Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PELAJAR
Dalam era dunia tanpa sempadan, Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu
perubahan kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan. Terdapat juga
yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh
individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa
kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains
dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat.
Walaupun kepentingan sains dan teknologi merupakan salah satunya yang penting namun,
sesetengah pelajar masih tidak mempunyai pemahaman dan kesedaran yang secukupnya
tentang budaya sains dan teknologi ini. Persoalnnya apakah cara untuk memupuk budaya
sains dan teknologi dalam diri pelajar.
Sebagai pembuka tirai, pihak ibu bapa haruslah peka terhadap anak-anak untuk
menyemai budaya ini dalam diri mereka. Hal ini demikian dalam memperkenalkan dunia
“sains dan teknologi., ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membawa anak-
anak ke pameran sains dan teknologi. Dengan ini, ibu bapa dapat menimbulkan minat dan
kesedaran terhadap budaya sains dan teknologi dalam kehidupan anak-anak. Pada masa
yang sama, ibu bapa juga menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk memupuk budaya
ini.