Anda di halaman 1dari 7

Pengambilan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Azemi Shaari
Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
(Universiti Utara Malaysia)

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat samada wujud pengambilan dadah dan bahan terlarang
lain seperti rokok dan gam dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian kuantitatif
berbentuk tinjauan deskritif dilaksanakan keatas 1247orang murid daripada 74 buah sekolah
rendah. Pemilihan sampel kajian ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah berdasarkan
laporan disiplin dan pemantauan pihak pengurusan. Kesemua 1247 orang murid diberi soal
selidik yang diolah oleh pegawai Pegawai Pencegahan Ddadah (PPDa) Jabatan Pelajaran dan
Pegawai Agensi Dadah, Kementerian Dalam Negeri fokus kepada item item berkaitan
pengambilan bahan terlarang. Seramai 550 orang murid sekolah rendah dari populasi
seramai 1247 orang murid mengaku pernah mengambil bahan terlarang. Seramai 550 orang
murid telah terlibat dengan pengambilan bahan terlarang ketum, pil kuda, arak, rokok dan
gam. Hasil dapatan jelas menunjukkan keluarga, masyarakat, sekolah, NGO, polis, AADK,
dan semua agensi kerajaan perlu mengembeleng tenaga dan usaha dalam permasalahan ini
yang semakin serius kerana melibatkan murid dari sekolah rendah.

Kata kunci: Dadah dan bahan terlarang, murid sekolah rendah,

Pengenalan

Peribahasa Melayu “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara” tetapi malangnya pemuda
dan pemudi yang dianggap tonggak negara dilanda isu penyalahgunaan dadah. Telah banyak
usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, namun usaha agak kurang memberi kesedaran kepada
para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Siapakah yang harus dipersalahkan
akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-pihak yang
tertentu? Adakah ibu bapa, masyarakat, atau kepimpinan negara sejajar denngan pepatah
melayu ada menyebut “melentur buluh biar dari rebungnya”. Ibu bapa, masyarakat dan
kepimpinan negara seharusnya bertanggungjawab dalam usaha membimbing remaja sejak
dari kecil dengan memberikan bimbingan dan didikan yang sempurna.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah sering kali menjadi topik utama
dalam berita masa kini. Menurut Harian Metro bertarikh 31 Mei 2016 , di Johor Bahru
penjualan dadah dalam kalangan murid sekolah dengan bermodus operandi menggunakan
aplikasi WeChat dengan memaparkan gambar perempuan seksi dengan ubat serta jarum
suntikan pada gambar profil aplikasi sosial itu, sindiket ini turut memaparkan pesanan
terbuka ‘Pm Price For’ dan pengguna yang berminat perlu menambah sebagai kenalan
sebelum urusan seterusnya. Dalam kajian Azemi Shaari dan Masyayani Md Arif (2015), di
negeri Perlis mendapati penjualan daun ketun dan pil methapetemine (pil kuda), dalam
kalangan murid sekolah dilaksanakan secara penghantaran terus kepada pelanggan (home
delivery).

Kajian yang dilaksanakan oleh Azemi Shaari dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Kedah (2016), di Pulau Tuba, Pulau Langkawi, Kedah mendapati pengambilan dadah dalam

1
kalangan murid sekolah amat membimbangkan, malah hasil ujian saringan air kencing
mendapati lebih dari 10 orang murid sekolah mengaku mengambil dadah pil kuda, heroin dan
syabu secara tetap setiap minggu apabila ada kesempatan ke Pulau Langkawi. Malah hasil
kajian tersebut diperkukuhkan oleh laporan akhbar Metro 6 Mac 2016, memaparkan berita
seorang penjenayah wanita yang mendapat jolokan Ratu Dadah Malaysia diberkas polis
selepas dikesan menjadi dalang aktiviti penyeludupan dadah heroin dan pil Eramin 5 ke
negara ini. Suspek wanita berusia 50-an itu ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan
Narkotik (STING) Bukit Aman di pulau peranginan Langkawi. Sumber berkata, wanita itu
diberkas bersama empat kilogram dadah heroin dan Eramin 5 dianggarkan bernilai lebih
RM100,000.dan suspek dikenal pasti sebagai pembekal utama dadah ke seluruh Pulau
Langkawi.

Pengambilan dadah dalam kalangan remaja dan murid sekolah turut menjadi isu dunia,
seperti yang dilaporkan oleh pusat pemulihan dan dadah di Negara Thailand yang dikenali
sebagai DARA Rehab, di Chaburi, Thailand;

“Number of teenagers in the UK who self-harm by poisoning themselves is on the rise. Girls
and young women are particularly at risk, according to a study published this week. What
drives them to do it? Researchers at the University of Nottingham say there was a 27%
increase in known UK cases of teenage self-harm between 1992 and 2012, with 17,862
incidents reported during that 20-year period. Those most at-risk were girls and women from
poor backgrounds.”

DARA Rehabilation Thailand (2016)

Kesimpulannya kerjasama pelbagai pihak, dalam usaha memerangi pengambilan dadah ini
mungkin berkurangan jika ibu bapa, semua agensi kerajaan, pihak polis, AADK , NGO dan
seluruh masyarakat bersama bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, supaya suatu
hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah agar slogan “Pemuda harapan
bangsa,pemudi tiang negara” dapat diaplikasikan kepada semua remaja di negara ini.

Permasalahan Kajian

Permasalahan pengambilan bahan terlarang telah menjadi agenda utama di sekolah


berasaskan pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Siaran 112016 : Pelaksanaan
program pendidikan Pencegahan rokok, vape, alkohol, dadah dan HIv/Aids, peringkat
sekolah bagi tahun 2016. Arahan tersebut, sebagai menyahut cadangan Kementerian Dalam
Negeri Malaysia, Malaysia Bebas Dadah bermula dari tahun 2016.

Data dari AADK pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan pengambilan dadah dalam
kalangan murid sekolah yang dikesan.

Jadual 1.1 menunjukkan data pengambilan dadah mengikut umur untuk tahun 2014.

Status Kes
Kategori Baru Ulang Jumlah

2
Bil % Bil % Bil %
< 13 thn 0 0 0 0 0 0
13- 15 th 25 0.18 3 0.04 28 0.13
Umur Ketika 16 -17 thn 192 1.41 14 0.17 206 0.95
DiKesan 18 thn 365 2.68 23 0.26 388 1.78
19 thn 539 3.96 40 0.49 579 2.66

Sumber AADK Malaysia 2016

Jadual 1.1 di atas jelas menunjukkan peningkatan pengambilan dadah dalam kalangan remaja
mengikut umur. Isunya dimanakah peranan keluarga mereka dalam mengawal anak –anak
remaja dari penagihan dahah. Hasil kajian dari ADDK Johor (2014) menyatakan bahawa
pengaruh rakan adalah antara faktor utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan
dadah. Begitu ramai remaja yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak
dengan gejala yang tidak sihat. Menurut kajian tersebut peranan ibubapa yang tidak
mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan mereka mudah menurut kata kawan
berbanding ibubapa sendiri. Pihak ibubapa, sekolah dan masyarakat sekeliling perlu
mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi dalam membendung pengaruh negatif yang
menyelubumi remaja dan belia kita. Sepertiamana pepatah arab “ Bersahabat dengan penjual
minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan
tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Menurut kajian AADK Johor (2014), ibu bapa adalah perisai utama kepada anak-anak. Tanpa
didikan yang sempurna akan menyebabkan remaja dan belia akan mudah dipengaruhi oleh
anasir-anasir yang tidak sihat. Di zaman yang semakin mencabar ini dengan kenaikkan kos
sara hidup yang tinggi telah menyebabkan ibubapa lebih memberi tumpuan kepada kerjaya
untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh kerana itu, urusan anak-anak akan terabai, kasih
sayang tidak dapat diberikan sepenuhnya sehinggakan anak-anak hilang kawalan oleh
ibubapa. Slogan "Rumahku Syurgaku" tidak lagi wujud dalam sesebuah rumahtangga.
Ibubapa terus menumpukan kepada kekayaan dunia sedangkan permata hatinya semakin
malap kerana dimamah anasir negatif yang mempengaruhi diri. Diharapkan ibubapa dapat
memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan bantulah mereka melangkah ke
jalan yang diredhai Allah.

Masyanani Md Arif (2015) dalam Tec (1970), Wiener dan Egen (1973) dan Friedman dan
Beschner (1982) melaporkan majoriti penagih dadah berasal daripada keluarga yang
berpecah-belah akibat daripada perceraian, perpisahan atau kematian ketua keluarga. Kajian
berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh Lewis dan Osberg (1958) juga mendapati
kebanyakan ibu bapa penagih sama ada bercerai ataupun berpisah. Aspek kasih sayang
antara ibu bapa dan anak juga telah dihubungkan dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah.
Kajian Russell (1974) mendapati anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu
bapa besar kemungkinan akan terlibat dengan tingkah laku devian terutamanya tingkah laku
penyalahgunaan dadah. Streit (1974), dan Eldred dan Brown (1974) turut mendapati
sebilangan besar penagih dadah membuat persepsi bahawa ibu bapa mereka kurang memberi
kasih sayang terhadap mereka. Manakala Noranita Zakaia (2016) menyatakan faktor yang
menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang lalai dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka.

3
Objektif Kajian
Mengkaji samada murid sekolah rendah mengambil bahan terlarang, seperti gam, ketum, arak
dan rokok?

Metodolgi Kajian

Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif tinjauan untuk melihat samada murid sekolah
rendah mengambil bahan terlarang termasuk dadah dan arak. Seramai 1247 orang murid dari
74 buah sekolah rendah dipilih berdasarkan laporan dan cadangan Guru Besar, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Disiplin dan Guru Bimbingan berasaskan rekod disiplin dan
pemantauan pihak pengurusan sekolah. Seramai 1247 orang murid diberi soal selidik untuk
mengenalpasti murid yang mengambil bahan terlarang, seperti pil kuda, ketum, arak rokok
dan gam. Hasil soal selidik tersebut seramai 550 murid telah menyatakan mereka mengambil
bahan terlarang tersebut. Untuk pengesahan dan ketetapan dapatan kajian kesemua 550 murid
yang terlibat turut di temu bual untuk mendapatkan kepastian penglibatan mereka dengan
bahan terlarang seperti pengakuan yang dicatat dalam borang soal selidik sebelum ini.

Soal selidik tersebut disusun dan dibina sendiri oleh Pegawai Pencegahan Dadah (PPDa)
Jabatan Pelajaran dan Pegawai Pencegahan Dadah dari Pegawai Agensi Anti Dadah,
Kementerian Dalam Negeri berasaskan keperluan kajian yang telah ditetapkan iaitu
pengesanan pengambilan bahan terlarang dalam kalangan murid sekolah rendah. dan
pengalaman mereka dalam pengurusan pencegahan penagihan dadah.

Item-item yang terdapat dalam soal selidik tersebut adalah berkaitan jantina, samada pernah
atau tidak mengambil bahan terlarang seperti ketum, pil kuda, arak dan gam dan dorongan
mereka untuk mengambil bahan terlarang.

Jadual 1.2 Sampel kajian yang terlibat mengambil bahan terlarang mengikut darjah seramai
1247 murid yang diberi soal selidik.

Tahun / Darjah Bilangan Peratusan %


4 268 21.5
5 476 38.2
6 503 40.3
Jumlah 1247 100

Jadual 1.3 Bilangan sampel kajian yang terlibat mengambil bahan terlarang mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratusan %


Lelaki 973 78
Perempuan 274 22
Jumlah 1247 100

Dapatan Kajian

4
Jadual 1.4. Bilangan murid sekolah rendah yang mengambil bahan terlarang bagi tahun 2015

Tahun/Dr Ketum Pil Kuda Arak Rokok Gam Jumlah


j
4 20 6 8 47 5 86
5 27 11 16 121 12 187
6 60 11 31 162 13 277
Jumlah 107 28 55 330 30 550

Jadual 1.4 menunjukkan bilangan murid sekolah rendah yang mengaku pernah mengambil
bahan terlarang seperti ketum, pil kuda, arak, rokok dan gam. Paling ramai mengambil rokok
berbanding dengan bahan lain. Pengambilan bahan terlarang menunjukkan peningkatan
umur persekolahan.

Jadual 1.5 Pengambilan Bahan Terlarang Mengikut Jantina

Jantina Ketum Pil Kuda Arak Rokok Gam Jumlah


Lelaki 97 20 47 317 25 506
Perempuan 10 8 8 13 5 44
Jumlah 107 28 55 330 30 550

Jadual 1.5, menunjukkan pengambilan bahan terlarang mengikut jantina, murid lelaki adalah
dominan dalam pengambilan bahan terlarang, tetapi murid perempuan turut terlibat dalam
pengmbilan bahan tersebut.

Jadual 1.6 Faktor dorongan pengambilan bahan terlarang

Dorongan Bilangan Peratusan %


Keluarga 117 22
Rakan 150 27
Media 30 5.4
Perasaan ingin mencuba 98 17.6
Tiada Jawapan 155 28
Jumlah 550 100

Jadual 1.6 menunjukkan faktor yang mendorong, murid terlibat dengan pengambilan bahan
terlarang. Walaupun terdapat murid yang tidak menjawab item tersebut dorongan rakan dan
keluarga dikenalpasti penyebab tertinggi.

Perbincangan.

Penglibatan murid sekolah rendah dalam pengambilan bahan terlarang, menunjukkan


peningkatan mengikut tahap umur pengajian, Bilangan pengambilan terus meningkat dalam
semua jenis bahan terlarang dari ketum, pil kuda, rokok, arak dan gam. Peningkatan
pengambilan ini selari dengan faktor dorongan yang menunjukkan rakan dan keluarga

5
memainkan peranan utama selain dari sikap ingin mencuba. Kajian sebelum ini oleh AADK
Malaysia, yang jelas menunjukkan peningkatan umur sesaorang itu boleh mendedahkan
mereka kepada pengambilan bahan-bahan terlarang. Manakala kajian oleh AADK Johor
(2014) menunjukkan faktor utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah
adalah kerana tersalah memilih kawan dan kegagalan peranan ibubapa yang tidak mengawal
pergaulan anak-anaknya juga menjadikan mereka mudah mendengar nasihat kawan
berbanding ibubapa sendiri.

Dapatan kajian jelas menunjukkan selari dengan dapatan oleh Masyanani (2015) Tee (1970),
Wiener dan Egen (1973) Friedman dan Beschner (1982) dan Lewis dan Osberg (1958) dan
Streit (1974), Russell (1974), Eldred dan Brown (1974) bermula dari keluarga. Murid-murid
sekolah yang tidak mendapat pemerhatian dan kasih sayang keluarga akan beralih ke sumber
lain, seperti rakan, media seperti yang diperkatakan oleh Noranita Zakaia (2016) menyatakan
faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang
lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kesimpulan.
Dapatan kajian telah membuktikan murid sekolah rendah sudah mula terbabit dengan
pengambilan bahan terlarang, dan yang paling menggerunkan adalah penglibatan mereka
dengan dadah pil kuda, ketum dan gam, yang akan membawa kepada penagihan dadah.
Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membenteras pengambilan dadah di sekolah
sepatutnya bermula dari sekolah rendah dengan melaksanakan kaedah pendididkan,
pencegahan, rawatan dan penguatkuasaan.

Rujukan

Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia (2016); Statistik Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia


bagi tahun 2014. Bangi. Agensi Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
Malaysia.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor (2016) Buletin ADDK Johor, Johor Baharu,
AADK Johor.

Azemi Shaari & AADK Kedah (2016), Kajian punca penagihan dadah dalam kalangan
penduduk Pulau Tuba, AADK Kedah. Tidak diterbitkan

6
Azemi Shaari & AADK Kedah (2016): Kajian tranformasi Kuala Kedah dalam mengatasi
penagihan dadah, ADDK, Kedah. Tidak diterbitkan

Azemi Shaari, Mashayani Md Arif dan Rosli Rashid (2015), Pengambilan Bahan Terlarang
dalam kalangan murid sekolah rendah di Perlis. AADK dan JPN Perlis.

DARA Rehabilation Centre (2016), Buletin on DARA Rehab centre, Chaiburi, Thailand,
Chaiburi, Thailand. (www. Dararehab@org. com.)

Eldred, C.A. dan B.S. Brmvn. (1974). Heroin addict clients' description of their families of
origin. International Journal of The Addiction 9(27): 315-320

Frieivian, A.S. dan G. Beschner. (1982) Families of adolescent drug abuse clients.
Treatment Research Notes, Rockville, Maryland: National Institute on Drug Abuse.

Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Siaran 112016 (2016): Pelaksanaan program


pendidikan Pencegahan rokok, vape, alcohol, dadah dan HIv/Aids, Peringkat sekolah
bagi tahun 2016; Putrajaya, Kementerian Pelajaran Malaysia

Lewis, J.M. dan J.W. Osberg. (1958). Treatment of narcotic addicts: Observations on
institutional treatment of character disorder. Amaican Journal of Orthopsychiatry. 28:
730-749.

Mashayani Md Arif (2015): Penagihan Bahan Terlarang dan Perapatan Keluarga dalam
Kalangn Murid sekolah Rendah di Negeri Perlis, Kertas Projek Sarjana UUM, Tidak
diterbitkan.

Noranita Zakaia (2016), Penyalahgunaan Dadah dalam kalangan Remaja; Punca penagihan
dadah; Noranita Zakaria Blogs. www. Noranitablogs.

RUSSELS, A. (1974). Drug Abuse: Why it Happens and How to Parent it. New York:
Valley Publication

Sidang Pengarang Akbar Metro (31 Mei 2016); Penjualan Dadah Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah. Bangsar, Kuala Lumpur; The New Strait Times Press (M) Bhd.

Sidang Pengarang Akhbar Metro (6 Mac 2016) Ratu Dadah Di Tahan di Pulau Langkawi:
Bangsar, Kuala Lumpur; The New Strait Times Press (M) Bhd

Streit, F. (1974). Differences among youthful users and non- users of drugs based on their
perceptions of parental behaviour. The International Journal of the Addictions 9(5):
749-755
.
Tec, N. (1970). Family and differential involvement with marUuana:A study of suburban
teenagers. .Journal Maniage and the Family 32: 656-664.

Anda mungkin juga menyukai