Anda di halaman 1dari 1

MIRI: Seorang pekerja kilang papan lapis di Kuala Baram di sini hilang selepas

didakwa disambar buaya di Sungai Bilat, malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, kehilangan mangsa, Muhammad Syopyan Nasution, warga


Indonesia berusia lingkungan 20-an, hanya dilaporkan kepada polis, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


(JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu
pada jam 3.10 petang tadi.

Beliau berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikerah
ke lokasi untuk melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus
menerima maklumat itu.

"Setibanya di lokasi, saksi kejadian mengesahkan mangsa hilang dipercayai di


baham buaya kira-kira jam 9 malam, Selasa lalu.

"Rakan-rakan mangsa tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mereka
mahu mencarinya, namun selepas gagal, barulah mereka membuat laporan polis,
hari ini" katanya.

Berdasarkan laporan di Balai Polis Lutong yang dibuat rakannya yang hanya dikenali
sebagai Badriansyah, 24, dia dan mangsa curi-curi keluar dari kawasan kilang itu
dengan meniti saluran paip air menyeberangi sungai untuk ke Pasar Raya E-Mart
Tudan.

Badriansyah mendakwa, ketika meniti saluran paip itu, seekor buaya tiba-tiba
muncul di permukaan lalu menyambar mangsa.

Operasi SAR hari ini dilakukan di permukaan dengan menggunakan bot penyelamat
dan sehingga jam 5 petang ini, pencarian masih gagal.menemui mangsa.