Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020

Program : PISMP Nama Pelajar :

Nama Kursus : Inovasi Digital dalam Semester /Tahun : Semester 2 / Tahun 3


Pengajaran dan Pembelajaran
Ambilan : Jun 2018
Kod : PIMK3152 Kumpulan : Pendidikan Islam 1, 2, 3, & 4

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : Projek (70%) 25/10/2020 22/11/2020

Tugasan 2 : Laporan Projek (10%) 23/11/2020 28/11/2020

Tugasan 3 : Pembentangan (10%) 19/10/2020 22/10/2020

Tugasan 4 : Kuiz (10%) 15/10/2020 15/10/2020

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan


terang dan berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, A2, PLO1, PLO4, CS3)
2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan
projek atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (C3, A1, PLO2)
3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk
tujuan pemasaran. (C6, A3, PLO2, PLO7, KK1)
4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif. (C5, A3,
PLO1, PLO3, CTPS3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 4.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :
1. Membuat pembentangan dengan jelas dan penuh keyakinan tentang konsep-
konsep berkaitan inovasi.
2. Menghubungkaitkan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan
projek atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3. Menghasilkan produk inovasi digital berasaskan masalah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dikomersialkan.
4. Melaporkan hasil inovasi dan kesannya terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif

1
Tema : Pemanfaatan Inovasi Pemangkin Tranformasi
Soalan pencetus idea : Bagaimana guru Pendidikan Islam dapat membantu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah melalui pemanfaatan produk inovasi digital?

Setiap insan mempunyai kemahiran dan kelebihan yang tersendiri. Hanya individu sendiri
yang tahu akan potensi diri. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berinovasi
dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baharu. Ini
menjurus kepada matlamat dan hasrat negara selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025) untuk mencetus inovasi dan pencapaian prestasi
yang lebih tinggi dalam kalangan bakal guru.
Tugasan Kerja Kursus ini bertujuan mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan projek
inovasi digital yang dapat membantu menyelesaikan masalah pembelajaran untuk bidang
Pendidikan Islam.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : PROJEK (70%)


1. Tugasan ini mempunyai dua komponen, iaitu Hasil Projek Inovasi Digital (45%) dan
Manual Operasi Pengguna (25%).
2. Anda dikehendaki menghasilkan satu produk inovasi digital bagi mengatasi masalah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat diaplikasikan dalam bidang Pendidikan Islam
(45%).
3. Hasil projek inovasi digital ini perlu relevan dengan Tema/Topik/Kemahiran yang
terdapat dapat mata pelajaran sekolah di bawah program major anda.
3.1 Hasil projek adalah boleh guna dan mesra pengguna.
3.2 Mempunyai reka bentuk penampilan yang boleh dikomersialkan
3.3 Projek adalah selamat dan tahan rosak
3.3 Dapat menampilkan idea yang dapat memberi penyelesaian alternatif

4. Anda dikehendaki menyediakan manual operasi pengguna yang mengandungi


maklumat yang berikut (25%):
4.1 Maklumat yang lengkap dan jelas tentang tajuk projek, jenis /format projek, dan
fungsi hasil projek, objektif kurikulum yang ingin dicapai, keperluan sistem
ataupun peralatan /kemudahan sokongan dan ciri-ciri keselamatan yang perlu
dipatuhi.
4.2 Panduan pengguna yang mudah diikuti.
4.3 Reka bentuk dan pembungkusan yang mudah dibaca dan menarik.

TUGASAN 2 : LAPORAN PROJEK (10%)


1. Menghasilkan laporan projek yang panjangnya 500 patah perkataan secara bertaip.
2. Laporan tersebut merupakan dokumentasi yang menghuraikan butiran yang berikut:
2.1 Jenis projek, matlamat, fungsi, kumpulan sasaran
2.2 Sumber inspirasi yang membantu penjanaan idea inovasi
2.3 Penilaian terhadap kebolehgunaan projek tersebut dan dapatannya.
2.4 Cadangkan penambahbaikan ataupun penyelesaian alternatif

3. Sediakan lampiran/ilustrasi yang menggambarkan projek inovasi digital tersebut.

2
4. Sediakan senarai rujukan mengikut gaya American Psychological Association (APA).

TUGASAN 3 – PEMBENTANGAN (10%)


1. Membentangkan secara terperinci projek yang lengkap berdasarkan model inovasi
pendidikan yang sesuai.
2. Isi kandungan mengandungi butiran yang berikut:
2.1 Maklumat tentang tajuk projek, matlamat dan fungsi hasil projek.
2.2 Sumber inspirasi yang menjana idea inovatif.
2.3 Kaedah penilaian terhadap kebolehgunaan hasil projek dan dapatannya.
2.4 Cadangan untuk penambahbaikan / penyelesaian alternatif.

3. Pembentangan perlu dirakam dan dimuatnaik ke dalam youtube akaun epembelajaran


peribadi.
4. Pembentangan mengambil masa 30 minit.

TUGASAN 4 – KUIZ (10%)


1. Menjawab kuiz yang berbentuk subjektif.
2. Masa menjawab kuiz ialah selama 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :


1. Semua tugasan adalah INDIVIDU. Walau bagaimanapun anda boleh bergerak
secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

2. Buat rujukan yang mencukupi dan terkini serta lampirkan senarai rujukan dalam
penulisan anda.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 point
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA)

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus.

5. Muka depan tugasan merangkumi :


i. Nama pelajar
ii. Angka giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Tajuk Projek Inovasi Digital
vii. Nama Pensyarah
viii. Tarikh hantar

3
ix. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Kandungan tugasan mengandungi :


i. CD yang mengandungi Softcopy Projek inovasi digital ataupun Bahan
bercetak yang mengandungi maklumat seperti tentang URL dan Printscreen
yang memberikan gambaran terhadap projek tersebut. Sediakan Shorten URL
bagi memudahkan capaiannya dalam bentuk QR Code.
ii. Manual Operasi Pengguna yang bercetak.
iii. Senarai rujukan mengikut gaya American Psychological Association (APA).

6. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

7. Tugasan ini membawa peratusan wajaran 100%.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Tugasan yang
baik harus menunjukkan kriteria-kriteria yang disediakan dalam rubrik.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(FARAH FARHANA BINTI ROSLI) (HJH. SHABIBAH BINTI (HJ. ASRI BIN MD SAMAN @
Penyelaras Kursus PIMK3152 SHAUFIT AFFANDI) OSMAN)
Jabatan Pendidikan Islam dan Pakar Bidang (SME) Ketua Jabatan
Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam dan
Institut Pendidikan Guru Moral, Moral,
Kampus Darulaman Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman Kampus Darulaman

Anda mungkin juga menyukai