Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Pn.

Maizan Arshad

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Maizan Rafidah bt Arshad diiringi dif-dif kehormat masuk ke
dalam dewan.

Tengah hari yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Pn Maizan Rafidah
bt Arshad, Kaunselor Smk Sungai Pasir Kechil.

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha

Yang Berusaha

Yang Dihormati

Yang Diraikan,

Pn Maizan Rafidah bt Arshad, Kaunselor Smk Sungai Pasir Kechil.

Seterusnya

Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan Pn Maizan Rafidah bt Arshad,
Kaunselor Smk Sungai Pasir Kechil.
Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Abdullah bin Abdul
Rahman.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdullah atas bacaan
doa itu tadi.

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan Pn Maizan Rafidah bt Arshad, sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai seorang kaunselor di SMKSPK.

PERKENALKAN PN MAIZAN RAFIDAH.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan
Pn Maizan Rafidah bt Arshad.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn
Maizan Rafidah bt Arshad, Kaunselor Smk Sungai Pasir Kechil.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru
Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn Maizan
Rafidah bt Arshad,

. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Pn Maizan Rafidah bt
Arshad, Kaunselor Smk Sungai Pasir Kechil. atas ucapan itu tadi.

Biar Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada
kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan
sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu
Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup
istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj.
Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk
menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk
menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Maizan Rafidah bt Arshad,.

atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat
kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran
sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan Pn Maizan Rafidah bt Arshad, bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai