Anda di halaman 1dari 91

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

………………………………………………..
( xxxxxxxxxxxxxxxx )
xxxxxxx

xxxx

1
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya kerja kursus projek Bahasa
Melayu (Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) telah dapat disiapkan
oleh saya dalam waktu yang ditetapkan. Melalui kerja kursus ini saya mendapat banyak
maklumat dan input yang berguna seiring dengan kehendak saya dalam mencari ilmu
pengetahuan mengenai kerja kursus projek Bahasa Melayu ini.

Ketika mula – mula tugasan ini diberi saya berasa tugasan ini amat mencabar
dan sukar untuk saya lakukan. Perkara ini turut ditambah dengan keadaan saya yang
cetek ilmu pengetahuan mengenai tugasan ini. Namun, nasib saya begitu baik sekali,
dengan adanya mata pelajaran ini saya menjadi lebih mahir dalam ilmu berkaitannya.
Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada xxxxxxxxxxxxxx selaku
pensyarah Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah kerana memberi
banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga tidak dilupakan kepada
kawan – kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan serta tunjuk ajar
kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya, tanpa kerjasama dari semua pihak, maka kerja kursus ini
mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kualiti hasil kerja kursus
ini juga mungkin tidak akan memberangsangkan. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih

2
HASIL
PENULISAN

3
1.0 PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah memudahkan pembelajaran


para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza
dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu


mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif
pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi
sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek,
ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul

4
2.0 TEORI HURAIAN BAHASA
Pengajaran bahasa merupakan tugas amali yang kompleks. Hal ini kerana ianya
digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang
berbeza-beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah
mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun
yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep
tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori
analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday).

TEORI – TEORI HURAIAN BAHASA :

5
Rajah diatas menunjuk teori – teori huraian bahasa

2.1 Teori tradisional ( Panini )


Teori huraian bahasa yang pertama yang akan dibincangkan ialah teori
tradisional yang dikonsepkan oleh Panini bermula pada sejak zaman silam Yunani iaitu
abad ke-5 S.M. Tatabahasa pd masa ini adalah salah satu cabang falsafah yg
membantu ahli falsafah mengkaji tabii alam. Teori ini kemudiannya berkembang ke
Eropah pada zaman pertengahan dan seterusnya meresap ke dalam beberapa bahasa
lain. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah Yunani ini adalah
berasaskan logika. Plato (429-437 S.M) telah membahagikan golongan kata kepada
dua iaitu kata nama dan perbuatan. Pembahagian ayat adalah berdasarkan fungsi

6
bahagian ayat tersebut. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran
yang lengkap. Susunan ayat dibuat bertujuan untuk menempatkan bahagian-bahagian
ayat yang berhubung antara satu sama lain. Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai
subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah-istilah seperti aktif, pasif, transitif juga
wujud sebagai akibat kecenderungan untuk mencari kenyataan dan hubungan logika
dalam ayat.

Tatabahasa tradisional dikatakan bersifat nasional iaitu pendirian yang


menganggap ada kategori-kategori bahasa yang universal dan kategori ini dijadikan
asas penggolongan kata dan sebagainya. Di samping itu juga, teori ini dikatakan tidak
mempunyai ‘theoretical framework’ yang memuaskan. Secara ringkasnya teori
tradisional boleh disimpulkan dengan bersifat nasional dan tidak mengikut konsep
formal atau struktur, terdapat campur aduk antara kategori semantik dengan nahu, tidak
mempunyai pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar
untuk menerbitkan pelbagai struktur, tidak mempunyai pemeringkatan atau pemilihan
bahan sama ada gramatikal atau leksikal, berasaskan yang mudah atau yang kompleks
serta kekerapan dan kenyataan butir-butir yang hendak diajar. Dalam teori tradisional
ini, ayat-ayat dibina dengan menggunakan konsep ‘word building’ manakala dalam
menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan
normatif.

Terdapat juga ciri-ciri tertentu tentang huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli
bahasa tradisional. Ahli bahasa zaman ini berpendapat bahawa bahasa dapat
dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berasaskan tatabahasa Yunani dan
Latin. Mereka juga menganggap bahawa bahawa bahasa-bahasa yang terbit di dunia
ini merupakan variasi daripada kedua-dua bahasa tersebut.

Selain daripada itu, teori ini tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan
bahan-bahan pengajaran sama ada bahan-bahan itu gramatik atau leksikon; iaitu
daripada yang mudah kepada yagn lebih rumit. kekerapan dan kebolehan pengajaran
Bahasa menurut teori ini pula adalah suatu organisma iaitu ia hidup dan berubah.
Manakala, bahasa adalah tulisan dan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan adalah

7
bentuk yang tulen dan percakapan merupakan kedua terpenting. Bahasa juga adalah
konvensional, dicipta, dinamik, progresif, dan beragaman mengikut tujuan dan objektif
penggunaannya.

Di samping itu, huraian bahasa pula tidak dibuat berasaskan unsur-unsur


struktural yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Sebaliknya bahasa dibuat berasaskan
anggapan disiplin lain yang tidak ada kaitan dengan bahasa, contohnya falsafah, logik,
epistomologi dan lain-lain. Contohnya dalam huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat
berasaskan tatabahasa tradisional ialah kata nama am. Menurut Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1, 1954 halaman 83, kata nama am didefinisikan sebagai;

‘...... nama yang dipakai bagi menyebut segala benda yang sejenis
(satu aneka) asalkan sama keadaannya dan sifatnya seperti budak,
negeri, kitab.....’

Huraian di atas berbentuk tanggapan, tetapi huraian kata sifat pula berasaskan
fungsi.

..... segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat


sesuatu nama atau perbuatan atau lain-lainnya seperti besar, bodoh,
pandai, segera, selalu.....

(Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, 1954:72)

Kategori tatabahasa ini dirumuskan kepada tiga fungsi iaitu;

i. Kategori utama iaitu golongan kata,


ii. Kategori-kategori sampingan- kala,mood,kasus infleksi, gender dan
sebagainya dan
iii. Kategori-kategori tugas- subjek, predikat, objek dan sebagainya.

Plato (429-397SM) mengemukakan golongan kata itu dibahagikan kepada dua


bahagian iaitu; nama dan perbuatan. Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai
subjek dalam ayat manakala perbuatan merupakan kata yang dapat memberikan

8
gambaran tindakan. Ahli falsafah juga mentafsirkan ayat sebagai ucapan yang
mengandungi fikiran yang lengkap.

Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa tradisional yang bersifat


preskriptif iaitu bertujuan menetapkan peraturan untuk penggunaan yang betul. Ia
mengutamakan pelajar menghafaz peraturan tersebut. Dari segi analisa ayat pula, ia
mementingkan penjenisan kata. Deskriptif menekankan morfologi dan pembinaan
perkataan manakala preskripsi struktur dan bentuk mestilah dielakkan.

Pada keseluruhannya kajian-kajian ahli bahasa tradisonal adalah bersifat


deduktif yang mengutamakan pembentukan hukum-hukum sesuatu bahasa. Mereka
juga telah membentuk tatabahasa normatif yang mengandungi hukum-hukum
bahasa yang mesti dikuasai oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat menggunakan
bahasa dengan betul.

2.2 Teori Struktural ( Bloomfield )

Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural ini sering dikaitkan dengan


tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada
tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun 1940-an
hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan
bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu, buku ini didapati paling baik
dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap sebagai ‘Bible of
Amrican Linguistics’.

Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya


merebak ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah
amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku
Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling
berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman tersebut.

9
Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama ‘taxonomic’ atau ‘Bloomfieldian’. Ia
muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran
tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan dengan cara
penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh
mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran tradisional
untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa semua bahasa
mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini
ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi.

Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-


datanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli
daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am
yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataan-
kenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi
merujuk kepada sistem yang diandaikan dn ujaran (speech) untuk merujuk kepada
ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.

Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa
sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat bahasa
yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa
dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep. Ia juga
digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal.
Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-mata berdasarkan fakta
yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi ahli-ahli teori ini ialah
pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah bahasa lisan.

Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira kategori
psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti
oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental. Penggolongan kata
yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Kata dibahagikan

10
mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen. Konstituen yang paling kecil
ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan predikat.

Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan


konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam
bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences,
1957, beliau telah menggunakan ‘hierarchical bracketing’. Nida pula menggunakan
lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara
bahagian dalam ayat. Manakala menurit Nelson Francis pula beliau menggunakan
‘Chinese box’ untuk menjelaskan maksud tersebut.

Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah;

i. Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya


penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis
struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia
telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang penting berkait antara
satu sama lain.
ii. Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak
melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang
tidak dapat diamati.
iii. Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan
metafizikal.
iv. Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti
peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu
dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetappi pada peringkat sintaksis
penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada kedudukannya
dalam ayat.
v. Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri bentuk
lain yang berbeza.
vi. Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi
aliran behaviurisme.

11
vii. Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain
kajiannya bersifat formal.
viii. Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface
structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam
sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai
berdasarkan konstituen terdekat.

Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat atau


sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan suatu
konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan membuat
penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktural
yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Secara ringkasnya teori ini
boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang
dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik dan perkara-perkara
yang tidak diamati, membezakan pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk
ujaran dengan maksud menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak
mementingkan makna dalam analisis bahasa.

2.3 Teori Transformasi - Generatif ( Chomsky )

Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology,


USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul ‘Syntactic
Structures’ . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori Transformasi
Generatif sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk
Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori ini
dikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model Teori Struktur Sintaksis
yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi. Peringkat kedua,
menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri daripada komponen
sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara kedua-duanya ialah pada semantik.

Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya


Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep

12
nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata berdasarkan
perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada
konsep nahu.

Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai
kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini ditafsirkan
sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus
ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam
bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh
mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali dan
memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitif
seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui
struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yang
punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan
struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama.

Contohnya;

a) anjing mengejar kucing

b) kucing dikejar anjing

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia


dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan
ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih
struktur dalaman. Contohnya :

a) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati.

b) Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur
dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi
sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi
menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk

13
representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri
tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif yang
termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran dan
penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan
Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini menggunakan
sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaitu
peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam
menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Rumus Struktur Struktur dalaman Rumus


Frasa transformasi

Leksikal Komponen Struktur


fonologi permukaan

Reprensentasi Komponen Reprensentasi


fonetik semantik semantik

Rajah 1.1 Komponen Sintaksis

Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatu
ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-dua
ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu,
bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan
struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur
prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi.

Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkn


hubungan gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang
terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al.
(1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis
bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk
membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif.
Pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan ‘kaji

14
diri’. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah
untuk dijadikan teknik pengajaran.

2.4 Teori Fungsional ( Halliday )

Muncul dan berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tokoh yang terlibat
ialah Halliday, Wilkins, Widdowsondan Candlin. Menumpukan fungsi bahasa sebagai
alat untuk komunikasi dan melihat kepentingan sistem bahasa. Halliday berpendapat
dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan
untuk melahirkan fikiran, perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial
penutur bahasa dalam masyarakat.

Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis.
Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai
alat untuk berkomunikasi. Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa
diinterprestasikan berdasarkan aspek semantik. Beliau cuba mengkaji sumbangan
bahasa kepada manusia dan bagaimana manusia dapat mencapai maksud melalui
pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis.

Ahli bahasa fungsionalis menyatakan sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah
dua perkara yang diutamakan. Pengajaran harus dapat memberi pengetahuan kepada
pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari.
Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran
berbahasa pelajar.

Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah


menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi
tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah
mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa
yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa
awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi
kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi
makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa.

15
Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi
perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan
pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang
dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa
dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang
berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanak-kanak
menggunakan bahasa secara efektif.

Bagi ahli – ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang
tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar
akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam
kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran
bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ;

i. Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi
sistem itu bertenaga dan terbuka.
ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan
bukan hubungan-hubungan sintaksis.
iii. Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan.
iv. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan
menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi
penuturnya.

2.5 Banding Beza Teori-Teori Huraian Bahasa

2.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh :

16
Rajah 1.2 Perbezaan teori huraian bahasa dari aspek tokoh
2.5.2 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri :

Rajah menunjukan perbezaan ciri teori huraian bahasa

17
2.5.3 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Rajah 1.4 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

2.5.4 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

18
R

Rajah 1.5 : Perbezaan Kajian Teori Huraian Bahasa

2.5.5 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Rajah 1.6 : Perbezaan Kajian Bahasa Teori Huraian Bahasa

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


Psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik
merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan dapat berdiri sendiri walaupun terpisah
di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau
dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa.

Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado


(1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik
bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan

19
lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui
salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri.

Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan


berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya
haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya
maampu berdiri dengan sendiri.

Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat


yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974)
dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang
cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang
mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu
berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.

Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu


kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur
itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985)
berpendapat bahawa:
…psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme
mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini
merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori
yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian
bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu
menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami
bahasa yang dituturkan.

Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang


lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai

20
perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara
penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting
dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap
pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalah-
masalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui
kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam
pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa
sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga.

Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam


disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirikal, terdapat dua teori utama
yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama
menyatakan bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis
sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu,
teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar
mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat
menyampaikan pengajaran secara berkesan.

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang


tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat
pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya
daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses
pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan
umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan
bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu
hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini
terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik
bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai
bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan
lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu

21
bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa
yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa
tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan
kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding


pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa.
Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mula-
mula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir
dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya
iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan
terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa
pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan
membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat
morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih
bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa
dan ayat yang bermakna.

Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh
seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan-
tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama
yang berlaku secara tidak formal.

Brooks (1964), menyatakan bahawa:

‘Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya


melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa,
maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan
menolongnya dalam mempelajari bahasa asing.

(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)

Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang
dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa

22
Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat
ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama
juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang
telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya.

Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula


mengatakan ‘Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar
akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini
menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing.’
Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk
mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan
sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad
kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak
kuat walau sedar bahasa itu berguna.

Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran
bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul
daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif
atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga
mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa.

Teori pemerolehan bahasa :

23
3.1 Teori Behavioris ( B.F Skinner )

Teori ini diasaskan oleh Ivan Pavlov dan Leonard Bloomfield, kemudiannya
dikembangkan oleh B.F Skinner, Watson dan Thorndike. Melalui teori ini, pembelajaran
telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia, iaitu pemerolehan sesuatu
perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Teori ini menyangkal keupayaan
mental, dengan mengatakan semua bentuk pembelajaran tiada kaitan dengan
keupayaan mental.

Apa yang dipercayai, tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran
dan pengalaman lampau mereka. Selain itu, dalam proses pembelajaran, aliran ini
menekankan kepentingan ransangan dan tindak balas, dan penekanan kepada latihan
yang berulang perlu diberikan perhatian.

Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, sudah semestinya latihan
adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa. Dengan kata lain,
penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang
sempurna.

24
Teori behavioris bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (Learning Leads
To A Change In Behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku.
Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai
secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan
anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara
automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan.

Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response


Theory (Teori Pelaziman Operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan
respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons
terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus
terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus
dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila
hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu,

Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/


Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara
positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila
berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya
dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak
dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya
dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan
induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh
terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.

3.2 Teori Mentalis (Noam Chomsky)

25
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan teori mentalis turut disokong oleh ahli-ahli
psikologi yang lain, iaitu Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel,
Bruner Gagne.

Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses


dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka, manusia adalah haiwan,
tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan
informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa
berada dalam keadaan sedar.

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses


mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence),
iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang
merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna
diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang


kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh
membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui
pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu
adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses


ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini
dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah


dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk
berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis
pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-

26
murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan
diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada


peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini
mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan
mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-
hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa


dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan
struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan
kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus
menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan
kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem
bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses


pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa
biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi
termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau
sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan


tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,
penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus
dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam
hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal.

3.3 Teori Kognitif ( Jean Piaget )


27
Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.
Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang
mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai
proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada
bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.

Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good &
Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure)
berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu
sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru.

Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan


maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory,
WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang
(long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM
dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM.

Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan
dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali,
ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne,
maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru
diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran.

Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang


mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan
lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta
lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

3.4 Teori Interaksionalis ( Halliday )

Pelopor bagi teori ini ialah hallday, dan melalui teori ini, aktiviti komunikasi sangat
penting. Seseorang manusia akan menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Bagi

28
halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa, seterusnya melalui interaksi terhasillah ayat penyata dan ayat perintah.

Apa yang dapat dilihat melalui teori ini, manusia dapat bertindak balas secara
peka terhadap pengalaman. Dengan ini, mereka dapat memperkembangkan
kepercayaan mereka terhadap dunia sekeliling. Perkara ini juga menunjukkan kanak-
kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu
kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka ke tahap
yang paling maksima. Pelajar dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang
sebenar, yang sudah pasti member peluang mereka berinteraksi, meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.

Selain itu, perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka
bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk
mempengaruhi mereka. Apa yang ditekankan, manusia saling memerlukan pengaruh
antara satu sama lain.

Dalam konteks pembelajaran antara guru dan pelajar pula, teori ini menyarankan
supaya guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. prinsip-prinsip yang
dicetuskan daripada pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti
berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi


bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa
pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan
hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk
interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang
dimaksudkan adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur
iaitu makna dan struktur bahasa.

29
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-
murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

4.0 KOMPENEN - KOMPENEN PENGAJARAN

4.1 PENGAJARAN MIKRO


Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk
membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran
pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam
melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

4.1.1 Konsep Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima
belas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru pelatih
boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti
pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan
pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori
juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

30
Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran
yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang
apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap.

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari


aspek skop dan organisasinya. Istilah “mikro” bermaksud sesuatu yang kecil dan
apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa
dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.

4.1.2 Prinsip Pengajaran Mikro

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam
masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran
pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh
orang sahaja.

            Menurut  Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik
pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek
tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan
papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain.

           Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai


matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami,
dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan
persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi
keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik


pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau
memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi
kesukarannya.Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro,bilangan pelajar dan
peruntukan masa dikurangkan.

4.1.3 Pelaksanaan Pengajaran Mikro

31
Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar
yang singkat, antara 5 – 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya. Guru juga perlu
membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain.

Pelaksanaan pengajaran mikro akan :

 membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih

 mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar

 memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran

 meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran

 menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran


spesifik

Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan


untuk mengesan kelemahan, pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau
penyelia, rakan-rakan dan kendiri.

Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan


penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti
yang digambarkan dalam rajah di bawah :

32
Rajah diatas menunjukkan kitaran pengajaran mikro

4.2 PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran makro pula adalah merupakan latihan mengajar sepenuhnya.Pengajaran


makro dijalankan semasa membuat latihan mengajar (praktikum) disekolah.Sebelum
pengajaran berlaku anda perlu membuat persediaan dengan lebih terperinci.

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap


bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Untuk

33
memahami konsep pengajaran Makro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro
terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro.

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang


dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang
lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan.

4.2.1 Prinsip Pengajaran Makro

Seperti pengajaran mikro, pengajaran makro juga punya prinsip-prinsip yang tersendiri.
Antaranya ialah:

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi
aras pengetahuan pelajar.

Jumlah Pelajar

Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di
dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari
lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah
para pelajar.

Strategi Pengajaran

Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

Jangkamasa Pengajaran

Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada


jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa.

34
Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
peruntukan masa yang ditetapkan.

Bahan Pelajaran

Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang
telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu
menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika
menyampaikan adalah menyeluruh.

Perbincangan Dan Refleksi

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai
refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di
dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang
perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping
keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

4.2.2 Matlamat Pengajaran Makro

Memberi Keyakinan Kepada Guru

Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi keyakinan mengajar kepada guru-
guru baru. Setelah melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan lebih yakin
berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.

Menguasai Kemahiran Mengajar

Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat mendedahkan para guru kepada
beberapa jenis kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar menguasai
kemahiran tersebut setelah berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam
pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar
di sekolah.

Mengenal Pasti Potensi Guru

35
Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas
dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru
penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik
mungkin.

Mengenal Pasti Kelemahan Guru

Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti
dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah ,
guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran seterusnya .

Mewujudkan Semangat Kekitaan Dan Bekerjasama

Dalam sesi pengajaran mikro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan
sesi tersebut. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing sama ada
sebagai guru atau pelajar . Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang
kerana ia tidak melibatkan pihak lain.

4.2.3 APLIKASI PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahiran-


kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar.
Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih
yang lain.

Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang


ditetapkan, sama ada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan

36
membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka
menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

4.2.4 Objektif Pengajaran Makro

4.2.5 Situasi Pengajaran Makro

Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai pengajaran makro ini, marilah
kita mengimbau situasi pengajarannya. Situasi ini penting kepada kita sebagai guru
untuk bersiap sedia dalam pengajaran sekolah rendah, terutamanya tahap satu. Dalam
menjadikan pengajaran makro sebagai medium pengajaran yang berkesan,
pemahaman tentang hal ini perlulah dititik beratkan.

37
Pertamanya, kelas yang digunakan untuk pengajaran makro mestilah kelas
besar yang terdiri daripada lingkungan 30 hingga 40 orang murid. Pengajaran makro
tidaklah dikatakan makro sekiranya kelas terdiri daripada sebilangan kecil orang murid.

Bilangan yang besar ini perlulah dilakukan dengan murid yang sebenar, dan guru
pelatih yang mengendalikan kelas ini dikatakan mengajar sepenuh masa, mengikut
panduan yang dirancang terlebih dahulu menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
makro (RPH).

Selain itu, guru pelatih perlu memberi tumpuan serta fokus kepada pelbagai
kemahiran mengajar, iaitu dengan mempraktikkan segala kemahiran-kemahiran
pengajaran yang telah dikuasai di IPG untuk membentuk jati diri murid-murid ke arah
insan yang seimbang dalam segenap aspek.

Situasi pengajaran yang dilakukan haruslah berdasarkan situasi sebenar dan


kalau perlu direkodkan. Perkara ini penting dalam melahirkan guru pelatih yang
cemerlang dan dihormati oleh murid, bukan sahaja itu, bahkan guru dijadikan role
model dan ikutan sebagai pemimpin yang berjaya.

4.2.6 Rancangan Pengajaran Makro

Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan


menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap
dan baik merupakan aspek penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan
meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin.

Pengajaran mikro dapat membantu guru pelatih memperbaiki kelemahan-


kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa pengajaran.Rakan-rakannya
pula yang menyaksikan pengajaran tersebut secara langsung atau melalui rakaman
boleh menjadikan panduan semasa giliran mereka mengajar.

Hasil daripada komen pensyarah atau rakan-rakan sekelas akan membantu guru
tersebut memperbaiki kelemahan yang dilakukannya.Komponen-komponen dalam

38
pengajaran makro pula telah memberi panduan yang terperinci dalam menyediakan
guru pelatih mengajar sebelum menjalani sistuasi sebenar semasa praktikum.

4.2.7 Kepentingan Pengajaran Makro

Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang
menekan.
Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran
tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat
Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih.
Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan
yang sesuai.
Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia
menghadapi situasi sebenar bilik darjah 

4.2.8 Kompenen – Kompenen Pengajaran Makro

4.2.8.1 SET INDUKSI

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam
sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan


dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu
orientasi prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama
mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-
murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak
disampaikan.

39
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan
pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan
menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak
disampaikannya.Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan
menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan
serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.

4.2.8.1.1 Komponen-komponen utama dalam Set


Induksi

Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur
ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti
yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan
bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar memberi perhatian,barulah pelajaran
sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah.(Omardin Ashaari,1997).

Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada
murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.Misalnya,guru
yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum
sesebuah segitiga terlebih dahulu.
Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-
cara menjalankan tugas itu.Contohnya,“Kita akan cuba menamakan lima bahagian
Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.

40
4.2.8.1.2 Objektif Set Induksi

Antara objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut :

4.2.8.1.3 Kesan Kemahiran Set Induksi Terhadap Pengajaran


Dan Pembelajaran

1. Meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran didalam


kelas.
2. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi
3. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik.Ini memudahkan pembentukan
konsep.
4. Murid-murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan
oleh guru.

41
5. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara
pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
6. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
7. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah.Ini akan mewujudkan
suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

4.2.8.1.4 Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )

4.2.8.2 KEMAHIRAN MENYOAL

Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.
Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu

42
pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan
dalam aktiviti pengajarannya.

4.2.8.2.1 Pengenalan Kemahiran Menyoal

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu
kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar
sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga
dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran
mereka.          

            Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar.
Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka
memahami pelajaran baru.

Selain itu,  menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan


menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan
melalui interaksi dari hati ke hati. Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian
terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan
jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik.

4.2.8.2.2 Objektif Kemahiran Menyoal

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan
kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan,

43
barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan
tersebut.

Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta
menggalakkan pelajar untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran
pelajar.

            Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah
bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya
iaitu:

a)      Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika
mengajar tajuk baru.

Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu
pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.

b)      Menilai Pemahaman Pelajar

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum
menghadapi ujian atau peperiksaan.

c)      Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam


kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru

44
wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan ke arah jawapan yang
dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan
kesalahan itu.

 d)     Merentas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan
boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada
situasi yang lain.

e)      Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau


sintesis dan penilaian.

f)       Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik
soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi
dan mengherdik pelajar terbabit.

g)      Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan
sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting
kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan
harmoni

4.2.8.2.3 Aras-Aras Penyoalan

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah


dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya

45
“Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras
penyoalan. Aras – aras soalan adalah seperti di bawah :

RAJAH : ARAS – ARAS PENYOALAN

a) PENGETAHUAN

46
Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali
fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah
dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, siapa,
apa, mana, bila dan senaraikan.

Contoh soalan:

a) Tuliskan simbol hasil tambah?

b) Tuliskan simbol hasil tolak?

b) KEFAHAMAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon memahami,


menterjemah dan menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang
telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa,


huraikan dan lain-lain.

Contoh soalan:

a) mengapa hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau

berkurang?

b) mengapa hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau


berkurang?

c) APLIKASI

47
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta
asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,


carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh soalan:

a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah?

b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang
diberikan oleh bapa?

d) ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuat


perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait
antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan,


asingkan, bahagikan dan sebagainya.

Contoh soalan :

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus?

b) Bezakan daun dengan bunga?

e) SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan,


mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil
yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat


kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-
lain.

48
Contoh soalan:

a) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna

kuning.

b) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.

f) PENILAIAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan,


mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai
sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen
dan sebagainya.

Contoh soalan :

a) pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi?

b) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini?

4.2.8.2.4 Teknik Mengemukakan Soalan

Guru kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat
keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar jika
tiada respon.

Soalan-soalan yang dikemukan itu harus ditujukan kepada seluruh kelas kecuali
mengawal disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan kemudiaan
mengemukakan soalan. Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan, guru
haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa
mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

49
Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja.
Jika hal ini berlaku, pelajar yang kurang cerdas akan sentiasa merendah diri. Elakkan
memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas. Untuk
memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh
seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

Selain itu, kita sebagai guru perlu mengulang jawapan pelajar itu. Tindakan ini
akan menunjukkan bahawa kita sememangnya menghargai kesungguhan murid
tersebut untuk menjawab soalan yang kita ajukan. Untuk menarik perhatian pelajar,
guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang
dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia
mendengar soalan guru

4.2.8.2.5 Penerimaan Jawapan Pelajar

Kita sebagai seorang guru, khususnya guru pelatih yang baru dan sedang berusaha
mencari ilmu, harus mengetahui betapa pentingnya penerimaan jawapan pelajar dalam
kemahiran menyoal ini. Sekiranya kita mengajar tanpa khazanah yang berharga ini,
sudah pasti murid tidak senang dengan kita sebagai seorang guru.

Sebagai penghargaan, Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah


memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan
dengan baik. Kita juga perlu mengelakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan
menggalakkan pelajar lain tidak mempedulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.

Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi
jawapan itu. Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau
guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya.

Selain itu, jika pelajar tidak boleh menjawab, guru boleh mengubah aras soalan
ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Guru
hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan
secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

50
Akhir sekali, elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan
salah atau jawapan bersifat bodoh. Hal ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa
berusaha dan cuba menjawab soalan guru, serta menghindarkan murid daripada
mempunyai sifat rendah diri.

4.2.8.3 KEMAHIRAN MENERANG

Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi


kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan.
Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada
pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau
sumber pelajaran .

Misalnya :

1. Guru menerangkan sifat - sifat kata dengan menggunakan beberapa contoh ayat

yang mengandungi sifat kata.

2. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis bentuk- bentuk


geometri.
3. Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi
denagn gambar- gambar.
4. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran denagn merujukkan buku
teks.

Dalam peringkat perancangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis
untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya pelajar boleh memahami dan
merekodkannya dalam buku nota mereka.

4.2.8.3.1 Prinsip - Prinsip Panduan Penggunaan

Kemahiran Menerang

51
Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah
memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk
penerangan yang sesuai.
2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Pelajar-
pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar
penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi
rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan
masa yang melebihi satu minit.
4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan
kebolehan dan pengalaman pelajar.
5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya
mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.
6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu
isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.
7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya
mana- mana perkara yang mereka kurang faham.
8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah
berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

4.2.8.3.2 Objektif- Objektif Penggunaan Kemahiran

Menerang

52
Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai
objektifnya yang tersendiri. Kemahiran menerang ini penting sebagai satu medium yang
disifatkan sebagai alat perhubungan yang digunakan oleh guru untuk menerangkan
ilmu-ilmu baru kepada murid sekolah.

Antara objektifnya ialah, menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi


pelajaran dengan jelas. isi-isi pelajaran yang terkandung dalam pnp kita nanti sebagai
seorang guru akan sentiasa berubah-ubah. Suatu cabaran yang perlu kita tempuhi
sebagai seorang guru, ialah bagaimana cara kita memnerangkan input-input tersebut
kepada para pelajar.

Selain itu, objektif yang lainnya ialah memudahkan pelajar memahami konsep
atau isi pelajaran dengan jelas. sekiranya penyampaian serta penerangan yang kita
sampaikan mencapai tahap penerangan yang bernas, kreatif serta kritis, nescaya
murid-murid yang menerima penerangan daripada kita akan mudah memahami konsep
atau isi pelajaran dengan jelas dan tepat.

Objektif seterusnya ialah menghuraikan sesuatu proses atau prosedur


seperti langkah- langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah
matematik. Jika penerangan yang diberikan boleh diterima pakai oleh murid, maka
setiap subjek sukar pasti akan difahami. Hal ini kerana kita sebagai seorang guru perlu
meletakkan keutamaan kepada kefahaman murid-murid terlebih dahulu.

Akhir sekali, ialah menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa


atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Perkara akan datang
tidak akan diketahui oleh kita, tetapi kita boleh menyiapkan diri kita sebagai langkah
berjaga-jaga tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari mendatang. Sudah
semestinya merupakan tugas kita sebagai seorang guru, menyediakan murid-murid ke
arah itu.

4.2.8.3.3 Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

53
4.2.8.4 KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Kemahiran penggunaan papan tulis ialah kecekapan guru merancang penggunaan


ruang papan tulis dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan tulis
yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan
guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru.

Dengan kemahiran ini juga, penyampaian ilmu menjadi lebih berkesan dan
merupakan langkah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada para
pelajar agar menjadi insan yang cemerlang kelak.

4.2.8.4.1 Objektif-Objektif Penggunaan Kemahiran


Pengurusan Papan Tulis

Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai


objektifnya yang tersendiri. Kemahiran penggunaan papan tulis ini penting sebagai satu
medium yang disifatkan sebagai alat perhubungan yang digunakan oleh guru untuk
menerangkan ilmu-ilmu baru kepada murid sekolah.

54
Antara objektif kemahiran penggunaan papan tulis ini ialah, guru dapat
menggunakan papan tulis dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan
idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan. Penyampaian yang berkesan ini
akan member impak yang sama kepada kefahaman serta kemahiran pelajar kelak.

Selain itu juga, Menulis di papan tulis dapat menarik penglihatan murid dan
menekankan kepentingan isi atau fakta pengajaran. Hal ini akan menjadikan fokus
serta perhatian murid tertumpu pada isi serta fakta yang ditulis pada papan tulis
tersebut. Jika fokus yang sebegini dapat dihasilkan, kecemerlangan murid pasti akan di
capai.

Objektif lainnya, kemahiran penggunaan papan tulis ini merupakan salah satu
cara mevariasikan ransangan pengajaran. Melalui penggunaan papan tulis, kita
dapat memikirkan lebih daripada satu cara untuk menjadikan pengajaran serta
pembelajaran di sekolah lebih kreatif serta kritis. Perkara ini sudah pasti memberi
keriangan serta keseronokan dalam pembelajaran kepada murid khususnya murid
tahap satu.

Akhir sekali, objektif yang berjaya dilihat daripada kemahiran penggunaan papan
tulis ialah menjadikan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan
kata lain, pengajaran dan pembelajaran tidak terhad kepada ruang lingkup sukatan
pengajaran sekolah rendah sahaja. Namun pengisian yang di masukkan menggunakan
papan tulis juga merupakan satu aktiviti pembelajaran.

4.2.8.4.2 Prinsip-Prinsip Kemahiran Penulisan Papan Tulis

a. Guru merancang terlebih dahulu penggunaan papan tulis seperti tempat


menggantung gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis.

b. Guru perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan tulis.

c. Tulisan guru cukup besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid.

d. Kapur warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea penerangan.

55
e. Penggunaan papan tulis harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan
merupakan salah satu alat bantuan mengajar.

f. Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan papan tulis semasa aktiviti latihan
atau pengukuhan pengajaran.

4.2.8.4.3 Komponen - Komponen Kemahiran Pengurusan


Papan Tulis

Kejelasan tulisan/lukisan

- saiz tulisan, tepat tulisan

- Kemas dan boleh dibaca

- Gambarajah jelas, mudah dan ringkas

Susunan kerja

- ruang tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang.

- Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid


belakang kelas.

- Nota-nota hendaklah dirancang dengan sistematik dan kemas.

Penonjolan dan penekanan

- guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid.

- Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.

Teknik persembahan

- Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami.

56
- Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea.

- Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas.

- Menggunakan papan tulis dalam masa-masa tertentu.

4.2.8.5 KEMAHIRAN PENGUKUHAN

Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada


murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik.
Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan
pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula
merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

4.2.8.5.1 Prinsip-Prinsip Kemahiran Pengukuhan

 Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik.


 Pengukuhan diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif.
 Pengukuhan negatif harus dielakkan.
 Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan
sumbangan.
 Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.

4.2.8.5.2 Objektif Kemahiran Pengukuhan

 Memotivasikan murid dalam pembelajaran.


 Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta pengajaran dan
pembelajaran
 Memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam pembelajaran
 Mengawal disiplin kelas dan membina sifat dan tingkah laku murid
 Menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.

57
4.2.8.5.3 Komponen – Komponen Kemahiran Pengukuhan

Lisan Positif

- guru hendaklah menggunakan menggunakan lisan seperti baik, betul bagi


memotivasikan murid

- guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul

Gerakan isyarat positif

- guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain

- guru menarik nafas dan mimik muka

Sentuhan guru

- guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu

- guru menyentuh kepala murid, bahu

- guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid

Dampingan guru

- mendampingi murid dan bertanya khabar

- berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain

- duduk disisi murid atau kumpulannya.

Lisan negatif

- Mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-
lain.

58
4.2.8.6 KEMAHIRAN PENUTUP

Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia


merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup
dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari
itu. Penutup boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti :-

1. Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan

tulis

2. Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di

papan tulis.

3. Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid.

4. Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi.

5. Pujian kepada murid-murid yang berkelakuan yang baik.

6. Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran

7. Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

4.2.8.6.1 Prinsip-Prinsip Kemahiran Penutup

a. Aktiviti-aktiviti harus berkaitan dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran

dan kemahiran murid-murid.

b. Semua aktiviti penutup perlu memberi kesan kepada murid-murid sama ada

penutup soasial atau penutup kognitif.

c. Aktiviti penilaian dalam penutup pengajaran adalah lebih merupakan penilaian

pencapaian objektif pengajaran pembelajaran.

4.2.8.6.2 Objektif-Objektif Penggunaan Kemahiran Penutup


59
a. Memberi gambaran secara mudah tentang pembelajaran baru sesi itu.

b. Mengukuhkan idea, konsep dan kemahiran yang baru dipelajari

c. Melahirkan perasaan kejayaan dan pencapaian dalam sesi pembelajaran itu.

d. Guru dapat mengetahui tahap pencapaian objektif pengajaran.

4.2.8.6.3 Komponen - Komponen Kemahiran Penutup


Penutupan Pengajaran Yang Berkaitan Kognitif

Berkaitan kognitif, dalam mengakhiri pengajaran dan pembelajaran contohnya


ketika dalam kelas, guru perlu membuat rumusan isi pelajaran. Rumusan ini, melingkupi
ringkasan yang dibuat terhadap pembelajaran yang dilakukan pada hari tersebut.

Selain itu, pengulangan fakta-fakta penting dalam pembelajaran perlu dilakukan


bagi menghindarkan murid lupa akan apa yang perlu dilaksanakan. Dengan kata lain,
guru mestilah membuat penilaian atas apa yang diajar di samping melakukan aktiviti
pengukuhan.

Penutupan Pengajaran Yang Berkaitan Dengan Sosial

Dari segi sosial, guru perlumenimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian.


Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid dan member motivasi kepada mereka.
Hal ini penting bagi menjamin perasaan minat mereka dalam pnp. Seterusnya, tugas
guru dalam penutup ialah mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran akan datang.

5.0 KONSEP STRATEGI PENGAJARAN,


KAEDAH,EKNIK DAN PENDEKATAN
60
Rajah diatas menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan
oleh guru di dalam kelas

5.1 STRATEGI
5.1.1 Definisi Strategi
61
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang
dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan
sebagainya.

5.1.2 Pengaplikasian Strategi Pengajaran Bahasa

a. Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan
sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan
guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar
hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa
proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.

Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan
minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai
inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih
sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya
jalan cerita.

b. Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama
dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan


masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam
proses ini.

62
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk
bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap
pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk
memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai
pelbagai corak kebolehan dan minat.

Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal
lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

c. Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu mengajar (ABM) yang
digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua
iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan
yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan
oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu
pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.

Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih


mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta
dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran
memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh


mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan.
Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada
terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat
membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar


hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat
memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan

63
projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang
saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna
dalam masa yang ditetapkan

d. Berpusatkan masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau


individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat.
Memerlukan proses penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi
ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji
hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan
pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan
Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya .

5.2 KAEDAH

5.2.1 Definisi Kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak
jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedurtersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah
juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

5.2.2 Jenis-Jenis Kaedah

64
Kaedah Natural

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang
berlaku dalam pedekatan - pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan
kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

Menurut Krashen dan Terrell (1983 :9) menyebut pendekatan ini sebagai natural,
psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan
sebagainya.Kaedah ini Melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna
dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami
mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis,
iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.

Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara
untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan
pembelajaran (learning).

Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama
seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada
cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman
dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

Kedua ialah Pembelajaran.Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara


sedar tentang bahasa diperkembangkan Berkesudahan dengan pengetahuan yang
jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk
lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku
dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang
telah dipelajari

Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah,


penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran.
Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar
seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar

65
tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia
untuk berbuat demikian.

Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku


dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi
input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan
(tekal), sambil memberi petunjuk non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir
input tersebut. Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah
skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar.
Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

Kaedah Nahu Tradisional

Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu
bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini
juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas
yang dapat digunakan dalam penulisan.

Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna


buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang
mementingkan bahasa tulisan daripada lisan.

Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan


pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan
kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan.
Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar- pelajar diberi senarai perbendaharaan
kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan
ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya
disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu
berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

66
Kaedah Terus

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun
1920-1935.Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan
unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. kaedah terus
mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran
tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah
ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa
itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari
itu dalam masyarakat berkenaan.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara


langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman yang telah
sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada
lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi.
Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan
biasa dalam bahasa ibunda.Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi
perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca
deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa
sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus
mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi

67
bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat
dasar dan gabungan bahagian- bahagiannya.

Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam


pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan,
menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula
menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

Kaedah Linguistik

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu
harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain
seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain- lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.

Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam
kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka
dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid


menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari
segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan
perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kaedah Kod Kognitif

Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa
sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan
pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.

68
Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus- rumus bahasa yang
ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk
abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan
kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.

Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin
mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada
hukum- hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan
malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran
tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan
deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

Kaedah Bahasa Komuniti

Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’ merupakan cara


pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-
rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.

Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri


bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori bahasa
diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural.
Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang
agak berlainan yang disebut sebagai ‘ Bahasa Sebagai Proses Sosial’.Mengikut CLL,
pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah yang disebut
sebagai pembelajaran ‘Whole Person’.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan


pelajar dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu
diperkembangkan.Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa berhubung kait dengan

69
perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar. Pelajar tidak
digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain.

Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif


terhadap harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap
perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak
pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling
ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain.

Kaedah Oral – Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-
empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz
dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan
memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan
bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.


Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari,
kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

5.3 TEKNIK

5.3.1 Definisi Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif. Ia wujud
dalam pemikiran dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta

70
pada satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan
haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.

5.3.2 Jenis - jenis Teknik

Teknik Drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi yang lengkap


penerangannya. Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri
mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu
dan seolah-olah hidup utk obejktif P & P.

Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau


keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip.Teknik ini juga sangat
berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk
abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain
dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid
mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat
menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagai-
bagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid

Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan
yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut
atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu
dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak
kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan
hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta,
menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting

71
Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini
antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu
tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan
kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak
kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah
akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal.

Teknik Permainan Bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh
meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah
bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan
kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk
kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran.

Terdapat beberapa jenis permainan bahasa antaranya ialah permainan


menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan,
Tekalah saya, Permainan menikam angka dan Slip undian.

Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan
menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran
berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang
kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri.

Teknik Bercerita

Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku
sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja.

Teknik bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru


menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara
penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat
menumpukan perhatian sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh dan
membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.

72
Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan
peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi
daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu mengajar. Guru perlulah
memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan.Selain
itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang
jelas agar penyampaian cerita dapat difahami.

Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan
perlu sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah
mengadakan sesi penilaian terhadap murid .

5.4 PENDEKATAN

5.4.1 Definisi Pendekatan


Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong
sesuatu teori. Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan.
Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan
alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan pendekatan daripada
mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami oleh murid.

5.4.2 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa

Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu


proses penaakulan yang tinggi. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson ( 1960),
pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke
hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-
contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan
berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang
sesuai.

73
Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan
gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur
tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah
pencarian digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang
aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan umum dikaitsimpul
daripada data yang dipelajari.

Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturan-


peraturan, menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.

Proses pengajaran induktif

Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang
melibatkan proses pengajaran secara induktif.

Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu,


model yang menekankan perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru
perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yang perlu disampaikan dan
kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini,
pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat
generalisasi mengenai perkara yang dipelajari.

Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam
pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru
akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat
terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan
generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal.

Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat
kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal
pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai
mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

74
Strategi pengajaran induktif

Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran


induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru
perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek
bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi
tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait
rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat
meningkatkan pemahaman mereka.

Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran


intelektual yang melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pengajaran dan
kemudian kesimpulan. Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu
membentuk konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian
pengetahuan dalam situasi lain.

Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan


struktur, isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Seterusnya ialah prosedur
pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah pengajaran yang dirancang. Ia
melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat
dalam peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat
generalisasi, dan peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat
penutup.

Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan


pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan
proses penaakulan yang tinggi.

75
Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu
Teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan
diberi bersama dengan contoh yang sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar
adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus
yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus yang diketahui umum oleh
pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep
sesuatu rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui
soalan-soalan terarah yang terancang.

Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang


sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada kedua-
dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-
mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai
mengikut keperluan pelajar.

Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu,


galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan
contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. G uru boleh juga memulakan pengajarannya
dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus.
Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru
mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.

Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada
kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif. Melalui pendekatan ini,
guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan
keperluan pelajar.

Komunikatik

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu


berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita,

76
melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui
pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan
komunikasi.

Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih


mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul
secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak
menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar
pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru
perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi
secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi
sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MAKRO
Rancangan Pengajaran Harian

77
( RPH )

Matapelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 xxxxxxxxxxx

Tarikh : xxxxxxxxxxx

Masa : 60 minit

Bilangan Murid : 25 orang (13 lelaki , 12 perempuan )

Tajuk : Rumahku Syurgaku (Keluarga harmoni)

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

i) Memberikan 3 maklumat tersirat berdasarkan kepada


gambar ‘keluarga’ yang ditunjukkan.

ii) Membaca petikan ‘keluarga harmoni’ dengan menggunakan


sebutan dan intonasi yang betul

iii) Membina 3 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan


kepada tajuk ‘keluarga harmoni’ dan ‘keluarga tidak harmoni’

Fokus Utama : HPU 5.0

HPK : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 : (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi
yang betul

Fokus Sampingan : HPU 8.0

HPK : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan

Aras 1 : (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Pengalaman sedia ada : Murid mempunyai pengalaman bersama keluarga.

Kemahiran Bahasa : Bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Pembentukkan kata

78
ii) Sebutan dan intonasi : sebutan yang betul

Pengisian Kurikulum : i) Ilmu : Pendidikan Kesihatan,


Pendidikan Agama Islam
ii) Nilai murni : Kasih sayang,
bekerjasama,
kesyukuran
iii) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir
Strategi : Kontekstual,
Konstruktivisme

Bahan Bantu mengajar : Persembahan powerpoint, lirik dan lagu “Ayah Ibu Anak”,
gambar dan petikan keluarga harmoni, lembaran kerja.

AKTIVITI PENGAJARAN &


ISI PELAJARAN CATATAN
PEMBELAJARAN

Set induksi (5 minit) ABM :


 Tayangan slaid lirik lagu ‘Ayah  Murid mengamati lagu dan lirik  Slaid
Ibu Anak’ bersama lagu. yang dipaparkan Powerpoint
 Guru bersoal jawab dengan  Murid cuba menyanyi bersama-
murid setelah tamat tayangan sama KBT
 Soalan :  Pembelajaran
- Apakah yang anda faham konsturtivisme
disebalik lirik dan lagu  Kemahiran
tersebut? berfikir
- Apakah yang ingin
disampaikan oleh lagu
tersebut?

Langkah 1 (12 minit) ABM :


 Tayangan gambar ‘ keluarga  Murid melihat dan cuba  Slaid
harmoni’ memahami maksud disebalik powerpoint
 Guru bersoal jawab dengan gambar ‘keluarga harmoni’
murid tentang gambar yang  Murid menjawab soalan yang
ditayangkan diajukan oleh guru.
 Soalan :  Murid memberi pandangan
- Dimanakah situasi gambar masing-masing.

79
tersebut?  Murid menyatakan perasaan
- Berapa ramaikah yang mereka terhadap situasi yang
terdapat dalam gambar berlaku.
tersebut?
- Siapakah yang terdapat
dalam gambar tersebut?
- Apakah yang mereka
lakukan?

Langkah 2 (10 minit) ABM :


 Guru mengedarkan petikan  Murid membaca secara mentalis  Petikan
‘keluarga harmoni’ petikan yang diberikan dan cuba ‘keluarga
 Guru bersoal jawab dengan memahami petikan tersebut. harmoni’
murid tentang isi penting yang  Murid membaca petikan secara
telah dicari. mekanis secara individu dan NILAI MURNI
- Apakah maksud tersirat murid yang lain mendengar  Kasih sayang
disebalik isi penting itu. dengan teliti.  Kesyukuran
 Guru membetulkan kesalahan
sebutan dan intonasi murid.
 Murid mencari 3 isi penting
didalam petikan.

 Melakonkan situasi ‘keluarga Langkah 3 (18 minit)


KBKK :
harmoni’ dan ‘tidak harmoni’  5 orang murid bagi 1 kumpulan
 Membanding beza kedua-dua melakonkan tanpa suara situasi  Membanding
lakonan ‘keluarga yang harmoni’ dan 1 dan membeza
 Soalan : kumpulan lagi melakonkan  Mencirikan
- Apakah situasi yang situasi ‘keluarga tidak harmoni’
dilakonkan oleh kumpulan berdasarkan kepada pengalaman NILAI MURNI :
tersebut? mereka.  Bekerjasama
- Dimanakah situasi itu  2 kumpulan akan berlakon dan
berlaku? guru akan pilih secara rawak KBT :
- Apakah maksud tersirat  Murid dari kumpulan yang lain  Pembelajaran
disebalik lakonan itu? melihat dengan teliti lakonan kontekstual
- Apakah perbezaan antara yang dilakonkan.
kedua lakonan tersebut?  Setelah tamat lakonan, murid-
- Nyatakan ciri-ciri sebuah murid lain meneka lakonan yang
keluarga harmoni dan dilakonkan tadi dan menjawab

80
keluarga tidak harmoni. soalan yang diajukan guru.

Langkah 4 (10 minit)


KBT :
 Membina ayat tunggal dan  Setiap murid membina 3 ayat
ayat majmuk tunggal dan 3 ayat majmuk  Kemahiran
berdasarkan kepada ciri-ciri yang berfikir
terdapat dalam ‘keluarga
harmoni’ dan ‘keluarga tidak
harmoni’
 Murid dipilih secara rawak untuk
membacakan ayat-ayat yang
telah dibina
 Guru membetulkan kesalahan
ayat yang telah dibina

Penutup (5 minit)
ABM :
 Merumuskan tajuk yang  Guru merumuskan apa yang
dipelajari telah dipelajari pada hari ini  Lembaran kerja
 Memberi lembaran kerja  Murid perlu menyiapkan
karangan yang bertajuk ‘keluarga
harmoni’ berdasarkan kepada
gambar yang diberikan

7.0 REFLEKSI KEKUATAN STRATEGI, PENDEKATAN,

KAEDAH DAN TEKNIK BERDASARKAN RPH

STRATEGI

Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah Berpusatkan
bahan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya
menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk menggalakkan murid –
murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran.

81
Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar
memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu
diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti gambar dan video
berunsurkan keluarga bahagia yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar
semasa proses P&P berjalan.

Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu bertajukkan “Rumahku Syurgaku” adalah nyanyian. Saya akan
meminta para pelajar melakukan beberapa aktiviti seperti meminta murid-murid
memejamkan mata dan menghayati lagu yang dipasang. Di samping itu, saya juga
akan meminta murid-murid membuka mata dan cuba menyambung lagu tersebut.

Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau
pemudah cara sahaja. Sebagai buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada pelajar
untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya. Selain itu, saya
juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan –
kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap
sesuatu perkataan yang mereka diujarkan.

Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dalam


proses P&P yang bertajuk “Rumahku Syurgaku”. Semasa proses P&P tersebut, saya
menunjukkan gambar keluarga kepada murid-murid sebagai penyelesaian soalan teka
teki yang saya berikan. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-
soalan yang diberikan oleh saya. Melalui aktiviti ini ia dapat memupuk sifat berdikari
dalam kalangan pelajar.

KAEDAH

Kaedah yang saya gunakan semasa proses P&P ini ialah Kaedah Natural. Kaedah ini
merupakan asas penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku
dalam pedekatan - pendekatan tradisional yang juga menekankan rujukan kepada
analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

82
Di samping itu juga, saya menggunakan Kaedah Linguistik yang merupakan
kaedah pengajaran bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara
dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid ini harus tertumpu kepada bentuk dan
fungsi bahasa disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain.

Pemilihan bunyi-bunyian pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam
kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran saya juga
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka
dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka.

Objektif kaedah yang saya gunakan ini bertujuan membolehkan murid –murid
saya menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru
dari segi bunyi. Selain itu, murid - murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu
berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang
telah diketahui.

Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah Kaedah Oral – Aural yang bertujuan
untuk membentuk murid – murid bagi memperkembangkan keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan
Kemahiran membaca.

Setelah pelajar menguasai kemahiran bacaan, saya akan memberi latihan yang
berunsurkan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh
bahan-bahan yang telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas
dibenarkan.

TEKNIK
Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini
ialah Teknik Drama yang merupakan satu cara untuk membolehkan murid sendiri
mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan untuk bahan P&P

83
Selain itu juga, saya menggunakan Teknik Latih Tubi yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga,
saya akan memberi kertas soalan kepada murid - murid dan meminta agar menjawab
soalan – soalan yang saya berikan kepada mereka. Oleh itu, teknik ini amat sesuai
untuk digunakan kerana pelajar dapat mengingat kembali fakta-fakta yang penting
dalam proses P&P.

Saya juga akan menggunakan Teknik Bercerita yang merupakan jalinan dan
susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita
sahaja. Sebagai contoh, komponen keluarga merupakan perkara yang sentiasa
dibincangkan sehari-hari. Jadi, teknik bercerita ini merupakan satu kaedah pengajaran
yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk “Rumahku Syurgaku”
ini. Dengan teknik ini, pelajar saya akan lebih menumpukan perhatian mereka terhadap
proses P&P didalam kelas.

PENDEKATAN

Pendekatan yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian ini ialah Pendekatan
deduktif yang merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan pemahaman
serta satu proses penaakulan yang tinggi.

Pendekatan deduktif yang saya gunakan ialah mengumpul artikel-artikel


berkaitan dengan keluarga bahagia dan mengemukakan beberapa soalan. Sebagai
contoh, saya mengemukakan soalan, apakah yang dimaksudkan dengan keluarga
bahagia?. Di sini dapat saya terangkan bagaimana sesebuah keluarga yang bahagia
hidup dalam keadaan yang harmoni, gelak tawa, kasih sayang serta bekerjasama
dalam melakukan setiap perkara.

Proses yang saya lakukan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti. Saya akan
memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh - contoh yang
berkaitan dengan pengajaran ini. Contoh yang dikemukakan kepada pelajar haruslah
sesuai kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Hal ini
kerana pendekatan deduktif ini memerlukan pemahaman yang tinggi untuk murid-murid

84
fahami. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah saya menunjukkan keratan rencana
berkaitan keluarga bahagia. Selepas itu, saya akan meminta murid-murid ini
membacanya dan cuba untuk memahaminya. Di samping itu, saya juga akan
memberikan huraian, definisi serta apa saja yang berkaitan dengan keluarga bahagia.

Demikianlah refleksi saya mengenai kekuatan strategi, pendekatan,kaedah dan


teknik berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) makro yang saya hasilkan.

KESIMPULAN
Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam
mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbeza-
beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Setiap daripada mereka telah
mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun
yang telah diperkatakan oleh mereka mengenai definisinya, dapatlah disimpulkan
bahawa konsep tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam

85
sesuatu bahasa. Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural
(Bloomfield), teori analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional
(Halliday). Manakala, dalam teori pemerolehan bahasa pula, ahli-ahli bahasa telah
membuat kajian tentang bagaimana proses pemerolehan bahasa itu berlaku, lalu
terbitlah teori-teori seperti teori behavioris, teori mentalis, teori kod kognitif dan teori
interaksional.

Tugasan ini juga secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih
untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kaedah - kaedah dan
teknik - teknik pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Kaedah - kaedah dan
teknik - teknik pengajaran Bahasa Melayu meliputi kompenen – kompenen
pengajaran seperti mikro dan makro serta penyediaan rancangan pengajaran
harian (RPH) .

Tuntasnya, penyediaan tugasan ini, banyak memberi peluang kepada guru


pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang
sebenar.

86
LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Mok Soon Sang (2009) PedagogiUntukPengajaran Dan Pembelajaran, Penerbitan


Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.

3. Nik Hassan Basri Nik Abd Kadir (2009), Teori Bahasa Implikasi Terhadap
Pengajaraan Tatabahasa, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

4. Mok Soon Sang (2000). IlmuPendidikanUntuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.


Bhd.Kuala Lumpur.

87
5. Mok Soon Sang EdisiKelapan (2004). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan
BudimanSdn Bhd. Kuala Lumpur.

6. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd

7. Melalui internet :

 pedagogikpli08.blogspot.com/.../format-rancangan-mengajar-harian.html
(Diakses pada 15 Mac 2011)
 www.scribd.com/.../RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-MAKRO-DAN-
MIKRO (Diakses pada 17 Mac 2011)
 pismppengajiansosial.blogspot.com/.../teori-huraian-bahasa-tradisional
(Diakses pada 20 Mac 2011)
 www.slideboom.com/.../TEORI-HURAIAN-BAHASA (Diakses pada 24 Mac
2011)
 www.slideshare.net/.../bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah
(Diakses Pada 27 mac 2011)

CATATAN REFLEKSI

Nama : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Unit :
Matapelajaran : Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
Nama pensyarah: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  

88
           Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke Ilahi sebagai tanda syukur saya
kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Akhirnya dapat juga saya
menyiapkan tugasan projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini.

   Saya telah menerima tugasan ini pada 07 Febuari 20xx dan diberi tempoh
empat minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara indidividu. Pada
peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat payah dan
sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar
mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan dan
sedikit ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran
saya semasa kuliah. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx selaku pensyarah mata pelajaran ini kerana memberi banyak
tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini
mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga
diucapkan kepada kawan – kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan
galakan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

            Melalui tugasan ini, saya banyak belajar perkara baru tentang kaedah
pengajaran Bahasa Melayu seperti ilmu pengetahuan berkaitan kompenen – kompenen
pengajaran mikro dan makro, teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa.
Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya turut mempelajari konsep strategi, kaedah,
teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Semua perkara ini amat penting kepada saya selaku bakal pendidik untuk
dipelajari kerana ia amat berguna untuk diimplikasikan semasa saya menjadi guru di
sekolah kelak.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga masalah dan kekangan yang
saya tempuhi antaranya ialah masalah kekangan masa. Hal demikian ini kerana, saya
terpaksa membahagikan masa antara waktu kuliah dengan waktu membuat tugasan.
Namun, saya berasa sungguh bersyukur kerana tempoh tugasan ini sangat lama dan
memberi kesempatan kepada saya untuk membuat tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Selain itu, masalah dalam membuat rujukan mengenai tugasan ini juga turut saya

89
alami. Masalah ketiga yang saya hadapi dalam membuat tugasan ini ialah masalah
mengenai komputer saya yang diserang virus secara tiba –tiba semasa membuat
tugasan ini. Komputer itu tidak dapat dibuka dan menyebabkan ia perlu diformat.
Namun, nasib saya begitu baik kerana segala tugasan ini, saya telah menyimpannya
didalam pendrif. Oleh itu, fail mengenai tugasan ini tidak hilang dan saya dapat
menyambung kembali menyiapkan tugasan ini. Masalah tersebut menyebabkan saya
lebih berhati – hati dalam menyimpan fail didalam komputer.

Secara tuntasnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang


disenaraikan untuk pemarkahan sahaja. Namun tugasan ini memberi banyak kekuatan
dan pengetahuan yang lebih luas mengenai ilmu kaedah pengajaran khususnya
berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kepada saya.
Selain itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menguruskan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) didalam kelas juga turut saya pelajari semasa membuat tugasan
ini. Akhir kata, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berharap agar hasil penulisan kerja
kursus saya ini menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak
pensyarah. Sekian, terima kasih.

BORANG KOLABORASI
NAMA : xcxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

UNIT : cxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MATA PELAJARAN : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TARIKH CATATAN NOTA TANDATANGAN

90
Mendapat kerja Kerja kursus mesti
kursus dari dihantar 11/04/20xx
07/02/20xx
pensyarah

Mendapat maklumat Membuat draf


mengenai tugasan tugasan
04/03/20xx

Memahami topik Membuat tugasan


tugasan
07/03/20xx

Membuat tugasan Mengubah tugasan

09/03/20xx

Memeriksa tugasan Membetulkan


tugasan
11/03/20xx

Menghantar tugasan

11/04/20xx

91