Anda di halaman 1dari 12

SKRIP PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-56, SK KHIR JOHARI, SUNGAI SUMUN

PENGACARA MAJLIS : CIKGU DIANA DALYLA BT JAMALUDDIN, CIKGU YUSLI BIN MD ZAIN

TARIKH : 26/07/2014

TEMPAT : PADANG SK KHIR JOHARI, SUNGAI SUMUN

BIL MASA/SEGMEN SKRIP M/C CATATAN


1 UMUM KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat,
YB DATO’
Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup
2 Bismillah….. Ketua bagi arahan hentak kaki
UCAPAN ALUAN
PENGERUSI MAJLIS Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Selamat datang diucapkan Muzik dimainkan.
kepada semua tetamu yang sudi hadir pada temasya sukan tahunan SK Khir Johari kali
Murid bergerak masuk
ke-56 sesi 2014.

Kejohanan sukan SK Khir Johari pada petang ini dimulakan dengan perarakan masuk
kontinjen rumah sukan.

3 JEMPUT TERIMA Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Tn Haji Mohd Tahrim Bin Abu Othman Tunggu pelajar sebelum
1
TABIK HORMAT Guru Besar SK Khir Johari sampai selekoh padang
mengiringi
Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup

untuk menerima tabik hormat dari para kontijen rumah sukan bagi Temasya Sukan
Tahunan kali ke-56. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

4 PERARAKAN Perbarisan masuk Kontijen rumah sukan dimulakan dengan perarakan pembawa
KONTINJEN
bendera kejohanan. Diketuai oleh adik Mohd Amir Syazwan Bin Mohd Said dan diikuti
oleh 4 orang pembawa bendera kejohanan iaitu adik Sahmsuzzaman Shazwan Bin
Samsul Bahrin, Adik Rukhsah Nasution Bin Rusman, Adik Nurul ‘Aina Najwa Bt Musa
dan Adik Suziana Shazrina Bt bSamsul Bahrin.

Menyusul pula, anak-anak kecil si comel prasekolah. Walaupun kecil namun semangat
mereka untuk menyertai perbarisan temasya sukan pada petang ini amat tinggi. Inilah
dia kontijen dari prasekolah SK Khir Johari yang terdiri dari murid yang berusia 5 & 6
tahun. Diketuai oleh adik Ahmad Khairul Imani Bin Mohd Sha’rizan selaku maskot
perbarisan dan dua orang pembawa sepanduk iaitu adik Zahratul Jannah Bt Sahrin dan
adik Qistina Bt Mohd Kumar.

2
Seterusnya Rumah Marikh (Merah). Dengan slogan “We came, We Saw, and We
Conquered” kontijen ini diketuai oleh Adik Mohd Mujahid Bin Ghazali dan
Adik Balqis Bt Suliman sebagai pembawa sepanduk . Kontijen ini mempunyai kekuatan
52 orang peserta.

Rumah Uranus (Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh Adik
Muhammad Wafiy Bin Zaidi dan dan Adik Nur Sabrina Hayani Bt Ahmad Rosli
sebagai pembawa sepanduk dengan kekuatan 55 orang peserta.

Diikuti oleh Rumah Zuhal (Hijau), Hijau segar sentiasa Mekar, diketuai oleh Adik
Muhammad Amir Bin Chek Zan selaku pembawa bendera dan Adik Huda Bt Mohd
Nadzri selaku pembawa sepanduk dengan kekuatan 55 orang peserta.

Muzik berhenti.
Akhir sekali Rumah Musytari (Kuning), Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh
Adik Mohd Faiz Muradi Bin Mohd Pauzi dan Adik Nooratiqah Bt Zamri selaku Ketua bagi arahan berhenti
hentak kaki dan bagi arahan
pembawa sepanduk dengan kekuatan 55 orang peserta.
senang diri.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih Kepada

Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya


3
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup
kerana sudi menerima tabik hormat dari para kontijen perbarisan kali ke 56 pada sesi
2014.

5 NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati sekalian, Tunggu ketua bagi arahan
PATRIOTIK baris sedia baru mainkan
Acara seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku dari kontijen temasya sukan tahunan muzik.
kali ke-56. Hadirin mohon berdiri.

*NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Hadirin dijemput duduk. Ketua bagi arahan senang diri.

6
SALUTASI Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya
PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup

Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Tahrim Bin Abu Othman


Guru Besar SK Khir Johari

Yang Berusaha, Puan Nora Bt Habib


Naib YDP PIBG SK Khir Johari

Pn Zubaidah Bt Mustafa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

4
En Kosnin Bin Abdul Karim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En.Zulkifli Bin Ahmat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum 

Guru-guru, AJK PIBG, Para Jemputan, Ibu bapa dan para murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke Hadrat Allah swt, sesungguhnya terbukti pada hari ini dengan
kerjasama erat di antara para guru, para murid, dan para ibu bapa kita masih dapat
melaksanakan agenda pada petang ini. Oleh itu marilah kita sama-sama saksikan
kehebatan anak-anak kita bertanding di padang dan terus memberi semangat kepada
mereka hingga ke akhir acara. Insya Allah

7
BACAAN DOA Seterusnya, Bagi memberkati majlis, dipersilakan Ustaz Mohd Rusdi bin Ahmad Maher Tunggu ketua bagi arahan
untuk memimpin bacaan doa. baris sedia dan UP.

*BACAAN DOA Tunggu ketua bagi arahan UP


lagi skali.

Terima kasih ustaz Mohd Rusdi, di atas bacaan doa itu tadi.

8 UCAPAN PERASMI Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Ketua bagi arahan senang diri
Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan
Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup
5
merangkai kata mengulas bicara buat kita semua seterusnya merasmikan Sukan
Tahunan SK Khir Johari sesi 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*UCAPAN PERASMIAN

* UPACARA NAIKKAN BENDERA

9 SAMPAIKAN Penghargaan dan terima kasih, bakti ditabur akan kami kenang, rahmat tuhan pasti
CENDERAMATA datang.
PERASMI
Dengan ucapan perasmian itu tadi menandakan bermulanya Temasya Sukan kita pada
hari ini. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup

di atas kesudian beliau mengukir bicara dan merasmikan sukan tahunan ke-56 pada
petang ini.

Seterusnya,Majlis dengan sukacita menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan


cenderamata kepada

Yang Berhormat Dato’. Dipersilakan.

6
*BAGI CENDERAMATA

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Berhormat Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya
dan Tuan Hj Mohd Tahrim bin Abu Othman.

10 BACAAN IKRAR Hadirin sekalian, Ketua bagi arahan baris


KEJOHANAN sedia…
Temasya Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan..
Ketua bagi arahan kepada 4
Dengan itu dipersilakan adik Mohd Amir Syazwan Bin Mohd Said mengetuai kontijen pembawa bendera…
temasya sukan tahunan pada kali ini dan diiringi oleh 4 orang pembawa bendera rumah
*UP
sukan.

*BACAAN IKRAR

Tunggu pembaca ikrar balik


- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda
ke kedudukan asal.
komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Semoga temasya sukan tahun ini akan dapat membakar semangat murid-murid untuk
lebih gigih lagi berusaha mencapai kejayaan terutama mencari bakal-bakal atlet negara
pada masa akan datang.

11 PERARAKAN Para Hadirin Sekalian, Ketua bagi arahan hentak kaki


KELUAR dan bergerak keluar…
KONTINJEN Seterusnya kita akan menyaksikan keberangakatan keluar kontinjen rumah sukan
dengan didahului oleh kontijen Biru (Uranus).

7
12 ACARA BALAPAN Tuan Puan yang dihormati, Sebut ikut buku program

-Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan, iaitu acara

-Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke
arena bagi melicinkan perjalanan acara.

13 UMUM PEMENANG Hadirin sekalian,


IKUT ACARA Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga
Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput
En……………………………………………………………………………………...
untuk menyampaikan hadiah.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah


dipertandingkan sebentar tadi.

(Rujuk Meja Data)

Terima Kasih diucapkan kepada En. …………………………………………………


Kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

14 REHAT
(PERSEMBAHAN Acara berehat sebentar. Sementara kita berehat marilah kita tumpukan perhatian dan
AEROBIK) saksikan persembahan Aerobik wakil murid-murid tahun 4 dan 5 diiringi dengan lagu-

8
lagu madley yang rancak.. Saksikanlah bersama-sama persembahan hebat ini.
Dipersilakan.

*PERSEMBAHAN AEROBIK

Begitulah persembahan hebat dari murid-murid SK Khir Johari. Kita telah lihat
betapa cergas dan aktifnya anak-anak kita mempersembahkan aerobik buat kita semua.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan Aerobik itu tadi telah
dibimbing oleh Cikgu Ismail Bin Daud, cikgu Nurul Izni Bt Syafie dan Cikgu Lakshmi
a/p Subramaniam yang tidak kenal erti penat dan lelah untuk melatih dan seterusnya
memperlihatkan persembahan yang hebat. Terima kasih diucapkan.

15 ACARA SUKAN Acara sukan berlangsung semula. Seterusnyanya acara berikut


BERSAMBUNG
ialah……………………………..(rujuk pemplet)

16 ACARA KHAS Seterusnya tibalah acara khas bagi pegawai sukan , ibu dan bapa yang akan dijalankan
mengikut stesen masing-masing. Diharap guru yang ditugaskan untuk melaksanakannya
bersedia di stesen masing-masing.

17 MINTA MURID Begitulah berakhirnya acara-acara sukan pada petang ini.perhatian kepada semua murid.
SEDIA UNTUK
MAJLIS PENUTUP Anda semua diminta supaya bersedia dikhemah masing-masing untuk berarak masuk di
hadapan khemah utama bagi majlis penutupan temasya sukan tahunan kali ke-56 sesi
2014.

9
Diumumkan perarakan masuk kontijen rumah sukan di hadapan khemah utama.

*Mainkan muzik perbarisan


18 PENUTUP - Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.

Hadirin yang dirahmati,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan

Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman, Guru Besar Sk Khir Johari. mengukir bicara buat
kita semua dan seterusnya membuat perasmian penutup temasya sukan tahunan ke 56.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*UCAPAN PENUTUP.
UCAPAN
PERASMIAN Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
PENUTUP

Tuan/puan yang dihormati,


19 PENYAMPAIAN
HADIAH KHAS Seterusnya tibalah upacara penyampaian hadiah bagi acara kemuncak sukan tahunan ke-
KEJOHANAN 56 pada tahun ini. Dengan itu dijemput …………………………………… mengiringi
…………………………………………………. untuk menyampaikan hadiah bagi acara

10
kemuncak kali ini.

PEMENANG HIASAN RUMAH SUKAN

PEMENANG PERBARISAN RUMAH SUKAN

OLAHRAGAWAN 2014

OLAHRAGAWATI 2014

PEMENANG KESELURUHAN

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………….. kerana


sudi menyampaikan hadiah.

20 UCAPAN PENUTUP Berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhir lah sukan tahunan ke-56 sesi
MC
2014 pada kali ini.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Tahun hadapan ketemu lagi.

- Semoga kita bersua kembali pada Temasya Sukan Tahunan pada tahun hadapan.
11
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap
kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua.

p/s: Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar untuk mengiringi …………………………...


serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM


WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

12