Anda di halaman 1dari 1

Darah dalam tubuh hanya perlukan gula antara

70 hingga 99 milligrams per deciliter. Apabila makanan kita ambil lebih kandungan gulanya, red alert terus berbunyi.
.
Pankreas diaktifkan. Hormon insulin akan dikeluarkan. Insulin akan pergi ke setiap penjuru tubuh mencari tempat
darah dan gula berkumpul.
.
Setiap ‘pintu’ diketuk. Seperti ‘spot check’ gayanya. Makhluk asing bernama gula dicari. Mereka dinyah-sensitifkan.
.
Kerja spot check ini sangat teliti. Renyah. Memenatkan.
.
Pankreas akan bekerja keras setiap kali kita makan. Lagi hebat kita membalun, mengudap, mengeteh, mengopi
makin keraslah kerjanya.
.
Lama kelamaan pancreas letih. Pening. Merajuk.
.
Berkata pankreas, “Asyik aku sahaja yang kerja kuat. Tuan tubuh takkan tak reti-reti gula tu makhluk asing.
Menyusahkan . Sikit-sikit dan ikut sukatan ok”
.
Apabila pancreas rajuk, diabetes menghampiri. Jadilah kita penganut diabetes.

Anda mungkin juga menyukai