ke atas penduduk Kristian di bawah kawalan Uthmaniyyah dan
golongan ini dianggap sebagai penderhaka kerana memilih jalan mudah keluar dari masalah
dengan memeluk agama Islam manakala saudara Kristian mereka menderita.Namun begitu
kejatuhan dan keruntuhan Sovietlah yang merupakan pemacu kepada berlakunya konflik
penghapusan etnik Bosnia yang kejam yang turut diselangi dengan perasaan dendam
terhadap islam.

3.2 Perang Bosnia

Awal tahun 1990 merupakan titik permulaan bagi konflik Bosnia,apabila Yugoslavia
mengalami masalah perpecahan(Ashraf Ibrahim et al., 2015) dan akhirnnya Bosnia-
Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Yugoslavia.Namun Bosnia
harus memilih sama ada mereka inginkan kemerdekaan ataupun kekal berada di bawah
tampuk Yugoslavia dan majoritibrakyat menyokong kemerdekaan namun hal ini diboikot
oleh etnik Serbia kerana mereka ingin menjadikan Bosnia sebagai “Greater Serbia”.Hal ini
semakin parah apabila berlaku ketegangan apabila etnik Serbia mula menunjukkan ketidak
puasan hati terhadap kemerdekaan Bosnia maka akibatnya Sarajevo diserang dan
bangunan juga turut dibakar.Sebagai langkah pemulihan ,presiden Izetbegovic telah
menggerakkan pasukan Territorial Defence Force,tentera Yugoslavia telah melaksanakan
serangan udara ke atas Sarajevo.Sebagai respon terhadap hal itu,Bosnia Defence Force
dibentuk.
Umumnya Bosnia mengalami perang saudara yang melibatkan tiga pihak iaitu
Bosnia,Serbia dan Croat yang berkerjasama dengan Izetbegovic.Pada Tarikh yang sama
dengan kemerdekaan Bosnia,”Serbian Assembly of Bosnia” dan yang seterusnya
membentuk “Serbian National Guard.Mereka telah menguasai kawasan Sungai
Drina,Bijelima, Zvornik dan Visegard.Penempatan Islam di Tuzla turut terkesan.Tentera
Yugoslavia digatikan dengan “Army of the Republic of Yugoslavia”.Pemimpin Bosnia cuba
mendapatkan bantuan daripada PBB namun hampa.Semakin banyak kawasan Bosnia
dijajah oleh militant Serbia yang dipimpin oleh Jeneral Radon.Pada 24 April Sarajevo secara
rasminya telah dikepung oleh tentera Serb.Pada penghujung Mei 1992,lapangngan terbang
Sarajevo telah dikuasai oleh militia Serb dan hal ini menandakan bahawa seluruh Sarajevo
telah dikepung.

3.3 Kekejaman Yang Berlaku

Genocide merujuk kepada penghapusan etnik atau pemusnahan sesebuah


bangsa.Apabila seseorang itu dibunuh di bawah tindakan genocide,pembunuhan itu
dilakukan bukan atas kapasiti individu tetapi atas nama kumpulan(Thomas Cushman dan
Stjepan G. Mestrovic,1996).Keadaan yang sama telah berlaku di Bosnia pada Julai
1995,seramai 8000 orang etnik Bosnia telah dibunuh oleh tentera Serb dengan cara
pembunuhan beramai-ramai yang diketuai oleh Ratko Mladic.Selain itu,kezaliman yang lain
adalah pemindahan secara paksaan,pembunuhan yang terancang dan pemusnahan fizikal
bandar.Lebih menyedihkan lagi apabila ribuan wanita dan kanak-kanak dirogol.Perogolan
dan seksaan seksual ke atas orang Islam Bosnia dan Croat berlaku pada skala yang
besar.Lebih 600 kes perogolan daripada lebih 1000 kes yang didokumentasikan .Sebanyak
400 pusat tahanan telah dibina oleh tentera Serb bagi melakukan penyeksaan terhadap
etnik Bosnia khususnya yang beragama Islam.Suruhanjaya Pakar Persatuan Bangsa-
bangsa Bersatu(PBB) merumuskan bahawa tahanan telah diseksa sehinnga mati(Ashraf
Ibrahim et al., 2015).Secara keseluruhannya,pihak Serb telah mengusir,membunuh atau
memenjarakan 90% penduduk bukan Serb.Tentera Serb juga turut menghalang bantuan
kemanusiaan yang akhirnya menyebabkan kekurangan makanan ,masalah kebersihan dan
kesusahan mendapatkan bekalan elektrik.
Rajah 5.Ratko Mladic

4.0 Isu-isu politik dan konflik di Eropah Timur sehingga telah menyumbang terhadap
aktiviti keganasan antarabangsa

4.1 Konflik Israel dan Palestin

Konflik yang berlaku ini telah berlarutan sejak sekian lama malah jika dikira dari tarikh
rasmi penubuhan Israel pada 15 Mei 1948,konflik tersebut sebenarnya telah berlangsung
selama lebih enam dekad.Agenda penubuhan negara haram ini bermula melalui Deklarasi
Balfour yang dikeluarkan pada 2 November 1917.Deklarasi ini dengan jelas menunjukkan
bahawa Britain menyokong penubuhan tersebut.Namun Dr Wheizman kecewa dan
menyatakan deklarasi tersebut sebagai”a painful recession from what the Government itself
was prepared to offer”2 kerana ia tidak tegas dan tiada jaminan yang Israel akan
diwujudka,Namun begitu detik manis bagi pihak Israel bermula apabila Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu(PBB) secara rasminya menyokong pengisytiharan negara Israel yang
dilakukan pada 15 Mei 1948.

Penduduk Arab di Palestin menerima kesan yang pedih akibat penubuhan itu,ramai
di antara mereka yang dihalau keluar dari kampung halaman sendiri.Ramai juga yang
terpaksa keluar dari Palestin dan tinggal di kem-kem pelarian tanap mendapat pembelaan
yang sewajarnya.Keganasan Israel berlaku secara besar-besaran pada akhir 2008 hingga
22 Januari 2009 yang telah meranapkan sebuah daerah kecil dengan begitu sadis
sekali.Sekolah,rumah ibadah dana pa sahaja bangunan yang ada menjadi mangsa
pengeboman.Rupa-rupanya Amerikalah yang menjadi tulang belakang utama bagi
kekejaman Israel kerana pada tahun 2004 Amerika telah menyalurkan sebanyak $2.3 bilion
sebagai bantuan ketenteraan dan $500 milion bantuan ekonomi kepada Israel.Hal ini
kerana,Amerika hendak menguasai Timur Tengah dan melindungi Israel(Daim
Zainuddin,2003).Selagi mana Palestin dijajah oleh Zionis Israel dan ditambah pula dengan
bantuan Amerika,nescaya kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini tidak akan pernah
menemui titik noktahnya.

2
Cattan Henry(1973),Palestine and International Law.London:Longman.
Rajah 6.Kekejaman di Palestin

4.2 Al Qaeda

Kumpulan militan ini wujud apabila Afghanistan diserang oleh KRSS pada
1988,tujuan utama mereka adalah sebagai barisan pertahanan untuk melawan KRSS
daripada menceroboh Afghanistan.Kumpulan ini kemudiannya telah melancarkan serangan
berani mati ke atas Amerika Syarikat yang membawa kepada peristiwa 9/11.Peristiwa ini
bermula apabila dua pesawat yang dirampas telah merempuh bahagian bangunan World
Trade Center(WTC).Kemudian,serangan ini diteruskan lagi dengan rempuhan sebuah
pesawat ke atas bangunan Pentagon dan sebuah pesawat terhempas di sekitar bandar
Pensylvani3.Serangan Al-Qaeda ini berlaku pada 11 September 2001(Dowd,2018).Serangan
ini bukan sahaja telah mengorbankan penumpang pesawat malah penduduk yang terdapat
dalam bangunan tersebut.Dianggarkan bahawa seramai 3000 orang yang telah menjadi
mangsa korban serangan ini termasuk 19 orang pengganas.Jumlah tersebut meliputi 2763
orang mangsa yang terkorban semasa serangan di bangunan WTC,termasuklah anggota
bomba,paramedik dan pihak polis yang telah terlibat sama dalam proses evakuasi dan
menyelamatkan mangsa serangan.Selain itu,seramai 44 orang penumpang pesawat Flight
93 mati apabila pesawat mereka terhempas di Pensylvania dan serangan di Pentagon pula
mengorbankan 184 orang awam (“9/11 Attacks,” 2010).

3
Gita Laras Widyaningrum.(2018). Kronologis Serangan 9/11, Runtuhnya Menara Kembar, dan
Osama Bin Laden. Retrieved from https://nationalgeographic.grid.id/read/13935227/kronologis-
serangan-911-runtuhnya-menara-kembar-dan-osama-bin-laden?page=all
Rajah 7.Osama Laden

4.3 ISIL

Gerakan ini ditubuhkan bagi memerangi pemerintah Syria iaitu Bashar Al Assad
disebabkan kekejamannya terhadap rakyat khususnya yang berfahaman Ahli Sunnah
Waljamaah.Untuk lebih jelas,gerakan ini merupakan respon kepada perang saudara
yang berlaku di Syria.Perang ini berlaku kerana rakyat tidak berpuas hati dengan
pemerintah Assad yang menyekat kebebasan berpolitik dan kebebasan
bersuara.Hasilnya,wujudlah gerakan Islamic State Of Iraq and The Levant(ISIL) yang
pada luarannya merupakan kumpulan jihad.Namun begitu gerakan ini jelas dilihat
bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah kerana corak keganasan yang
diamalkannya bagi menubuhkan negara islam(Dewan Rakyat
Malaysia,2014).Kesesatan ini telah membawa banyak keganasan di dunia seperti
memenggal kepala, membakar manusia hidup-hidup,menyalib dan mempamerkan
mayat pembunuhan di seluruh dunia melalui media sosial (Zainal Fikri,2015). Pada
13 November 2015, lapan pejuang ISIL memakai tali pinggang letupan dan
memegang senjata api telah membunuh 130 orang dalam serangan di ibu kota
Perancis.Di samping itu,pada 14 Januari 2016 di Jakarta Indonesia, lelaki bersenjata ISIL
membunuh dua orang awam dan mencederakan beberapa yang lain (Rogan,
2016).Serangan-serangan berdarah tersebut telah mengorbankan ramai orang awam yang
tidak berdosa yang menjadi mangsa keadaan.
Rajah 5.Bendera ISIL

5.0 Kesimpulan

Tuntasnya,dapat saya simpulkan bahawa kejatuhan Soviet bukan sahaja memberikan


impak yang besar terhadap Eropah Timur malah kesannya turut dirasai seluruh
dunia.Kebanyakan factor yang mendorong kepada kejatuhan Soviet adalah berpunca
daripada masalah dalamannya yang tersendiri yang muncul akibat daripada pemerintahan
yang tidak telus di samping pemimpin yang kurang berkaliber.Kejatuhan Soviet telah
memacu beberapa konflik dan keganasan antarabangsa yang menyumbang kepada
kematian oran awam yakni insan yang tidak berdosa.Merekalah yang menjadi mangsa bagi
konflik dan keganasan yang berlaku seperti konflik Israel-Palestin yang sehingga kini masih
belum selesai.Sekiranya pihak Israel terus-menerus menggunakan kekerasan seperti
mengebom dan menyerang penduduk Palestin,sampai bila-bila pun konflik ini tidak dapat
diselesaikan.Selain itu,perang saudara di Bosnia perlu dipandang serius kerana hal ini
berkait dengan hak asasi kemanusiaan yang telah sewenang-wenangnya dilanggar oleh
tentera Serb.Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seharusnya lebih peka akan krisis-krisis
sebegini dan bertindak dengan effektif bagi membendung krisis ini daripada semakin
menular.
Rujukan

Ashraff Ibrahim,Aris Othman,Fatihah Abdullah,Chin Kuang Tiu dan Norazlan Ismail.


(2015).Cabaran dan Isu Semasa Dunia.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Angkatan Tentera Malaysia.(2015). Ancaman Militan Islamic State (IS). Kuala Lumpur: Attin
Press Sdn. Bhd.
Cattan Henry(1973),Palestine and International Law,London:Longman.

Daim Zainuddin.(2003,Julai).Negara-negara Arab Kalahkan Perang Iraq.Dewan


Masyarakat,52.

Dewan Rakyat Malaysia.(2014). Kertas Putih ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan


Islamic State. Kertas Periman 76.

Gita Laras Widyaningrum.(2018). Kronologis Serangan 9/11, Runtuhnya Menara Kembar,


dan Osama Bin Laden. Retrieved from
https://nationalgeographic.grid.id/read/13935227/kronologis-serangan-911-runtuhnya-
menara-kembar-dan-osama-bin-laden?page=all

Kamus Pelajar. (2nd ed).(2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mark Kramer.( 2003).The Collapse of the East European Communism and the
Repercussions Within the Soviet Union.Journal of Cold War Studies,6(4),3-64. Retrieved 21
July 2019 https://muse.jhu.edu/journal/43
Cattan Henry(1973),Palestine and International Law,Columbia: University of South Carolina
Press
Thomas Cushman,Stjepan G. Mestrovic.(Eds.).( 1996).This Time We Knew: Western
Responses to Genocide in Bosnia.New York: New York University Press.

Rogan, T. (2016). ISIS attacks Jakarta, again proving its reach. Retrieved 17 July 2019
http://www.nationalreview.com/article/429784/isiss- jakarta-attack-proves-global-reach

Siti Naqiayah Mansor,Salasiah Hanin Hamjah,Izzah Nur Aida Zur Raffar.(2018). Ideologi
Gerakan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) di Malaysia.Islamiyyat,40(2),95 – 103.
Retrieved 30 July 2019 http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/article/download/29761/8802

Lampiran
Senarai Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Isu-isu politik yang berlaku di Eropah Timur sehingga runtuhnya Kesatuan Soviet

2.1.Boris Yeltsin

2.2 Penindasan pemerintah ke atas rakyat

2.3 Dasar yang diperkenalkan Gorbachev

2.4 Nasionalisme di Republik

3.0 Kesan keruntuhan Kesatuan Soviet sehingga menyebabkan terjadinya konflik etnik di

Bosnia

3.1 Punca-punca

3.2 Perang Bosnia

3.3 Kekejaman yang berlaku

4.0 Isu-isu politik dan konflik di Eropah Timur sehingga telah menyumbang terhadap aktiviti

keganasan antarabangsa
4.1 Konflik Israel dan Palestin

4.2 Al Qaeda

4.3 ISIL

5.0 Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai