Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Yang Berusaha Tn Hj Radin Mohd Mokhtar b. Radin Mahfudz, Pen. Kanan


pentadbiran, SKKJ.

Yang Berbahagia Ustaz Mohd Rusdi Bin Ahmad Mahir,Pen. Kanan HEM Pn
hjh Azizah bt Ariffin, Pen kanan Kokurikulum Pn. Hjh Siti Rodah bt
Mualip,guru-guru, ibu bapa serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir pada Majlis
Bacaan Yassin dan Solat Hajat SKKJ sesi 2010.

Hadirin yang dihormati sekalian,

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan


begitu banyak nikmat kepada kita semua.Bersyukur juga Ke hadrat Allah
SWT kerana dengan keizinanNya kita dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan ini.

Hadirin sekalian,

Untuk makluman hadirin semua, perjalan majlis kita pada hari yang
penuh rahmat ini kan dimulakan dengan majlis bacaan tahlil diikuti
dengan majlis berbuka puasa. Kemudian, kita akan sama-sama bergerak
ke dewan SKKJ untuk solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yassin.
Seterusnya, barulah kita akan bersama melaksanakan solat Hajat.
Selepas Solat Hajat ini, kita akan terus solat Isyak dan Solat Terawih
bersama-sama.

Guru-guru,ibu bapa,dan para pelajar yang dirahmati Allah..

Seterusnya,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Mohd


Rusdi bin Ahmad Mahir untuk mengetuai majlis bacaan Tahlil.
Dipersilakan.

BACAAN Tahlil.

Majlis merakamkan serangkaian terima kasih kepada Ustaz Mohd


Rusdi bin Ahmad Mahir. Majlis menjemput semua hadirin untuk berbuka
puasa bersama.Selum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
sekali lagi,Ustaz Mohd Rusdi bin Ahmad Mahir untuk membacakan doa
makan.

SOLAT MAGHRIB
BACAAN YASSIN
SOLAT HAJAT
SOLAT ISYAK
SOLAT TERAWIH

AKHIR>>

Hadirin yang dihormati, Alhamdulilah, kita telah selesai menjalankan


setiap aktiviti yang telah dirancangkan.dengan berakhirnya solat terawih
itu tadi, maka berakhir lah majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat pada hari
ini. Sebelum majlis melabuh tirai, majlis memohon ampun dan maaf
sekiranya ada kesilapan dan ketidak sempurnaan perjalanan majlis ini.

Sekian, terima kasih.