Anda di halaman 1dari 3

1. JELASKAN MAKSUD DIFINISI TAMADUN ISLAM.

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif “
keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” Ibnu Khaldun
menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai seni.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam
konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu
Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan
tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula
ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan
tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup Bandar.

Sayyid Qutb pula menyatakan tamadun merujuk kepada segala bentuk


kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah,
serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

2. BERIKAN 5 PRINSIP TAMADUN ISLAM DAN APLIKASINYA DALAM


KEHIDUPAN.

Akidah merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh
ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling
utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang
buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.

Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas
akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya
yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala
masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya
syariah.

Akhlak menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam
bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk
membina tamadun yang kukuh dan disegani.

Ilmu pengetahuan menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang
sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai
yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam
terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat
perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan
daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan
ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas
setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan.

Kekuatan material. Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana
Al-quran Sunnah menekankan ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan
zakat , jihad mali ( harta ) dan lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam
pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk
mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.

3. APAKAH SUMBER SUMBER TAMADUN ISLAM.

Al – Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun


sepanjang sejarah perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang
Islam adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al –
Quran. Kalau tidak kerana adanya Al –Quran , nescaya Tamadun Islam tidak wujud
di dunia ini.

Al – Sunnah membawa maksud apa – apa yang disandarkan kepada Nabi


Muhammad s.a.w dari segi perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian ,
akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul. ( 6 )
Peranan Al – Sunnah ialah menjelaskan perkara – perkara yang tidak dijelaskan
dalam Al – Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang
kurang jelas dalam Al – Quran.

AL – IJTIHAD. Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara


bersungguh-sungguh untuk dapat sesuatu hukum syara’ mengenai suatu masalah
yang tidak terdapat hukumnya secara qat’I atau secara putus dari Al – Quran dan
AL – Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam dan
melaluinya hukum baru di sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al – Quran dan
Al – Sunnah dapat ditetapkan.

TAMADUN ASING. Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing


yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Islam bersifat terbuka kepada
semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi. Islam tidak menentang
perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada
manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan

4. HURAIKAN 5 MATLAMAT TAMADUN ISLAM.


Hubungan Manusia dengan Allah. Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun
iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun Islam yang lima.
Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya
kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Hubungan Manusia Dengan Manusia. Allah S.W.T mengatur cara bagaimana


manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga , jiran ,
masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan syarak
penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka
bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya
tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan.

Hubungan Manusia Dengan Alam. Allah menetapkan bagaimana manusia harus


bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala yang ada di lautan dan di
daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia.
Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi

dan lain-lain meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah
kepentingan hidup manusia sejagat.

Anda mungkin juga menyukai