Anda di halaman 1dari 11

MODUL BIOLOGI

BAB 8
SISTEM RESPIRASI DALAM MANUSIA DAN HAIWAN
( SOALAN OBJEKTIF )
1. Maklumat berikut adalah mengenai struktur X dalam sistem respirasi serangga .

 Dinding yang nipis dan lembap


 Ditemui dalam jumlah yang banyak
Apakah struktur X ?

A. Spirakel C. Trakeol
B. Kantung udara D. Antena

2. Rajah di bawah menunjukkan struktur respirasi bagi ikan .

Apakah ciri – ciri struktur pernafasan ikan yang meningkatkan kadar pertukaran gas repirasi ?

I . Banyak filamen dan lamella


II . Membran lamela nipis dan dibekalkan dengan kapilari darah yang banyak
III . Kulit yang lembap
IV . Kulit yang nipis dan sangat telap

A. I dan II C. I dan III


B. II dan IV D. III dan IV

3. Antara yang berikut , yang manakah merupakan struktur respirasi bagi katak ?

A. Trakea C. Insang
B. Alveolus D. Peparu
4. Apakah penyesuaian peparu katak untuk pertukaran gas ?

A. Permukaan berlipat dan lembap


B. Nipis dan rata
C. Permukaan licin dan kering
D. Tebal dan lembap
5. Antara yang berikut , urutan manakah yang betul mengenai laluan gas oksigen memasuki sistem trakea ?

A. Trakea > spirakel > trakeol > sel badan


B. Spirakel > trakea > trakeol > sel badan
C. Trakeol > trakea > spirakel > sel badan
D. Sel badan > trakea > trakeol > spirakel
6. Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis struktur respirasi .

Antara yang berikut , yang manakah diwakili oleh P , Q dan R ?

P Q R
A Trakea Insang Peparu
B Insang Peparu Trakea
C Alveolus Insang Trakea
D Kulit Insang Trakea

7. Kaji rajah di bawah .

Apakah tekanan separa bagi karbon dioksida dan oksigen di X ?

Karbon Dioksida Oksigen


A. Rendah Tinggi
B. Tinggi Rendah
C. Rendah Rendah
D. Tinggi Tinggi
8. Apakah penyesuaian alveolus manusia untuk pertukaran gas ?

A. Bilangan alveolus yang banyak dan kaya dengan kapilari darah


B. Permukaan alveolus berlipat dan nipis
C. Permukaan alveolus licin dan kering
D. Dinding alveolus tebal dan lembap

9. Antara yang berikut , yang manakah merupakan struktur respirasi dengan nisbah jumlah luas permukaan
kepada isi padu yang tinggi yang betul .

Ciri Struktur Respirasi Nisbah jumlah luas permukaan kepada


isi padu yang tinggi
A. Ikan Trakeol Bilangan alveolus yang banyak
B. Ikan Filamen dan lamela insang Permukaan dalam peparu yang berlipat
C. Serangga Trakeol Bilangan trakeol yang banyak
D Manusia Alveolus Bilangan trakeol yang banyak
.

10. Rajah berikut merupakan mekanisme pernafasan bagi ikan .

Mengapakah operkulum dibuka semasa menghembus nafas ?

A. Tekanan yang lebih rendah di luar


B. Bahagian dasar rongga mulut dapat dinaikkan
C. Membenarkan air mengalir keluar
D. Mengurangkan tekanan di dalam rongga mulut

11. Mekanisme pernafasan ikan dibantu oleh tindakan ;

I . Insang
II . Lamela
III . Operkulum
IV . Mulut
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

12. Berikut merupakan struktur respirasi bagi manusia .

Yang manakah merupakan persamaan ciri yang disesuaikan untuk membantu X dan Y berfungsi secara
berkesan .

I . Permukaan yang sentiasa lembap


II . Membran peparu yang nipis
III . Dibantu olhe pergerakan dasar rongga mulut dan otot operkulum
IV . Nisbah jumlah luas permukaan yang kepada isi padu yang besar

A. I dan II C. I dan III


B. II dan III D. I dan IV

13. Berdasarkan rajah berikut , yang manakah palsu .

A. Otot interkosta luar mengecut


B. Otot diafragma mengecut
C. Isi padu rongga toraks berkurang
D. Tekanan rongga toraks berkurang
14.
Oksigen adalah gas utama yang diperlukan oleh manusia
Dalam bentuk apakah oksigen diangkut ?

A. Darah
B. Karbon Dioksida
C. Oksihemoglobin
D. Air

15.
Tekanan atmosfera terdiri daripada 21%
oksigen
Apakah nilai tekanan separa oksigen dalam tekanan atmosfera .
A. 0.23 mm Hg
B. 160 mm Hg
C. 0.98 mm Hg
D. 157 mm Hg

16. Apakah tekanan separa oksigen yang melalui arteri pulmonari semasa pertukaran gas dan pengangkutan gas
respirasi .

A. Tinggi
B. Sederhana
C. Rendah
D. Tiada tekanan

17. Apakah tekanan separa karbon dioksida yang melalui vena pulmonari semasa pertukaran gas dan
pengangkutan gas respirasi .

A. Tinggi
B. Sederhana
C. Rendah
D. Tiada tekanan
18. Di manakah oksigen dan hemoglobin bergabung untuk membentuk oksihemoglobin

A. Platlet
B. Leukosit
C. Eritrosit
D. Hormon dan enzim

19. Pengangkutan karbon dioksida dalam sistem peredaran darah diangkut melalui tiga
Antara yang berikut , manakah tiga cara pengangkutan karbon dioksida tersebut :
I . 7% diangkut sebagai asid karbonik
II . 55% diangkut sebagai ion karbonat
III . 23% bergabung dengan hemoglobin membentuk karbaminohemoglobin
IV . 70% diangkut dalam bentuk ion bikarbonat

A. I dan II C. I , II dan III


B. II dan III D. I , III dan IV

20. Di manakah enzim karbonik anhidrase digunakan untuk memangkinkan tindak balas karbon dioksida dari sel
badan ke kapilari tisu ?

A. Platlet
B. Leukosit
C. Eritrosit
D. Hormon

21. Berikut merupakan poster berkaitan isu kesihatan dalam sistem respirasi manusia .

Antara berikut , yang manakah merupakan penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease ( COPD ) ?
A. Hipotiroidisme
B. Emfisema
C. Artritis
D. Anoreksia Nervosa

22.  Alveolus hilang kekenyalan dan saiz bertambah


 Dinding alveolus rosak
 Jumlah luas permukaan alveolus berkurang
 Pertukaran gas menjadi kurang efisien
Berdasarkan maklumat berikut , apakah penyakit ini ?

A. Hipotiroidisme
B. Emfisema
C. Artritis
D. Anoreksia Nervosa

 Mengurangkan aliran udara


 Menyukarkan pernafasan
 Mukus yang banyak terbentuk
23.
 Silium yang rosak

Berdasarkan maklumat berikut , apakah penyakit ini ?

A. Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)


B. Asma
C. Bronkitis kronik
D. Skoliosis

24.  Bukaan tiub bronkiol menjadi sempit


 Menyukarkan pernafasan
 Bronkiol menjadi bengkak

Berdasarkan maklumat berikut , apakah penyakit ini ?

A. Amyotrophic Lateral Sclerosis (ASL)


B. Asma
C. Bronkitis kronik
D. Skoliosis
25. • HIDUNG BERAIR
• SAKIT TEKAK
• MENGGIGIL
• SAKIT KEPALA

Berdasarkan maklumat berikut , penyakit yang manakah merupakan penyebab gejala-gejala tersebut ?

A. Amyotrophic Lateral Sclerosis (ASL)


B. Asma
C. Bronkitis kronik
D. Skoliosis

26. Berikut merupakan rajah mengenai penyakit bronkitis kronik .

Apakah kesan penyakit bronkitis kronik terhadap bronkiol ?

I . Menebal
II . Radang
III . Bengkak
IV . Tersumbat

A. I dan II C. II , III dan IV


B. II dan III D. I , III dan IV

27. Antara yang berikut , yang manakah tidak benar mengenai ciri-ciri penyesuaian struktur respirasi untuk
pertukaran gas yang efisien bagi organisma bersaiz besar .

A. Nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) yang besar
B. Dinding yang setebal satu sel
C. Struktur respirasi yang sentiasa lembap
D. Dilengkapi dengan jaringan kapilari darah

28. Gambar rajah menunjukkan sistem respirasi bagi belalang

Apakah fungsi spirakel ?


A. Tempat udara masuk
B. Mempercepat penghantaran gas respirasi
C. Permukaan respirasi
D. Jumlah permukaan yang besar

29.
 Ventilasi meningkatkan pengaliran air pada permukaan respirasi

Di manakah ventilasi berlaku ?

A. Serangga
B. Katak
C. Manusia
D. Ikan

30. Berikut merupakan mekanisme pernafasan bagi katak .

Bagaimanakah katak bernafas ?


I . Peparu
II . Rongga mulut
III . Kulit
IV . Otot abdomen

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Anda mungkin juga menyukai