Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Pengenalan

Ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak-anak mereka. Ibu
bapa membesarkan kita dan selalu berada di sisi kita apabila kita memerlukan
mereka. Namun pada era globalisasi ini, anak-anak asyik dengan aplikasi media
sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak.
Apabila ibu bapa semakin tua, maka wujudnya jurang komunikasi antara ibu bapa
dengan anak-anak kerana anak-anak berasa ibu bapa tidak dapat memahami
pemikiran mereka dan mereka juga tidak berinisiatif untuk merapatkan jurang
komunikasi itu.

2.0 Penulisan Esei

Gambar yang diberikan membincangkan kekecewaan seorang ibu terhadap


perlakuan anaknya yang asyik mengemaskinikan status dakwah di laman sosial
sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak untuk bertanya
khabar kepadanya.

Isu kesantunan masyarakat Malaysia yang berkaitan dengan gambar yang


diberikan ialah isu ibu bapa dan masyarakat. ibu bapa juga sibuk dengan pekerjaan
mereka sehingga tidak cukup masa untuk berteman anak-anak. Terdapat juga
sesetengah ibu bapa lebih gemar mengisi masa lapang dengan pelbagai program
yang terdapat dalam Internet. Kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa telah
menyebabkan anak-anak asyik dalam dunia media sosial. Lama-kelamaan,
hubungan kekeluargaan terjejas kerana tidak wujudnya interaksi antara ahli
keluarga. Pekembangan ini amat tidak sihat kepada sebuah negara Timur seperti
Malaysia yang terkenal dengan amalan hidup yang saling membantu dalam
melakukan sesuatu kerja.

Anda mungkin juga menyukai