Anda di halaman 1dari 97

BAB 2 :

PERJUANGAN
KEMERDEKAAN &
PEMBENTUKAN
M A L AY S I A

MALAYSIAN STUDIES 2 (MPU1113U1)


CENTRE FOR FUNDAMENTAL STUDIES (CFS)
1. NASIONALISME
2. MALAYAN UNION
3. RUNDINGAN
KEMERDEKAAN
4. PEMBENTUKKAN
MALAYSIA
1. NASIONALISME
PENGENALAN
Konsep nasionalisme membawa pengertian cintakan tanah air dan
perjuangan untuk menuntut pembebasan negara yang dijajah.

Di tanah melayu bermula awal abad ke-20

• Fasa i : sebelum WW2


• Fasa ii : selepas WW2
NASIONALISME DI TANAH MELAYU
Penentangan berdarah
• Pahlawan-pahlawan Tanah Melayu menentang
British menggunakan senjata.
Penentangan tanpa pertumpahan darah
• Penentangan ahli-ahli ilmuan dan agamawan
menggunakan media cetak, kesusasteraan serta
perundingan.
NASIONALISME :
PENENTANGAN BERDARAH
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
PENJAJAHAN BRITISH
Penentangan Di Naning (1831-1832).
• Naning merupakan sebahagian drpd Melaka.
Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar
1/10 drpd hasil ekonomi kpd British.
• Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu
Naning). Perang Naning tercetus pd bulan Julai
1831.
• Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka.
• Feb 1834, Dol Said menyerah diri.
DAERAH NANING
PENENTANGAN DOL SAID –
NANING, MELAKA
Penentangan Di Selangor
• Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara
Raja Mahadi dgn Raja Abdullah.
• 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai
Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British
campur tangan dan beri sokongan menentang Raja
Mahadi. Walau pun hanya Perang saudara tetapi campur
tangan British telah mendapat tentangan penduduk
tempatan.
Penentangan di Perak
• Sebab penentangan British di Perak :
a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan
dan pembesar Melayu.

b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada


kerajaan British 1875.

c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch:

• hapus sistem perhambaan


• beri perlindungan kepada hamba
• campurtangan dalam adat resam orang Melayu

d) Sikap peribadi Birch

• buat pembaharuan secara tergesa-gesa


• tidak boleh berbahasa Melayu
DATO’ MAHARAJALELA
BERUCAP DI RUMAHNYA

Dato Maharaja Lela , Dato Sagor,, Pak Endut dan Seputum


menentang British dan membunuh Birch pada November
1875 di Pasir Salak.
PEMBUNUHAN J.W.W BIRCH

Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan


Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles iaitu
sebuah Negara Kepulauan di tengah Lautan Hindi.
Penentangan di Pahang
• Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger
sbg Residen Pahang 1888. Beliau telah
memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan
majistret.
• British memperkenalkan sistem lesen dan permit
(pungut hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah.
• Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata
pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato
Bahaman dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan
pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk
Trua dan Kuala Tembeling.
• Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah,
Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke
Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
PENENTANGAN DI KUBU JERAM AMPAI,
PAHANG 1894

Dato’ Bahaman
Tok gajah
Mat kilau
Penentangan di Kelantan
• Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan
kpd British dan James Scott Mason – penasihat British
Julai 1909.
• Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin
Munas (Tok Janggut).
• Punca penentangan:
• a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
• b) Sistem Tanah Baru 1915
• c) Pengenalan cukai hasil pertanian
• d) Sikap pegawai British
• Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan
kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan
diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April
1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
TOK JANGGUT DAN
PENGINGKUTNYA BERTEMPUR DI
PASIR PUTEH PADA 1915
Penentangan Di Terengganu
• Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj
Abd Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman
Limbong) dikenali sbg Pemberontakan Tani pada
1928.
• Faktor pemberontakan Tani :
• a) Pungutan cukai – tanah, hasil tanah dan cukai
kepala.
• b) perkenalkan sistem pendidikan Barat
• c) perkenalkan pas kebenaran untuk buka tanah,
bercucuk tanam dan pungut hasil hutan.
• Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang
balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang.
Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman
Limbong di buang ke Makkah.
PENENTANGAN DI TERENGGANU PADA 1928
Penentangan Di Sarawak
• Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti
Raja Brooke.
• Beberapa pemberontakan:

1. Rentap
• 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia
yang menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak.
Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di
Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke - Alan Lee.
• 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap
di Bukit Sadok.

2. Banting
• Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan
akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan
hapus adat dan amalan tradisi tempatan
• 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
AMALAN PERBURUAN KEPALA MANUSIA
3. Sharif Masahor
• Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke
memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan
Sg. Rejang.
• Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik
oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul
Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859.
• Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor
dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

4. Asun
• Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak
menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit
dan diketuai oleh Penghulu Asun.
• 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.
Penentangan di Sabah
• Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.
• Dua pemberontakan tercetus iaitu :

a) Pemberontakan Mat Saleh


• Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat
pengenaan cukai, pembangunan secara besar-
besaran dan sekatan terhadap pembesar
tempatan.
• Siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894),
serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897).
Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900.
SERANGAN MAT SALLEH 1897
b) Kebangkitan Rundum
• Diketuai oleh Antanum pada 1915.
• Faktor pemberontakan
• Cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan
hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan
kecil di hutan.
• Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan.
• Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum
bunuh.
NASIONALISME :
PENENTANGAN
TANPA
PERTUMPAHAN
DARAH
FAKTOR-FAKTOR
KESEDARAN
PERKEMBANGAN REVOLUSI PEMBANGUNAN
AWAL PEMIMPIN
MELAYU
AKHBAR CHINA 1911 TURKI MODEN

PERJUANGAN GERAKAN
INSTITUSI INSTITUSI
PONDOK PENDIDIKAN
FILIPINA –JOSE NASIONALISME
RIZAL INDONESIA

GOLONGAN
GERAKAN PENDIDIKAN PERANG RUSIA-
REFORMIS ISLAM MELAYU & JEPUN 1904-1905
INGGERIS
NASIONALISME MASYARAKAT MELAYU
 TAHAP KEAGAMAAN (1906-1926)
 Golongan Pendidikan Islam

 TAHAP SOSIAL/EKONOMI (1926-1938)


 Golongan Pendidikan Melayu

 TAHAP POLITIK (1938- MERDEKA)


 Golongan Berhaluan Radikal
1. TAHAP KEAGAMAAN
• Gerakan ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang
berlangsung di Timur Tengah, terutaman di Turki dan Mesir
pada hujung abad 19

• Gerakan di Timur Tengah dipelopori oleh Sheikh


Muhammad Abduh dan kumpulan Al-Manar (Kaherah).

• Memperjuangkan PAN –ISLAM (pembebasan keagamaan


yang kuno).
KEBANGKITAN GOLONGAN AGAMA
Gerakan Ikwanul Muslimin [Al –Islah]
• Pelopor gerakan Islah Islam, gerakan Islam ini dipelopori
oleh ulama besar Sheikh Jamaluddin Al Afghani (1838-
1897) dan Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905).
• Perjuangan mereka ini disambung oleh Muhammad Rashid
Ridha yang menerbitkan majalah ‘Al-Manar’. Majalah ini
tersebar agak luas di Tanah Melayu dengan idea-idea baru.
KEBANGKITAN GOLONGAN AGAMA
TOKOH-TOKOH TEMPATAN
• Syed Sheikh Al Hadi
• Syeikh Tahir Jalaluddin
• Haji Abbas Mohd. Taha
• Sheikh Mohd. Salim Al-khalali
PENGGUNAAN AKHBAR & MAJALAH
• Al-Imam 1906, ‘Neraca’ (1911-1915), ‘Tunas Melayu’ (1913),
‘Ikhwan’ (1926) dan ‘Saudara’ (1928)
Syeikh
Muhammad
Abduh 36
PERLU JUGA DIJELASKAN BAHAWA WAKTU INI BERLAKU
PERTEMBUNGAN ANTARA DUA ALIRAN PEMIKIR ISLAM IAITU
KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Hizbul Muslimin ditubuhkan pada 14 Mac 1948 di Maahad Il Ihya


AsSyarif, Gunung Semanggol, Perak dalam persidangan MATA.
Hizbul Muslimin dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Ia
merupakan sebuah parti politik Islam yang pertama ditubuhkan di
Tanah Melayu. Namun usianya tidak panjang apabila diharamkan
oleh pihak British dan ramai para pemimpinnya ditangkap dan
dipenjarakan di bawah Akta Darurat 1948.
2. INSTITUSI PENDIDIKAN
•Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ditubuhkan
bagi mendidik bakal guru dengan bekalan ilmu perguruan
agar mereka mampu menjadi guru yang dedikasi.
•Ia ditubuhkan pada tahun 1922.
•Ini merupakan institusi pendidikan yang tertinggi yang
disediakan oleh British untuk masyarakat Melayu waktu itu.
SITC / MPSI TG. MALIM 1922
PERANAN
• Penglibatan O.T. Dussek, Pengetua SITC tahun 1924 yang
turut serta secara langsung dalam menanamkan semangat
kebangsaan Melayu kepada penuntut-penuntut SITC.
• Beliau terlibat secara langsung semasa mentadbir SITC
dalam memberikan kesedaran terhadap perjuangan
memartabatkan bangsa Melayu.
• Menurut Mohd. Isa Othman yang menyatakan bahawa
O.T Dussek seorang Inggeris yang berjiwa Melayu dan
berusaha menjadikan SITC sebagai sebuah Universiti
Melayu. O.T. Dussek
3. KESATUAN MELAYU MUDA (KKM)
• Kemudian dari itu setelah tamat pengajiannya Ibrahim Yaakob (IBHY)
dan beberapa orang rakan seperjuangan seperti, Hassan Manan, A. Karim
Rashid, Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein dan Yaakub Ahmad telah
menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) tahun 1938.
–Hasil dari didikan MPSI/SITC.
–KMM merupakan sebuah pertubuhan berbaur politik yang pertama
ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bertujuan
untuk membela nasib bangsa Melayu waktu itu.
• Beberapa tokoh seperti Ibrahim Yaacob (IBHY), Mustapha Hussein, Dr.
Burhanuddin & Ishak Hj M, sepakat memperjuangkan Konsep Melayu
Raya iaitu gabungan Tanah Melayu Indonesia bagi mencapai kemerdekaan.
SELEPAS
PENJA JAHAN JEPUN
TAMATNYA PERANG
DUNIA KE-2
PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (BMA)
•Apabila British kembali semula ke Tanah Melayu setelah
tamat perang, mereka menubuhkan satu pemerintahan
peralihan bercorak tentera.
•Pentadbiran Tentera British atau British Military
Administration (BMA) pada tahun September 1945.
•Ditugaskan untuk memulihkan keamanan dan
mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
ANCAMAN KOMUNIS di masjid kampong
Bekor, perak pada 6 mac 1946
PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (BMA)

• Namun, BMA bukan sahaja GAGAL memulihkan imej British yang


terjejas akibat perang, malahan tidak mampu memulihkan keamanan.
• Ketegangan dan pergaduhan kaum terus berlaku.
• Oleh sebab BMA menghadapai pelbagai halangan dan masalah,
kerajaan British mula memikirkan rancangan untuk menggantikan
BMA dengan satu bentuk pentadbiran lain yang dapat menyatukan
kesemua negeri di Tanah Melayu Kesatuan Tanah Melayu
(Malayan Union).
2. MALAYAN UNION
RANCANGAN MALAYAN UNION
• Kerajaan British mula memikirkan rancangan Malayan Union sejak
Jepun menawan Singapura-1942.
• Kerana: Pejabat Tanah Jajahan di London mendapati salah 1 faktor
utama kejatuhan Tanah Melayu kepada tentera Jepun ialah masalah
penyelarasan yang berpunca akibat wujudnya sistem pentadbiran
yang berbeza.
• Ketika itu,Tanah Melayu ditadbir melalui 3 sistem pentadbiran:
1. Negeri-Negeri Selat
2. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
3. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
MALAYAN UNION
• Kerajaan British berpendapat negeri-negeri di Tanah Melayu perlu
disatukan di bawah satu pentadbiran sahaja.
• Cadangan: MALAYAN UNION
Menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara kesatuan dan bukan
lagi persekutuan.
Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya
sebagai penasihat kerana semua kuasa pemerintahan dipusatkan
kepada satu pihak sahaja
• Kerajaan KESATUAN: Kuasa pemerintahan dan perundangan
tertumpu kepada kerajaan pusat.
MALAYAN UNION
• Oktober 1945: Sir Harold Mac Micheal di hantar ke Tanah Melayu sebagai
utusan khas Setiausaha Tanah Jajahan untuk mendapatkan persetujuan raja-raja
Melayu tentang cadangan penubuhan Malayan Union.
• Diberi kuasa untuk menyiasat sama ada raja-raja Melayu ada kerjasama dengan
tentera Jepun atau sebaliknya.
• Mac Micheal bergerak pantas dan menggunakan kuasa ini untuk mengugut raja-
raja Melayu.
• Beliau memberi amaran bahawa jika ada raja yang enggan menerima cadangan
Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas tuduhan bersubahat dengan
tentera Jepun.
–Raja-raja Melayu tidak punya pilihan
–SETUJU
BENTUK PENTADBIRAN M.U
TUJUAN PENUBUHAN
MALAYAN UNION
Penyatuan wilayah – cekap dan seragam pentadbiran

Perasaan anti-Melayu – mengawal kuasa politik orang Melayu

Pemerintahan mengikut ciri politik British

Langkah penyatuan politik – mengintegrasikan kaum Melayu, Cina dan


India
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYAN UNION
1. Pentadbiran terletak di bawah tanggungjawab
Gabenor British
• Semua negeri di Tanah Melayu digabungkan di bawah satu
kerajaan pusat.
• Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union dan kekal
sebagai tanah jajahan British secara berasingan.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYAN UNION
2. Majlis Mesyuarat Undangan & Majlis Kerja ditubuhkan
• Malayan Union diketuai oleh Gabenor yang dibantu oleh MMU & MK
• MMU mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama
banyak
• Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang
• Semua undang-undang yang dikuatkuasakan tidak memerlukan
tandatangan sultan
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYAN UNION
3. Majlis Penasihat Agama dibentuk dengan Gabenor sebagai Pengerusi

• Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal tempatan.


• Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan NNS.
• Beliau menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan
pusat.

4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal tempatan


dan dikawal oleh kerajaan pusat
• Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
MALAYAN UNION
5. Kerakyatan boleh didapati melalui cara atau prinsip JUS SOLI iaitu
dengan cara-cara berikut:
• Lahir di negeri-negeri Malayan Union dan Singapura
• Menetap antara 10-15 tahun di Malayan Union
• Menetap selama 5 tahun di Singapura
• Rakyat British, tetap tidak hilang kerakyatan British
• Orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union
PENENTANGAN TERHADAP
MALAYAN UNION
1. Perlembagaan MU • Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti
digubal tanpa mengambil kandungan perjanjian MU.
kira pandangan orang • Mereka tidak berpeluang berbincang dengan para
Melayu terlebih dahulu pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

2. Persetujuan raja-raja • Sebab: tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri


melayu yang memerlukan raja berunding dengan para
Melayu kepada MU pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani
dianggap tidak sah sebarang perjanjian dengan kuasa asing.
PENENTANGAN TERHADAP
MALAYAN UNION
3.Tindakan Sir Harold
MacMichael menggunakan
• Beliau bersikap biadap, tidak tahu adat resam, tidak
ugutan untuk faham Bahasa Melayu dan tiada pengalaman langsung
menyingkirkan mana-mana tentang Tanah Melayu.
raja yang tidak bersetuju
dengan rancangan MU

• terbatas kepada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat


4. MU menghapuskan Melayu sahaja.
kedaulatan dan kuasa • kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-
politik raja-raja Melayu raja tidak lagi melindungi hak dan kepentingan orang
Melayu.
PENENTANGAN TERHADAP
MALAYAN UNION
5. Perlembagaan MU • Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi
menawarkan syarat- warganegara dilihat boleh mengancam kedudukan
syarat kerakyatan politik orang Melayu
yang longgar kepada • Kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah
Melayu masih lagi diragui
kaum bukan Melayu

6. Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa


mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa
orang Melayu
UMNO telah
ditubuhkan pada
11 Mei 1946 dan
Dato’ Onn sebagai
presiden pertama.
Tujuan utama
untuk menentang
Malayan Union.
• MU berjaya ditubuhkan pada
1 April 1946 dan Sir
Edward Gent dilantik
sebagai Gabenor pertama.
–Orang Melayu memulau MU
dengan tidak menghadiri
majlis perlantikan Gabenor
dan berkabung selama
seminggu dengan melilit kain
putih pada songkok.
–Sir Edward Gent terpaksa
membuat rundingan dengan
raja-raja Melayu dan Dato’
Onn Jaafar.
Akhirnya Malayan Union
dibatalkan dan diganti dengan
pemerintahan baharu yang
dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu 1948
3. PERUNDINGAN KEMERDEKAAN
PENGENALAN SISTEM AHLI, 1951
Sistem Ahli, 1951
 Bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada para pemimpin
tempatan dalam hal-ehwal pentadbiran
 Beberapa orang ahli tidak rasmi Majlis Undangan Persekutuan diberi
tanggungjawab untuk mengetuai jabatan-jabatan kerajaan dengan
kedudukannya disifat sebagai seorang menteri
 Setiap ahli bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi
 Para pemimpin tempatan yang dilantik di bawah sistem ini ialah:
 Dato’ Onn Jaafar
 E.E.C Thuraisingham
 Dr. Lee Ting Keng
 Tunku Yaacob ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
 Dato’ Mahmud bin Mat
LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN
MALAYAN UNION 1946

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955

SURUHANJAYA REID 1956

PERLEMBAGAAN BAHARU 1956

KEMERDEKAAN 1957
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955
Tunku Abdul Rahman Tun Tan Cheng Lock Tun Sambanthan
UMNO MCA MIC
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN
Kejayaan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (Barisan
Nasional) dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955 –
mentadbir negara.

Meyakinkan British bahawa penduduk di Tanah


Melayu mampu berkerjasama. Parti Perikatan sebagai
bukti penyatuan di antara tiga kaum utama.
KABINET / JEMAAH MENTERI 1955
1 Januari 1956
• Rombongan ke London untuk
rundingan kemerdekaan.
• Terdiri daripada Tunku Abdul
Rahman beserta 4 wakil Parti
Perikatan dan 4 orang raja.

8 Februari 1956
• Perjanjian London ditandatangani.
• Penetapan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
• Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengambil pandangan penduduk
Tanah Melayu (131 memorandum bertulis dari individu dan
pertubuhan).
PERJANJIAN LONDON 1956
Tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Suruhanraya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan PTM yang merdeka.

Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British.

Perjanjian pertahanan dengan British.

Raja Berperlembagaan dikekalkan.

Persekutuan diteruskan (pembahagian kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri.


SURUHANJAYA REID

Keanggotaan

Pengerusi: Lord Reid Tujuan Menggubal satu


Ahli-ahli: perlembagaan
Sir Ivor Jennings baharu bagi
Sir William McKell Persekutuan Tanah
Hakim B. Malik
melayu yang
merdeka
Hakim Abdul Hamid
Rang Perlembagaan telah
diperkenankan oleh Majlis Raja-
raja pada bulan Jun 1957. Majlis
Undangan Persekutuan telah
menerima dan meluluskannya
pada 15 Ogos 1957 dan
Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
TANAH MELAYU
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih daripada kalangan 9 orang
raja Melayu
Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dilantik daripada kalangan ahli Dewan
Rakyat

Sebuah Parlimen dibentuk dianggotai Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

Agama Islam dijadikan agama persekutuan, namun agama lain bebas diamalkan
Syarat kewarganegaraan diperketatkan:
• Kewarganegaraan diberikan kepada:
• Semua orang yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka
• Mereka yang berumur 18 tahun ke atas, dilahirkan di
Tanah Melayu dan telah menetap selama 5 tahun
• Mereka yang berumur 21 tahun ke atas, walaupun lahir
di luar Tanah Melayu tetapi telah menetap selama 8
tahun dan boleh berbahasa Melayu
Tunku Abdul Rahman Tuanku Abdul Rahman
Perdana Menteri pertama Yamtuan Besar Negeri Sembilan,
Yang di-Pertuan Agong Malaya pertama
4. PENUBUHAN MALAYSIA
27 Mei 1961: Tunku Abdul Rahman berucap di
depan wartawan di Hotel Adelphi Singapura
untuk membentuk Malaysia

Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Tanah


Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
mempunyai banyak persamaan dari segi sejarah,
politik dan struktur kerajaan.

Selain itu, sukar bagi negeri-negeri ini untuk


berdiri sendiri terutama untuk bersaing di
peringkat antarabangsa
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Ancaman pengaruh komunis di Singapura

2. Keseimbangan kaum

3. Kemajuan ekonomi bersama

4. Mempercepat kemerdekaan

5. Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak


1. Ancaman pengaruh komunis di Singapura
• PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew mengalami masalah.
• Bekas anggota PAP menubuhkan Barisan Sosialis.
• Pengaruh komunis di Singapura ini membimbangkan Tunku
Abdul Rahman, khuatir Singapura dikuasai komunis dan ini
mengancam keselamatan Tanah Melayu.

2. Keseimbangan kaum
• Majoriti di Singapura terdiri dari kaum Cina, Majoriti di
Tanah Melayu ialah kaum Melayu.
• Untuk menyeimbangi keadaan ini, kemasukan Sabah, Sarawak
dan Brunei sangat penting.
3. Kemajuan ekonomi bersama
• Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah, Brunei kaya dengan
sumber minyak dan Singapura merupakan sebuah pelabuhan
penting.
• Negeri-negeri wilayah Borneo masih mundur.
• Dengan penggabungan, kemajuan ekonomi dapat dikongsi.

4. Mempercepat kemerdekaan
• Penggabungan merupakan jalan pintas untuk mendapatkan
kemerdekaan.
• Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan
lebih awal dari yang dijangkakan kerana negara-negara ini masih lagi
berada di bawah penjajahan British ketika cadangan dikemukakan.
• Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk merdeka kerana
situasi ekonomi dan politik yang kurang memuaskan.
5. Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan
Sarawak
• Nasib masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak berbeza
dengan masyarakat Bumiputera di semenanjung walaupun
mempunyai sejarah yang sama
• Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi dipegang oleh
bangsa asing
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan

2. Suruhanjaya Cobbold

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan

4. Referendum Singapura

5. Isu Brunei dan Singapura


PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
• Dipengerusikan oleh Donald Stephens
• Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat
• Berfungsi untuk:
• Menerangkan konsep pembentukan Malaysia khususnya kepada
penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei
• Mengumpul idea dan pendapat penduduk mengenai idea
penubuhan Malaysia
• Mengadakan perjumpaan sebanyak 4 kali
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
2. Suruhanjaya Cobbold
• Diketuai oleh Lord Cobbold
• Ahli-ahli:
• Anthony Abell dan David Waterson (wakil British)
• Tan Sri Mohd Ghazali Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee (wakil
Persekutuan Tanah Melayu)
• Tujuan: meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
• Hasil: 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan
Malaysia
• Mengadakan perjumpaan sebanyak 50 kali
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
3. Referendum Singapura
• 1 November 1962: pungutan suara untuk meninjau pendapat penduduk
Singapura.
• 3 pilihan diberikan:
• A: setuju bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
• B: setuju bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu yang lain
• C: setuju bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini
• Keputusan: 71% menyokong pembentukan dengan memilih syarat A.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
4. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
• Diketuai oleh Lord Landsdowne
• Ahli-ahli:
• Tun Abdul Razak Hussein
• Wakil British
• Wakil dari Sabah dan Sarawak
• Fungsi: membentuk perlembagaan baharu berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya
Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Perkara utama di dalam perlembagaan:
• Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kecuali di Sabah dan
Sarawak.
• Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, tetapi Sabah dan
Sarawak boleh menggunakan bahasa Inggeris di dalam perkara
rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
• Kuasa kawalan imigresen Sabah dan Sarawak diberikan kepada
kerajaan negeri.
• Sistem pendidikan dikekalkan.
• Wakil Parlimen: Sabah (24), Sarawak (16) dan Singapura (15).
MALAYSIA BERJAYA DITUBUHKAN PADA
16 SEPTEMBER 1963

Persekutuan Tanah Melayu

Borneo Utara / Sabah

Sarawak

Singapura
Sabah, Sarawak dan Singapura Berjaya
mendapat kemerdekaan pada 16 September
1963 apabila bergabung dalam Persekutuan
Malaysia
ISU BRUNEI DAN SINGAPURA
Brunei
• Di peringkat awal, bersetuju untuk menyertai tetapi akhirnya
membatalkan rancangan
• Sebab: beberapa permintaan tidak dipersetujui oleh
Persekutuan Tanah Melayu, terutamanya:
• Kuasa yang lebih sebagai sultan dalam Majlis Raja-raja
bermula dari tarikh menjadi sultan, bukan dari tarikh
kemasukan.
• Menguasai semua hasil minyak.
• Penentangan Parti Rakyat Brunei (A.M. Azahari).
ISU BRUNEI DAN SINGAPURA
Brunei
• Antara tuntutan lain kerajaan Brunei ialah:
• Menuntut 10 buah kerusi Parlimen.
• Memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat
awal.
• Mengekalkan semua pelaburannya.
• Mengekalkan kadar percukaian yang rendah.
• Meneruskan program pendidikan dan kebajikan.
• Menuntut keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamin.
ISU BRUNEI DAN SINGAPURA
Singapura
• Menyertai Malaysia dan keluar 2 tahun kemudian (Ogos 1965).
• Sebab:
1. Ekonomi
• Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak sepakat untuk memajukan
sektor perkilangan dan perindustrian bersama.
• Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukan
untuk dieksport ke luar negara, dan keuntungan akan dikongsi bersama.
• Setelah Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai dan
ini mengecewakan Singapura.
2. Politik
• Di peringkat awal, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa PAP hanya parti
politik yang terlibat di Singapura sahaja.
• Pada 1964, PAP mengubah pendirian dan bertanding dalam pilihan raya
umum di Tanah Melayu.
• PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu
untuk membangun dan memajukan orang Cina.

3. Sosial
• Pemimpin Singapura memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu
Malaysia hanya untuk orang Malaysia sahaja.
• Ini kurang disenangi oleh pemimpin UMNO.
• Lee Kuan Yew memperjuangkan persamaan dan hak bagi semua melalui
satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Singapura
• Pada 7 Ogos 1965: Tunku Abdul Rahman dan Lee
Kuan Yew bersetuju untuk menandatangani perjanjian
pemisahan Singapura daripada Malaysia.
• Pada 9 Ogos 1965: Singapura keluar daripada
Malaysia dan membentuk kerajaan Republik.
11 negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (Johor, Kedah, Kelantan, Malacca,
Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Penang, Selangor, dan Terengganu)
2 negeri-negeri di Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak)
3 Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya di Semenanjung Malaysia, dan Wilayah Persekutuan
Labuan di Sabah).
RUJUKAN
Mardiana
Nordin, &
Hasnah Hussiin.
(2011). Pengajian
Malaysia. Kuala
Lumpur: Oxford
Fajar.

Anda mungkin juga menyukai