Anda di halaman 1dari 10

Diumumkan ketibaan

Yg berusaha
……………………………………………………………………………………………………………………
……………….. ke perkarangan Sek Keb Khir Johari

Sebagai paparan alu-aluan, para hadirin diminta berdiri untuk


menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama, dipersilakan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU ……


Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Yang berusaha
……………………………………………………………………………………………………………………
………

Yang Berusaha Tn Hj Tahrim B Abu Othman, Guru besar SKKJ.

Yang Berusaha Encik …………………………………………………………………….


Yg Dipertua PIBG SKKJ.

Pen.2 Kanan ,AJK-AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa, tidak lupa juga
kepada murid-murid yang diraikan. 

Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir pada
Majlis Anugerah Cemerlang SK Khir Johari sesi 2008.

Sebentar tadi kita telah menyaksikan persembahan tarian tradisional


yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Persembahan itu
telah dibimbing oleh Cikgu Shahrul Bahtiar B Ghazali. Terima kasih
diucapkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pihak majlis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-


alukan kedatangan Yang
berusaha……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………… ke majlis kita pada hari ini. Di
sebalik kesibukan tugas, beliau dapat juga mencuri masa untuk hadir.
Majlis rasa berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima
kasih di atas sokongan dan keprihatinan beliau. 
Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita sama-sama menadah tangan, membaca doa,


memohon keberkatan dan keredhaan Ilahi dari awal ke penghujung
majlis pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn Hj
Radin Mohd Moktar B Radin Mahfudz untuk melafazkan doa.
Dipersilakan.

BACAAN DOA.
Majlis merakamkan serangkaian terima kasih kepada
…………………………..……………..………………………atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis anugerah pada kali ini berjalan dengan lancar dan
sempurna dan diberkati dari awal hingga keakhirnya. Insyaallah.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah


S.W.T  kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun di
dewan yang indah ini untuk menyempurnakan Majlis Anugerah
Cemerlang SKKJ, yang semestinya amat bermakna kepada semua.

Sesungguhnya anugerah seumpama ini memberi peluang terbaik


kepada murid-murid sekolah ini untuk  mempamerkan keupayaan dan
kemampuan sebenar mereka untuk meraih gelaran di peringkat
sekolah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pihak majlis berharap anugerah yang diberi akan menjadi pendorong


dan perangsang semangat kepada murid-murid dan warga pendidik
SKKJ supaya terus berusaha dan memperbaiki kualiti  pendidikan di
samping meningkatkan semangat kerjasama, amanah dan dedikasi
dalam menjelajahi ilmu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
penerima-penerima anugerah pada petang ini. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Majlis dimulakan dengan mempersilakan Yg Dipertua PIBG SKKJ
……………………………………………………………….. mengukir bicara buat kita
semua .Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN YDP

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan YDP PIBG


…………………………..……………………….……………………………….itu tadi.

Seterusnya marilah kita tumpukan minda untuk menghayati ulas-ulas


bicara sekuntum kasih dari nadi penggerak kegemilangan SK Khir
Johari iaitu Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman Guru Besar Sk Khir
Johari. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR.


Serangkaian terima kasih disemarakkan kepada Tn Hj Mohd Tahrim b
Abu Othman diatas untaian kata-kata itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan Yang
berusaha….……………………………………………………………………………………….
merangkai kata mengulas bicara buat kita semua seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SK Khir Johari sesi 2008.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN.
Dengan ucapan perasmian itu tadi menandakan bermulanya
majlis anugerah kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan jutaan
terima kasih kepada YB…………………………………….
……………………………………………. atas kesudian beliau mengukir bicara dan
merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SKKJ pada petang ini.
Dengan itu, Majlis dengan sukacita menjemput Guru Besar
menyampaikan cenderahati kepada ………………………………….
…………………………………………….dipersilakan.

Terima kepada Guru Besar kerana sudi menyampaikan cenderahati


kepada ………………………………………………………………………………………………
Tuan/puan yang dihormati,
Dengan perasmian Majlis Anugerah itu tadi menandakan bermulanya
upacara yang kita nantikan iaitu penyampaian anugerah kepada
pelajar.

Anugerah yang pertama dimulakan dengan Konvokesyen


PraSekolah. Walaupun masih kecil, si comel PraSekolah ini sudah
mampu berdiri teguh bagi menghadapi pelbagai rintangan.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ……………………………..…………………………………………………………
untuk menyampaikan anugerah kepada murid PraSekolah.
Penyampaian dimulakan dengan graduan PraElit yang dibimbing oleh
Cikgu Mohd Azhar b Madar. …..(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


………………………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Untuk graduan PraDinamik pula, dijemput


…………………………………………………………………………………………………
Mengiringi ……………………………………………………………………………………………..
Untuk menyampaikan anugerah kepada mereka.
PraDinamik dibimbing oleh Cikgu Rabiatuladawiyah…(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


…………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya Anugerah 10 kedudukan terbaik Dalam Darjah. Untuk


pengetahuan hadirin, kedudukan dikira berdasarkan pencapaian ujian
akhir tahun yang telah dijalankan baru-baru ini.
Dimulakan dengan darjah ……… Dengan itu dijemput
………………………………………………………………………………….mengiringi
…………………………………………………………………….. untuk menyampaikan
anugerah…….(Rujuk Senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


………………………………………………………………..kerana sudi menyampaikan
hadiah.
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis dimeriahkan lagi dengan menyaksikan persembahan
Action Song dari murid-murid tahun 3. Marilah kita bersama-
sama menyaksikan persembahan hebat ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan dari murid-murid tahun 3 itu tadi. Untuk


pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak tahun 3 ini telah
mewakili Daerah Hilir Perak ke pertandingan Karnival Bhs
Inggeris peringkat Negeri yang telah diadakan pertengahan tahun
ini. Mereka telah telah dibimbing oleh cikgu KirenDesh Kaur dan Cikgu
Erni Haryanti. Terima kasih diucapkan.

Para Hadirin,
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Mata Pelajaran
Terbaik.
Dengan itu dijemput
…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….…………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah.
Bagi penerima tahun 1 …………………………………………………………..
(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


…………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya ialah penyampaian bagi Anugerah Lonjakan Saujana.


Lonjakan Saujana bererti peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh
murid sehingga ke akhir tahun.
Dengan itu dijemput
…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Seterusnya ialah penerima Anugerah Bunga Raya. Anugerah bunga


raya diberi khusus kepada murid-murid kelas pemulihan yang
dibimbing oleh Pn Hjh Atikah Bt Ibrahim. Murid-murid ini berpotensi
untuk meraih kejayaan dalam bidang kurikulum seterusnya mampu
bersaing dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai pembakar semangat,
disampaikan Anugerah Bunga Raya kepada mereka.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah bunga raya. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah itu tadi.

Tuan puan yang dihormati,


Marilah kita berehat dengan menumpukan perhatian dengan
menyaksikan persembahan tarian rampaian traditional dari
murid-murid prasekolah. Saksikan lah bersama-sama
persembahan hebat ini. Dipersilakan.

Begitulah persembahan hebat dari murid-murid prasekolah itu tadi.


Kita telah lihat betapa cergas dan aktifnya anak-anak kita
mempersembahkan tarian buat kita semua. Untuk pengetahuan tuan-
tuan dan puan-puan, anak-anak kecil ini telah menjuarai Karnival
PraSekolah Zon 5 yang telah diadakan pada bulan……………….. yg lepas.
Mereka telah dibimbing oleh cikgu Mohd Azhar B Madar. Terima kasih
diucapkan.

Majlis disambungkan dengan penerima Anugerah UPSR bagi tahun


2007 & 2008. Untuk pengetahuan hadirin yang mulia, SK Khir Johari
telah berjaya memperoleh seramai 16 orang murid yang mendapat 5A
dalam UPSR bagi tahun 2007. Oleh itu, pihak sekolah telah berbesar
hati untuk memberi anugerah kepada mereka.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah UPSR 2007. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Bagi Anugerah UPSR 2008 pula iaitu bagi tahun ini, SKKJ telah
memperoleh seramai ……………………….. yang berjaya mendapat 5A ,
dan seramai …………… yang mendapat 4A 1B dalam UPSR 2008.

Jesteru itu, bagi menghargai kejayaan mereka, dijemput


………………………………………………………………………………………..
Mengiringi ………………………………………………………………………………………
Untuk menyampaikan hadiah kepada mereka.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Majlis diteruskan dengan penyampaian bagi anugerah Peringkat
Kebangsaan dan Negeri.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah.
Bagi penerima anugerah peringkat negeri,
dijemput…………………………………………………………………………….
(rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Marilah kita saksikan persembahan terakhir pada majlis ini iaitu
persembahan kompang selawat yang akan disembahkan oleh murid-
murid tahun 4.
Majlis mempersilakan.

Begitulah persembahan dari pasukan kompang SKKJ itu tadi. Untuk


pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan itu tadi telah
dibimbing oleh Ustzh Hairunnisa, Cik Siti Mariam dan cikgu Shahrul
Bahtiar. Hasilnya, pasukan kompang itu tadi telah berjaya mewakili
Zon ke peringkat Daerah dengan mendapat naib johan. Tahniah kasih
diucapkan.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penerima Anugerah Tokoh Sahsiah.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan
hormatnya menjemput …………………………………………………………………….
Mengiringi ……………………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan anugerah.
Beliau adalah seorang murid yang sentiasa membantu guru, sentiasa
mematuhi segala peraturan sekolah, beramah mesra bersama rakan
taulan dan guru, disenangi oleh seluruh warga sekolah. Penerima
Anugerah Tokoh Sahsiah bagi tahun 2008 disandang oleh
adik……………………………………………………………………………………………..
Syabas diucapkan.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Bagi Anugerah Kokurikulum pula, dipersilakan


……………………………………………………………………. Mengiringi
………………………………………………………………………………………. Untuk
menyampaikan anugerah.
Beliau telah mewakili sekolah ke……………

Penerima Anugerah Kokurikulum bagi tahun 2008 diberi kepada adik


………………………………………………………………………………………
tahniah diucapkan.
Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada
………………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya ialah penyampaian Anugerah tokoh NILAM.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
……………………………………………………. Mengiringi
………………………………………………………. Untuk menyampaikan anugerah.
Beliau telah membaca sebanyak ………… buah buku. Anugerah ini
disandang oleh adik………………………………………………….
Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Tuan puan sekalian,


Seterusnya, tibalah detik yang dinanti-nanti iaitu penerima Anugerah
Tokoh Murid SKKJ bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah terulung ini, majlis


dengan ini menjemput
………………………………………………………………………………………
Bagi mengiringi ………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan anugerah.

Beliau telah….

Penerima Anugerah Tokoh Murid bagi tahun 2008 jatuh kepada adik
……………………………………………… jutaan tahniah diucapkan.

Tuan puan yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhir lah


majlis anugerah kecemerlangan SKKJ pada sesi 2008. Sebelum majlis
melabuh tirai, majlis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada
kesilapan dan ketidak sempurnaan perjalanan majlis ini.

Sebelum bersurai, pihak majlis ingin menjemput para hadirin untuk


menikmati jamuan ringan dikantin sekolah.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan ketemu lagi.
Sekian, terima kasih.

SENARAI VIP.

Tn Hj Hassan B Hamzah : Presiden Perbadanan Buku Negara


En BAharum B Mad Sa’ari : YDP PIBG