Anda di halaman 1dari 16

TEMA : PENDIDIKAN

TAJUK: Perkembangan Pencapaian Subjek Grafik Berkomputer Spm Dari Tahun 2010
Hingga 2015 Di Smk Zainab (2).

PENGENALAN:

Apa yang di maksud dengan ‘pendidikan’? Secara umum, pengertian pendidikan


adalah suatu proses pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekumpulan
manusia yang diwariskan dari satu generasi ke generasi selanjutnya melalui pengajaran,
pelatihan, dan penelitian. Pendidikan yang berunsurkan teknologi moden berkomputer telah
dilaksanakan di kebanyakan sekolah di Malaysia bagi memastikan generasi muda tidak
tertinggal di belakang dalam perkembangan teknologi inii.

Subjek Grafik Berkomputer ini merupakan salah satu subjek pilihan kepada pelajar
SMK Zainab (2). Kelas ini dinamakan kelas Grafik Berkomputer. Makmal Grafik
Berkomputer terletak di bahagian atas BLOK D. Makmal Grafik Berkomputer ini
mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti komputer, printer dan tepat yang sesuai
untuk pelajar menyiapkan tugasan dan meneruskan PDP seperti kelas-kelas lain. Subjek
Grafik Berkomputer di SMK Zainab (2) sering menonjolkan bakat-bakat pelajar yang
berkebolehan dalam menyiapkan tugasan yang ditugaskan dalam masa yang singkat dan
penghasilan produk yang menarik.Pelajar-pelajar dari kelas ini juga amat penting untuk
menghias sesuatu majlis sekolah seperti dari segi bantingnya, kad jemputan dan hiasan dewan
juga turut dibantu oleh pelajar –pelajar ini kerana mereka mempunyai kelebihan dalam
memeriahkan lagi majlis yang diadakan oleh pihak sekolahii.

Saya memilih tajuk ini kerana untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
Grafik Berkomputer. Subjek Grafik ini mampu menghasilkan murid yang berpengetahuan
tentang kaedah dan proses penghasilan produk grafik serta berkebolehan untuk menghasilkan
produk grafik yang menarik dan berkualiti menggunakan peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi. Pengalaman yang diperolehi melalui mata pelajaran ini membolehkan pelajar
terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan penerbitan dan pengiklananiii.

Subjek Grafik Berkomputer ialah salah satu mata pelajaran vokasional yang
ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata pelajaran ini
ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era
teknologi maklumat dan komunikasiiv.
Kesemua mata pelajaran vokasional menggunakan pendekatan modular dalam proses
pengajaran dan pembelajannyav. Kepelbagaian dalam program yang disediakan harus
ditemani dengan kepelbagaian dalam sistem pentaksirannya. Untuk menjadikan mata
pelajaran vokasional ini lebih bermakna sistem pentaksiran yang umumnya berbentuk linear
tidak sesuaivi.

Mata pelajaran vokasional ini memerlukan satu sistem pentaksiran yang fleksibel ,
individualised dan boleh mempertingkatkan pembelajaran.Tanpa sistem ini, pembelajaran
dalam mata pelajaran Vokasional akan saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam
mata pelajaran akademik.

Fleksibel ialah merujuk kepada waktu atau masa pentaksiran dilakukan. Murid
mempunyai kadar pembelajaran yang berbezavii.Jika diberi masa dan peluang , mereka
berupaya mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Proses pentaksiran ini tidak
tertakhluk kepada jadual waktu peperiksaan yang rigid tetapi dilakukan apabila murid sudah
bersedia.

Individualised pula terbagi kepada individu dan bukan berkumpulan. Ini boleh
dilakukan kerana murid dan pentaksiran jelas tentang tahap yang perlu dicapai. Hasilnya,
skor pencapaian penguasaan peribadi boleh diberi tanpa membuat perbandingan dengan
murid lain.
KELEBIHAN-KELEBIHAN SUBJEK GRAFIK BERKOMPUTER

Kelebihan yang diperoleh apabila murid menceburi subjek Grafik Berkomputer ialah
dapat membina asas pengetahuan untuk menghasilkan produk Grafik Berkomputer. Produk
Grafik Berkomputer ialah seperti gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi,
nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta,lukisan kejuruteraan atau imej lainviii.

Selain itu, dengan menceburi bidang Grafik Berkomputer, murid dapat memupuk
kesedaran terhadap kepentingan kreativiti dan profesionalisme dalam bidang kerjaya grafik
berkomputer. Setiap murid yang menceburi bidang ini akan dapat meningkatkan kreativiti
dalam seni lukisan mahupun lakaran.

Seterusnya, dengan menggunakan pengurusan grafik sebagai salah satu cara


pembelajaran dan pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan
lebih berkesan, dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini adalah kerana
melalui penggunaan pengurusan grafik, tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran
lebih jelas,tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan. Dapat
memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif dan menjadikan kandungan pelajaran lebih
bermakna.

Selain itu, subjek Grafik Berkomputer ini mampu menyampaikan sesuatu konsep
yang kompleks secara visual dan juga dinamik ix. Hal ini demikian kerana, proses membuat
hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu yang kompleks akan lebih mudah untuk dipetakan
ke dalam minda pelajar dan hal ini akan turut membantu pelajar dalam memahami sesuatu
perkara.

Seterusnya, dengan menggunakan grafik, akan memudahkan untuk penyebaran


maklumat dengan lebih menarik. Sebagai contoh SMK Zainab (2) mempunyai laman muka
buku info grafik yang mengandungi setiap laporan mingguan mengenai peristiwa dan majlis
yang diadakan di sekolah inix.
USAHA-USAHA PIHAK SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN
SUBJEK GRAFIK BERKOMPUTER DARI TAHUN 2010 HINGGA 2015

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian
subjek Grafik Berkomputer SPM dari tahun 2010 hingga 2015 ialah dengan menjadikan
subjek grafik sebagai kebitaraan sekolah. Kebitaraan sekolah bermaksud keistimewaan atau
keunikan yang mampu dikuasai dan difahami oleh seluruh pelajar di sesebuah sekolah.
Melalui temubual saya dengan seorang guru cemerlang MPV iaitu Pn. Cik Ku Fatimah Binti
Cik Ku Yen pada 3 Mac 2020 di Makmal Grafik Berkomputer. Apa yang diperkatakan beliau
ialah , beliau menerima surat pada tahun 2015 dari SMK Puteri untuk menghantar seorang
pelajar cemerlang Grafik Berkomputer untuk mempersembahkan pamerannya seperti produk-
produk yang direka sendirian berhad oleh pelajar tersebut. Contohnya seperti kad, flyers,
baju koprat dan lain-lain yang menunjukkan kreativiti seseorang dalam penghasilan sesuatu
produk. Jelas terbukti, dengan menjadikan subjek Grafik Berkomputer sebagai kebitaraan
sekolah, dapat meningkatkan pencapaian subjek Grafik Berkomputer pada tahun 2015.

Selain itu, pihak sekolah juga haruslah sentiasa menyokong dan memberikan peluang
kepada pelajar Grafik Berkomputer dengan sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk
mengadakan program seperti Program tahunan iaitu Pameran Grafik Berkomputer yang
sentiasa diadakan setiap tahun untuk menunjukkan hasil pembelajaran mereka selama 2 tahun
berkaitan dengan subjek Grafik Berkomputer inixi. Pameran grafik ini bermula dengan tahun
2010 sehinggalah ke hari ini. Pameran ini diwarisi dari turun temurun untuk menujukkan
hasil yang mereka peroleh semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Antara produk
yang mereka pamerkan semasa pameran tersebut ialah seperti kad, flyers, bunting, baju
koprat yang direka oleh mereka sendiri, kalendar dan sedikit sebanyak cenderahti yang direka
dan dihiasi oleh mereka sendiri.

Seterusnya, pihak sekolah juga turut bekerjasama dengan agensi lain untuk
meningkatkan kemahiran pelajar grafik. Sebagai contoh , pada tahun 2013 , SMK Zainab (2)
telah dijemput oleh Digimarc Network & Excel Trading untuk menghantar pelajat terpilih
untuk terlibat dengan bengkel fotografi bersama seorang pengiat seni dari Indonesia iaitu
Rarindra Prakarsaxii. Beliau adalah seorang jurufoto yang terkenal di Indonesia. Pelajar-
pelajar SPM yang terpilih pada tahun itu amat bertuah kerana berpeluang untuk belajar
fotografi 2 hari bersama beliau yang mempunyai pengalaman dan teknik atau cara mengambil
gambar dengan lebih menarik. Sehubungan dengan itu, pelajar ini juga mendapat sumbangan
dari koperasi untuk membayar yuran bengkel tersebut. Oleh itu, memang amat bertuah
pelajar kita kerana dapat belajar serba sedikit ilmu mengambil gambar sehebat beliau dan
sumbangan dari pihak koperasi sekolah itu. Dengan menyertai bengkel tersebut , pelajar-
pelajar dapat menerapkan ilmu yang diberinya dalam menghasilkan produk yang lebih baik
untuk pameran dan boleh menggunakan maklumatnya untuk menjawap soalan peperiksaan
subjek Grafik Berkomputer.

Seterusnya, pihak sekolah juga turut bekerjasama dalam merealisasikan dokumentasi


sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah menugaskan pelajar dari kelas Grafik Berkomputer
untuk menjadi jurufoto di setiap majlis yang diadakan. Menurut kajian saya melalui internet
di laman muka buku Info Grafik SMK ZAINAB (2), pelajar dari kelas Grafik berkomputer
iaitu Afiq Safwan Bin Mohd Abdul Hadi ditugaskan oleh pihak sekolah untuk menjadi
seorang jurufoto untuk Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Zainab (2) pada tahun
2012xiii. Beliau juga menjadi jurufoto untuk gimik perasmian Bulan Bahasa pada tahun 2014.
Beliau juga turut mereka banting untuk Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar pada tahun 2013.
Dengan pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari kelas Grafik
Berkomputer, pelajar-pelajar ini akan lebih terdedah dengan cara mahupun teknik yang betul
untuk mendapatkan gambar yang menarik. Jelaslah terbukti, gambar yang diambilnya adalah
menarik kerana dia belajar di dalam kelas grafik tersebut.

Di samping itu, pihak sekolah juga turut mengambil inisiatif dengan mengadakan
kelas tambahan grafik berkomputer bermula pada awal bulan 3xiv. Kelas tambahan subjek
Grafik Berkomputer merupakan kelas yang terawal mengadakan kelas tambahan. Hal ini
adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menghabiskan silibus subjek ini dalam
masa yang terdekat. Dengan menghabiskan silibus pada bulan-bulan awal, pelajar-pelajar ini
boleh menggunakan masa selebihnya untuk memulakan dan menyediakan bahan atau produk
untuk dipamerkan semasa hari pameran yang diadakan setiap tahun xv. Kelas tambahan ini
dikendalikan oleh guru cemerlang subjek Grafik Berkomputer. Dengan adanya guru
cemerlang, pelajar akan lebih banyak menerima ilmu-ilmu yang penting berkaitan grafik
kerana beliau seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang grafik in

Selain itu, pihak sekolah juga turut menjemput penceramah motivasi yang melibatkan
subjek Grafik Berkomputerxvi. Dengan adanya ceramah motivasi lebih-lebih lagi berkait rapat
dengan subjek Grafik Berkomputer tentang kelebihan-kelebihan subjek grafik, pelajar akan
lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan menceburi bidang grafik dengan
lebih mendalam. Di dalam ceramah motivasi tersebut, biasanya diselitkan kelebihan-
kelebihan yang akan diperoleh oleh pelajar melalui subjek grafik ini contohnya seperti boleh
membuat freelance semasa menunggu keputusan SPM diumumkan. Hal ini akan seterusnya
menambahkan pendapatan murid-murid. Kelebihan subjek grafik juga ialah membolehkan
murid-murid mereka produk sendiri tanpa perlu mengupah orang lain yang akan
menyebabkan menggunakan kos yang sangat besar. Oleh itu, denga adanya ceramah motivasi
berkaitan subjek grafik, murid-murid ini akan lebih bersemangat untuk lebih menceburi
bidang ini.

Seterusnya, pihak sekolah juga turut menghantar murid-murid untuk terlibat dalam
pertandingan multimedia di UNISZA pada tahun 2013. Perkara ini diperkatakan oleh Nashrik
Bin Razali yang merupakan calon SPM pada tahun 2011 semasa temubual saya dengannya
pada 10 Mac 2020. Beliau mengatakan bahawa mereka diarahkan untuk membuat ‘script
writing’ yang paling menarik dan bermaklumatxvii. Pemenang akan dipilih berdasarkan
kreativiti seseorang dalam menulis skrip. Pada tahun tersebut, salah seorang dari murid SMK
Zainab (2) berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ‘script writing’ itu. Manakala
pihak sekolah SMK Zainab (2) juga turut menganjurkan pertandingan mereka banting
bertemakan antidadah peringkat sekolah SMK Zainab (2). Pemenang akan mendapat hadiah
daripada pihak guru Grafik Berkomputer. Dengan adanya pertandingan seperti ini, murid-
murid akan lebih berinovatif dan semakin kreatif untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Pihak sekolah juga akan membawa murid-murid Grafik Berkomputer melawat


pameran di Universiti yang menganjurkan pameran Grafik Berkomputer.Pameran ini
mempersembahkan produk-produk yang direka khas oleh mereka. Antara produk yang
mereka reka ialah seperti kad, flyers, baju koprat dan lain-lain .Semua produk itu dihasilkan
oleh mereka sebagai satu tugasan untuk menampung markah peperiksaan mereka. Melalui
temubual saya dengan seorang murid cemerlang subjek Grafik Berkomputer iaitu Nurul
Bahirah Binti Mohd Shariff yang merupakan calon SPM pada tahun 2014. Beliau
berpendapat bahawa dengan membawa murid-murid ini ke pameran tersebut, mereka akan
memperolehi lebih banyak idea untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih menarik dan lebih
kreatif daripada mereka iaitu mahasiswa dan mahasiswi di universiti tersebut.

Di samping itu, pihak sekolah juga menyediakan perpustakaan yang dilengkapi


dengan semua jenis buku. Buku bahagian grafik juga terdapat di perpustakaan itu. Dengan
adanya bahan bacaan seperti majalah dan sebagainya, pelajar akan mudah untuk
menyelesaikan tugasannya melalui panduan buku yang ada di situ. Di dalam buku-buku
tersebut mempunyai pelbagai teknik dan cara untuk menyediakan produk-produk mereka
sendiri seperti flyers, kad dan baju koprat yang lebih kreatif yang akan dipamerkan pada hari
pameran itu berlangsung. Menurut temubual saya dengan bekas guru penasihat pengawas
perpustakaan SMK Zainab (2), Wan Nor Azah Binti Abdul Aziz, beliau mengatakan bahawa
dia akan wajib membeli buku-buku berkaitan subjek Grafik Berkomputer di Pesta Buku
Kelantan setiap tahun. Buku-buku itu dibeli untuk memudahkan mereka untuk membuat
rujukan mengenai grafikxviii.
IMPAK DARIPADA USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN SUBJEK GRAFIK
BERKOMPUTER SPM .

Antara impak yang diperolehi oleh pihak sekolah daripada usaha yang dijalankan
ialah murid-murid bekas murid kelas Grafik Berkomputer berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti awam. Mereka ialah yang sentiasa mengikuti program, khursus, dan sebagainya
yang melibatkan subjek grafik. Mereka menggunakan pengalaman dan idea yang mereka
peroleh untuk mereka gunakan dalam peperiksaan sehingga kebanyakan daripada mereka
mendapat keputusan yang cemerlang antaranya A dan A- sahaja.

Pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Grafik Berkomputer berpeluang untuk


melanjutkan pelajaran ke IPTA terutama UITM dalam bidang Diploma Seni Lukis dan Seni
Reka. Dengan kemahiran MPV Grafik Berkomputer yang dipelajari di sekolah banyak dapat
membantu pelajar-pelajar ini lebih cemerlang di universiti atau mana-mana institusi yang
menawarkan bidang grafik.

Antara murid yang berjaya bergelar mahasiswi ialah seperti Nurul Bahirah Binti
Mohd Syariff yang kini berumur 23 tahun. Beliau merupakan calon SPM pada tahun 2014.
Kini, beliau sedang mengambil jurusan pereka fesyen. Menurut temubual saya dengan guru
cemerlang Mpv iaitu Pn Cik Ku Fatimah Binti Cik Ku Yen, beliau mengatakan bahawa ,
Nurul Bahirah merupakan seorang pelajar yang cemerlang pada tahun tersebut iaitu pada
tahun 2014. Beliau merupakan seorang yang sopan santun dan sentiasa menghormati dan
guru-guru dan keluarganya. Beliau juga salah seorang pelajar yang mendapat keputusan A
untuk subjek Grafik Berkomputer.

Seterusnya, Nur Shahira Amira Binti Zul juga merupakan salah seorang pelajar Grafik
Berkomputer yang berjaya bergelar mahasiswi di UITM Seri Iskandar jurusan Bachelor of
Art And Design ( Media dan Digital). Beliau kini berumur 23 tahun . Beliau merupakan calon
SPM pada tahun 2013. Beliau juga mendapat keputusan A- untuk subjek Grafik
Berkomputer.

Di samping itu, antara pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang pada tahun
2013 untuk subjek Grafik Berkomputer dengan keputusan A ialah Afiq Safwan Bin Mohd
Abdul Hadi. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran di UITM Seri Iskandar dalam jurusan
Diploma Graphic Media & Digital selama 2 tahun setengah . Beliau berpeluang melajutkan
ijazahnya dalam jurusan yang sama di UITM yang sama seperti diploma selama 2 tahun.
Beliau seorang yang sangat berpengalaman antaranya ialah , beliau diupah untuk menjadi
“backup photographer weeding” pada tahun 2011-2012. Pada tahun 2013-2015 pula, beliau
menjadi jurufoto untuk bola sepak Kelantan.Beliau juga seorang freelance dan sentiasa
bersedia menerima sebarang kerja grafik jika dia mempunyai masa dan ruang yang
lapang.Hal ini dapat menampung serba sedikit kehidupannya.

Selain itu, antara impak yang diperoleh apabila pihak sekolah berusaha untuk
meningkatkan pencapaian subjek Grafik Berkomputer SPM ialah dapat menjimatkan kos
pihak sekolah. Saya berpendapat sebegini ialah kerana melalui pemerhatian dan kajian saya,
perkhidmatan luar untuk perkhidmatan upahan gimik ialah antara RM200 hingga RM500
satu majlis, banner di luar berharga antara RM100 hingga RM200. Perkhidmatan untuk
jurufoto pula RM100 hingga RM150 satu jurufoto, untuk majlis besar di sekolah , harus
memerlukan 2 jurufoto. Jadi, untuk juruofoto sahaja sudah mencecah RM200 hingga RM300.
Jelasla bahawa, dengan menggunakan perkhidmatan dari luar , menggunakan kos yang
banyak untuk menyempurnakan satu majlis . Oleh sebab itu, jika pihak sekolah dapat
melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membuat gimik, membuat banner, dan mahir
dalam jurufoto, sekolah dapat mejimatkan kos dengan memberi hanya separuh harga kepada
pelajar tersebut.

Seterusnya, dengan adanya usaha pihak sekolah yang sentiasa menyokong dan
meluluskan setiap program yang ingin dilakukan oleh pelajar Grafik Berkomputer seperti
Pameran Grafik yang dianjurkan setiap tahun membolehkan pelajar pelajar menjadikan hasil
produk alumni-alumni itu akan mereka jadikan model untuk mereka hasilkan produk yang
lebih menarik dan kreatif. Hal ini kerana, pada setiap tahun , pelajar diwajibkan menyiapkan
tugasan iaitu membuat produk yang direka sendiri untuk dipamerkan di Pameran Grafik
tersebut.
Dengan adanya pelajar grafik yang telah berjaya mendapatkan keputusan SPM yang
cemerlang, sambil menunggu keputusan kemasukan ke Universiti, pelajar-pelajar ini boleh
dijemput untuk membantu guru-guru melengkapkan majlis dari segi bahagian gimik,
persiapan pentas , montaj dan jurufoto . Jika pelajar-pelajar ini tidak pernah didedahkan
semasa peringkat SPM dahulu , nescaya mereka tidak akan mampu melaksanakan dan
memenuhi permintaan guru-guru tersebut.Kesan daripada kehadiran mereka ke khursus
multimedia, kelas tambahan yang bermula pada bulan 3 dan pelbagai lagi usaha yang pihak
sekolah lakukan untuk mendapatkan impak yang baik pada masa hadapan.

Di samping itu , dengan adanya usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan


pencapaian SPM dalam subjek Grafik Berkomputer , peratusan gred semakin meningkat dari
tahun 2010 hingga tahun 2015.Melalui temubual saya dengan guru Unit Peperiksaan SMK
Zainab (2) Pn Nor Atipah Binti Abdullah , gred purata lulus subjek Grafik Berkomputer
semakin meningkat dari tahun 2010-2015xix. Saya percaya dengan kerjasama pihak sekolah
dalam usaha meningkatkan pencapaian SPM untuk subjek Grafik Berkomputer, pelajar akan
sentiasa dan terus dapat meningkatkan pencapaian subjek grafik ini.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya , esei ini menegaskan tentang perkembangan pencapaian subjek


Grafik Berkomputer secara lebih mendalam. Subjek Grafik ini mempunyai kelebihan-
kelebihan yang tersendiri kepada pelajar-pelajar mahupun guru. Dengan adanya kelebihan
tersebut, pelajar-pelajar akan meminati subjek Grafik Berkomputer dan meneruskannya
sehingga berjaya ke Menara gadingxx. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah haruslah
memainkan peranan penting dengan melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan
pencapaian subjek Grafik Berkomputer SPM. Untuk pengetahuan umum, dengan adanya
usaha pihak sekolah dan bekerjasama dengan pihak yang lain , kita akan memperoleh impak
positif dari gabungan tenanga tersebut. Oleh sebab itu, semua pihak harusla berganding bahu
untuk meningkatkan pencapaian subjek Grafik Berkomputer SPM di Smk Zainab (2).
NOTA HUJUNG
i
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan
ii
Melalui temubual dengan pelajar dari kelas 5 cerdas yang mengambil subjek Grafik Berkomputer
iaitu Putri Nur Diana Bt Mohd Zainudin yang merupakan calon SPM tahun 2020 pada 4 Mac 2020 .

iii
http://ha-na-ni.blogspot.com/2011/02/mpv-grafik-berkomputer-di-sekolah.html
iv
http://grafikberkomputer138.blogspot.com/p/nota.html

v
Risalah Grafik Berkomputer yang dikeluarkan oleh Unit Vokasional, Sektor Pembinaan Ujian
Teknikal & Vokasional pada tahun 2009

vi
Ibid,
vii
Ibid,

viii
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf
ix
Op.cit ., Risalah Grafik Berkomputer
x
https://www.facebook.com/smkzainab2/

xi
Melalui temubual dengan bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2013, Afiq Safwan Bin Mohd
Abdul Hadi pada 6 Mac 2020 yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UITM Seri Iskandar dalam
jurusan Diploma Graphic Media & Digital di Kampung Sungai Budor Kota Bharu, Kelantan

xii
https://www.facebook.com/Bengkel-Fotografi-bersama-Rarindra-Prakarsa-II-
xiii
Melalui temubual dengan bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2013, Afiq Safwan Bin Mohd
Abdul Hadi pada 7 Mac 2020 yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UITM Seri Iskandar dalam
jurusan Diploma Graphic Media & Digital di Kampung Sungai Budor Kota Bharu, Kelantan

xiv
Melalui temubual dengan Guru Cemerlang subjek Grafik Berkomputer SMK Zainab (2) , Pn Cik
Ku Fatimah Binti Cik Ku Yen pada 3 Mac 2020 di Makmal Grafik Berkomputer Smk Zainab (2)

xv
Melalui temubual dengan Guru Cemerlang subjek Grafik Berkomputer SMK Zainab (2) , Pn Cik
Ku Fatimah Binti Cik Ku Yen pada 3 Mac 2020 di Makmal Grafik Berkomputer Smk Zainab (2)

xvi
Melalui temubual dengan bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2011 SMK Zainab (2) ,
Nashrik Razali pada 10 Mac 2020 di Pengkalan Chepa.
Melalui temubual dengan bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2011 SMK Zainab (2) ,
xvii

Nashrik Razali pada 10 Mac 2020 di Pengkalan Chepa.

xviii
Melalui temubual pada 2 Mac 2020 dengan bekas Guru Penasihat Pusat Sumber SMK Zainab (2)
tahun 2009 hingga 2017 iaitu Wan Nor Azah Binti Abdul Aziz.

xix
Melalui temubual dengan guru Unit Peperiksaan , Nor Atipah bt Abdullah pada 29 Mac 2020 di
Bilik Unit Peperiksaan

xx
Melalui temubual dengan Guru Cemerlang subjek Grafik Berkomputer SMK Zainab (2) , Pn Cik
Ku Fatimah Binti Cik Ku Yen pada 29 Februari 2020 di Makmal Grafik Berkomputer Smk Zainab
(2)

BIBLIOGRAFI
1.Wikipedia . Dicapai pada 20 Februari 2020 dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan

2.Google . Dicapai pada 21 Februari 2020 dari http://ha-na-ni.blogspot.com/2011/02/mpv-grafik-


berkomputer-di-sekolah.html

3.Google.Dicapai pada 22 Februari 2020 dari


http://grafikberkomputer138.blogspot.com/p/nota.html

4. Google . Dicapai pada 23 Februari 2020 dari


http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4226/1/ISMAIL_BIN_BASIRON.pdf
5.Risalah Grafik Berkomputer yang dikeluarkan oleh Unit Vokasional, Sektor Pembinaan Ujian
Teknikal & Vokasional pada tahun 2009

6.Temubual :
I. Guru Cemerlang subjek Grafik Berkomputer SMK Zainab (2) , Pn Cik Ku Fatimah Binti
Cik Ku Yen pada 3 Mac 2020 di Makmal Grafik Berkomputer Smk Zainab (2)

II. Bekas Guru Penasihat Pengawas Perpustakaan SMK Zainab (2), Wan Nor Azah Binti Abdul
Aziz di Perpustakaan SMK Zainab (2)

III. Guru Unit Peperiksaan , Nor Atipah bt Abdullah pada 29 Mac 2020 di Bilik Unit
Peperiksaan
IV. Bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2013, Afiq Safwan Bin Mohd Abdul Hadi pada 6
Mac 2020 yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UITM Seri Iskandar dalam jurusan Diploma
Graphic Media & Digital di Kampung Sungai Budor Kota Bharu, Kelantan

V. Bekas pelajar Grafik Berkomputer tahun 2011 SMK Zainab (2) , Nashrik Bin Razali pada
10 Mac 2020 di Pengkalan Chepa.

VI. Pelajar dari kelas 5 cerdas yang mengambil subjek Grafik Berkomputer iaitu Putri Nur
Diana Bt Mohd Zainudin yang merupakan calon SPM tahun 2020 pada 4 Mac 2020 .

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai