Anda di halaman 1dari 9

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu

nama untuk pelbagai cuti tahunan yang


diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan
bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini
disebut juga sebagai Hari Pekerja
Antarabangsa, yang mana ia merupakan
peringatan tentang kejayaan ekonomi dan
sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei
digunakan kerana pada tahun 1884,
Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh,
yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour
1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu
berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan
pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok
umum dan Mogok Haymarket tahun 1886,
tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama
lapan-jam waktu bekerja.
ASAL-USUL
Idea gembira untuk menggunakan perayaan
cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai
hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia.
Para pekerja mengambil keputusan pada
tahun 1856 untuk mengajurkan sehari
pemberhentian sepenuhnya bersama dengan
mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai
demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari
bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.
Pada mulanya, pekerja Australia itu
mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi
perayaan pertama ini membawa kesan yang
sangat kuat pada golongan proletariat
Australia, menghidupkan mereka dan
membawa pemberontakan baru, sehingga
keputusan diambil untuk mengulangi perayaan
tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan
para pekerja semakin banyak keberanian dan
kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri
daripada pemberhentian bekerja yang mereka
sendiri telah menganjurkan? Apakah yang
dapat memberikan lebih banyak keberanian
kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan
bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-
askar mereka? Maka, idea perayaan
proletariat diterima dengan laju dan, dari
Australia, bermula menyebar ke negara-negara
lain sehingga akhirnya ia telah menguasai
seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh
yang pertama telah diadakan pada 5
September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di
bandaraya New York untuk memperingati
pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di
sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang
lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai
hari buruh. Pada tahun 1886, mereka
mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut
menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa.
Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan
tempat bekerja dan menuntut hari bekerja
lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan
serangan perundangan menghalang para
pekerja selama beberapa tahun daripada
mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun
1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih
Isnin pertama bulan September dan bukannya
1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang
para pekerja akan memperingati rusuhan
pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada
1894 Presiden Grover secara rasminya
mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan
September sebagai hari buruh.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah
bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan
paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres
Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di
Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus
wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja
lapan jam mesti menjadi yang pertama
dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan
Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux,
mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan
di semua negara melalui pemberhentian
bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-
pekerja Amerika menarik perhatian kepada
keputusan komrad-komrad dia untuk
bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres
mengambil keputusan untuk mengadakan
perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh
ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun
sebelum itu di Australia, para pekerja hanya
memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah
mengambil keputusan bahawa pekerja dari
semua negara akan berdemonstrasi bersama
bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei,
1890. Tidak ada sesiapa yang berucap
mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-
tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada
sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas
idea ini akan berjaya dan betapa lajunya
dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia
cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja]
hanya sekali supaya semua orang memahami
dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti
menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari
bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas
matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak
dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja
menentang borjuasi dan kelas pemerintah
berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan
belum dicapai, Hari Mei akan menjadi
perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini.
Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul,
apabila kelas pekerja sedunia telah
memenangi kejayaannya, pada masa itu juga
umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam
kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit
dan kemelaratan masa yang lalu.

PERSATUAN PEKERJA ATAU BURUH


Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti
antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam
memperingati kejayaan pergerakan buruh
pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago,
Illinois. Negara-negara lain selain daripada
Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana
bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi.
Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk
sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat
di dunia, residen keas bekerja melawan keras
untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-
yang dikenali hari ini.

Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New


Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain,
yang mana ia bergantung kepada sejarah asal
untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti
berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila
lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-
undang(Law Day).

Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada


demonstrasi oleh pelbagai kumpulan
sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam
abad ke-20, cuti berkenaan mendapat
persetujuan daripada Kesatuan Soviet;
perayaan dalam negara-negara komunis
semasa era Perang Dingin sentiasa
mengandungi perarakan ketenteraan dan
menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan
menyokong kerajaan.
TEMA HARI PEKERJA

2006 – Pekerja Cemerlang Negara Terbilang

2007 – Pekerja Produktif Negara Kompetatif

2008 – Pekerja Inovatif, Negara Kompetatif

2009 – Kerana Mu Malaysia Maju

2010 – Pekerja Berinovasi Pemacu Transfomasi

2011 – Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

2012 – Pekerja Berinovatif Penggerak Transfomasi

2013 – Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

2014 – Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi

2015 – Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat

2016 – Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi

Anda mungkin juga menyukai