Anda di halaman 1dari 33

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Tel : 03-8884 5154


MALAYSIA, BAHAGIAN TEKNIK DAN
Faks : 03-8884 5047
VOKASIONAL Laman Web
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, http://www.bptv.edu.my
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2017
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD / KURSUS ETE 8014 INSTALLATION OVERHEAD CABLE AND ACCESSORIES
KOMPETENSI 03. INSTALL LOW TENSION SWITCH GEAR
 Allocate switch gear position.
 Prepare switch gear foundation.
KOMPETENSI UNIT
 Install switch gear

Trainee must be able to:


 Independently construct high tension overhead line according to standard
operating procedure. (C3, PLO7)
HASIL PEMBELAJARAN  Fix high tension switch gear, transformer, machineries and earthing system with
critically evaluation according to standard operating procedure. (P3, PLO3)
 Perform high tension underground cable, lay cable joining and orally present
information according to standard operating procedure. (A3, PLO4)

TARIKH
ETE 8014/K 01/NK 03-07
NO KOD
EDISI MEI/2017
MUKA : 01 DARIPADA 33
EE-320-4 : 2012
KOD JPK

MAKLUMAT CALON

NAMA

PENGENALAN

Switch Gear ialah gabungan antara pemutus suis, fius atau pemutus litar elektrik yang
digunakan untuk mengawal, melindungi dan mengasingkan peralatan Elektrik. Switch gear juga
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 2 drp : 33

digunakan dalam menyah-tenaga peralatan untuk membenarkan sesuatu kerja dijalankan dan
mengelakkan daripada berlakunya kegagalan dalam sesuatu pengaliran elektrik.

Peralatan elektrik yang menggunakan pengisian minyak terbukti berkesan dalam


membenarkan tenaga arka dikawal dengan selamat. Namun, peralatan elektrik jenis pengisian
minyak telah digantikan secara meluas dengan jenis udara, vakum, atau SF6. Jenis-jenis ini lebih
efisien dalam membenarkan kadaran arus yang lebih besar dan peningkatan kuasa untuk dikawal
dengan selamat melalui peralatan automatik seperti gabungan kawalan digital, perlindungan,
pengukuran dan komunikasi.

Secara kasarnya, switch gear ditempatkan didalam pencawang-pencawang elektrik.


Kedudukannya adalah dibahagian voltan tinggi dan voltan rendah dalam sesuatu transformer
berkuasa tinggi. Switch gear yang ditempatkan di bahagian voltan rendah sesuatu pencawang
selalunya dimuatkan di dalam bangunan bersama dengan pemutus litar voltan yang berkadaran
sederhana untuk pengagihan litar merangkumi pengukuran, kawalan, dan peralatan perlindungan.
Manakala untuk kegunaan industri pula, sebuah transformer dan switch gear digabungkan dalam
sebuah rumah. Rumah ini dikenalisebagai seunit pencawang (unitized substation) atau USS.

PENEMPATAN SWITCH GEAR

Switch gear untuk voltan rendah akan selamanya dimampatkan dalam bangunan. Manakala
untuk tahap penghantaran (transmission levels) bagi voltan tinggi melebihi 66 kv, biasanya switch
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 3 drp : 33

gear untuk itu di tanam diluar dan ditebat oleh udara dan ianya memerlukan ruang yang besar.
Manakala, switch gear yang menggunakan penebatan gas untuk penghantaran (transmission levels)
lebih menjimatkan ruang berbanding peralatan yang menggunakan penebatan udara walaupun jenis
penebatan gas ini melibatkan kos yang tinggi. Switch gear yang menggunakan penebatan minyak
pula akan menyebabkan limpahan minyak dan seterusnya menimbulkan bahaya. Pada pencawang
yang kecil, suis-suis akan dikendalikan secara manual. Tetapi pada stesen suis yang penting seperti
dalam rangkaian penghantaran elektrik, setiap alatnya mempunyai motor yang akan dikawal oleh alat
kawalan jauh.

JENIS-JENIS SWITCH GEAR

Switch gear ialah sejenis suis pengasing udara yang biasa dan ianya ditebat oleh bahan-bahan
lain. Penebat yang berkesan walaupun mahal dari segi kos bagi switch gear ialah daripada jenis gas
(Gas Insulated Switch Gear /GIS ). Dimana pengalir dan sesentuhnya juga ditebat oleh tekanan gas
sulfur hexaflorida (SF6). Manakala jenis penebat biasa yang lain pula ialah daripada jenis minyak dan
vakum.

Gabungan peralatan yang dimampatkan di dalam switch gear membolehkan ianya


melengahkan dan mengelakkan sebarang kegagalan yang disebabkan oleh arus. Pemutus litar yang
dimampatkan di dalam switch gear merupakan komponen yang utama yang menghalang daripada
berlakunya kegagalan yang disebabkan oleh arus. Proses memadamkan arka apabila pemutus litar
menarik sesentuh-sesentuh daripada buka (memutuskan litar) memerlukan rekaan yang cermat.

PEMUTUS LITAR TERDAPAT DALAM BEBERAPA JENIS. ANTARANYA :

 Minyak
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 4 drp : 33

Pemutus litar jenis minyak bergantung kepada pengewapan minyak untuk memberi tekanan
tinggi supaya minyak tersebut boleh memacu sepanjang aliran arka tersebut. Wap yang
dilepaskan oleh proses arka tersebutmengandungi gas hidrogen.

 Udara
Pemutus litar jenis udara pula menggunakan tekanan udara atau keupayaan magnetik oleh arka
itu sendiri untuk memanjangkan proses arka tersebut. Apabila panjang Arka itu stabil dengan
voltan yang sedia, maka ianya akan terpadam dengan sendiri. Pemutus litar biasanya boleh
memberhentikan pengaliran arus dengan serta merta. Biasanya dalam 30 ms dan 150 ms
bergantung kepada usia dan binaan pemutus litar itu sendiri.

 Gas
Pemutus litar jenis gas SF6 kadangkala memanjangkan proses arka menggunakan medan
magnet dan ini bergantung kepada kekuatan nyah elektrik yang dihasilkan oleh gas SF6 untuk
memadamkan arka yang telah dipanjangkan prosesnya.

 Hybrid
Pemutus litar jenis hybrid ialah satu-satunya switch gear yang menggabungkan komponen
penebatan udara tradisional (AIS) dan teknologi penebatan gas SF6. Rekaannya padat dan
modular dimana ianya merangkumi beberapa fungsi yang berbeza didalam satu module.

 Vacuum
Pemutus litar yang dilengkapi dengan vakum mempunyai ciri-ciri arka yang minima. Jadi arka
dapat dipadamkan apabila ianya dipanjangkan oleh bilangan yang kecil (<2-8mm). Apabila arus
menghampiri 0, arka itu tidak cukup panas untuk menstabilkan plasma dan memberhentikan
arus. Perbezaan ini dapat menentang kenaikan voltan. Pemutus litar jenis vakum selalu
digunakan dalam switch gear yang mempunyai voltan sederhana antara 40,500 volt. Tidak
seperti jenis-jenis yang lain, yang selamanya tidak sesuai dalam menghalang kegagalan arus
terus.

 Karbon Dioksida
Pemutus litar yang menggunakan karbon dioksida sebagai penebat dan
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 5 drp : 33

pemadam arka berkendali sama seperti prinsip yang digunakan oleh pemutus
litar SF6. Hal ini disebabkan SF6 ialah gas rumah hijau yang lebih berkesan berbanding C02.

PERALATAN
SUIS

PEMUTUS LITAR SUIS

MINYAK SUIS PEMUTUS


BEBAN
PUKAL
SUIS FIUS
MINIMA
FIUS SUIS
HAMPAGAS
SATU PENGASING
BASBAR
SUIS BUMI
DUA BASBAR

GAS SF6

Unit Gegelang Utama (Ring Main Unit) adalah gabungan


suis pemutus bebn dan suis berfius

PENGKELASAN SWITCH GEAR


Berikut adalah klasifikasi bagi switch gear:
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 6 drp : 33

Melalui kadaran arus

Melalui kebolehupayaan menghalang sebarang gangguan


- Pemutus litar boleh diOn dan diOffkan apabila berlakunya kegagalan arus.
- Suis pemutus beban boleh ditukarkan kepada sistem arus beban yang normal
- Pengasing ialah pemutus beban yang akan beroperasi selepas pemutus litar.

Melalui pengkelasan voltan


- Voltan rendah ( kurang daripada 1KV AC)
- Voltan sederhana (1KV AC sehingga 75 KV AC)
- Voltan tinggi (75 KV sehingga 230 KV AC)
- Voltan lebih tinggi (lebih daripada 230 KV)

Melalui medium penebatan


- Udara
- Gas (SF6 atau gabungan lain)
- Minyak
- Vakum
- Karbon dioxide (CO2)

PEMASANGAN SUIS GEAR VOLTAN TINGGI & PENGUBAH VOLTAN TINGGI


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 7 drp : 33

PENERANGAN :
Pemeriksaan kerja ditapak projek adalah satu tugas penting yang perlu dilaksanakan dengan teliti.
Ia merupakan satu tugas yang mencabar dan perlukan kewibawaan petugas yang diarahkan,
dalam membuat keputusan semasa menghadapi masalah ditapakbina.

Ia lebih memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pemasangan elektrik
dan ‘ketajaman mata’ kerana ia merupakan pemeriksaan visual. Walau apapun bentuk masalah
yang dihadapi semasa menjalankan tugas, setiap petugas perlu memastikan setiap tindakan dan
keputusan yang di ambil dalam pemeriksaan kerja ditapakbina mestilah mengikut spesifikasi dan
peraturan yang berkaitan. Oleh penyenarai perkara seperti senarai semak dan borang-borang
pengujian hendaklah diadakan.

Ia bertujuan sebagai:

i. Merupakan penghubung diantara kerja-kerja Rekabentuk dan Pembinaan


ii. Memastikan kerja-kerja tersebut dijalankan mengikut peraturan-peraturan dan
spesifikasi.
iii. Memastikan barang-barang elektrik yang dipasang adalah yang diluluskan dan
mematuhi Standard kualiti yang diperakukan oleh ajensi kualiti yang diiktiraf seperti
SIRIM.
iv. Untuk menilai kemajuan kerja pada masa yang diperlukan
v. Menentukan setiap perubahan kerja yang perlu dilaksanakan dibuat dengan teliti
dan teratur
vi. Memastikan agar kerosakan kepada pemasangan peralatan yang dipasang tidak
akan berlaku sebelum ianya digunakan lagi
vii. Pengawasan dan Pemeriksaan serta penyeliaan kerja-kerja elektrik di tapak projek
adalah satu tugas yang penting untuk dilaksanakan kerana ditangan para
pemeriksalah terletaknya tugas-tugas untuk menentukan kualiti kerja-kerja
pemasangan elektrik di tapak projek di samping memastikan kerja-kerja tersebut
dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dengan kos yang
berpatutan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Selain daripada mengikut spesifikasi kerja secara khusus, semua kerja-kerja elektrik
mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan berikut:
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 8 drp : 33

o MSIEC60364 Building Installation


o Akta Bekalan Elektrik 1990
o Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
o Peraturan Jabatan Kilang dan Jentera
o Peraturan Jabatan Bomba
o Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan, disamping Pekeliling-Pekeliling
Teknikal Jabatan yang diedarkan dari semasa ke semasa.

REKABENTUK BARU PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV

Terdapat 8 jenis rekabentuk baru pencawang elektrik 11/0.4kV (jenis bangunan):

i. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan


Pepasangan VCB Tanpa Bilik Jangka
ii. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan
Pepasangan VCB Dengan Bilik Jangka
iii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan
Pepasangan VCB Tanpa Bilik Jangka
iv. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan
Pepasangan VCB Dengan Bilik Jangka
v. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan
Pepasangan RMU Tanpa Bilik Jangka
vi. Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan
Pepasangan RMU Dengan Bilik Jangka
vii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan
Pepasangan RMU Tanpa Bilik Jangka
viii. Rekabentuk Pencawang Elektrik 11/0.4kV Bersambung (Attached) Dengan
Pepasangan RMU Dengan Bilik Jangka.

Ciri-ciri asas rekabentuk baru pencawang elektrik 11/0.4kV (jenis bangunan) adalah seperti
berikut:

i. Penggantian Papan Agihan Voltan Rendah (PAVR) dengan peti pembekal.


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 9 drp : 33

ii. Bilik jangka untuk pengguna kuasa besar adalah sebahagian daripada bangunan
pencawang elektrik.
iii. Saiz pencawang elektrik telah mengambil kira keperluan pemasangan SCADA / DA.
iv. Memuatkan maksima 5 panel VCB untuk jenis pencawang elektrik dengan pepasangan
VCB.

REKABENTUK BARU STESEN SUIS UTAMA 11KV

Terdapat 6 jenis rekabentuk baru stesen suis utama 11kV (jenis bangunan):

i. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Tanpa Alatubah


ii. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan 1 unit Alatubah
iii. Stesen Suis Utama 11kV Bersendirian (Stand-alone) Dengan 2 unit Alatubah
iv. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Tanpa Alatubah
v. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Dengan 1 unit Alatubah
vi. Rekabentuk Stesen Suis Utama 11kV Bersambung (Attached) Dengan 2 unit Alatubah

Secara lazimnya Stesen Suis Utama 11kV dibina untuk:

 Memberi bekalan elektrik kepada Pengguna Kuasa Besar 11kV


 Penyuisan beban / pembekal dengan tujuan menyenangkan operasi sistem. Contoh:
Pengguna berada jauh daripada punca bekalan sediada; rekabentuk sistem;
untuk memastikan masa menyuapbalik bekalan kepada pengguna sewaktu gangguan
bekalan adalah minima. Sekiranya terdapat pengguna berdekatan dengan stesen suis
utama yang memerlukan bekalan voltan rendah, alatubah 11/0.4kV dipasang di stesen
suis utama untuk memberi bekalan voltan rendah kepada pengguna voltan rendah.

SAIZ TAPAK PENCAWANG ELEKTRIK DAN STESEN SUIS UTAMA

Saiz tapak pencawang elektrik dan stesen suis utama bersendirian perlu mematuhi
keperluan kawasan belakang dan bidang hadapan (setback dan frontage) pihak berkuasa
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 10 drp : 33

tempatan. Tapak perlu disi dengan 6” high grade crusher run dilapis dengan 2”mm premix /
simen.

STRUKTUR ASAS BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV & 11KV

Struktur asas (foundation) Pencawang Elektrik dibina berdasar kepada keadaan tanah di
tapak,sekiranya perlu, piling perlu dilaksanakan. Semua rekabentuk civil perlu dilakukan dan
diluluskan oleh Jurutera Awam Profesional. 1” tebal 1:1 cement sand screen bedding perlu
direntang pada ground beam, selepas lapisan ini
kering, selapisan bitunimuous felt direntang bersama liquefied bitumen. Beban rekabentuk
(design load) perlu mematuhi kriteria 10kN/sq.m dengan peralatan seperti di bawah:

JENIS BILIK PERALATAN BERAT


Bilik alatubah Alatubah 7000 kg
Bilik alatsuis VCB 1000 kg setiap panel CVB
Bilik alat suis RMU 1000 kg setiap panel RMU

Secara lazimnya, semua dinding perlu dibina dengan Well-Burnt-Red Clay Bricks dengan 1:3
cement sand mortar. Dinding perimeter adalah 230mm tebal, dinding di antara bilik alatsuis
dan bilik alatubah adalah 230mm tebal dan 2100mm tinggi.

Semua dinding perlu diperkukuhkan dengan expanded metal (Exmet) pada setiap 4 lapisan.
Kelegaan antara bahagian bawah beam dan bahagian bawah trench adalah 600mm minima.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 11 drp : 33

Saiz minima bilik jangka adalah 2m x 2m. Bilik jangka perlu mempunyai pintu masuk yang
berasingan daripada pintu bilik alatubah dan perkakasuis. Laluan ke pintu masuk tersebut
tidak boleh dihalang.
Dinding di antara bilik alatubah dengan bilik jangka berketinggian 2300mm (7 kaki).
Manakala jeriji (galvanised zinc grill-orange in colour) perlu dipasang di bahagian atas
dinding tersebut sehingga ke siling oleh pemaju / pengguna.

Expanded metal (Exmet) Alatubah 1000KVA

PAGAR, PINTU DAN TINGKAP BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV & 11KV
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 12 drp : 33

Pagar (fence) untuk Pencawang Elektrik Bersendirian boleh dikecualikan di kawasan yang sesuai dan
diganti dengan concrete kerb 150mm (lebar) x 450mm (tinggi) untuk menandakan tapak pencawang
elektrik. Pintu pagar pencawang elektrik diganti dengan removable barriers supaya jalan masuk ke
pencawang elektrik tidak terhalang. Untuk Pencawang Elektrik Bersambung, removable barriers perlu
dipasang 3 meter di depan pintu bilik alatsuis dan bilik alatubah supaya jalan masuk ke pencawang
elektrik tidak terhalang.
Pintu pencawang elektrik dibina mengikut spesifikasi berikut:

 Bilik alatsuis: 1500mm (W) x 3000mm (H) Pintu Komposit F.R.P dengan stainless steel anti vermin
netting dipasang di bahagian dalam pintu.
 Bilik alatubah: 2400mm (W) x 3000mm (H) Pintu Komposit F.R.P dengan stainless steel anti
vermin netting dipasang di bahagian dalam pintu.

 Tingkap pencawang elektrik dibina mengikut spesifikasi berikut: Batu Angin (Ventilation Cement
Block) dengan stainless steel anti vermin netting dengan rangka
 stainless steel dipasang sebelah luar tingkap.

KEPERLUAN PAIP UNTUK KABEL DI PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV & 11KV

 Paip-paip yang direntang ke peparit / manhole pencawang elektrik perlu daripada jenis PVC Class
B dan pada sesuatu kecerunan supaya air tidak tertakung. Draw wire perlu disediakan di setiap
paip.

 Pencawang elektrik 11/0.4kV jenis RMU dan jenis VCB memerlukan 2 lapisan 3 batang paip PVC
Class B 150mmp direntang daripada peparit hingga melepasi longkang dan /atau bahu jalan.

 Pencawang elektrik Stesen Suis 11kV memerlukan 1 lapisan 4 batang paip PVC Class B 150mmp
dan 1 lapisan 3 batang paip PVC Class B 200mmp daripada peparit hingga melepasi longkang
dan /atau bahu jalan (Bersesuaian dengan praktis di kawasan masing-masing).

 Setiap Feeder Pillar memerlukan 2 lapisan 4 batang atau 1 lapisan 8 batang paip PVC Class B
150mmp direntang daripada peparit hingga melepasi longkang dan /atau bahu jalan.

CAT BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK TNB BAHAGIAN PEMBAHAGIAN

Kesemua bangunan pencawang elektrik Bahagian Pembahagian TNB perlu dicatkan dengan warna
bersesuaian dengan warna pembangunan sekelilingnya. Bahagian dinding bangunan yang
berhadapan dengan laluan jalan utama perlu dicatkan dengan maklumat TNB CareLine.

Lantai di dalam bangunan pencawang elektrik perlu dirata dan dilicinkan serta disediakan cat 2 tin
5 litre Epoxy Green Paint.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 13 drp : 33

KEPERLUAN RAWATAN SLAB BUMBUNG

Arkitek perlu merekabentuk semua bumbung pencawang elektrik / stesen suis utama (11kV)
(kaedah flat-roof dan juga gable roof) supaya ia tidak menakung air dalam segala situasi dan satu
lapisan bituminuous pada slab bumbung konkrit kalis air perlu dilaksanakan.
Bagi pencawang elektrik /stesen suis (11kV) jenis bersambung (attached), sekiranya terdapat paip
melintasi bahagian atas Pencawang, 2 lapisan slab bumbung konkrit kalis air perlu dibina, dimana
lapisan pertama (yang paling dekat dengan pencawang elektrik) perlu direkabentuk supaya
bumbung tersebut tidak menakung air dalam segala situasi dan mempunyai lapisan bituminuous
sebagai bahan kalis air.

KEPERLUAN SISTEM PEMADAM KEBAKARAN

Pencawang Elektrik Bersambung (attached) memerlukan pemasangan system pemadam


kebakaran oleh pengguna yang memenuhi criteria-kriteria berikut:

 Sistem pemadam kebakaran lengkap merangkumi system pemadaman (suppression system),


pengesanan dan penggeraan.
 Mestilah menggunakan bahan dan komponen yang telah diuji dan mendapat kelulusan dari
badan pengujian antarabangsa atau tempatan yang diiktiraf (UL, FM, LPCB atau yang
seumpamanya)
 Agen pemadam kebakaran perlu mendapat perakuan dari Bomba untuk penggunaan
limpahan menyeluruh (total flooding).
 Perlu direkabentuk, diuji dan dipasang supaya sesuai dengan binaan bangunan dan
pencawang.
 Agen pemadaman (extinguishing agent) perlu tidak mengotorkan atau meninggalkan kesan
atau mengakibatkan pengaratan kepada perkakasan elektrikal dan elektronik.
 Agen pemadaman mestilah mesra alam sepertimana yang tersenarai dalam Kyoto Potocol,
Montreal Protocol dan EPA SNAP List / EPEE (European Patnership for Energy and
Environment).
 Agen pemadaman mestilah sesuai untuk kegunaan kawasan berpenghuni.
 Mestilah berupaya memadam kebakaran Kelas Api A, B, C dan E.
 Jaminan 5 tahun daripada tarikh pemasangan diberi oleh pembekal merangkumi
perkaraperkara diatas dan jika belaku discaj secara kemalangan, jaminan tersebut perlu
meliputi kesanggupan pengeluar membersih, mengganti sistem dan sebarang aset TNB yang
rosak.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 14 drp : 33

Sistem pemadam kebakaran yang dipasang di premis-premis TNB mestilah diakui sebagai
memenuhi Standard Antarabangsa seperti berikut:

Sistem pemadam (suppression)


MS ISO 14520 - Gases Fire Extinguishing System
NFPA 2001 - Clean Agent Fire Extinguishing System
NFPA 2010 - Aerosol System

Sistem penggeraan dan pengesanan


ISO 7240 - Fire Detection and Alarm System
NFPA 72 - Standards for Protective Signalling
EN 54 - Standardization for All Component Parts of a Fire System

Segala kerja-kerja senggaraan mestilah dibuat oleh pengguna atau pemilik bangunan berdasarkan
standard NFPA: 2001 and ISO14520.
Kipas sedut asap (exhaust fan) 12” minima (with flap) beserta kawalan thermostat dan interlock
juga perlu dipasang di pencawang elektrik /stesen suis 11kV jenis bersambung (attached).

RINGKASAN SAIZ REKABENTUK PIAWAI PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV (TANPA BILIK


JANGKA)
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 15 drp : 33

RINGKASAN SAIZ REKABENTUK PIAWAI PENCAWANG ELEKTRIK 11/0.4KV (DENGAN


BILIK JANGKA)

* Semua saiz pencawang elektrik adalah bersesuaian dengan pemasangan SCADA/DA

RINGKASAN SAIZ REKABENTUK PIAWAI PENCAWANG ELEKTRIK STESEN SUIS UTAMA


11KV
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 16 drp : 33

P/E 11/0.4kV Bersendirian 1 Ruang (VCB)


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 17 drp : 33

P/E 11/0.4kV Bersendirian 2 Ruang (VCB)


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 18 drp : 33

Kedudukan Suis Gear dan Bilik Alatubah di dalam pencawang

Kedudukan Suis Gear dan Bilik Alatubah di dalam pencawang


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 19 drp : 33

TAJUK : PERSIAPAN SUIS GEAR VOLTAN TINGGI

PENERANGAN :
Pemeriksaan kerja ditapak projek adalah satu tugas penting yang perlu dilaksanakan dengan teliti. Ia
merupakan satu tugas yang mencabar dan perlukan kewibawaan petugas yang diarahkan, dalam
membuat keputusan semasa menghadapi masalah ditapakbina.
Ia lebih memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pemasangan elektrik
dan ‘ketajaman mata’ kerana ia merupakan pemeriksaan visual. Walau apapun bentuk masalah yang
dihadapi semasa menjalankan tugas, setiap petugas perlu memastikan setiap tindakan dan
keputusan yang di ambil dalam pemeriksaan kerja ditapakbina mestilah mengikut spesifikasi dan
peraturan yang berkaitan. Oleh penyenarai perkara seperti senarai semak dan borang-borang
pengujian hendaklah diadakan.
Ia bertujuan sebagai:
i. Merupakan penghubung diantara kerja-kerja Rekabentuk dan Pembinaan
ii. Memastikan kerja-kerja tersebut dijalankan mengikut peraturan-peraturan dan spesifikasi
iii. Memastikan barang-barang elektrik yang dipasang adalah yang diluluskan dan mematuhi
Standard kualiti yang diperakukan oleh ajensi kualiti yang diiktiraf seperti SIRIM
iv. Untuk menilai kemajuan kerja pada masa yang diperlukan
v. Menentukan setiap perubahan kerja yang perlu dilaksanakan dibuat dengan teliti dan teratur
vi. Memastikan agar kerosakan kepada pemasangan peralatan yang dipasang tidak akan berlaku
sebelum ianya digunakan lagi
vii. Pengawasan dan Pemeriksaan serta penyeliaan kerja-kerja elektrik di tapak projek adalah
satu tugas yang penting untuk dilaksanakan kerana ditangan para pemeriksalah terletaknya
tugas-tugas untuk menentukan kualiti kerja-kerja pemasangan elektrik di tapak projek di
samping memastikan kerja-kerja tersebut dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan
dan dengan kos yang berpatutan.

2.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Selain daripada mengikut spesifikasi kerja secara khusus, semua kerja-kerja elektrik mestilah
mematuhi undang-undang dan peraturan berikut:
MSIEC60364 Building Installation
Akta Bekalan Elektrik 1990
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
Peraturan Jabatan Kilang dan Jentera
Peraturan Jabatan Bomba
Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan, disamping Pekeliling-Pekeliling Teknikal Jabatan
yang diedarkan dari semasa ke semasa.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 20 drp : 33

3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA


3.1 Secara am tugas seorang pemeriksa di tapak bina ialah untuk memastikan semua pemasangan
elektrik dijalankan mengikut butir-butir, standard dan spesifikasi yang terkandung dalam
naskhah kontrak.
Antara perkara utama yang perlu diperiksa ialah kuantiti; seperti bilangan mata lampu, soket
alir keluar 13A dan lain-lain pasangan dan alat lengkap elektrik yang dipasang adalah
mencukupi dan menggunakan barangan yang ditentukan oleh spesifikasi dan bilangan yang
tercatit dalam Jadual Kadar Harga dan pelan.

3.2 Peyelia di tapak bina mestilah juga memastikan mutu kerja yang dilaksanakan adalah baik dan
teratur.
3.3 Selain dari itu, peyelia di tapak bina adalah juga diperlukan untuk menjalankan tugas membuat
pengukuran, memeriksa dan menilai kemajuan kerja-kerja pemasangan elektrik untuk maklumat
penyediaan Bayaran Kemajuan Bulanan bagi kerja-kerja elektrik sesuatu projek.

4.0 BILA PEMERIKSAAN PERLU DIBUAT


4.1 Sebenarnya tiada panduan tertentu bila dan berapa kali pemeriksaan kerja-kerja projek perlu
dibuat. Walaubagaimanapun adalah baik jika pemeriksaan tapak bina dibuat sebelum kerja-
kerja elektrik dimulakan supaya segala perbezaan antara pelan dan bangunan yang dibina dan
lain-lain masalah jika ada, dapat dikesan diperingkat awal.
4.2 Selepas itu, pemeriksaan bulanan atau sebagainya bolehlah dibuat bergantung kepada besar
kecilnya projek dan sekiranya terdapat masalah yang perlu diselesaikan segera, bergantung
kepada budi bicara individu dan kesesuaian masa.
4.3 Pemeriksaan menyeluruh perlu dibuat sesudah pemasangan elektrik yang lengkap disiapkan
bagi memastikan semua pepasangan telah dilaksanakan selengkapnya dan teratur.
4.4 Pemeriksaan akhir biasanya dibuat setelah bekalan elektrik diberi, untuk memastikan semua
pemasangan elektrik beroperasi dengan baik disamping meneliti kekurangan-kekurangan yang
terdapat jika ada.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 21 drp : 33

5.0 PERSEDIAAN PENGAWASAN


Pengawasan projek yang berkesan hanya dapat dilaksanakan dengan perancangan dan persediaan
rapi. Seseorang penyelia yang pergi ketapak projek dengan tangan kosong tidak akan dapat
memberikan penyeliaan dengan baik dan memuaskan.
Diantara perkara-perkara yang perlu disediakan sebelum pengawasan dapat dibuat ialah:
Mengkaji dengan teliti pelan tapak dan bangunan
Mengetahui dengan terperinci skop kerja terkandung didalam kontrak pemasangan elektrik
Mempunyai satu salinan naskah Dokumen Tender sebagai rujukan dipejabat
Rajah Skema dan Rajah Susunatur (schematic and layout drawing)
Salinan Jadual Kadar Harga
Membaca dan mencatat perkara-perkara penting yang terdapat didalam spesifikasi
Senarai alat dan jenama peralatan yang akan dipasang
Buku catatan projek
Peralatan lain seperti pen uji, pita pengukur, calipers, dsb.
Setiap Penyelia (Jurutera, Pembantu Teknik, Juruteknik atau Kerani Tapak) perlu membuat
persediaan yang secukupnya sebelum memikul tanggungjawab tersebut. Adalah menjadi tugas
Jurutera Elektrik untuk memastikan kakitangan yang ditugaskan untuk menyelia kerja-kerja
pepasangan di tapak projek mempunyai pengetahuan yang mencukupi serta tanggapan yang jelas
tentang skop tugas beliau. Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, kita akan dapati bahawa
kakitangan yang ditugaskan untuk menyelia tapak tidak akan dapat mengawasi projek dengan baik.
Ini akan merugikan pengguna dan menimbulkan banyak masaalah senggaraan dikemudian hari
kelak.

5.1 Witness Test


Dalam melaksanakan kerja pengawasan pemasangan elektrik terdapat beberapa fasa pemasangan
yang dianggap kritikal yang perlu disaksikan sendiri oleh Jurutera Elektrik, justeru itu terdapat
beberapa syarat yang dimasukkan didalam kontrak seperti Ujian Kilang (Factory Test), Witness Test
dan Ujian Ditapak (Site Test) untuk memastikan bahawa kerja yang dilaksanakan dan peralatan yang
dipasang adalah memuaskan dan mengikut penentuan spesifikasi.
Diantara ujian kilang yang perlu disaksikan ialah:
a. Pengilangan papan suis
b. Ujian janakuasa
c. Ujian pemutus litar voltan tinggi
d. Ujian alatubah
e. Ujian lampu khas - Isolux curve, dll.
f. Peralatan hospital – Mesen X – ray dsb.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 22 drp : 33

Diantara ujian-ujian atau pemeriksaan ditapak bina yang perlu diperiksa ialah:
a. Penanaman kabel
b. Tamatan kabel (HT dan LV)
c. Penatahan geganti pemutus litar
d. Elektrod bumi
e. Ujian memulatugas (Janakuasa, UPS, peralatan khas yang lain)

Selain daripada ujian-ujian diatas, setiap penyelia projek seharusnya sentiasa melakukan
pemeriksaan mengejut di tapak projek untuk membuat pemeriksaan mengejut. Diantara amalan yang
perlu dipraktikkan di tapak bina ialah:

a. Mengumpul label kabel, lampu, kipas, dll.


b. Membuka dan memeriksa fitting lampu yang terdapat ditapak bina
c. Meneliti jumlah dan jenis kabel didalam konduit dan trunking
d. Mengenalpasti saiz kabel yang dipasang adalah mencukupi

5.2 Koordinasi Dengan Displin Lain


Penyelia kerja-kerja elektrik perlu memainkan peranan sebagai penasihat dan penyelaras semasa
kerja-kerja displin lain sedang berjalan. Ini adalah penting untuk memastikan kerja-kerja yang dibuat
tidak perlu diubah atau dipinda dikemudian hari.
Diantara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Kedudukan perabut Build-in dan soket alir keluar 13A


b. Paip kabel ke dalam bangunan
c. Peparit bilik suis
d. Bilik-bilik riser dan paip air/najis
e. Kedudukan lampu dan air-condition grill
f. Mata kuasa untuk water cooler dan peralatan lain
g. Lampu laman
h. Saiz pintu bilik-bilik suis
i. Laluan kabel bawah tanah

6.0 APPENDIKS 14 * CHECKLIST UNTUK PEMERIKSAAN DAN UJIAN AWAL


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 23 drp : 33

Pemeriksaan visual seperti yang diperlukan oleh Peraturan 612-1 mestilah termasuk pemeriksaan
berikut sesuai dengan pemasangan:

i. Sambungan pengalir
ii. Penandaan pengalir
iii. Pemilihan pengalir yang sesuai dengan kadar arus dan susutan voltan
iv. Sambungan peralatan kutub tunggal untuk perlindungan dan pensuisan di pengalir fasa
sahaja.
v. Sambungan yang betul untuk soket alir keluar dan pemegang lampu
vi. Adanya penghalang api dan pelindung dari kesan haba
vii. Cara perlindungan dari sentuhan terus, iaitu:
a. Perlindungan dengan penebatan bahagian logam
b. Perlindungan dengan halangan dan kepungan
c. Perlindungan dengan penghadang (obstacles)
d. Perlindungan dengan penempatan diluar jangkauan
e. Perlindungan dengan penempatan di lokasi tanpa aliran (non-conducting location)

viii. Kehadiran peralatan yang sesuai untuk pengasingan dan pensuisan


ix. Pilihan dan tatahan peralatan perlindungan dan pengawasan
x. Melabel litar-litar, fius-fius, suis-suis dan pepunca (terminals)
xi. Memilih alatan dan tindakan perlindungan yang sesuai dengan kesan luaran dan sekeliling
xii. Pemasangan tanda ‘BAHAYA’ dan tanda ‘AMARAN’
xiii. Pembekalan rajah-rajah, arahan-arahan dan petunjuk, dan lain-lain keterangan yang serupa.

7.0 PAPAN SUIS UTAMA DAN PAPAN SUIS AGIHAN


Perkara ini merupakan nadi semua pemasangan elektrik dan perhatian yang teliti mesti di buat
atas perkara ini. Pada keseluruhannya, papan suis induk dan papan suis agihan adalah buatan
kilang dan dari jenis dan rekabentuk yang piawai. Walaubagaimanapun, kesilapan-kesilapan
sama ada sengaja atau sebaliknya sering berlaku. Bagi alatukur umpamanya, ada yang dipasang
dari jenis yang bukan sepertimana yang ditentukan oleh spesifikasi sama ada dari segi jenis,
rekabentuk atau sebagainya.Kabel tanpa sarung (sleeving), transformer arus yang dipasang
senget dan lain-lain lagi adalah perkara yang sering terjadi, di samping busbar tembaga yang
tidak mengikut ukuran bagi kadar yang ditentukan. Selain dari itu, ram ganti udara (ventilation
louvres) mestilah di periksa untuk memastikan jejaring anti vermin di pasang.

8.0 PERKARA-PERKARA PERLU UNTUK SENARAI SEMAK


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 24 drp : 33

Berikut ialah ringkasan item yang perlu diperiksa untuk pemasangan lengkap papan suis.
8.1 Kabel Bawah Tanah
i. Trench, duct, manhole, etc
ii. Laluan kabel TNB
iii. Bending radius
iv. Cara penamatan dan pemasangan
v. Penanda kabel (Cable marker)
vi. Penyambungan kabel

8.2 Sistem Pembumian


i. Nilai rintangan elektrod bumi
ii. Jenis pengalir dan saiznya
iii. Kotak bumi (Earthing chamber)
iv. Inspection / Test joint
v. Saddle and screw
vi. Earthing rod

8.3 Papan Suis Utama / Papan Suis Kecil / Papan Agihan


i. Saiz basbar, kadaran arus normal, kadaran arus kerosakan ACB, MCCB, MCB, S/F, F/S,
Alatubah arus, dsb.
ii. Penamatan kabel (Cable box, Gland, Lug, etc)
iii. Screws c/w Insulator
iv. Perkakas penyelenggaraan (ACB tools, handle)
v. Fuse (not fuse wire)
vi. Labeling (ACB setting, Fuse setting, Source or Destination, etc)
vii. Danger and Warning Sign (Three phase or Single phase)
viii. Geganti
ix. Kapasitor bank faktur kuasa
x. Pembumian papan suis
xi. Cable support
xii. Opening hole

8.4 Bilik Suis (MSB Room / TNB Substation)


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 25 drp : 33

i. Rubber mat (jenis ukuran tebal, lebar dan panjang)


ii. As build drawing switchboard (framed)
iii. First aid chart
iv. Wire mesh for door and louver (mesh 10)
v. Ducts for cable entry/exit
vi. Cable trenching and slot – sand covered
vii. Lighting
viii. Soket outlet 13A
ix. Fire fighting equipment

8.5 Pendawaian Dan Mata Lampu / Kuasa Bilik Suis


i. Saiz kabel yang betul
ii. Sambungan mengikut pelan (Live, Neutral, Bumi)
iii. Bilangan lampu yang dikawal oleh satu-satu suis
iv. Lokasi suis – tidak terlindung atau terhalang
v. Setiap suis mata soket, konduit dan lain-lain logam hendaklah dibumikan
vi. Random check kepada keadaan rupa fizikal kabel yang dipasang didalam konduit atau
trunking
vii. Cara pendawaian terutama kabel looping untuk neutral
viii. Faktur ruang untuk konduit dan trunking
ix. Tape tembaga untuk trunking atau E.C.C (earth continuity conductor)
x. Konduit dan trunking di cat orange
xi. Konduit accessories dipasang secukupnya
xii. Jarak saddle konduit mencukupi
xiii. Flexible conduit

8.6 Pengesahan dan Laporan Pengujian Oleh Orang Kompeten


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 26 drp : 33

Pendawaian hendaklah diuji dengan menggunakan multimeter dan Insulation tester bagi menilai
keterusan pengalir dan rintangan penebatan. Bacaan dan data-data hendaklah di isi di dalam
Borang Pengujian. Untuk bacaan ujian keterusan, nilainya mestilah hampir dengan 0 Ω dan bacaan
rintangan penebatan mestilah tidak kurang dari 1 MΩ.

9.0 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


9.1 Kehendak Perundangan

i. Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa
setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh Pendawai dengan sekatan
Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah
memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

ii. Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan
pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana
pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

iii. Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan


Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah
masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

9.2 Pengujian
Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu
dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk
digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan
pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV)
dan Borang H (seperti Lampiran V).
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan;
i. Ujian Keterusan;
ii. Ujian Rintangan Penebatan;
iii. Ujian Kekutuban;
iv. Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan
v. Ujian Peranti Arus Baki.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 27 drp : 33

Contoh borang pengujian adalah seperti di bawah.

BORANG PENGUJIAN

Nama dan Alamat Pengguna Lembaran No :1


No siri :00001

Pengarah Sukatan Suis Utama:............600...........AMP


Bahagian Latihan dan Teknikal Sukatan Fius / Tatah:..............400.........AMP
Makmal Elekrik, Kampus PSDC Sukatan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi:............0.5...................AMP
Kawasan Semambu, 25350 Buatan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi: Earth Fault Relay (Instantaneous)
Kuantan Pahang. Jenis sambungan ke bumi: Cable 70mmSq l/d 2 x 5/8” dia x 12’ copper jacketed
steel core earth electrod c/w Heavy duty pre cast concrete earth chamber.
Connection of the earthing conductor is exothermic welded.

BUTIR-BUTIR / BILANGAN / UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN BEKALAN LEMBAGA 7(2)


LITAR/ RADAS BILANGAN (I) (II) (III) (IV)
SOKET RINTANGAN RINTANGAN KEKUTUBAN TERUSAN BUMI
ALIR PENEBATAN PENEBATAN SUIS DAN DI PERIKSA
MSB 1 l/d ACB 400A, OCR, KELUAR KE BUMI ANTARA SOKET
EFR, MCCB’s, busbar, wiring PENGALIR KELUAR
dan aksesories. BETUL

ACB dalam keadaan ON R-E = 400 MΩ R-Y = 400 MΩ BETUL DIPERIKSA


Fuse / MCB keadaan OFF
Y-E = 400 MΩ Y-B = 400 MΩ
Busbar 4 x 50mm (lebar) x
6mm (tebal) B- E = 400 MΩ B – R = 400 MΩ

N – E = 400 MΩ R-N = 400 MΩ

Y-N = 400 MΩ

B-N = 400

RINTANGAN
SELURUH PEPASANGAN R+Y+B+N – E = R+Y+B – N = BETUL BUMI....1....Ohm
400 MΩ 400 MΩ
Upayaan arus terus sebanyak 500volt telah diguna untuk menentukan rintangan penebatan yang dicatatkan di atas.

...................................

Tanda tangan Penguji Tarikh


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 28 drp : 33

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA

RINTANGAN PENEBATAN BAGI UJIAN PSDC


SELURUH PEPASANGAN UJIAN (I) UJIAN (II)
UJIAN PERTAMA

GALANGAN GELUNG BUMI .................OHM

Contoh Borang Perakuan Penyelian Dan Penyiapan


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 29 drp : 33
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 30 drp : 33
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 31 drp : 33

Contoh Borang Perakuan Ujian


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 32 drp : 33
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 03-07 Muka : 33 drp : 33

SOALAN :
1. Apakah tugas jurutera elektrik dalam kerja-kerja pemasangan elektrik?

2. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Siapakah yang boleh memperakui Borang G dan Borang H?

3. Mengapakah Borang G dan Borang H diperlukan?

RUJUKAN:
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994,
Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia. 
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia . 2003. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings -
MS IEC 60364). Jabatan Standard Malaysia  
3. Jabatan Kerja Raya, Specification for low voltage installation LS1

Anda mungkin juga menyukai