Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejambak kasih titipan khas buat Pengacara Majlis,


Yang berusaha, Tuan Guru Besar yang kami hormati,
En. A. Rahim Bin Mohd Mislani
Yang dihormati,
Yang Dipertua PIBG SK Taman Desaminium,
En Aswardi Kong Bin Azizi Kong,
Naib Yang Dipertua PIBG En Jasni Bin
Barisan Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang dihormati lagi disayangi,
Serta tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada
semua guru yang berusaha menjayakan program Hi Tea Pada petang ini, kerana
memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam program yang dianjurkan khusus buat kami yang telah selesai menduduki
pepriksaan UPSR, pada September yang lepas. Kesempatan pada petang ini
merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan
sebagai wakil pelajar dalam program seperti ini.

Guru-guru yang kami sanjungi,

Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-
guru sering kali berhadapan dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Ada yang
menyakitkan hati, ada yang menghampakan harapan, ada yang menggembirakan, ada
yang melucukan, dan ada yang menyeronokkan.

Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami dapat
merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah
adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami. Sakit pening kami dan
kebajikan kami sentiasa diambil berat, kemajuan akademik kami dan keterampilan
sahsiah kami sentiasa diberi perhatian, kerja rumah, modul,folio, kerja kursus, latihan
pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa.

Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru sekalian. Selain
tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan
dan segala macam perkara, termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi.

Guru-guru adalah segala-galanya buat kami, terima kasih cikgu!


Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan
sanjungi.
Tenang-tenang air di laut,
        Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
        Budi guru-guru rasa nak junjung.     
          
Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah
kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan UPSR yang kami nantikan
penuh debar dan persediaan ini.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan program ini kepada Tuan Pengacara Majlis,
saya selaku wakil murid sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru sepanjang kami dididik
daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6, yang telah sudi menabur bakti demi
kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak
dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.

Dirunduk hanyalah padi


        Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
        Dikenang hanyalah jasa.

Budi bahasa tak jual beli,


,      Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
       Orang memberi kita merasa

Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang
ada dan bertanya kepada yang tahu.

Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Saya dengan rendah hati menyanjung guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman
Desaminium.

Anda mungkin juga menyukai