Anda di halaman 1dari 1

21

BAB IV

LAPORAN TEKNIKAL

Pengenalan

4.1 Pendahuluan

4.1.1 Penghawa Dingin

Bahan pendingin atau dikenali juga sebagai refrigerant digunakan dalam sistem
penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan
menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin
bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah
semasa proses penyejatan. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan
pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan
tekanan tinggi semasa proses pemeluwapan.

Penyaman udara adalah alat yang terdiri daripada komponen-komponen


mekanikal yang berfungsi untuk menyerap haba dari dari satu ruang tertutup dan
memindahkan haba tersebut ke luar. Rekabentuk penyaman udara yang baik hendaklah
dapat memenuhi kriteria berikut:

i. mengawal dan melaras suhu bilik agar selesa


ii. mengawal dan melaras kelembapan nisbi.
iii. mengawal peredaran udara dalam bilik.

Anda mungkin juga menyukai