Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tuan/Puan yang dihormati,


Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir pada temasya sukan
tahunan SK Khir Johari kali ke-52 sesi 2010. Sebelum terlanjur menarik tirai acara
temasya pada petang ini, marilah sama-sama kita saksikan acara perbarisan lintas hormat
dari para kontijen sukan pada kali ini iaitu Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Pengawas, Pengakap,rumah biru, hijau, kuning, merah dan pra sekolah.

Untuk itu, dijemput Yang Berusaha,Guru Besar SK Khir Johari Tn Haji Mohd
Tahrim Bin Abu Othman mengiringi Yang Berbahagia En. Baharum Bin Md Shaari,
Yang DiPertua PIBG SK Khir Johari untuk menerima tabik hormat dari para kontijen
rumah sukan bagi Temasya Sukan Tahunan kali ke-52. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Acara perbarisan pada hari ini diketuai oleh adik Mohd Muzammil Bin Mohd Nor
dan diikuti oleh empat orang pembawa bendera kejohanan yang terdiri daripada empat
orang putera SKKJ iaitu:
1) Adik Mohd Hanif Bin Ahmad Nazir
2) Adik Faris Fahmi Bin Amin Zainuri
3) Adik Mohd Abeed Bin Rusman
4) Adik Fadhullah Mujaddidi Bin Md Zaini

Kontijen yang memulakan perbarisan pada petang yang ceria ini ialah kontijen
Puteri Islam yang terdiri dari puteri tahun 3, 4, 5 & 6. Kontijen puteri islam ini diketuai
oleh Adik Wahidah Bt Mohd Nor. Ahli-ahli Puteri Islam ini telah dididik untuk menjadi
remaja Muslimah yang solehah.

Kontijen yang seterusnya adalah kontijen Tunas Kadet Remaja Sekolah yang
terdiri dari pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6. Kontijen ini diketuai oleh adik Rashidin
Nasution Bin Rusman dan adik Hanis Shahira bt Bukhari selaku pembawa sepanduk.
Ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah ini telah dilatih menjadi pelajar yang cergas dan
kreatif untuk membantu meningkatkan pencapaian kokurikulum sekolah.
Menyusul kini, kontijen Pengawas SK Khir Johari yang terdiri daripada pengawas
tahun 3, 4, 5, & 6. Kontijen pengawas ini diketuai oleh Adik Mohd Nasrul Hadi Bin
Mohd Halil. Pengawas-pengawas sekolah ini memainkan peranan dalam membantu pihak
sekolah mengawal disiplin murid-murid.

Menyusuli pula adalah kontijen Pengakap yang diketuai oleh adik Mohd
Noraiman Hambali dan diiringi oleh 20 orang ahli Pengakap. Ahli-ahli Pengakap ini telah
dilatih untuk berdikari dan berani dalam apa jua keadaan.

Dengan pembawa benderanya adik Mohd Irsyad Bin Mansur dan dibantu oleh adik
Ezzaty Bt Wahid sebagai pembawa sepanduk rumah biru atau Uranus menyusul kini
dengan penglibatan 33 orang peserta.
Berlatih sukan setiap hari,
Letih dan penat sudahlah pasti,
Kontijen Uranus nampak berseri,
Mendapat emas misi dihati.

Duduk teruna di atas pangkin,


Pangkin cengal bersisip meranti,
Kontijen Zuhal sentiasa yakin,
Gelaran juara sedang menanti.
Dengan pembawa bendera adik Mohd Azammudin Bin Zauli dan pembawa sepanduk
adik Norshafika Sharina bt Abdullah melangkah yakin diiringi 33 orang peserta.

Batang rumbia dikerat-kerat,


Lalu dibawa ke tanjung sari,
Menjadi johan adalah hasrat,
Itulah Musytari Si kuning Bestari.
Diketuai oleh adik Mohd Nor Atiq Bin Ghazali sebagai pembawa bendera dan adik
Nuraini Nafisah bt Jamaludin selaku pembawa sepanduk serta disusuli oleh 33 orang
peserta.
Menghayun langkah sungguh berani,
Berbaju merah pakaian tradisi,
Kontijen Marikh di hadapan kini,
Melangkah yakin membawa misi.
Kontijen rumah Marikh atau rumah merah ini diketuai oleh adik Mohd Asyraf Bin Mat
Rahim selaku pembawa bendera dan adik Najiha bt Hamid selaku pembawa sepanduk.
Kontijen yang disertai oleh 33 orang peserta ini membawa misi “Mengekalkan
Kejuaraan”.

Inilah saat yang kita nantikan iaitu perbarisan dari anak-anak kecil si comel prasekolah.
Walaupun kecil namun semangat mereka untuk menyertai perbarisan temasya sukan pada
pagi ini amat tinggi. Inilah dia kontijen dari prasekolah SK Khir Johari yang terdiri dari
murid yang berusia 5 & 6 tahun. Diketuai oleh adik Mohd Ekmal Bin Wahid selaku
maskot perbarisan dan dua orang pembawa sepanduk iaitu adik Ariss Hazqail Bin Mohd
Yusli dan adik Suzieana Syazrina bt Samsul Bahrin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


Kepada En Baharum bin Md Saari kerana sudi menerima tabik hormat dari para kontijen
perbarisan kali ke 52 pada sesi 2010. terima kasih sekali lagi diucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Pertama tamanya marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Rabbul Jalil kerana dengan limpah kurnia, taufik dan inayah di persada naunganNya
berkeizinan kita berkumpul pada petang ini untuk memeriahkan temasya sukan tahunan
SK Khir Johari kali ke-52.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Acara seterusnya ialah nyanyian lagu Negaraku dari kontijen temasya sukan
tahunan kali yang ke-52. Diminta para jemputan dan hadirin berdiri untuk menghormati
dan seterusnya menyanyikan lagu bersama-sama, dipersilakan.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU……

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.


Acara seterusnya marilah kita sama-sama menadah tangan, membaca doa,
memohon keberkatan dan keredhaan Illahi dari awal ke penghujung temasya sukan pada
hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Mohd Rusdi bin Ahmad Maher
untuk melafazkan doa. Dipersilakan.
BACAAN DOA.

Majlis merakamkan serangkaian terima kasih kepada Ustaz Mohd Rusdi bin
Ahmad Maher atas bacaan doa itu tadi. Semoga temasya sukan tahunan pada kali ini
berjalan dengan lancar dan sempurna dan diberkati dari awal hingga ke akhirnya.
Insyaallah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan En. Baharum bin Md Saari,
Yang Di Pertua PIBG merangkai kata mengulas bicara buat kita semua seterusnya
merasmikan Sukan Tahunan SK Khir Johari sesi 2010. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
UCAPAN PERASMIAN dan naikkan bendera.

Dengan ucapan perasmian dan pengibaran bendera kejohanan itu tadi


menandakan bermulanya Temasya Sukan kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan
jutaan terima kasih kepada En. Baharum bin Md Saari atas kesudian beliau mengukir
bicara dan merasmikan sukan tahunan ke-52 pada petang ini. Majlis dengan sukacita
menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Baharum bin
Md Shaari. Dipersilakan.
Tuan puan yang dihormati,
Temasya sukan telah terasmi,
Bacaan ikrar menjelma kini,
Marilah sama-sama kita hayati.
Acara seterusnya ialah pembacaan ikrar temasya sukan kali ke-52. Dengan itu
dipersilakan adik Afwan Zarif Bin Zanudin mengetuai kontijen temasya sukan tahunan
pada kali ini dan diiringi oleh 4 orang pembawa bendera.
IKRAR SUKAN.

Terima kasih diucapkan kepada adik Afwan Zarif bin Zanudin atas bacaan ikrar itu tadi.
Demikianlah tadi upacara pembukaan dan perasmian temasya Sukan Tahunan SK
Khir Johari kali ke-52. Semoga temasya sukan tahun ini akan dapat membakar semangat
murid-murid untuk lebih gigih lagi berusaha mencapai kejayaan terutama mencari bakal-
bakal atlet negara pada masa akan datang. Tidak mustahil atlet kelahiran SK Khir Johari
ini akan mengharumkan nama negara di mata dunia dalam persada sukan tanah air.
Para hadirin sekalian,
Kini para kontijen akan berarak keluar ke rumah masing-masing dengan didahului oleh
kontijen Puteri Islam dan kontijen Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Tuan puan yang dihormati,


Acara sukan akan bermula sebentar lagi. Diminta kepada para pegawai sukan
mengambil tempat. Berikut adalah tugasan pegawai kejohanan iaitu tugasan
referee…………………………………………….(rujuk pemplet)

Tuan puan ynag dihormati sekalian,


Kini tibalah acara sukan yang pertama yang dijalankan iaitu acara
…………………………………….. yang disertai oleh……………………………..
(baca senarai peserta). ACARA BERMULA. Umumkan pemenang secara rambang
ataupun tidak rasmi.
Sekarang tibalah masanya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang
dalam acara sukan yang telah berlangsung sebentar tadi. Dengan itu dijemput
……………………………………………………………. Mengiringi
……………………………………………………………..untuk upacara
penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………………………
kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.

Acara berehat sebentar. Sementara kita berehat marilah kita tumpukan


perhatian dan saksikan persembahan Gimnastik wakil murid-murid tahun 6 diiringi
dengan lagu-lagu madley yang rancak.. Saksikanlah bersama-sama persembahan
hebat ini. Dipersilakan.
GIMNASTIK …..

Begitulah persembahan hebat dari murid-murid SK Khir Johari. Kita telah lihat
betapa cergas dan aktifnya anak-anak kita mempersembahkan tugasan buat kita semua.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan Gimnastik itu tadi telah
dibimbing oleh cikgu Mohd Hafizi bin Shahibi dan Cikgu Shahrul Bakhtiar bin Mohd
Ghazali yang tidak kenal erti penat dan lelah untuk melatih dan seterusnya
memperlihatkan persembahan yang hebat. Terima kasih diucapkan.

Acara sukan berlangsung semula. Seterusnyanya acara berikut


ialah……………………………..(rujuk pemplet)

Seterusnya tibalah acara khas bagi pegawai sukan , ibu dan bapa yang akan
dijalankan mengikut stesen masinag-masing. Diharap guru yang ditugaskan untuk
melaksanakannya bersedia di stesen masing-masing.
Begitulah berakhirnya acara-acara sukan pada petang ini.perhatian kepada murid supaya
bersedia dikhemah masing-masing untuk berarak masuk di hadapan khemah utama bagi
majlis penutupan temasya sukan tahunan kali ke-52 sesi 2010.
Diumumkan perarakan masuk kontijen rumah sukan di hadapan khemah utama.

ACARA PENUTUP.
Acara penutup akan dijalankan sebentar lagi.
Seterusnya marilah kita tumpukan minda untuk menghayati ulas-ulas bicara sekuntum
kasih dari nadi penggerak kegemilangan SK Khir Johari iaitu Tn Hj Mohd Tahrim b Abu
Othman Guru Besar Sk Khir Johari. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN GURU BESAR.

Serangkaian terima kasih disemarakkan kepada Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman di


atas untaian kata-kata itu tadi.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan ………………………………………….
mengukir bicara buat kita semua dan seterusnya membuat perasmian penutup temasya
sukan tahunan ke-52 SK Khir Johari pada kali ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
UCAPAN PENUTUP.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan


………………………………………………………….itu tadi. Dengan itu, dijemput
Tuan Guru Besar SK Khir Johari untuk menyampaikan cenderahati kepada
………………………………………………………….dipersilakan.

Tuan/puan yang dihormati,


Seterusnya tibalah upacara penyampaian hadiah bagi acara kemuncak sukan tahunan ke-
52 pada tahun ini. Dengan itu dijemput Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman GB SK Khir
Johari mengiringi …………………………………………………………… untuk
menyampaikan hadiah bagi acara kemuncak kali ini.
PEMENANG HIASAN RUMAH SUKAN
PEMENANG PERBARISAN RUMAH SUKAN
OLAHRAGAWAN 2010
OLAHRAGAWATI 2010
PEMENANG KESELURUHAN
Terima kasih diucapkan kepada
……………………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.
Berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhir lah sukan tahunan ke-52
sesi 2010 pada kali ini. Sebelum acara melabuh tirai, majlis ingin memohon ampun dan
maaf sekiranya ada kesilapan dan ketidak sempurnaan perjalanan majlis ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan ketemu lagi.
Sekian, terima kasih.