Anda di halaman 1dari 4

E-Learning adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari

ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium
internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan
internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Kebaikan menggunakan E- Learning adalah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat


naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa
pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan
mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu
teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia
juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat
‘print out’ nota-nota mereka.

Keburukan menggunakan E- Learning pula adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara


pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar
untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek
pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta
atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga
menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan
internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-
Learning.

Faedah-faedah Internet

Internet mempunyai banyak faedah. Antaranya adalah:

Ia memudahkan kita berurusan dengan kerajaan, perniagaan atau mana-mana juga organisasi yang
memilih untuk menggunakan Internet bagi melaksanakan sesuatu urusan

Internet adalah satu alat komunikasi dan ruang komunikasi yang global yang boleh dicapai di
merata-rata dunia, pantas dan boleh menyalurkan komunikasi dalam bentuk teks, suara dan juga
video.

Internet adalah merupakan sebuah pengkalan data dan maklumat yang sangat besar di mana di
dalamnya terdapat berbagai jenis maklumat yang boleh dicari dan diperolehi secara percuma.

Anda boleh menjadi kaya melalui Internet. Dengan menjual barang-barangan atau perkhidmatan
melalui Internet anda boleh mendapat pasaran global yang mempunyai ramai bilangan pengguna.
Anda juga boleh membina halaman-halaman web yang mempunyai ramai pengunjung sehinggakan
agen-agen pengiklanan sanggup membayar anda untuk membuat pengiklanan

FAEDAH-FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER

Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di negara
kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan
pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah
mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu,
terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.

Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat
bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan
komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai
contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar
menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih
menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau
program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung atas talian.
Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan
lebih ceria.

Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan masa sesi
pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu
oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa
memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah
belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang
pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh
dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-
pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga
Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam
pelajaran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu dengan menjadikan komputer
sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Di samping menjadikan generasi yang
celik komputer, kaedah ini juga mendatangkan banyak faedah. Hal ini bertepatan dengan dasar
kerajaan dan saranan Perdana Menteri ke arah konsep 1 Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’.

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)

Soalan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan
seseorang itu.

Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Rangka Karangan

Pendahuluan

- penguasaan ilmu penting – tuntutan zaman – banyak manfaat

Isi-Isi Penting

i. mencipta inovasi - kemudahan manusia

ii. menguasai bidang perniagaan – k-ekonomi

iii. memajukan negara – pemimpin berilmu

iv. melahirkan masyarakat yang proaktif

Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia

Karangan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu
diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau
pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu,
semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk
kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para
remaja hendaklah menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang
mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak
terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada
kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini,
contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu
memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah
pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan
bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-ekonomi merupakan trend
baru dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia
perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah
pasti orang itu akan ketinggalan zaman iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan
gagal untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya
sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan
tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan
membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat
menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang
lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga
perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat
yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif
atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus
asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah
itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran
sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah
diberikan perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka
membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan
tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang
berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai
bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

soalan: dalam era globalilsasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan
kejayaan seseorang itu. huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi ini yang semakin mencabar
pada masa ini.
dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan perlu diberikan
perhatian utama. hal ini demikian kera tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan
akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. oleh itu semua orang
hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup
bak kata kata hikmat " ilmu janbatan hidup". jadi semua orang khususnya para remaja hendaklah
menggunakan masa muda ini untuk menjari ilmu sebanyak mana yang mungkin . dengan adanya
ilmu sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan kejayaan daripadanya terutamanya
dalam era pascaglobalisasi ini

dengan adanya ilmu seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia. ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada
hidup mereka. sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini contohnya
telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya. perubahan yang dilakukan seiring dengan
peredaran zaman yang semakin pesat berlalu. hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran
yang tinggi dalam teknologi. jadi pada masa akan datang, sudah pastinya budaya yang
mementingkan ilmu akan menguasai budaya masyarakat

seterusnya, dengan ilmu pengetahuan negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan
berkebolehan. perdidikan yang beralaf baru menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas
serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global.ilmu
pengetahuan yang tinggi akakn memeberi kelebihan kepada tenaga mahir malaysia dalam
menyumbang idea-idea bernas dalam penciptaan mereka. sebagai contoh penciptaan tembikar
daripada tanah liat dengan teknik dan keunikan yang tersendiri telah menarik banyak syarikat dan
pelabur luas untuk bekerjasama dengan malaysia. tuntasnya, dengan ilmu pengetahuan, negara
bukan sahaja dapat melahirkan pekerja mahir bahkan turut memperkenalkan negara di persada
antarabangsa yang pastinya turut menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi negara.

jika seseorang itu menguasai ilmu, pasti akan lahir sebuah generasi yang hebat dan mampu bersaing
diperingkat global. generasi ini mampu memajukan diri dan negaranya sendiri. hal ini kerana, negara
kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada
masa ini. seorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan
rakyat sejagat dan negara. jika pemimpin tidak hebat menguasai ilmu, sudah pasti negara kita akan
jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain seperti jepun dan
amerika syarikat.

konklusinya ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia haruslah diberi perhatian
oleh semua pihak umumnya. oleh itu, janganlah suka membuang masa kerana "masa itu adalah
emas" dan masa tidak akan menunggu kita. sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan
sebaik mungkin, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang rugi. tuntutlah ilmu dan
amalkan ilmu tersebut untuk kemajuan negara kerana ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur
dengan pita, melainkan dipergunakan.

Anda mungkin juga menyukai