Anda di halaman 1dari 1

Sikap melampaui batas dalam melakukan ketaatan kepada Allah atau menafikan hak kerehatan yang

diperlukan oleh badan. Ini boleh membawa kepada keletihan dan kejemuan. Seterusnya melahirkan
sikap cuai, lalai dan sambil lewa. Manusia mempunyai kemampuan dan keupayaan yang terhad, apabila
ia bertindak melapaui keupayaannya, ia pasti akan berhadapan dengan al Futur dan tidak mampu
meneruskan perjuangan. II. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang
diharuskan Sikap ini akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan; seperti badan menjadi gemuk
dan meningkatnya rangsangan syahwat. Akibatnya, dia merasa malas bertindak. Allah berfirman yang
bermaksud: “Wahai anak Adam ambillah (pakaian) perhiasan kamu (tutup aurat) pada setiap kali
memasuki masjid. (sembahyang) Makan dan minumlah kamu asalkan jangan berlebihan. Sesungguhnya
Allah tidak kasih atau suka orang-orang yang boros (orang yang melampaui) (al-A’raaf-31) III. Mufaraqah
(meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan Meninggalkan perjuangan
bersama jemaah dengan memilih untuk berjuang sendirian akan menyebabkan kehilangan teman yang
dapat memberansangkan , menggalakkan dan menasihati diri tentang Tuhan. Lama-kelamaan akan
menyebabkan ia lemah dan jemu. Islam sentiasa menegaskan agar kita sentiasa bersama jemaah
sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama)
dan jangan kamu berpecah belah.” IV. Kurang mengingati mati dan hari akhirat (Ali Imran : 103)

Sikap ini akan menyebabkan tumpulnya keazaman dan hasrat, juga akan menjadikannya lengah dalam
melakukan tindakan amal jamaah. Justeru kita haruslah memperhatikan suruhan Rasulullah S.A.W yang
menganjurkan kita menziarahi kubur dalam sabdanya yang bermaksud : “Aku telah melarang kamu
menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga kamu mendapat pengajaran.” V. Pengabaian melakukan
ibadat harian Pengabaian terhadap ibadah harian seperti ibadah fardhu dan lainlain ibadah sunat akan
meninggalkankesan yang negatif. Thap yang paling rendah bagi kesan tadi ialah al Futur di mana ia akan
malas dan begitu berat untuk menunaikan tugas atau berhenti terus dari menjalankan tugasnya. VI.
Mengambil makanan yang haram atau syubahah Sikap kurang berhati-hati dalam hal ini akan
menyebabkan sifat malas untuk melakukan ibadah atau tidak melakukannya langsung, atau tidak
merasai kelazatan beribadah hasil dari sumber haram yang menjadi darah daging. Islam menyeru
umatnya menjauhkan diri dari mengambil makanan yang haram sekalipun makanan itu di tahap
syubhahnya yang paling rendah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai manusia makanlah pa
yang ada di dunia, makanan yang halal dan baik (bersih), janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.” (Al Baqarah : 168) VII. Penumpuan amilin ke atas sudut
tertentu dari ajaran Islam Sikap menekankan sudut tertentu sahaja dalam ajaran Islam dengan menolak
sebahagian yang lain contohnya menumpukan usaha kepada amal akhirat dan tata susila
kemasyarakatan dengan

Anda mungkin juga menyukai