Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN SURAH/AYAT

Surah Luqman adalah surah ke-31 dalam Al-Quran, mempunyai 34 ayat dan tergolong dalam
kategori surah-surah Makkiyah, diturunkan selepas surah al Saffat dan sebelum surah Saba’,
demikian menurut Ibn Abbas r.a.

Ianya termasuk surah-surah yang terakhir diturunkan di Mekah, kerana turunnya selepas
turunnya peristiwa Isra’ dan Mikraj dan sebelum sedikit daripada peristiwa hijrah Rasulullah
s.a.w. ke Madinah al-Munawwarah.

Seperti surah-surah Makkiyah yang lain, surah Luqman juga bertujuan untuk menunjangkan
akidah dan keyakinan ke dalam jiwa, menanamkan keimanan yang bersih dan kepercayaan
yang kukuh terhadap ke Esa-an Allah s.w.t. dan hari pembalasan.

Sebab-sebab penamaan surah

Surah ini dinamakan dengan surah Luqman kerana memaparkan satu kisah mengenai Luqman
yang dikurniakan hikmat kebijaksanaan dan rahsia mengenal Allah S.W.T, membanteras
syirik, mendorong supaya berakhlak mulia dan menjauhi daripada akhlak tercela, di mana
itulah tujuan utama kedatangan al-Quran al-Karim.

Sebenarnya nama-nama surah di dalam al-Quran, bukanlah sebagai  satu tajuk atau judul yang
menerangkan satu-satu perkara yang khusus, malah sebagai petanda yang mesti diberi
perhatian khusus di samping aspek-aspek lain dan bukan juga kerana nama itu lebih penting
daripada perkara-perkara lain yang dihuraikan di dalamnya kerana semuanya adalah penting.

Tentang nama Luqman, tidak terdapat dalam al-Quran kecuali dalam surah ini sahaja, itupun
di pertengahan surah. Dalam surah ini terdapat lapan ayat yang menyentuh tentang Luqman
al-Hakim dan anak-anaknya, iaitu bermula dari ayat 13 hingga ke ayat 19.
TAFSIR AYAT

 )١٣( ‫ك لَظُ ْل ٌم َع ِظي ٌم‬


َ ْ‫ي ال تُ ْش ِر ْك بِاهَّلل ِ إِ َّن ال ِّشر‬
َّ َ‫ان ال ْبنِ ِه َوهُ َو يَ ِعظُهُ يَا بُن‬ َ َ‫ذ ق‬.ْ ِ‫َوإ‬
ُ ‫ال لُ ْق َم‬
Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat
kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu
adalah satu kezaliman yang amat besar. (13)

َ ِ‫ه َح َملَ ْتهُ أُ ُّمهُ َو ْهنًا َعلَى َو ْه ٍن َوف‬.ِ ‫ان بِ َوالِ َد ْي‬
‫صالُهُ فِي َعا َمي ِْن أَ ِن ا ْش ُكرْ لِي‬ َ ‫ص ْينَا اإل ْن َس‬ َّ ‫َو َو‬
)١٤( ‫صي ُر‬ ِ ‫ي ْال َم‬
َّ َ‫ْك إِل‬
.َ ‫َولِ َوالِ َدي‬
Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang tuanya. Dia telah dikandung
ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun.
Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapa engkau dan kepada-Ku tempat kembali. (14)

‫اح ْبهُ َما ِفي ال ُّد ْنيَا‬


ِ ‫ص‬ َ ‫ك بِ ِه ِع ْل ٌم فَال تُ ِط ْعهُ َما َو‬ َ َ‫ْس ل‬َ ‫ك بِي َما لَي‬ َ ‫اك َعلى أَ ْن تُ ْش ِر‬ َ ‫َوإِ ْن َجاهَ َد‬
)١٥( ‫ون‬ َ ُ‫ي َمرْ ِج ُع ُك ْم فَأُنَبِّئُ ُك ْم بِ َما ُك ْنتُ ْم تَ ْع َمل‬َّ َ‫ي ثُ َّم إِل‬ َ َ‫يل َم ْن أَن‬
َّ َ‫اب إِل‬ َ ِ‫َم ْعرُوفًا َواتَّبِ ْع َسب‬
Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang
engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau taatkan kedua-duanya, dan sahabatilah kedua
mereka dengan baik di dunia ini, dan ikutilah jalan orang-orang yang Kembali kepda-Ku,
kemuadian kepada-Kulah tempat Kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu
segala perbuatan yang telah dilakukan kamu. (15)

ِ ‫السماو‬
‫ات أ َْو يِف‬ ‫ص ْخر ٍة أ َْو يِف‬ ‫ال َحبَّ ٍة ِم ْن َخ ْر َد ٍل َفتَ ُك ْن يِف‬
َ ‫ق‬ ‫ث‬ ِ‫ك‬
‫م‬ ‫ت‬ ‫ن‬ْ ِ‫يا بيَنَّ إِنَّ َها إ‬
 
َ َ َّ َ َ َ ْ ُ َ ُ َ
‫األر ِ ِ هِب‬
)١٦( ٌ‫يف َخبِري‬ ٌ ‫ض يَأْت َا اللَّهُ إِ َّن اللَّهَ لَ ِط‬ ْ
Wahai anakku ! Sesungguhnya jika sesuatu amalan itu hanya seberat biji sawi dan sekalipun ia
tersembunyi dalam batu atau berada di langit atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar. (16)

‫ك ِم ْن‬ ِ ‫رِب‬ ِ ‫الصال َة وأْمر بِالْمعر‬ ِ‫يا ب أَق‬


َ ‫ك إِ َّن َذل‬
َ َ‫َصاب‬
‫أ‬
َ َ‫ا‬‫م‬ ‫ى‬َ‫ل‬‫ع‬َ ‫اص‬
ْْ َ ُ ‫و‬ ِ
‫ر‬ ‫ك‬
َ ‫ن‬
ْ ‫م‬ْ‫ل‬ ‫ا‬ ِ
‫ن‬ ‫ع‬
َ ‫ه‬ْ‫ن‬‫ا‬ ‫و‬ ‫وف‬
َ َ ُْ َ ُْ َ َّ ِ
‫م‬ َّ‫َ ُيَن‬
)١٧( ‫األمو ِر‬ ‫م‬ِ‫عز‬
ُ َْ
Wahai anakku ! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat
kemungkaran dan sabarlah di atas kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya urusan sedemikian adalah
dari urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman. (17)
ُّ ِ‫ض َمَر ًحا إِ َّن اللَّهَ ال حُي‬
( ‫ب ُك َّل خُمْتَ ٍال فَ ُخو ٍر‬ ِ ‫األر‬ ‫يِف‬ ِ
‫ش‬ ‫ال‬ ‫و‬ ِ
‫َّاس‬
‫ن‬ ‫ل‬ِ‫َّك ل‬
َ ‫ص ِّع ْر َخد‬
ْ ْ‫مَت‬ َ َ ُ‫َوال ت‬
)١٨
Dan janganlah engkau palingkan pipi engkau dari manusia (kerana takbur) dan janganlah engkau berjalan di
bumi dengan lagak yang angkuh.Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri. (18)

)١٩( ‫ت احْلَ ِم ِري‬ ‫و‬‫ص‬ ‫ل‬


َ ِ ‫ك إِ َّن أَنْ َكر األصو‬
‫ات‬ ِ‫ك وا ْغضض ِمن صوت‬ ِ
‫ي‬ ‫ش‬
ْ ‫م‬ ‫يِف‬ ‫د‬
ْ ِ ْ‫واق‬
‫ص‬
ُ َْ َْ َ َ َْ ْ ْ ُ َ َ َ َ
Dan sederhanalah dalam gaya perjalananmu dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya suara yang paling buruk
ialah suara keldai. (19)
KAITAN DENGAN ISU SEMASA

Ayat 13

1. Mensyirikkan Allah

Baru-baru ini, semakin tular di media sosial kita telah dikejutkan dengan isu agama BTS dan
juga sembah coki. Isu ini amatlah mengejutkan bagi umat Islam di Malaysia. Individu yang
melakukan dan memulakan perkara ini tidaklah diketahui. Walau bagaimanapun, kita dapat
lihat isu ini merupakan tindakan untuk mempersekutukan Allah S.W.T ataupun syirik. Isu ini
termasuk dalam golongan syirik jali iaitu syirik yang dilakukan secara terang dan nyata. Hal
ini kerana para ulama mengatakan perbutatan terlalu memuja dan mendewakan seseorang
individu seperti pemimpin ataupun selebriti adalah termasuk dalam perbuatan syirik. Perkara
ini sudah terang lagi bersuluh bahawa agama BTS dan isu sembah coki ini adalah perbuatan
terlalu memuja terhadap mereka. Bahkan, mereka turut megubahsuai lafaz dua kalimah
syahadah serta menghina Allah S.W.T.

Ayat 14-15

1. Cabaran mendidik anak seiring zaman

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak
yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Namun, mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke
hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa
tanggungjawab dan hormat-menghormati.

Dalam kebanyakan situasi, asuhan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal
insan cemerlang. Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan
anak.

Meneliti dari dekat, asuhan adalah peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan
permata hati, merangkumi setiap sudut keperluan termasuk fizikal, emosi, intelek,
perlindungan dan spiritual.

Selain itu, terdapat beberapa tip dalam membimbing anak-anak menurut perspektif umum dan
juga pandangan Islam.

1. Lebihkan perbincangan berbanding arahan. Perbincangan akan merangsang mereka berfikir


secara matang.
2. Hormati pendapat mereka walaupun anda tidak bersetuju.
3. Cuba fahami situasi mereka dengan jujur dan ikhlas, tanpa ego.
4. Dengar dahulu penjelasan anak sepenuhnya dan elakkan daripada menjatuhkan hukuman
melulu.
5. Selalu yakin dan menyokong keputusan mereka. Ketahui bahawa remaja mempunyai naluri
ingin tahu yang tinggi.
6. Galakkan anak remaja mencuba pelbagai aktiviti selagi tidak melanggar batasan.
7. Teladani Rasulullah SAW. Baginda menyeru ibu bapa untuk berkawan dengan anak-anak
berumur 15 hingga 21 tahun.
8. Sentiasa berlembut dan bermuzakarah dalam segala hal.
9. Elakkan daripada mengenakan disiplin keras dan ketat kerana umur sebegini memerlukan
belaian emosi dan sokongan ibu bapa.
10. Berbicara mengenai ilmu seksual dari sudut spiritualiti dan praktikkan sepenuhnya
tuntutan syarak seperti akil baligh, aurat dan pergaulan.
11. Ajak anak-anak menghadiri majlis ceramah dan usrah.
12. Wujudkan suasana ‘Rumahku, Syurgaku’.

Ayat 16-19

1. Menangani keruntuhan akhlak

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita kanak-kanak berusia 11 tahun di Bahau, Negeri
Sembilan melahirkan bayi hasil hubungan dengan lelaki berumur 22 tahun.

Malah menerusi berita yang disiarkan di akhbar menunjukkan ribuan remaja hamil luar nikah dengan
50 peratus mengaku sudah melakukan hubungan seks sebelum usia 14 tahun.

Di manakah silapnya ibu bapa dalam mendidik anak? Pada umur sehijau ini, mereka sepatutnya
memikirkan mengenai pelajaran dan persekolahan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Terdapat banyak faktor menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja antaranya kegagalan
institusi rumah tangga dalam mendidik anak dengan teras agama yang kukuh. Ibu bapa
kebanyakannya malu atau ambil ringan untuk berbincang dengan anak mengenai isu akil baligh
seperti perubahan fizikal, emosi dan minda.

Tambahnya lagi mencapai usia akil baligh adalah fasa yang memerlukan ibu bapa memberikan
penerangan lengkap mengenai apa yang sedang berlaku serta perubahan seterusnya sama ada dari
segi fizikal, mental dan emosi. Namun, tidak ramai ibu bapa bersikap terbuka untuk
membicarakannya. Ada yang mengambil sikap sambil lewa sehingga anak mendapatkan penerangan
daripada rakan sebaya dan ada juga mencari sendiri di Internet.

RUJUKAN
i. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/300280/cabaran-didik-anak-seiring-zaman
ii. https://www.hmetro.com.my/node/211794
iii. http://tapsiku.blogspot.com/2013/04/tafsir-luqman-ayat-12-19.html
iv. https://www.hmetro.com.my/node/92199

Anda mungkin juga menyukai