Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
"Buat masa sekarang dan baki tahun ini, UMNO sedar rakyat tidak mahukan PRU
yang tergesa-gesa.
"Namun setelah ancaman COVID-19 diredakan dan andai kata situasi politik masih
tidak stabil dengan majoriti terlalu tipis, maka mengembalikan mandat kepada rakyat
wajar dipertimbangkan.
"Cuma kita tidak boleh hanya memberi gesaan terbabit tanpa memikirkan
bagaimana untuk menjalankan pilihan raya dengan selamat, mengambil iktibar
pengalaman kita di Sabah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shahril berkata, antara perkara yang wajar diperhalusi adalah prosedur operasi
standard (SOP) yang jelas, ketat dan memberi keyakinan kepada rakyat serta
petugas parti.
Katanya, SOP perlu jelas dan tidak berubah-ubah sepanjang berkempen seperti
tiada ceramah atau rapat umum dibenarkan manakala penguatkuasaan perlu adil
tanpa mengira parti.
"Selain itu, hak mengundi melalui undi pos wajar diperluas kepada seberapa ramai
yang mampu, terutama pengundi luar kawasan dan golongan berusia seperti warga
tua yang menghadapi risiko lebih tinggi terhadap jangkitan COVID-19.
"Tiada sebab ia tidak boleh dilaksanakan jika ada kemahuan politik. Di Amerika
Syarikat, lebih 80 juta rakyatnya mengundi dalam pemilihan Presiden mereka dan
ramai dalam kalangan itu adalah undi pos. Mengapa tidak Malaysia?
"SPR boleh menambah saluran dan tempoh mengundi jika ada pengundi mahu
mengundi secara manual.
"Ini hak pengundi tetapi perubahan prosedur wajar dilaksanakan bagi mengelak
kesesakan di tempat mengundi," katanya.
"Mungkin ada faktor lain membawa kepada gelombang ketiga, tetapi pengamal
politik wajar mengakui dan menginsafi kita juga ada tanggungjawab atas apa yang
berlaku.
"Sebelum menyalahkan orang lain, eloklah melihat diri sendiri terlebih dahulu,"
katanya.