Anda di halaman 1dari 1

KUALA LUMPUR: Operasi pawagam seluruh negara akan ditutup, November ini.

Keputusan berat dibuat sebulat suara oleh Persatuan Pemamer Filem Malaysia
(MAFE) berikutan perniagaan terjejas teruk hingga mengalami penyusutan
pengunjung hingga 90 peratus sejak pandemik COVID-19 melanda negara sejak
Disember lalu.

Naib Presiden MAFE, Cheah Chun Wai berkata, pengusaha pawagam terpaksa
menanggung kerugian yang besar akibat penularan wabak COVID-19.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa di


tiga zon, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Putrajaya yang memaksa operasi
panggung wayang terpaksa ditutup, sekali gus bebanan pengusaha pawagam.

"Keputusan ini cukup berat buat kami, tetapi terpaksa dilakukan kerana tidak
sanggup menanggung kerugian lebih teruk berikutan ketiadaan penonton. Selain itu,
ketiadaan filem baharu di pasaran juga membantutkan keinginan penonton untuk ke
pawagam.

"Lebih membebankan, pengusaha pawagam terpaksa melabur untuk membeli


kelengkapan seperti alatan sanitasi, pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan
demi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di premis, semata-mata untuk
keselamatan penonton. Kos ini dilihat membebankan dalam keadaan perniagaan
yang lesu.

"Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana lanskap industri pawagam sedang
berdepan saat yang sangat getir. Langkah ini perlu untuk kesan jangka panjang
demi memelihara industri panggung wayang. Bagaimanapun, kami akan terus
memantau situasi terkini dan bertindak mengikut kesesuaian sebaik sahaja keadaan
kembali pulih," katanya kepada BH Online.

Anda mungkin juga menyukai