Anda di halaman 1dari 26

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

berdasarkan DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

PENGENALAN
Secara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran
bahasa yang penting dan utama. Aspek ini merupakan
aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak yang normal sebelum
mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis.
Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah
kebolehan murid-murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas.
Manakala kemahiran bertutur pula merupakan kebolehan
murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kreatif dan juga kritis dengan menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Di samping
itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
bersesuaian.
Kemahiran mendengar merupakan salah satu
kemahiran bahasa yang penting serta perlu dipelajari
secara intensif terutamanya ketika murid-murid berada di
sekolah rendah lagi. Aktiviti mendengar merupakan aktiviti
yang terpenting untuk dikuasai kerana penggunaannya
yang begitu meluas di dalam kehidupan. Ekoran daripada
itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa
yang digunakan adalah untuk mendengar. Jadi,
disebabkan itulah murid-murid di bangku sekolah rendah
lagi perlu memiliki kemahiran ini dengan berkesan (Yahya
Othman 2005 : 26). Tujuannya adalah supaya mesej yang
diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang
mungkin.
Seterusnya adalah penekanan haruslah diberikan
terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa
Melayu pula digambarkan melalui kemahiran
berkomunikasi dan melahirkan idea.
Kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan
adalah dipengaruhi melalui kemahiran berkomunikasi
serta melahirkan idea. Hal ini ekoran daripada kemahiran
ini mengeluarkan idea serta fikiran dengan
mengaplikasikan perbendaharaan kata serta tatabahas
yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang
sama dalam pertuturan terlebih dahulu. Jadi, ekoran
daripada Mohd Hilmy Haji Ismail (1982 : 69)
mementingkan pengajaran serta pembelajaran kemahiran
bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah. Beliau berpendapat pertuturan merupakan asas
kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan
mendahului bacaan serta latihan bertulis. Menurutnya lagi,
murid-murid seharusnya dapat menyusun fikiran serta
idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat
latihan bertulis. Manakala guru pula perlu melakukan
gerak kerja lisan yang sememangnya ada dilakukan oleh
guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun begitu, masih
ada guru yang melangkaui aspek penting ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan pada tugasan ini ialah mengenai
kemahiran mendengar dan bertutur. Terdapat beberapa
objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji semasa
menjalankan kajian bagi tugasan ini. Antaranya ialah
dapat menghuraikan secara kritis mengenai kaedah,
fungsi, serta peringkat kemahiran mendengar dan juga
bertutur. Seterusnya, objektif kajian ini juga adalah
berhasrat supaya pengkaji dapat menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan
kepada kemahiran lisan. Objektif yang terakhir ialah
pengkaji mengharapkan supaya kaedah mendengar dan
bertutur dapat diaplikasikan dalam proses P&P.
DEFINISI KONSEP
Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan
kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar
didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa
atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia
iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa
penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya
dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah
Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula
menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan
murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat
memberikan maklum balas.
Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan
kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan
dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan
membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama
serta memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya
perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Konsep Kemahiran Bertutur


Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi
yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator)
manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan
dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks,
melibatkan proses mental yang menggerakkan alat
pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang
bermakna.
Terdapat beberapa konsep umum mengenai
bertutur ialah bertutur merupakan keupayaan manusia
mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu
berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud
penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui
bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk
sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan
berinteraksi.
Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar.

Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang


wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa
yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan pengajaran
bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan
juga psikologi. Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan
kemahiran bertutur dan mendengar ialah prosedur mengajar
berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang
digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan
mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap
kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan
objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi
menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta
berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52)
menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang
wujud hasil daripada pendekatan pengajaran bahasa yang
digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini
diaplikasikan mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu
kaedah yang digunakan tersebut tidak boleh terpesong daripada
pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah-
langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi
mencapai sesuatu tujuan.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan
dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu
terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah
fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga
kaedah komunikatif. Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar
(1999) pula mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi
kemahiran ini iaitu dengan menggunakan kaedah situasi dalam
pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang
sepatutnya digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci.
Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja
kaedah yang boleh digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran
Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai digunakan bagi
kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut
ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik,
kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.
Kaedah Terus.
Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula
diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer pada tahun
1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah tentera
kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat
dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia
Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran dalam beberapa
bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran
bahasa yang diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih
dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama
dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan
mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Kemahiran
menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Ekoran daripada
masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak jadi
masa belajar diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam
sehari. Oleh seab itulah adakalanya kaedah ini dikenali ‘Kaedah
Askar’.

Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran


serta pembelajaran bagi menguasai bahasa pertama secara
natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993 : 53) menyatakan kaedah
ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus
bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda.
Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan yang
diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang
bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami
pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks
perbualan harian serta situasi formal.
Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk
menerangkan misalnya untuk menyatakan sesuatu perkataan
konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar dengan
menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula
dari segi perkataan abstrak pula, contohnya perkataan cinta
diterangkan dengan menggunakan perkataan yang mudah serta
diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu
adalah berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun
ada.
perkaitan dengan topik baharu tersebut. Antara contoh yang oleh
diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama +
kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah
diajarkan sebelum ini. Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah
saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru menjadi saya
makan nasi.
Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran
bahasa terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur dan
bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru yang
mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar
menguasai bahasa yang diajarkan supaya boleh dijadikan garis
panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan satu kaedah
yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu
pengajaran lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid
menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa sebarang
terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan
bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih
dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa
sasaran.

Kaedah Fonetik/Linguistik.
Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah
linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu
kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara saintifik
yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan
antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan
bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa
tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-
bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus
kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-
aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam
erti kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta
membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh
murid-murid.
Di samping itu juga, kaedah ini juga lebih mendahulukan bentuk
daripada makna. Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi
terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa
tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat
penting. Manakala dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula,
pengajaran guru haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa
yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu.
Seterusnya bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai contoh :

Subjek Perbuatan Objek


i) Dia Berjalan ke sekolah
She Walk to school
ii) Saya Makan nasi lemak
I Eat nasi lemak

Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih


mendahulukan perkataan-perkataan yang serupa ataupun hampir-
hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya
perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir
sama dengan perkataan bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Kopi Coffee
Radio Radio
Komputer Computer

Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini


adalah bagi membolehkan murid-murid menggunakan bahasa
yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa baharu dari segi
bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang
terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dengan bahasa
yang diketahui. Berdasarkan salah satu Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menerangkan
salah satu objektifnya iaitu menggunakan bahasa baku yang
melibatkan penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta
sebutan dan intonasi.
yang betul dalam aktiviti mendengar dan juga bertutur. Jadi,
apa yang ditekankan dalam kaedah ini dengan menerangkan nahu
yang terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dalam
bahasa yang diketahui tersebut adalah sama landasannya
dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.
Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk
mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini disebabkan
kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform
serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan
dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan
penyebutan.

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini


kemudiannya digabungkan menjadi dialog serta cerita. Kaedah ini
tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi menggunakan simbol-
simbol fonetik contohnya [ ₔma? ] bagi perkataan emak. Nahu atau
tatabahasa biasanya diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh
penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid
sebelum peraturan serta rumus-rumus tatabahasa tersebut
diajarkan. Selanjutnya, melalui kaedah ini juga murid-murid akan
menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca.
Antara kelebihan kaedah linguistik ini ialah penyediaan bahan
adalah tersusun dan tersusun serta teratur. Ini membolehkan
kanak-kanak faham dengan lebih jelas apa serta tepat. Kanak-
kanak turut dapat bertutur serta membina ayat mengikut bentuk-
bentuk ayat bahasa yang ada dalam bahasa ibunda mereka.

Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan


bahasa yang sentiasa berubah-ubah menyukarkan murid-murid
untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan bacaan
kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini
turut memerlukan guru-guru yang terlatih serta mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam bidang ini untuk mengajar tentunya
memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi. Jadi hasilnya,
murid boleh bertutur akan tetapi tidak dapat memperkembang ba
hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya, kaedah ini bukan
boleh diajar oleh sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan
guru-guru yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran serta
pendidikan. Kaedah ini juga memerlukan masa yang lama serta
belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat
menuturkan apa yang diajarkan sahaja.
Kaedah Eklektik.
Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran
mendengar dan juga bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu
kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam
pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain.
Kaedah yang digabung contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah
terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut situasi
pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti
mereka sendiri. Mereka juga turut bebas mengajar mengikut
kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.
Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah
aktif. Hal ini ekoran daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada
pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah eklektik
ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu
bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga
lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah
pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek
tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi yang
dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif ataupun
induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi
latihan mendengar dan bertutur (lisan), membaca kuat serta
bersoal jawab.
(Kamarudin Hj Husin, 1988: 98), tujuan bagi kaedah
eklektik ini adalah sama seperti kaedah terus iaitu membolehkan
murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu
serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar
bagi kaedah ini ialah guru dapat mengelakkan pengajaran kurang
tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan dalam
bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan
pola-pola struktur untuk melatih tubi struktur ayat murid. Manakala
kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan menggunakan
teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di
sekolah. Kaedah ini turut mempertimbangan keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih
dahulu.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat
semasa Perang Dunia Kedua. Pada peringkat permulaan,
pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini bertujuan untuk
ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-
tentera yang akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti
Michigan, Charles Fries, iaitu seorang ahli Linguistik Struktural
telah menolak Kaedah Terus (Direct Method). Beliau mengatakan
bahawa bahasa harus diajar secara sistematik dengan
menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi secara lisan
(Ricards dan Rogers, 1986). Audio lingual kemudiannya mula
diperkenalkan sekitar tahun 1950-an dan ia menjadi bertambah
penting apabila berlaku perkembangan dalam pembelajaran
bahasa asing di Amerika Syarikat.
Mengikut sejarah pengenalan serta perkembangannya,
kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam konteks pendidikan hari
ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga
bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran
asas berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar
sebelum mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan
sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif
dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar
dan bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran
membaca dan menulis.
Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran
iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur
(lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti
kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut
mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat
seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio),
dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada
murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu
suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian,
petikan, berita, syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio
lingual yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan sukatan
pelajaran yang telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil
dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi.
Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza,
megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta
menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah
audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang
dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat yang
seterusnya dan lebih baik.
Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini
menggunakan bahan bantu mengajar seperti rakaman berita
daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-
murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar
memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam berita
tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula apa
yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut. Apabila
murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak langsung murid
dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai
contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut
mendengar berita di radio atau televisyen murid dapat memahami
serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam berita
tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai
berita yag didengarinya itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual
ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut
adalah mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti
serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi
formal.
Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan,
frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya
secara latih tubi. Kemudian, murid akan dilatih mendeklamasikan
sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara
berkumpulan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan
lebih mengingati apa yang didengar. Selain itu, ingatan murid juga
dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag
dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-
murid juga akan mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang
berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan.
Kaedah Komunikatif
(Hymes,1971) menyatakan kaedah komunikatif terbina
berdasarkan teori huraian bahasa fungsian serta teori kecekapan
komunikatif manakala teori pembelajarannya pula berpandukan
kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah
ini amat menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak
yang mengaitkan kognitif serta interaksi bahasa. Jadi, kaedah
komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa
iaitu bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran
lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Semasa murid-
murid menjalani proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai
makna terlebih dahulu kemudian disusuli dengan menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.
Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti
bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal ini penting dalam
proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu
tersebut. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang
bermakna dalam kaedah komunikatif merupakan jalan
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran,
wawancara dan sebagainya.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru
memberikan penekanan terhadap murid-murid agar menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa. Aktiviti
bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan masalah. Hal
ini selaras dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan objektif yang
mengkehendakkan murid berbincang serta berkongsi pendapat
untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
FUNGSI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Fungsi Kemahiran Mendengar
Fungsi yang diterangkan di sini boleh didefinisikan sebagai tugas,
peranan, kewajiban dan juga peranan (Kamus Dewan, 2008 :153).
Manakala definisi bagi fungsi kemahiran mendengar ialah
peranan, tugas dan kewajiban dalam kemahiran mendengar.
Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang
terdalam kemahiran lisan.Terdapat beberapa fungsi bagi
kemahiran mendengar, antaranya ialah :
Dapat menguasai kemahiran lain
Sebagaimana yang kita semua ketahui, kemahiran yang paling
penting berbanding kemahiran-kemahiran lain ialah kemahiran
mendengar. Untuk menguasai kemahiran lain seperti bertutur,
membaca dan juga menulis, individu tersebut perlulah menguasai
kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat
kuasai apa yang didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara
menyebut nama haiwan tersebut secara automatik pada peringkat
yang seterusnya individu tersebut dapat mempelajari cara bertutur
apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila individu
tersebut dapat bertutur seterusnya individu tersebut dapat
mempelajari kemahiran membaca dan seterusnya ke peringkat
menulis.
Dapat berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran bertutur diistilahkan sebagai keiatan melafazkan bunyi-
bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator)
manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa. Ini bermakna apabila individu dapat menguasai
kemahiran mendengar, individu tersebut dapat mentafsirkan apa
yang didengarnya dan bertindak memberi respon. Sebagai contoh
apabila individu ditanya sama dia telah makan ataupun belum,
apabila individu tersebut mendengar apa yang diujarkan
kepadanya individu tersebut akan mula mentafsir dan memahami
apa yang diujarkan kepadanya. Setelah memahami apa yang
diujarkan secara tidak langsung individu akan bertindak balas
dengan menjawab soalan yang diajukan kepadanya itu. Ini secara
tidak langsung berlakunya interaksi antara si pendengar dan juga
penutur.
Fungsi Kemahiran Bertutur.
Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita
mengetahui fungsi kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan
membantu kita menyusun ujaran kita dengan lebih baik serta
memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks
pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi
dalam kemahiran bertutur antaranya adalah seperti berikut :
Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan
maklumat
Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan
di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan
sesuatu perkara kepada pendengar. Ini menunjukkan tugas kita
sebagai penutur adalah untuk memperjelas maklumat yang
hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk
diingati. Bagi mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga
perkara yang terdapat dalam ujaran bermaklumat. Antara perkara
tersebut ialah memberitahu pendengar perkara yang akan
perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara tersebut serta
menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi,
melalui objektif.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
bermatlamatkan supaya murid berbincang serta berkongsi
pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan
dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah
amat penting kerana mempunyai perkaitan yang rapat dengan
peranan guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat serta ilmu
pengetahuan terhadap murid-murid. Untuk menyampaikan
maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan
ialah dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik
perhatian pendengar serta membuatkan mereka hendak terus
mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi penting
ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu
sama lain. Selain itu, penutur seharusnya menggunakan bahasa
secara natural serta tidak bersifat emotif serta kurangkan
penggunaan bahasa yang bersifat terlalu terlalu teknikal dan
berbunga-bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan gambar,
rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu bagi
menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di samping
dapat mengukuhkan isi penting yang disampaikan.
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi membawa pengertian
kepada ujaran penutur yang mengkehendaki pendengar
mengubah persepsi ataupun fikirannya mengenai sesuatu perkara
atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah bagi membuat
keputusan mengenai sesuatu perkara. Seseorang guru perlulah
mempunyai kemahiran mempengaruhi yang tinggi terhadap murid-
muridnya terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Ini penting kerana untuk mempengaruhi serta
mendorong murid untuk terus belajar serta melakukan semua
aktiviti yang diarahkan bukan satu tugas yang mudah.

Dua perkara penting yang berkaitan dengan bertutur yang


berfungsi untuk mempengaruhi ialah dengan memastikan
kehendak serta keperluan pendengar. Hal ini penting untuk
memotivasikan pendengar melakukan sesuatu tindakan dan ia
perlu disertakan dengan alasan yang munasabah serta menepati
keperluan pendengar. Menurut ahli psikologi berpendapat bahawa
keperluan manusia terbahagi kepada beberapa kategori. Kategori
yang dimaksudkan ialah psikologi, keselamatan, dimiliki dan
disayangi, sanjungan kendiri dan juga keupayaan kendiri.
Seterusnya, perkara yang kedua yang ditekankan ialah
menyediakan hujah yang relevan. Bagi mencapai matlamat
bertutur untuk mempengaruhi pendengar terhadap sesuatu , maka
penutur terlebih dahulu perlu bersedia dengan pendapat yang
relevan. Bagi mengemukakan pendapat yang releven, ia
memerlukan kemahiran serta pengalaman. Guru yang
berpengalaman biasanya tidak menghadapi masalah dalam
memberi hujah, fakta dan alasan untuk mempengaruhi dan
memotivasikan murid mereka. Ini menunjukkan kepakaran
seseorang guru dalam bidangnya membolehkan mereka
memperjelas fakta serta mencadangkan sesuatu yang baik.
Bertutur menimbulkan keseronokan.
Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau santai merujuk
kepada pertuturan menyebabkan pendengar seronok dan terhibur.
Fungsi pertuturan untuk menimbulkan keseronokan atau santai
adalah tujuan sampingan kepada peranan yang sebenar. Bertutur
dapat beri kelebihan kepada pihak penutur serta pendengar iaitu
pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih terhadap
penutur yang dapat menghiburkan mereka. Melalui pertuturan ini,
penutur boleh memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran
kritis dan penghayatan, nilai murni melalui aktiviti bertutur
sebagaimana yang terkandung dalam HSPBMSR. Berfungsi
sebagai alternatif mewujudkan perhubungan
Bagi tujuan sosial, murid haruslah dilatih bertutur melalui fungsi ini.
Fungsi ini amat penting dalam kehidupan seharian manusia untuk
membantu seseorang tersebut hidup dalam masyarakat dengan
selesa serta mesra. Dalam hal ini, penekanan utama adalah
diberikan terhadap pengucapan bertatasusila bagi menjamin
keharmonian perhubungan serta perpaduan dalam masyarakat.
Antara contoh pengucapan yang bertatsusila yang dimaksudkan
adalah melahirkan rasa simpati terhadap orang lain. Ini merupakan
salah satu objektif yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan melalui
kemahiran bahasa ini murid akan dapat menghayati serta
mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan
juga kewarganegaraan. Contoh lain ialah dapat menumpang
kejayaan, menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
dan lain-lain lagi.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat secara definisinya ditakrifkan sebagai had yang dicapai
dalam sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yang dicapai;
tingkat kemajuan; tahap dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua :
2008). Secara umumnya, kemahiran mendengar dalam peringkat
penguasaan terdiri daripada tiga tahap. Peringkat penguasaan
yang dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid-murid sebelum mengamalkannya. Dalam erti
kata yang lain, murid-murid perlu menguasai setiap tahap dalam
kemahiran mendengar dan juga bertutur sebelum dilabelkan
sebagai mahir. Seterusnya, perbincangan mengenai peringkat
penguasaan ini dimulakan dengan kemahiran mendengar barulah
diikuti dengan peringkat penguasaan kemahiran bertutur.
(Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007 :
40) menjelaskan bahawa peringkat penguasaan kemahiran
mendengar meliputi tiga tahap iaitu merangkumi murid-murid yang
mempelajarinya serta guru-guru yang mengajar. Secara
khususnya, murid-murid perlu menguasai dua peringkat kemahiran
mendengar.
Peringkat pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta
membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama dengan
contohnya.
b-p bagi dan pagi
d-l dari dan lari
s-t beras dan berat
g-k gali dan kali

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu memahami bunyi bahasa


yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa, ayat. Dengan itu,
pemahaman mengenai bunyi bahasa adalah dipengaruhi oleh
pengetahuan, pengalaman budaya serta sikap murid-murid yang
bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk memastikan murid-murid
memahami bunyi bahasa murid seharusnya mempunyai
pengetahuan mengenai sistem bahasa yang didengar. Seterusnya
ialah pengetahuan mengenai situasi berlakunya pertuturan yang
didengar serta pengetahuan sedia ada seperti fakta serta budaya
bahasa yang didengar serta cara bahasa tersebut digunakan.

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan


perkembangan murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali
sebagai peringkat awal. Peringkat ini melibatkan beberapa
kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid. Antara
kemahiran mendengar tersebut ialah mengecam, mengajuk serta
memilih bunyi seperti bunyi binatang. Selain itu, kemahiran-
kemahiran mendengar yang lain iaitu mendengar dan mengecam
makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta melakukan sesuatu
yang disuruh. Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak
balas terhadap soalan-soalan mudah serta mengingat dan
memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran
mendengar yang perlu dikuasai ialah mengecam serta mengingat
fakta serta butiran secara tepat dan terperici. Selain itu, murid juga
perlu mengenal maklumat khusus, mengesan urutan serta
mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di samping itu,
pada peringkat ini, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai
ialah mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dan
juga mengenal sikap serta perasaan yang bercakap.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat ketiga,peringkat
maju yang melibatkan tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran
pertama ialah mengenal isi-isi penting. Ini perlu bagi mengetahui
apa yang tersirat apa yang didengari. Seterusnya, kemahiran
mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta
kemahiran memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran
lain pada peringkat ini juga ialah mentafsir maksud orang yang
bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta
mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Kemahiran
terakhir yang perlu dikuasai dalam peringkat maju iaitu mentafsir
tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga


melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
dan guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
supaya berjalan dengan lancar. Terdapat tiga peringkat dalam
perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pra
mendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas
mendengar. Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra
mendengar seperti memberi tugasan atau soalan kepada murid
sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang
menyeluruh atau penerangan yang ringkas mengenai apa yang
hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas mengenai
tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik
serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan
murid bersedia untuk menjalankan aktiviti.
Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah
memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap
bahan rangsangan dan juga mengatasi sebarang gangguan atau
masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti dijalankan.
Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah
memberi jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid
mengenai bahan rakaman yang didengar dan memberi penekanan
kepada aspek-aspek penting dalam bahan rakaman. Seterusnya,
memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat
pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang
bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.

PERINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku
dalam tiga peringkat iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan
juga peringkat maju. (Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid,
Mashudi Bahari, 2007:44) menjelaskan setiap peringkat
penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh
murid-murid.
Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid
perlu menguasai sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang
perlu dikuasai ialah melafazkan pengucapan bertatasusila,
mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar dan menyoal
untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau
kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-
soalan mudah berdasarkan situasi tertentu. Kemahiran selanjutnya
yang perlu dikuasai ialah dengan mengemukakan soalan-soalan
mudah berdasarkan situasi yang tertentu,dapat bertindak terhadap
soalan-soalan mudah.
Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai
sepuluh kemahiran yang terdiri daripada kemahiran melakukan
deskripsi mengenai objek atau gambar, bercerita berdasarkan satu
siri gambar atau gambar bersiri, mendeskripsikan pengalaman
atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk
melakukan sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai
ialah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan
mudah, menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi
seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di
rumah dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah mengambil
bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan,
memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua


belas kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran
tersebut adalah dapat mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek,
permainan, proses dan sebagainya. Peringkat maju ini, murid
seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat pandang
atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam
perbincangan, perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk
mendapatkan maklumat juga merupakan antara kemahiran yang
biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan
proses, kejadian, prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau
hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau syarahan juga
adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid
mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar, dan sebagainya serta mengambil
bahagian dalam drama atau lakonan juga antara kemahiran
peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran
menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik
cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
PENYEDIAAN PENGAJARAN HARIAN YANG MENGANDUNGI
KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU
DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Tarikh : 12 November 2011.


Masa : 7.40 – 8.40 ( 60 minit )
Tahun : 5 Dahlia.
Bilangan Murid : 35 orang.
Tema : Cerita Binatang dan Pahlawan.
Tajuk Pelajaran : " Sang kancil Dengan Buaya "
Objektif Eksplisit:
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Menyenarai dan menyusun lima isi penting mengikut
urutan cerita yang terdapat dalam bahan bacaan yang
telah dibaca.
ii. Menceritakan semula cerita yang telah didengar.
iii. Membaca tiga daripada lima ayat tunggal yang
dicatatkan dipapan tulis dengan sebutan dan intonasi
yang betul.

Fokus Utama:
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa/puisi) termasuk e-
mel yang mudah,
Menarik dan bermakna.
Aras 1 : Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber
berdasarkan tajuk.
Fokus Sampingan :
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan
dan intonasi yang
baik dan jelas
Aras 2 : Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan peristiwa
yang dialami
menggunakan pelbagai jenis pola ayat.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang
betul dan memahami apa yang dibaca.
Aras 1 (i) : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung
ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah biasa mendengar dan
membaca cerita-cerita binatang daripada pelbagai sumber
Sistem Bahasa :
i. Tatabahasa : ayat tunggal.
ii. Kosa kata : tekad, juara.
Pengisian Kurikulum :
i. Ilmu : Sains dan Matematik.
Ii Nilai murni : hormat-menghormati, kesederhanaan.
Kemahiran Bernilai Tambah :
i. Kemahiran berfikir : membanding dan membeza.
ii. Belajar cara belajar : mengumpul maklumat.
iii. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal,
muzik dan kinestetik.
iv. KMD : strategi mengatasi cabaran.
Isi Pelajaran :
i. Cerita Sang Kancil Dengan Buaya.
ii. Ayat tunggal.
iii. Kosa kata.
Bahan Bantu Mengajar :
i. Kad teka-teki.
ii. Gambar bersiri.
iii. Pita rakaman.
iv. Kad ayat.
v. Topeng.
vi. Carta bacaan dan
vii. Carta
Langkah
Aktiviti Pengajaran
& Isi Pelajaran Catatan
Dan Pembelajaran
Masa

Set Guru menunjukkan Guru menunjukkan Kad gambar


Induksi gambar sang gambar sang kancil dan
(5 minit) kancil dan buaya buaya
(Gambar) Murid meneka tajuk cerita
Murid meneka berdasarkan gambar yang
tajuk cerita . ditunjukkan.
Iaitu cerita Sang
Kancil dan
Sang Buaya.

Langkah Murid melihat Guru menunjukkan - CD Sang


1 cerita Sang Kancil rakaman cerita Sang Kancil dan
( 10 dan Buaya. Kancil dan Buaya. Buaya.
minit ) Hikayat Sang Murid melihat tayangan .
Kancil dan Buaya - tsebut. - Carta
YouTube.flv Guru mengedarkan bacaan.
petikan cerita Sang Kancil
dan Buaya. - Nilai murni:
Guru membimbing murid Hormat-
membaca dengan sebutan Menghormat
dan intonasi yang betul. i,
Kesederhan
Guru membimbing murid aan
menceritakan semula - Penilaian
cerita yang telah dibaca HP 5.1,
dengan menggunakan Aras 1(ii)
pelbagai ayat. dan
HP 2.1, Aras
2 (i).

Langkah Petikan cerita Guru Carta bacaan.


2 Sang Kancil bersoaljawab
( 10 dan Buaya. mengenai isi - Nilai murni:
minit ) Soalan Guru: cerita dan Hormat
menerapkan menghormati.
1. Siapakah nilai murni.
yang paling - KMD:
cerdik Guru Strategi
berdasarkan membimbing mengatasi
cerita ini? murid mencari
2. dan
Bagaimanakah menyusun
Sang Kancil isi-isi penting
menipu cerita yang
Buaya? telah dibaca.

3.
Bagaimanakah
startegi Sang
Kancil untuk
menyeberangi
sungai itu.

Langkah Membanding Guru - Kemahiran


3 dan membeza membimbing berfikir:
( 10 sifat-sifat Sang murid Membanding
minit ) kancil dan membanding Membeza.
Buaya. dan membeza
sifat Sang - Alat berfikir:
Kancil dan Borang
Buaya secara Pengurusan
kumpulan Grafik
dengan
- Penyerapan
menggunakan
ilmu: Sains.
boring
pengurusan - Kemahiran
grafik. interpersonal.
- Ketua - Kemahiran
kumpulan mengumpul
melaporkan maklumat.
hasil
perbincangan
mereka.

Langkah Penyerapan Guru Kad ayat.


4 Tatabahasa membimbing Carta bacaan.
( 10 (Ayat Tunggal) murid
minit ) membaca TKP:
memberi erti ayat tunggal verbal-linguistik
kosa kata: yang
tekad dan disediakan
juara. pada kad
ayat.

Guru
membimbing
murid mencari
ayat tunggal
yang terdapat
dalam carta
bacaan.

Guru
membimbing
murid
membina ayat
tunggal
sendiri.

Guru
membimbing
murid untuk
memberi erti
kosa kata
yang
disediakan.

Langkah Latihan: Guru meminta Penilaian:


5 murid membuat HP 10.1,
( 10 Kumpulan A: tugasan Aras 1 (i).
minit ) Menyenarai mengikut
dan kumpulan
menyusun masing-masing.
mengikut
urutan lima isi Guru
penting membimbing
daripada murid membuat
petikan. tugasan
mengikut
Kumpulan B: kumpulan.
Menyenarai
dan
menyusun
mengikut
urutan tiga isi
penting
daripada
petikan.
Memadan
empat isi
penting
dengan
gambar
bersiri.

Pengayaan :
Guru meminta murid membanding dan membeza antara
cerita "Sang Kancil dan Buaya" dengan cerita "Kancil dan
Buaya" dengan menggunakan borang pengurusan grafik.

Pemulihan :
Murid menceritakan semula cerita "Sang Kancil Dan
Buaya".

Penutup Lagu "Sang Guru Topeng Sang


( 5 minit Kancil dan membimbing Kancil dan
) Buaya.” murid menyanyi Buaya.
- Rumusan isi lagu "Sang
pelajaran. Kancil Dan Nilai murni:
- Penerapan Buaya" dengan hormat
nilai murni. diiringi muzik menghormati.
dan disertai
TKP:
dengan gerak
muzik dan
tangan dan
kinestetik.
badan.

Guru
membimbing
murid
merumuskan isi
pelajaran dan
menerapkan
nilai murni yang
terdapat dalam
cerita tersebut.

D I C ATAT O L E H   A M I R O S YAT I B T B A S H A H D 2 0 1 0 2 0 4 5 7 3 6   D I   0 1 : 5

Anda mungkin juga menyukai