Terdapat beberapa Hasrat yang boleh diberi perhatian dalam mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran bermakna di sekolah :
1. Peruntukan masa yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran iaitu tidak
terlalu lama atau terlalu singkat supaya murid tidak cepat bosan.
2. Penglibatan ibubapa dapat membantu perkembangan anak-anak melalui pembacaan
di rumah, menyediakan suasana persekitaran yang menarik dan bahan bantu belajar
yang mendorong anak-anak belajar di rumah.
3. Penggunaan bahan bantu yang konkrit bagi membantu kanak-kanak membuat
hubung kait pengalaman sedia ada dengan pembelajaran yang baru supaya dapat
meransang perkembangan kanak-kanak serta penglibatan aktif di dalam kelas dapat
diwujudkan.
4. Dalam mewujudkan pembelajaran bermakna, guru haruslah mengaplikasikan
kecanggihan teknologi terkini mengikut perkembangan teknologi semasa kerana
zaman kanak-kanak kini adalah zaman yang penuh dengan kepesatan teknologi
serta dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan kanak-kanak.
5. Menerapkan amalan penilaian dan pentaksiran. Hal ini kerana menjadikan panduan
untuk guru merancang pengajaran harian mengikut perkembangan kanak-kanak dan
juga merupakan kunci kepada pemantapan pengajaran pembelajaran bermakna.