Anda di halaman 1dari 9

LANGKAH MEMAJUKAN SUKAN BADMINTON 

Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada
jaminan masa depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus
dilakukan untuk menjamin masa depan mereka. Terutama peluang
pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan
pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili
Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di
samping itu, suatu organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan
atlet Malaysia.

     Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk
membentuk atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-
kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap daerah atau disetiap
negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah.
Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu
seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai
permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan
diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain.Oleh itu, pelajar tersebut
akan memandang serius dalam subjek tersebut.

     Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan.


Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik
pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan
persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah
ditingkatkan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar yang
seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan,
kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan
haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa. 

     Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi


sukan di negara kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian
untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua pihak termasuklah ibu
bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak yang
berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.
Karangan 2.

     Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara


kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau
80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama
peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan
pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini
tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh
dilakukan oleh semua pihak.

      Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama


persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi
apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera.
Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul,
sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang
lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma
masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang
mengutamakan sukan di peringkat global.

      Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada


ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian
latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk
berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini
juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak
untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu.
Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita
menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan
sukan negara.

      Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik,
sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan
stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah
dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini
menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki
oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih
negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan
sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang
berwibawa.

      Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf


dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada
ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang
sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan
kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan
kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih
banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin
bertambahlah mutu ahli sukan kita.

      Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih


berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru
kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini
mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita
dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama
jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan
atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem
latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik
terhadap mutu sukan kita.

      Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan


persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah
konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus
menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang
diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding
jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu
berubah.

CABARAN MEMAJUKAN SUKAN

Ahli-ahli sukan serta pegawai sentiasa mempertahankan sukan sebagai


bidang yang tidak harus dicampuri dengan soal-soal lain, termasuk politik.
Ini adalah pendirian sejagat dan lazimnya hanya pemimpin sukan yang
berpegang teguh kepada prinsip itu akan dihormati oleh mereka yang
terbabit dalam sukan.
Ujian pertama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan
Negara (MSN) di alaf baru ini ialah pelaksanaan Akta Pembangunan
Sukan 1997, satu akta yang amat perlu dan berkesan, jika prinsip dan
pelaksanaannya menepati keperluan sukan negara. Jika akta ini dianggap
sebagai penggerak utama dalam pembangunan sukan, maka ia harus
dilaksanakan secara profesional oleh golongan profesional yang hanya
mempunyai satu agenda - kemajuan sukan.
Buat masa ini, ia seperti sesuatu yang menjadi 'penghalang' kepada
kebanyakan badan-badan sukan. Ini mungkin disebabkan kurangnya
maklumat yang disalurkan ke peringkat akar umbi sukan. Pejabat
Pesuruhjaya Sukan, iaitu pelaksana akta ini, perlu memainkan peranan
membantu persatuan-persatuan nasional menyedari pentingnya akta ini
dan bagaimana ia akan menjadikan badan itu sendiri lebih efektif.
Sebarang tindakan yang kelihatan cuba mengawal dan mengambil alih
pengurusan persatuan-persatuan nasional hanya akan menjejaskan
hubungan KBS dengan badan-badan sukan. Oleh itu, kita amat berharap
pelaksanaan semua prasarana dan kerangka ini sama ada dari segi
persiapan mental atlet, pegawai, kemudahan dan segala peraturan dilihat
dan diberi penekanan demi pembangunan dan kemajuan sukan negara di
alaf baru.

LANGKAH MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA


1. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan
kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai.
Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti
yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika
dahulu. 

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan


sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di
Alor Setar.

2. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh


pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya
menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat
teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti


dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan
penyapu.

3. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini


tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan
pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan


hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di
kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran
terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
PEMBAKARAN TERBUKA
Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )
Pembakaran Terbuka
Pengenalan
Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun
mahupun di negara sedang membangun, masalah pencemaran udara sering berlaku.
Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat
bagi flora dan fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan
rantaian yang mengikut antara satu sama lain. Flora dan fauna mewujudkan ekosistem
yang sejahtera. Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang
kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam
semulajadi di persekitarannya tidak diubah. Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi
kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi
panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula
kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini
berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah
pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia. Fenomena tersebut kian
mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus
menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan
darurat jerebu bermula 11 ogos 2005. Memandangkan masalah ini membawa kesan
buruk kepada penduduk, puncanya perlu perlu dikenal pasti.
Punca-punca pembakaran terbuka
Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa
pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan
tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah
dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar
akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan
pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka. Semua tindakan ini merupakan
punca masalah jerebu. Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia
yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan
keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan
itu,akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang
negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan
penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses
semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan
sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah
dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga.
Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di
bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber
tenaga. Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya
turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya partikel terampai di udara
bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah
pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat
mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada
bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya
sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang
turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.
Kesan-kesan pembakaran terbuka
Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran
udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan
terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak
sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang
alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan
dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk
menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat
jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk,
selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti
peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel
terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang
alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang
keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit
pernafasan akan bertambah , malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang
meninggal dunia.
Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan
teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak
dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari
tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya.
Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan
pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi
pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini
boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada
manusia dan persekitaran.
Langkah-langkah untuk Mengatasinya
Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang
pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh
memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran
udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran.
Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan
mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya
ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya
petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel
sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan
ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.
Kesimpulan
Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk
negara jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk
mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama
untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam
kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan.
Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan pembakaran
terbuka

Anda mungkin juga menyukai